JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, February 2, 2011

BLOGGING - PERNAH TERFIKIR UTK BERHENTI?

Anda berblogging pasti ada tujuan tertentu. Paling tidak untuk kepuasan diri sendiri sambil meluahkan isi hati, sketsa dan pengalaman sendiri dalam sebuah diari berbentuk blog untuk di kongsi bersama…  Pernahkah anda terfikir satu hari nanti anda sampai ke satu tahap yang mana anda sudah tidak mempunyai hati atau idea untuk berblogging, andakah anda akan berhenti? Kata orang, kita merancang, Tuhan jua yang menentukannya. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap perjalanan pasti ada hujungnya. Setiap tulisan pasti ada noktahnya. Mungkin masa sekarang, letak aje tangan anda di laptop mahupun pc anda, terus berjalan idea dan cerita anda, ada saja yang hendak anda taipkan. Fikir itu, anda taip. Fikir ini, anda taip. Pernah terfikir satu hari bila anda letak saja tangan anda di laptop, anda tidak dapat ilham, makin anda fikir, makin jauh perginya segala idea, makin suram segala cerita...Macam orang buat novel, tulis banyak kali, koyak...tulis lagi sekali, koyak.
Berapa banyakkah blog yang pernah anda temui telah tidak mempunyai tuan? Sudah tidak mempunyai cerita untuk di nukil kan? Sudah tidak mempunyai seri… nak klik sana klik sini pun dah tak boleh. Sebenarnya banyak blog yang telah bersawang dan tidak lagi aktif tanpa kita sedari, tapi dalam masa yang sama, banyak juga blog baru yang tumbuh bagai cendawan mewarnai dunia blogging.
Jadi, sampai kemanakah dunia blogging anda?

9 comments:

  1. hmm kekadang terfikir gak..tapi kalau da bosan blog juga dicari..huhu

    ReplyDelete
  2. insyaAllah moga kite akan terud berblogger...

    (^_^)v

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Selagi mampu menulis dan selagi ada idea, selagi itu la blog akan terus wujud.


    Teratak Usang

    ReplyDelete
  4. pernah!!!
    untuk seketika waktu dulu...
    trus delete belog tu & skrg ni yg baru..

    :)

    ReplyDelete
  5. Blog saya dah macam bestfriend saya. Tak mungkin saya tinggalkan dia :)

    ReplyDelete
  6. smpai jari rela utk menaip lagi...hehehe...

    mne la tau kalo zaman canggih nnti, nk berblog xpayah taip...just bersuara saje..seronok jgk...

    ReplyDelete
  7. selagi ada cerita, selagi tulah fda akan terus berblogging... kalau agak2 lama sangat fda tak berblog tu, reti2lag sedekahkan fatihah ea

    ReplyDelete
  8. bru ja mla berblogging nie, so x pna gik tfikir nak stop.. ahaks

    ReplyDelete
  9. santai... tak online ke? abeslah fda demam semula rindu entry2 kamu

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails