Kayuh jgn tak kayuh - Ehsan Google |
Time2 cuti sekolah ni, bolehlah bangun lambat sikit sebab jalan tak berapa jam, tak perlu nak cilok sana sini, tak perlu nak rushing mandi, semuanya berjalan lancar aje...berbeza bila hari sekolah, semuanya kena cepat. Lambat 5 minit keluar rumah, tu diaaa.. sesak dah jalan. Teringat masa kecik2 dulu pi sekolah naik basikal, rasanya macam boleh kira berapa kereta yang potong kita...Kadang2 ada jugak basikal yang potong basikal. Tapi sekarang, bukan masalah nak kira berapa banyak kereta memotong basikal, tapi basikal pun susah nak ada kat jalan sebab kereta terlalu banyak dan mungkin membahayakan, jalan raya pun dah tak selengang dulu, dan mungkin jugak ramai yg lebih suka naik bas atau paling tidak jalan kaki jika antara rumah dengan sekolah dekat. Cepat benar suasana berubah...adakah lagi 30, 40 tahun akan datang jalanraya pun semuanya bertingkat dek terlalu banyak sangat kereta atau kereta direka boleh terbang untuk elak kesesakan di jalan raya? Hahaha...kuat betul imaginasi sy. Apa2 pun, sebanyak mana arus perubahan yang berlaku di dunia ini, yang kita penting kita harus sedar..kita tetap kita, tetap makhluk Allah yang di pinjamkan ke dunia ini kerana semua perubahan dan kecanggihan tidak akan membawa kita ke alam yang lebih kekal di sana.
saya pegi skola zaman kanak2 naik bas...hehehee
ReplyDeletetak merasa nak naik beskal..
salam santai