Sepi tu sendiri dah bunyinya macam senyap dan penuh dengan ketenangan, tapi kat mana keindahannya? Adakah senyap dan tenang itu sendiri yang menjadi keindahannya? Ada orang tak suka pada suasana senyap dan tenang kerana akan mengingatkan dia kepada cerita2 lama yang mungkin ada menyakitkan hatinya. Ada orang yang suka kepada keadaan sepi kerana dapat melarikan diri daripada segala kesesakan minda dan masalah walaupun hanya untuk sementara kerana kita pasti tidak dapat lari daripada masalah kecuali dengan mengatasinya.
Cuba anda bayangkan, pergi sesatu sudut yang jauh daripada hirup pikuk kebisingan bandar, di celah2 hutan atau di atas sebuah bukit pada waktu malam. Anda berdiri sambil melihat kegelapan malam dan hanya bertemankan kerlipan bintang2 dan bulan, suasana sepi dengan sekali sekala terdengar bunyi2 binatang.. Apa anda rasa? Seram? Tenang? Sepi? Bosan?......Tepuk dada tanya selera.
Apa2 pun, keindahan sebenar terletak pada hati kita dalam menilai sesuatu keadaan...
sepi itu indah
ReplyDeletebila solat rasa tenang...
tapi bila duduk2 saja...bole jdk rindu pada seseorg.