Monday, June 30, 2014

MENADAH AIR HUJAN DI BAJU SENDIRI

Kuih! Kuih! Ehsan Google
Ibarat menadah air hujan di baju sendiri...ahaksss. Memang tak pernah dengar peribahasa tu sebab spontan je.. yang bermaksud banyak mana pun yang kita buat, ianya tetap sia-sia...Apa kaitannya dengan entry kali ini? Memang tiada kaitan pun... 
Hari ini sy sempat singgah ke KLCC atas urusan kerja dan buat sekian kali pada waktu tengahari lengang tidak semacam selalu berpusu2 orang lalu lalang samada nak pergi lunch atau bershopping...tapi kali ini bershopping pun macam kurang jugak. Mungkin tunggu last2 minute punya sales kot. Sy selalu beli kuih kat PKNS Shah Alam dan memang tunggu saat2 akhir sebab masa tu lah diorang buat lelong..ahaksss. Bukan setakat kuih2 aje, segala lauk pauk macam rendang tok, baju2 kurung dan baju melayu pun ada jugak jualan lelong. Apa lagi borong jangan tak borong. Bawak balik kampung, tengok2.. rupa2nya mak pun dah borong kuih2 jugak kat sana. Nasib baik bukan kuih jenis yang sama.... 

RESEPI AYAM MASAK MERAH ALA SANTAI

Ehsan Google
Minta maaflah kalau bulan puasa ni banyak sikit entry pasal resepi2 masakan. Nak beli kat Bazaar dah tentu kalau setakat sepuluh duapuluh hinggit tu memang tak cukup, apalagi kalau sekali nak buffet Ramadhan..kurang2 70 hinggit keatas satu kepala kan.. Jadi alternatif nya adalah kita masak sendiri. Oklah, kali ni kita akan mencuba masakan yang di namakan Ayam Masak Merah Ala Santai. Bahan-bahannya adalah:

10 ketul ayam bahagian peha ( Minta maaflah, sy memang suka peha ayam. Tapi anda boleh jugak guna 1 ekor ayam yang dipotong kecil) Ayam tu semua kita basuh, sapu garam dengan kunyit, goreng dan asingkan.
Bahan-bahan untuk dibuat rencah/di kisar:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
5 biji tomato 
2 sudu besar sos tomato
Sedikit halia dan sedikit susu cair ( Kesemua bahan di atas dikisar untuk dibuat bahan tumisan)
Bahan-bahan sampingan:
1 biji bawang besar di potong kasar
1 botol kecil kacang peas ( yang ini ikut kesukaan andalah..nak boleh, tak nak pun boleh)
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara memasaknya mudah aje bila semua bahan diatas dah siap..ahakss. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan kesemua bahan sampingan, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan juga ayam yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati..agak2 dah sedikit kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Sunday, June 29, 2014

HUJAN RAHMAT DI HARI PERTAMA BERPUASA

Puasa hari pertama. Entahlah..macam tak rasa apa2 pulak..ahaksss. Rasa macam biasa je, mungkin sebab hari minggu agaknya..tambahan pulak dalam cuaca panas tiba2 hujan pulak di tengahari, hujan rahmat. 
Kalau cerita masa kecik2 dulu, masuk je hari pertama berpuasa..terasa teramat2 lamanya nak habis sebulan. Kira punya kira..tak sampai2 jugak. Masuk minggu ke 3 barulah terasa macam lepas sikit tekanan..haha. Itulah bila kita menghitung hari ketika berpuasa..memang terasa lama, apalagi zaman budak2 dulu..mungkin dah dewasa ni pun  ada jugak dikalangan kita mempunyai perasaan semacam itu.
Apa2 pun semua tu datang dari perasaan kita aje. Jika kita penuhi bulan puasa ni dengan aktiviti dan perkara2 yang selalu kita buat tanpa mengira hari ni hari keberapa kita berpuasa, InsyaAllah kita akan lalui semua itu dengan ketenangan..lagipun bulan Ramadhan ni bukan hanya semata2 mengenai puasa makan minum... 
Cakap pasal puasa ni...hari ni nak berbuka apa ye? Hendak ke Bazaar Ramadhan atau kita masak sendiri untuk entry resepi nanti? Emmm...fikir fikir fikir Jomsantansekejap....

Friday, June 27, 2014

SELAMAT BERPUASA DARI JOMSANTAISEKEJAP

Rasanya seperti baru semalam sy membuat entry pasal bulan puasa ..tup2 dah datang balik bulan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu walaupun saban masa kita menghitung hari. Kata orang kalau di tunggu memang lambat masa mendatang, tapi jika tidak ditunggu, begitu cepat pulak masa berlalu. Lumrah kehidupan.....
Namun pastinya bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti2 kerana banyak keberkatan dan ganjaran yang boleh kita perolehi daripada bulan yang mulia ini..terlalu banyak.
Dalam masa yang sama, pastinya, bulan Ramadhan ini, pintu keinsafan dan kesedaran akan lebih terasa.. lebih tersentuh..lebih menghayati setiap susah payah mereka2 yang membanting tulang mencari sesuap rezeki biarpun dalam keadaan berpuasa... Hati kita pasti lebih merasai ketiadaan seseorang...Fikiran akan lebih mengingati mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita...
Untuk semua rakan2 bloggers..jauh dekat..rapat mahupun tidak, Sy ucapkan Selamat Berpuasa. Semuga puasa kali ini dapat mendekatkan diri kita kepadaNya dan mendapat ganjaran dan keberkatan.. Amin.

Thursday, June 26, 2014

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU

Pastinya bagi mereka yang mendapat pelepasan balik awal pada bulan puasa nanti akan menggunakan masa tersebut untuk memasak juadah berbuka puasa.. sy rasa pastinya bulan puasa ni blog ini pun akan ada banyak entry samada berbentuk resepi atau tempat2 untuk berbuka puasa..ahaksss. So kali ini sy mulakan dengan resepi yang agak mudah..pasti ramai yang boleh mencuba ini iaitu resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu.
Antara bahan-bahannya adalah:
Ehsan Google
3 @ 4 keping ikan tenggiri ( Ikan lain pun boleh tapi sy selalu pakai ikan tenggiri)
1 peket taucu yang selalu jual kat kedai ( atau dalam 1/2 cawan taucu )
1/2 batang carrot di potong kecil.
1 sudu kecil kunyit
Garam,gula dan air secukup rasa.
Bahan-bahan untuk di mayang adalah:
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji cili merah di hiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
2 biji bawang besar dihiris kasar
1 batang serai.
Cara memasaknya. Pertamanya ikan tenggiri (setelah dibasuh) hendaklah di gaul dengan garam dan kunyit, di goreng dan kemudian di ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mayang tadi sehingga naik bau. Masukkan taucu, air, carrot dan biarkan mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak serasi dan sebati, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan biarkan dalam seminit dua....Siap untuk dimakan.

USJ TAIPAN - SUSAH DAPAT PARKING

Beberapa kali sy singgah di kawasan USJ 10 atau dikenali sebagai USJ Taipan pasti akan kelihatan banyak kereta2 yang di clamp dan tidak kurang jugak kereta2 yang disaman kerana tiket parking melebihi masa. Kawasan tersebut memang terkenal dengan sesaknya, tidak kira hari bekerja, hari tidak bekerja mahupun malam...
Persoalan clamp tu bukanlah isu nya dan dah jadi tugas pihak PBT untuk clamp pada kereta yang parking tidak pada tempatnya dan mendidik pemandu supaya lebih berdisiplin, walaupun tuan kereta itu hanyalah parking sementara untuk membeli buah, atau membeli makanan di McD disebabkan dah berkali2 round tapi masih tak jumpa parking.
Persoalannya bukan saman yang dikenakan pada tiket parking yang melebihi masa walaupun kadar di Taipan USJ hanyalah maksima boleh bayar untuk kadar sejam. Selepas sejam kena pergi balik ke mesin parking dan bayar untuk sejam seterusnya... BAYANGkan jika seseorang yang nak berurusan di salah bank disitu, dapat parking jauh pulak tu sbb depan bank pasti penuh.. jalan2 masuk bank ambik no giliran, duduk tunggu giliran ..tau2 masa parking dah nak tamat..terpaksalah dia bergegas berjalan balik ke mesin parking dan bayar tiket parking utk sejam seterusnya.
Sebenarnya...sy pun terkena beberapa kali apabila hendak pergi makan di sana...ahakssss. Tengah2 nak makan terpaksa bergegas ke mesin parking untuk membayar parking..
Selain daripada menyaman dan meng'clamp' kereta, sy rasa seharusnya pihak PBT memperbanyakkan dan menambah tempat parking kerana kesesakan tersebut adalah berpunca daripada kekurangan tempat parking. 

BAZAAR RAMADHAN - BILA HANYA PERLU

Bazaar Ramadhan - Ehsan Google
Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menempuh bulan puasa..bulan Ramadhan yang mulia, penuh dengan pelbagai ganjaran dan keberkatannya. Cakap pasal bulan puasa ni pasti sinonim jugak dengan Bazaar Ramadhan yang semakin tahun semakin banyak gerai yang tumbuh macam cendawan. Namun ada jugak yang komen kebanyakkan yang berniaga di Bazaar terutama yang menjual makanan seperti melepas batuk di tangga saja kerana sudahlah harganya mahal, rasanya pulak kurang menyelerakan..opssss. Sebenarnya pada hakikatnya memang ada kebenarannya jugak jika kita tinjau harga2 makanan yang dijual ada antaranya agak mahal terutamanya pada 2 minggu terawal bulan puasa..apalagi waktu itulah memang waktu yang paling ramai orang berkunjung tidak kira bangsa apa pun kerana semua menantikan juadah apa yang terjual di bazaar-bazaar tersebut. Walau apapun, bagi sy, setiap perbelanjaan hendaklah berpada2 dan mengikut apa yang perlu saja....kadang2 tu membeli makanan pada waktu bulan puasa lagi banyak belanjanya daripada bulan tak puasa..ahaaaksss. sapa nak jawab? 

Wednesday, June 25, 2014

NUFFNANG PREMIERE - DELIVER US FROM EVIL

Sejak sy join Nuffnang, tak pernah sy ikuti Nuffnang punya program kerana kesuntukan dan kesibukan dengan kerja apalagi dengan setiap program Premiere Screening namun entah kenapa minggu lepas tergerak pulak sy gatal2 nak join dan tidak disangka dapat pulak jemputan untuk 2 tiket menonton Premiere Screening movie " Deliver Us From Evil "... ahaksss. Terimakasih banyak-banyak ye Nuffnang. Yang best nya tengok cerita evil tapi bulan puasa kan semua syaitan2 sudah di rantai.... Sekarang ni timbul persoalan.. sapa pulak sy nak ajak tengok sekali dengan sy?  
nuffnang logoNuffnang Malaysia
Wed, 25 Jun 2014

Nuffnang Premiere Screening of Deliver Us From Evil

Dear Nuffnanger,
You are cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Deliver Us From Evil! 
Nuffnang Premiere Screening of Deliver Us From Evil
Date: 2nd July 2014 (Wednesday)
Time: 8:15PM (Ticket collection: 7.30PM – 8.15PM)
Venue: TGV 1 Utama
Apa2 pun, harap tak ada aral melintang pada hari tersebut dan bolehlah jugak sy menemui rakan2 bloggers yang join menonton premiere screening tersebut.

NOVEL - DALAM HATI - ARYANA HUDA

Dalam Hati - Aryana Huda
Pastinya ada diantara kita ini merupakan peminat tegar kepada novel2 tidak kira novel berkisar tentang kehidupan semasa, percintaan dan alam semesta. Dan kalau dulu novel2 ni kita terpaksa pergi kekedai buku dan membelek2 pada hujung buku untuk melihat sipnosis cerita novel tersebut...sekarang kita hanya perlu baca novel di internet saja... dan salah satu novel yang sedang sy baca adalah Dalam Hati hasil karya Aryana Huda. Antara petikan2 novel tersebut:

Azmi renung telefon bimbit di tangannya. Dua minggu dia biarkan telefon itu senyap. Alia tersangat jarang menelefon atau WhatsApp dengannya. Sekarang lagilah, Alia tidak mungkin akan menjawab panggilannya. Dunianya sepi tanpa Alia.
Dulu dia ingat dia rasa ada manis pada rindu tapi sekarang dia tahu pahitnya rindu kepada Alia yang sudah menjadi milik orang. Dia rasa derita menahan diri dari melihat gambarnya dengan Alia semasa perkahwinan Uncle Jimmy dulu tetapi dia tidak punya kekuatan untuk memadamkan gambar itu dari telefonnya.
Dulu dia ingat ada rasa nikmat dalam cemburu tapi sekarang dia tahu seksanya menolak bayangan Alia bersama Dr Darwish. Dia sudah cuba untuk menutup matanya. Dia cuba merenung gelap malam tapi bayangan Doktor itu memegang Alianya masih jelas dalam fikirannya tetapi dia lelaki macho yang tidak boleh menitiskan airmata......
Cerita yang penuh dengan liku2 percintaan yang sejati namun terlalu banyak halangan untuk Azmi dan Alia. Jika anda ingin baca novel tersebut, just layari saja disini Dalam Hati - Aryana Huda

Tuesday, June 24, 2014

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT ALA SANTAI

Adakalanya bila kita nak memasak, tengok punya tengok, banyak bahan2 barang basah mahupun kering yang habis.. cuma tinggal barang2 asas aje. Itulah yang terjadi pada sy pada minggu lepas. Nak pergi beli, cuaca panas..ahakss. Jadi apa lagi, kita masak simple jelah.. Resepi kali ini sy namakan Daging Goreng Kunyit Ala Santai.. So bahan-bahannya adalah:
Daging sekeping yang direbus dulu dan kemudian di hiris kasar2.
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit cili boh
sedikit serbuk kunyit yang digaul dengan daging yang telah dihiris tadi.
garam dan gula secukup rasa.
Cara membuatnya pun senang saja. Panaskan dalam 2 sudu minyak. Masukkan bawang putih dan merah serta sedikit cili boh atau sos cili pun boleh. Bila dah agak naik bau, masukkan daging yang telah di gaul dengan serbuk kunyit dan gaul sehingga daging hampir2 garing dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Walaaaaa...sudah siap untuk dihidangkan.

Monday, June 23, 2014

TERINGAT ZAMAN IKAT PERUT

Ramai2 makan nasi ambeng - Google
Setiap kali kalau sy melihat rancangan Bersamamu, sy hanya teringat satu kata-kata yang sering di ucapkan.. Jika kita susah, ada yang lebih susah daripada kita. Tidak kira betapa susah dan payah nya kehidupan kita jika kita tahu bahwa ada lagi yang lebih menderita daripada apa yang kita lalui, pastinya kita bangkit dan menempuhi setiap halangan dan kesusahan itu.
Mungkin setiap daripada kita akan menempuh kehidupan dengan cara yang berbeza. Ada yang di awal kehidupan nya sudah terdedah dengan segala kesenangan dan ada yang terpaksa menempuh kesusahan sejak dari lahirnya dia ke dunia..
Bila cakap pasal susah ni, teringat zaman-zaman ikat perut... masa zaman mula2 bekerja. Masa tu pastinya gaji pun masih ciput..rumah sewa pun bukan senang nak cari yang murah2, jika ditolak bayar sewa rumah, tambang ke tempat kerja (tak campur tambang sekali sekala nak berjalan2 ambik angin) tolak belanja itu ini.. kadang2 belum sempat dapat gaji yang seterusnya, duit dah tinggal nyawa2 ikan.. tu yang kadang2 kena ikat perut.. makan sekali sehari.. minum air masak je. Bila dok rumah kongsi dengan kawan2, boleh tong2 masak... Kadang2 buat telur dadar kongsi 4 orang makan..ahaksss. Bila agak2 loaded sikit, beli nasi bungkus sorang satu...haha. Perghhh bila kenang balik... Memang satu kenangan yang tak dapat dilupakan.

BUAT DUIT DENGAN BLOG?

Salah satu sumber pendapatan sampingan
Bila musim raya nak dekat, walaupun puasa belum lagi..pastinya pelbagai aktiviti cari duit raya sudah tercanang di mana2 samada program MLM ke, skim cepat kaya ke, ebook ke, itu ke ini ke.. dan jugak melalui blog. Tapi persoalannya boleh ke jana pendapatan dengan blog? Jawapannya boleh tapi tidak semudah A,B,C dan tidak secepat langkah 1,2.3... Semua itu memerlukan masa. Fakta menunjukkan hanya 1% sahaja yang jika benar2 mempelajari selok belok internet akan berjaya menjana pendapatan melalui internet. Sy pernah terbaca blog The Redmummy yang sehingga kini menjadi ikon semua bloggers kerana menjana pendapatan puluhan ribu sebulan,jugak menapak bertahun2 sebelum beliau berjaya. Blog2 seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Rotikaya, Ben Ashaari, KZNabihah,  dan banyak lagi blog yang sempat sy baca yang mencapai ribuan traffic sehari dan puluhan ribu followers jugak mendapat tempat setelah bertahun berkecimpung dalam blogging. Jadi bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan, pastikan ianya benar2 sesuai dan genuine.... bukan daripada mereka2 yang hanya mengambil kesempatan dan menangguh di air keruh.

Saturday, June 21, 2014

KITA LUPAKAN SEKETIKA

Sejak dua menjak ni cuaca terasa teriknya...kadang2 cuaca di waktu tengahari mencecah 37 darjah celcius. Panasnya sampai bukan kepala je jadi pening..satu badan pun naik pening..risau jugak nanti air kena catu balik..Teringat hari tu punyalah payah nak menunggu air ada. Katanya selang 2 hari air ada, tapi bila time potong air memang diorang potong ikut jadual..bila tang air ada tu yang tak sampai hati nak tengok...keluar macam lidi. Baru air tu nak besar sikit..dah kena potong balik sebab hujung hari ke dua baru air tu banyak..ahakss.
Kita lupakan seketika cerita pasal air ni. Memang daripada dulu cerita tu tak kan habis.
Kita lupakan jugak seketika pasal kekalahan Spain dan England..2 gergasi dan negara yang mempunyai liga bolasepak yang terbaik dan termahal di dunia ..ahaksss.
Hari minggu ni pasti ada yang sibuk agaknya membuat persediaan membeli barangan untuk menyambut bulan puasa nanti, walau apa sekali pun berbelanjalah dengan berhemah.. beli apa yang perlu. Kos kehidupan di Malaysia ni memang tinggi, apalagi harga barangan nya. Harap2 tidak ada pihak2 yang mengambil kesempatan seperti masa2 lalu apabila datang aje musim perayaan pasti ada saja barang yang kehabisan stok

Friday, June 20, 2014

CERITA PASAL PUASA - WARM UP

Perghh cendol oh cendol
Berakhirlah kerja pada minggu ini... Hanya tinggal seminggu lagi sebelum kita menjalani ibadah puasa. Yang belum ganti tu cepat2 lah buat puasa ganti... yang gastrik tu cuba2lah cari cara2 yang terbaik untuk menghadapi bulan puasa..tapi yang tak ada gastrik tiba2 boleh ada pulak bila bulan puasa tu..jawab sendirilah ye. Bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan dan rasanya rugi kalau kita tidak mengaut seberapa banyak pahala dan keberkatan di bulan yang mulia itu....
Teringat sy masa mula2 berpuasa dulu..Mula-mula puasa memang tak sampai setengah hari. Asyik fail aje. Sampai tengahari je dugaan dia lain macam... pulak tu bila bergaul dengan kawan2 yang sememang nya tak puasa.. Perghhh masa tu manalah tau pasal besar kecik pahala berpuasa, dah kawan sogok air... selamat. Tapi itu semua cerita2 masa lampau dan bila teringat kembali pasti akan mengenangkan kita kepada kawan2 lama yang sama2 membesar....kenangan puasa dulu2.

Wednesday, June 18, 2014

BURGER OH BURGER

Korean Burger
Sekarang ni kalau cakap pasal burger aje dah macam2 jenis burger ada..Kalau dulu pasti tertumpu hanya kepada burger Mc Donald, Burger King atau Burger A & W tapi sekarang dah pelbagai citarasa burger .. KFC pun yg asalnya jual ayam goreng pun ada burger... Apalagi burger2 seperti Ramly Burger dan burger2 yang dijual di tepi2 jalan.. Mmg sedap bila di makan panas2...sehinggalah yang di niagakan dalam bentuk komersial seperti burger Abg Burn,Yazid burger.. dan sekarang korean burger pun ada...Pasti peminat fanatik dengan cerita2 korea dan Kpop akan berkunjung apa saja restoran yang menghidangkan makanan korea....( Tapi bagi umat Islam pastikan ianya halal ye..ahakss) 
Kalau dulu burger hanya merupakan makanan sampingan atau makanan ringan untuk kataorang save budget, tapi sekarang burger dah jadi seperti makanan berat..atau heavy meals.. apa taknya, dengan size burger yang besar, kuantiti daging yang banyak, bahan2 lain yang bermacam2 perisa dan rasa..pasti membuat kan kita teruja untuk menikmati burger2 tersebut......

Tuesday, June 17, 2014

ULASAN MOVIE - HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

Minggu lepas sy sempat sekali lagi menonton filem.. kali ni sy tertarik untuk menonton cerita kartun pulak..ahaksss. Cerita How To Train Your Dragon 2 yang pastinya merupakan sequel daripada ceritanya yang pertama. Walaupun ceritanya dari segi animasinya memang menarik namun unsur2 humor nya agak kurang berbanding filem pertamanya apalagi adanya babak2 sedih apabila hiccup menjumpai ibu kandungnya setelah 20 tahun terpisah kerana disangka ibunya telah mati... namun dalam kegembiraan itu bapanya pula yang mati akibat di bunuh secara tidak sengaja oleh Naga peliharaannya bernama Toothless yang di pukau oleh ketua jahat bernama Bludyvist yang ingin menakluk semua naga2 dan tunduk kepadanya..
Namun akhirnya hiccup dan toothless berjaya melawan Naga gergasi milik Bludyvist dan kemenangan itu pasti menggembirakan hiccup kerana ayahnya begitu menginginkan dia menjadi ketua puak Berk menggantikan dia...
Bagi anda yang belum menyaksikannya, boleh lah anda menontonnya.. 

Monday, June 16, 2014

MAKAN BOLA MINUM BOLA TIDUR BOLA

Emmm ....nak cakap ke atau nak buat ulasan ke pasal bola? Tak payah kot sebab dah ramai sangat pengulas dan pemberita serta wartawan yang memberikan analisa terperinci tentang setiap permainan dan keputusan2 yang tidak dijangka atau upset..Tapi masih terlalu awal sebab bola itu bulat.. Jadi apa2 pun kita tunggu dan saksikan lah perlawanan2 seterusnya....
Jadi sudah tentulah kat mana2 kita pergi mestilah orang akan cakap pasal bola. Sy pergi makan, kiri kanan sy diorang riuh pasal bola.. sy beratur kat shopping complex nak bayar , belakang sy kecoh dok cerita pasal Spain kalah... sy kat dalam bas tak sampai seminit dah terdengar bunyi2 cerita pasal bola..pendek kata macam cerita Labu Labi...asal aku mimpi je bola..asal aku mimpi je bola..ahaksss. Itulah kesannya bola terhadap dunia manusia..walaupun sebenarnya bola itu kecik..sebijik tu..orang dok kejar sana sini nak sumbat gol..tapi kesannya pada manusia memang perghhhh... Walau apa pun yang penting jangan sampai kita leka dengan perkara2 yang patut kita buat..tugasan..kerja.. tanggungjawab kita kepada agama, keluarga dan negara... By the way, siapa negara pilihan anda?

Thursday, June 12, 2014

KATA ORANG PILIHANKU BUKAN PILIHANMU

Mungkinkah kita pernah berselisih..
Kadangkala ada orang berkata pilihan hati kita tak semestinya pilihan hati orang lain.. Maksudnya mungkin kita menjumpai seseorang yang memang memiliki ciri2 seperti yang kita impi dan idamkan namun mungkin kita bukan lah seperti apa yang orang itu impikan... Tapi yang pastinya ialah kita berjaya terlebih dahulu membuka hatinya untuk menerima kita seadanya sebelum dia menjumpai seseorang yang dia impikan... Itu faktor kebaikannya...namun apakah pulak akan terjadi bila satu ketika si dia menjumpai atau berjumpa dengan seseorang yang memiliki ciri2 apa yang dia impikan?? Well disitulah letaknya akan kejujuran dan keikhlasan menerima seseorang itu baik buruknya... Jika rapuh, pasti akan terlerailah satu perhubungan dan ikatan yang dibina... 
Sy pernah terdengar kata-kata dari sebuah filem... dari berjuta2 orang yang hidup di muka bumi ini, dari beribu2 orang yang sentiasa kita jumpa atau berselisihan..kita di takdir bertemu dengan seseorang.. Pasti ada sebab dan alasannya tersendiri yang kita tidak tahu..

MENENANGKAN DIRI..

Ambil masa jugak bila dah buntu ni...ahakkss.
Mungkin inilah masanya kita memerlukan proses menenangkan diri... kosongkan minda sebab kadang2 kebuntuan ni bukanlah sebab fikiran kita kosong sampai hilang ideas, tapi ada jugak sebab terlalu tepu dengan pelbagai masalah dan isu semasa..tu yang tak boleh nak fikir, jadi kena kosongkan balik..reset.
Tak berapa jam lagi sepak mula bolasepak Piala Dunia akan membuka tirainya. Ramai pastinya sudah mula membuat persiapan..macam nak balik kampung je. Ada yang pasti akan menyekang matanya untuk bertahan menonton siaran langsung...
Dalam masa yang sama...hari ni bersamaan jugak dengan 14 Sya'ban 1435. Gelincirnya matahari dan selepas azan maghrib, maka kita memasuki 15 Sya'ban atau dikenali sebagai malam Nisfu Sya'ban, hari dimana buku cacatan amalan kita diangkat dan buku catatan baru diberikan...Sama-samalah kita menutup dan membuka buku kita dengan kebaikan.

Monday, June 9, 2014

KEBUNTUAN...

Jadi seorang blogger ni kadangkala dia akan menempuh 3 situasi dan ketika.. Pertamanya terlalu banyak ideas yang mencurah2 hingga tak menang tangan nak menaip..haha. Keduanya di tengah2, nak kata ada idea pun ye nak kata tak ada idea pun ye..Jadi dia akan menaip apa yang terlintas di fikiran pada masa tersebut atau apa saja yang dilihatnya di sekeliling...Yang ketiga adalah kebuntuan idea.. puas fikir, tak datang jugak idea tu...tengok lah sekeliling macam2 perkara berlaku namun kosong jugak yang datang..ahakss. Jadi inilah yang berlaku pada sy disaat dan ketika ini. Sy kebuntuan idea... Jadi dari kebuntuan inilah sy cipta satu sajak yang dinamakan KEBUNTUAN.... haha lain macam pulak bunyinya.
KEBUNTUAN
Ku cuba merenung jauh mencari sesuatu
lalu ku gapai keseluruh ruang namun hampa
dirimu melangkah pantas hingga hilang bayangmu .... 
tiada ehsan untuk ku berpaut walau seranting kayu sekalipun
hanya secebis wadah dapat kulontarkan
hanya secalit tinta yang dapat ku titiskan
tapi kau tetap pergi...
pergi bersama dengan segala kepasrahanmu.
dan aku disini masih dalam...
Kebuntuan.....


SIPNOSIS MOVIE - MAKE ME SHUDDER 2

Minggu ni minggu sy tengok wayang je..ahakss. Bermula daripada Godzilla, Edge of Tomorrow hinggalah ke filem terbaru yg sy tengok semalam bertajuk " Make Me Shudder 2" yang merupakan sambungan daripada Make Me Shudder tapi cerita ini sy kira ada kaitan dan seakan macam cerita Mae Nak dulu yang memang kelakar habis.
Ceritanya mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Nick, James, Bew dan lain-lain cuba mendapat semangat dan restu daripada roh Mae Nak agar mereka berjaya dalam pelajaran namun oleh kerana Nick tidak mempercayai kewujudan Mae Nak lalu mencabar roh tersebut lalu berlakulah satu aktiviti paranormal yang membawa mereka ke zaman Mae Nak di kampungnya Phra Khanong. Disinilah berlaku pelbagai adegan lucu dan lawak yang membuat kita tak kering gusi... Walaupun endingnya agak sedih jugak namun sy pasti anda akan terhibur...

DEMAM BOLASEPAK PIALA DUNIA 2014

Tinggal beberapa hari lagi bolasepak Piala Dunia akan bermula. Pelbagai spekulasi dan ramalan sudah di dengar dan pastinya penyokong dan peminat fanatik pasukan masing2 sudah mula berlatih untuk menegangkan mata untuk berjaga pada paginya untuk menonton perlawanan secara langsung dan jugak siaran tertunda... Tidak kurang jugak heboh dengan binatang yang akan menggantikan si sotong Paul yang terkenal kerana Piala Dunia 2010 namun walau apa pun pastinya Piala Dunia 2014 ini akan sekali lagi memberikan impak kepada pemain-pemain samada yang sudah lama beraksi dan yang baru beraksi kerana biasanya selepas Piala Dunia berakhir pasti ada harga pemain2 yang akan naik mendadak jika prestasi mereka melonjak di Piala Dunia...
Siapa pasukan atau negara pilihan anda? Adakah anda memilih kerana kekuatan satu pasukan atau sebab anda suka seseorang pemain? Ahakkssss... Apa2 pun jangan sampai kerja anda terganggu ye. Kata orang makan bola, tidur bola..jangan kerja pun bola... 

SIPNOSIS MOVIE - EDGE OF TOMORROW


Minggu lepas sy berkesempatan menonton filem pelakun yang sy minat sejak dulu. Tom Cruise iaitu filem Edge Of Tomorrow yang mengisahkan mengenai Cage seorang pegawai tentera berpangkat tinggi, namun tidak dilatih dalam peperangan.Apabila dunia digemparkan dengan pencerobohan makhluk asing, Cage dihantar ke London, United Kingdom bagi bertemu dengan pegawai tertinggi negara.Malangnya, dalam dunia yang dipengaruhi oleh mahkluk asing dinamakan Omega, dalam dunia yang sentiasa berulang, dia diturunkan pangkat menjadi prebet dan dikerah bertempur dengan Mimics.
Enggan mengikut arahan, dia dihantar secara paksa ke Lapangan Terbang Heathrow yang dijadikan markas ketenteraan dan setiap kali bertempur dan maut, dia seperti terjaga daripada tidur dan berada di lokasi ketika dia mula-mula berada di markas tersebut.
Mencari petunjuk dalam putaran waktu itu, Cage bertemu dengan Angkatan Tentera Khas, Rita Vrataski (Emily Blunt).Rita menyedari Cage mengalami situasi sama sepertinya dan mereka berpakat mencari pusat kawalan atau Omega yang mengendali makhluk asing untuk dihapuskan.
Berulang kali mencari jalan dan mati dalam pertempuran, mereka menemui pusat kawalan Mimics yang terletak di dasar muzim yang terletak di Perancis namun kali ini oleh kerana Cage mengalami kecederaan dan dimasukkan darah, maka Cage tidak lagi boleh bermimpi dan semuanya adalah realiti walaupun dia terbunuh. Apakah kesudahan ceritanya...masih ada masa untuk ke panggung..ahakss.

Friday, June 6, 2014

DEKO RUMAH ALA ENGLISH

Bila cakap pasal deko rumah ni, memang sy pasti akan cakap pasal deko ala inggeris... memang itu minat sy daripada dulu. Semua barangan decoration pastinya sy akan beli daripada KK deco mart di SACC Mall ataupun Romantika di Alam Sentral Shah Alam sebab kedua2 mempunyai pelbagai barangan ala2 inggeris baik daripada pinggan mangkuk, barang perhiasan yang kecil dan besar, pelekat, meja, rak2 kayu sehinggalah ke wall paper. Pendek kata memang banyak..
Tapi janganlah sebab dah kemaruk dengan deko ala inggeris anda hias satu rumah dengan corak yang sama, barangan yang sama... sebab kadangkala akan jadi nampak rimas. Kena ada jugak ruang2 yang anda kosongkan bagi nampak ruang untuk bernafas..ahakss. Pernah dulu disebabkan kemaruk dengan deco ala inggeris ni, sink bilik air pun sy tampal dengan corak bunga vantage.. Pelekat plastik corak bunga2 tu pun kita boleh beli kat tempat sy katakan di atas. Beli aje cawan warna putih, kerusi putih ke..pendek kata warna putihlah..tampal je pelekat tadi... Memang mudah.

Wednesday, June 4, 2014

CERITA2 P RAMLEE KEMBALI LAGI

P Ramlee dalam Masam Masam Manis
Semalam sy singgah lah ke kedai mamak.. Biasalah kalau ke kedai mamak selalunya dia akan bukak rancangan gusti..tak pun dvd gusti tapi semalam dia pi bukak cerita P Ramlee..masam masam manis. Ahakss yang betul mamak.. Dia cakap cerita P Ramlee mesti kena tengok, tara boring punya. Apa yang dia katakan tu memang sy setuju sangat..Sy rasa cerita masam-masam manis ni pun entah dah berbelas kali sy tengok tak campur dengan sy tgk melalui dvd kat rumah.. Cerita2 Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang tak pernah lapuk dek masa...terutamanya cerita2 lucu nya, cerita kehidupan..cerita kesedihan dan sejarahnya. Kreativi beliau memang tiada tandingan.. Apalagi dengan suaranya yang lemak merdu menusuk kalbu....
So..dipendekkan cerita, sampai habis sy tengok cerita P Ramlee sambil sy tambah makan sebab 2 jam tu punya show..ahakksss. Cerita P Ramlee mana yang paling anda minat dan suka?

Tuesday, June 3, 2014

RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI

Ehsan Google
Resepi masakan kali ni adalah telur.. Ahakkss..Telur paling mudah untuk kita masak..goreng pun sodap. Untuk kali ini sy nak berkongsi resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Padi... Nak guna telur ayam pun boleh tapi telur ayam tu dah biasakan ...Straight to the point, bahan2 nya adalah:

6 biji telur itik ( atau ayam pun bolehlah )
1 cawan santan pekat
5 biji belimbing buloh
2,3 helai daun kunyit
1 batang serai
Bahan tumisan yang untuk dikisar halus adalah:
15 biji cili padi
2cm kunyit hidup
2 cawan santan cair
Garam secukup dan gula secukup rasa
Cara memasak pulak ye... Mula-mula masukkan bahan tumisan ke dalam periuk atau kuali besar perlahan2 sehingga mendidih. Lepas tu biarkan api sederhana, pecahkan telur itik satu persatu dengan perlahan jangan sampai terpecah kuningnya. Selepas telur itu membulat dengan cantik, masukkan bahan seperti santan pekat, belimbing, daun kunyit ,serai, garam dan gula secukup rasa,
kacau perlahan2 dalam 5 minit dan bolehlah dihidangkan.


Monday, June 2, 2014

DALAM KEGELAPAN ADA SINAR..

Kadangkala, memaafkan adalah satu kebaikan. Segala yang datang dari kebaikan dan bertujuan kebaikan akan berhujung dengan kebahagiaan....
Semakin lama rasanya sikap dan sifat manusia semakin pupus dengan kebaikan.. Terlalu banyak perasaan hasad dengki walaupun sekecik mana sekali pun, pasti ada perasaan itu.. Jarang kita dapat lihat manusia yang mudah memaafkan orang lain.. walaupun demi kebaikan. Kehidupan sekarang penuh dengan stress tidak kira dalam apa jugak aspek samada perhubungan, pekerjaan mahupun pelajaran..
Pasti ada jugak kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan dalam seharian kita menjalani kehidupan samada sengaja mahupun tidak...begitu jugak sebaliknya...
Sy pernah bertemu dengan seorang yang sangat penyabar orangnya. Walaupun keluarganya seakan memulau dirinya kerana dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap..atau lebih tepat lagi antara adik beradiknya yang kesemuanya bekerjaya besar, hanya dia saja yang menjalankan perniagaan menjual burger. Walaupun berniaga burger, dia jugak sering mendapat masalah sana sini dari orang yang dengki dengan kelarisan perniagaannya menyebabkan dia jarang dapat berniaga tetap pada satu2 tempat... tapi baginya, semua itu cuma dugaan dunia dan tak perlulah kita berdendam atau sakit hati. Katanya memaafkan seseorang adalah satu kebaikan jugak...

Sunday, June 1, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU NURUL ATIKAH

Pasangan Merpati Dua Sejoli
Dah lama jugak sy tak menaiki komuter. Hari ni sy bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan 'adik' sy yang berlangsung di rumah nya di Pandamaran Jaya, Port Klang. 
So macam biasalah lepas beli tiket dan menunggu dalam 10 minit, maka komuter pun sampai dan dari jauh sy dah nampak memang banyak tempat kosong.. so lepas pintu komuter terbuka saja sy pun masuk dah duduklah kat satu kerusi kosong.. Memang selesa komuter sekarang. Dalam sy dok duduk tu adalah beberapa orang dok pandang sy..Emmm kenapa ehh? Sy pun tolehlah kebelakang..toleh kedepan.. Emm semua perempuan. Lepas tu sy terbacalah sign kat atas sebelah kanan gerabak sy dengan tertulis "Ladies Coach Only "..Ahakkkss...sekali salah gerabak. Sy pun dengan perlahan2 berjalan dan menuju ke gerabak yang semuanya lelaki...tapi semua bangla pulak..haha..
Ok. Bercakap pasal pengantin ni..Nama pengantin yang diraikan adalah Nurul Atikah dan pasangannya Khairuddin yang selamat di ijab kabul pada 31-05-2014. Sampainya ke sana sedang elok pasangan sedang bersanding atau di tepung tawar jugak dengan iringan paluan kompang dan jugak hujan rahmat yang turun sekejap tanda memeriahkan lagi majlis tersebut. Untuk adik Nurul Atikah dan Khairuddin, selamat pengantin baru diucapkan semuga bahagia ke anak cucu....Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails