Tuanpunya Restoran Selera Tradisi..kena paksa posing |
Dah lama sangat sy tak bercerita pasal makan, almaklumlah sibuk sampai tak ada masa nak buat entry pasal makan. So semalam sy sempatlah singgah ke sebuah restoran kepunyaan rakan rapat tapi dah lama tak berjumpa...dekat berbelas tahun jugak lamanya, berjiran dari zaman ibubapa kami lagi semasa di Johor Bahru dulu. Restoran yang bernama Selera Tradisi tu terletak di Jalan Kristal 7/L di Seksyen 7 Shah Alam. Jadi sambil berbual tentang cerita lama zaman kanak2 dulu, sempat jugaklah sy bersarapan pagi. Sy makan nasi goreng dengan sambal telur dan air teh tarik, rasa sambal nasi telur dia memang sedap. Masa sy datang tu dah dekat pukul 10.30pagi, jadi diorang pun dan mula masak untuk lauk tengahari... ahaksss.
Al kisahnya, kawan sy ni masih lagi membujang...sibuk bebenor katanya. Restoran tu kira diuruskan jugak oleh ibu dan adik beradik dia. Bila dah lama tak jumpa, keluarlah cerita itu cerita ini dan kisah2 lucu masa kecik, sampai kadang2 sy sendiri tak ingat tapi orang lain boleh ingat cerita tentang kita. Apa2 pun, bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Seksyen 7, silalah mencuba di sana ye. Harganya memang berpatutan sangat walaupun sy dapat makan free pagi tu...ahakksss.
nnt nak cuba jugak!
ReplyDelete