Tuesday, June 19, 2012

KAT MANA PULAK NAK GUNTING?

Selalunya kalau berkaitan dengan rambut, pasti kita mempunyai beberapa saloon atau kedai gunting rambut kegemaran kita. Pasti kita akan ketempat yang sama kerana mungkin dari beberapa tempat yang pernah kita cuba, tempat itu yang terbaik. Sama jugak macam sy. Biasanya tempat sy adalah kedai gunting India atau mamak, tetapi bukan semua kedai gunting mamak sy masuk. Ada yang pandai gunting, ada yang pakai gunting aje tak kira kita suruh apa, dia ikut suka dia je nak gunting.. Pernah satu hari sy cakap nak gunting sikit je bahagian belakang, dengan sukahati dia, dia gunting pendek macam budak nak masuk sekolah. Tapi bila sy dah mencuba beberapa kedai, pasti ada satu yang menjadi kegemaran sy dan setiap kali gunting rambut sy akan kesana..Tapi yang menjadi masalah, tak semua kedai gunting ni kekal atau bertahan lama. Sekarang ni, tempat gunting rambut yang sy selalu pergi dah berpindah ke PJ, katanya sewa kat Subang mahal sangat...kenalah sy mencari kedai gunting lain pulak...ahaksss. Anda punya tempat kesukaan anda?

LUNCH DI NYONYA KITCHEN

Gambar sebelum makan, lepas makan semua licin.
Sekali sekala pekena makanan lauk pauk ala nyonya pun sedap jugak. Beberapa hari yang lepas, sy singgah di Plaza Shah Alam bersama dengan keluarga dan saudara-mara menikmati makan tengahari di Nyonya's Kitchen. Diorang ada jual beberapa set untuk 4 hingga 10 orang makan. Jadi kami order yang 10 orang punya menu dan tambahan beberapa lauk. Antara lauk dalam lunch kami tu adalah seperti ikan masak asam pedas, kacang botol masak sambal, otak2 udang, Ikan masak sambal, ayam masak kari nyonya, sotong goreng tepung ( favourite sy ni)  dengan  air mata kucing...Perghhh memang menyelerakan hinggakan kami semua menambah nasi...Desert nya pulak ice cendol yang cukup lembut sebab diorang buat macam snowy ice gitu. Waduhhh...tiba2 terasa lapar balik. So bagi mereka yang nak ubah selera masakan nyonya, cubalah di Nyonya Kitchen. Ni pun dah nak dekat bulan puasa, rasanya diorang ada buat buffet berbuka puasa...Ahaksss.

Thursday, June 14, 2012

BERAKHIR SUDAH....

Kelegaan melanda...akhirnya tamat sudah segala soalan yang bertubi2 terpaksa dijawab, tapi bukan soalan peperiksaan, bukan soalan cepu emas..tapi soalan2 daripada juru2 audit. Tiap2 tahun asyik kena jawab je soalan dan kadang2 tu soalan2 yang sama...ahaksss. Anyway, someway, cosway, amway... dah selesai semuanya dan adalah sedikit masa nak diluangkan kat blog ni yang sekejap ada sekejap tenggelam. 
Lupakan sejenak pasal kerja. Jadi sempena kelegaan yang dirasakan ini, sempena terasa lapang selepas menjawab soalan bertimpa2 sesusah soalan peringkat IPTA... Sy rasa macam nak buat balik blogwalking untuk kali ke 3... Yes!! Ye sy nak buat balik kerja giler tu. Tapi bukan sekarang. Maybe bermula pada weekend ini. Sekarang tgh kepenatan dan minyak pun tak cukup nak tekan. So berjumpa kita lagi nnt.

Wednesday, June 13, 2012

JADIAN - THE JUNAS MONKEY

Lagu pilihan Jom Santai Sekejap bulan ini adalah lagu nyanyian dari kumpulan The Junas Monkey bertajuk Jadian. Memang sedap di dengar dan ahli band semua handsome2..ahaksss. Video clip dia pun cukup simple dan seronok untuk ditonton... Untuk melihat video clipnya, anda boleh ke youtube atau terus ke facebook Jom Santai Sekejap  Liriknya adalah seperti dibawah...enjoy!


Jadian - The Junas Monkey
Aku suka dia tapi ku tak tau untuk 
Bilang kepadanya jika aku suka
Jatuh cinta kepadanya
Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku merasa deg-deg
Berdebar di dada diam saat mengingatnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya kalau aku mau 
jadi kekasihnya

Aku yakin diriku nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

Tuesday, June 12, 2012

KATA ORANG SEPI ITU INDAH 2

Sepi tu sendiri dah bunyinya macam senyap dan penuh dengan ketenangan, tapi kat mana keindahannya? Adakah senyap dan tenang itu sendiri yang menjadi keindahannya? Ada orang tak suka pada suasana senyap dan tenang kerana akan mengingatkan dia kepada cerita2 lama yang mungkin ada menyakitkan hatinya. Ada orang yang suka kepada keadaan sepi kerana dapat melarikan diri daripada segala kesesakan minda dan masalah walaupun hanya untuk sementara kerana kita pasti tidak dapat lari daripada masalah kecuali dengan mengatasinya. 
Cuba anda bayangkan, pergi sesatu sudut yang jauh daripada hirup pikuk kebisingan bandar, di celah2 hutan atau di atas sebuah bukit pada waktu malam. Anda berdiri sambil melihat kegelapan malam dan hanya bertemankan kerlipan bintang2 dan bulan, suasana sepi dengan sekali sekala terdengar bunyi2 binatang.. Apa anda rasa? Seram? Tenang? Sepi? Bosan?......Tepuk dada tanya selera.
Apa2 pun, keindahan sebenar terletak pada hati kita dalam menilai sesuatu keadaan...

Saturday, June 9, 2012

SUP TULANG DI RESTORAN PALMOUR

Sup tulang di Restoran Palmour. Shah Alam
Semalam sy tak terasa nak makan berat2, jadi sy pun singgah di Restoran Palmour Shah Alam berdekatan dengan Selangor Medical Centre (SMC), kebetulan pulak sedang berlangsung perlawanan bolasepak antara Malaysia menentang Singapura yang berkesudahan 2-2. Terus terang, corak permainan Malaysia memang daripada dulu sama aje, bila dah menang atau leading, selalu leka dan banyak bermain bertahan sehinggakan pihak lawan dapat menjaringkan gol bukan satu, kadang-kadang 3 gol terus. Berbeza waktu zaman Allahyarham Super Mokh dulu yang sentiasa bermain taktik menyerang walaupun kita dah leading 2-0...tu yang kadang2 pasukan Malaysia boleh menang sampai 9-0 sebab sentiasa mengamalkan taktik menyerang.
Errrr...sebenarnya sy nak buat entry pasal apa yang sy makan semalam. Sy order sup tulang. Memang sedap dan menyelerakan sampai tulang2 dia pun sy hisap...ahaksss, sekurang2nya dapat jugaklah mengubat frust keputusan perlawanan bolasepak...

CERITA LARUT MALAM


Selalunya bila tengah2 malam...sunyi sepi pulak tu, ada saja yang akan datang di kepala kita, kadang2 boleh boleh dibuat cerita, kadang2 mengarut pun ada tapi yang penting, idea tu ada.... so apa cerita malam ini?

Teringat sy sewaktu sy pergi makan malam di sebuah restoran di panggil Mandy's yang terletak di Summit USJ, Bukan sy nak cerita mengenai masakan atau apa yang sy makan tapi nak berkongsi mengenai apa yang sy terbaca di notis / iklan di cermin sewaktu sy mengambil order. Sambil sy beratur sempatlah sy membacanya.. 
antaranya berbunyi:
Romance Mathematic
Smart man + Smart woman = Romance
Smart man + Dumb woman = Affair
Dumb man + Smart woman = Marriage
Dumb man + Dumb woman = Pregnancy

Ahaksss...nak tergelak sendiri sy bila membacanya. Ada jugak betulnya kata2 tu walapun begitu, sy cuma beranggapan jokes tersebut lebih kepada budaya barat tapi realitinya banyak jugak terjadi kepada kehidupan masa kini tidak kira di mana.


Wednesday, June 6, 2012

SARAPAN DI RESTORAN SELERA TRADISI

Tuanpunya Restoran Selera Tradisi..kena paksa posing
Dah lama sangat sy tak bercerita pasal makan, almaklumlah sibuk sampai tak ada masa nak buat entry pasal makan. So semalam sy sempatlah singgah ke sebuah restoran kepunyaan rakan rapat tapi dah lama tak berjumpa...dekat berbelas tahun jugak lamanya, berjiran dari zaman ibubapa kami lagi semasa di Johor Bahru dulu. Restoran yang bernama Selera Tradisi tu terletak di Jalan Kristal 7/L di Seksyen 7 Shah Alam. Jadi sambil berbual tentang cerita lama zaman kanak2 dulu, sempat jugaklah sy bersarapan pagi. Sy makan nasi goreng dengan sambal telur dan air teh tarik, rasa sambal nasi telur dia memang sedap. Masa sy datang tu dah dekat pukul 10.30pagi, jadi diorang pun dan mula masak untuk lauk tengahari... ahaksss. 
Al kisahnya, kawan sy ni masih lagi membujang...sibuk bebenor katanya. Restoran tu kira diuruskan jugak oleh ibu dan adik beradik dia. Bila dah lama tak jumpa, keluarlah cerita itu cerita ini dan kisah2 lucu masa kecik, sampai kadang2 sy sendiri tak ingat tapi orang lain boleh ingat cerita tentang kita. Apa2 pun, bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Seksyen 7, silalah mencuba di sana ye. Harganya memang berpatutan sangat walaupun sy dapat makan free pagi tu...ahakksss.

Monday, June 4, 2012

CAM BETUL CAM SALAH

Kayuh jgn tak kayuh - Ehsan Google
Time2 cuti sekolah ni, bolehlah bangun lambat sikit sebab jalan tak berapa jam, tak perlu nak cilok sana sini, tak perlu nak rushing mandi, semuanya berjalan lancar aje...berbeza bila hari sekolah, semuanya kena cepat. Lambat 5 minit keluar rumah, tu diaaa.. sesak dah jalan. Teringat masa kecik2 dulu pi sekolah naik basikal, rasanya macam boleh kira berapa kereta yang potong kita...Kadang2 ada jugak basikal yang potong basikal. Tapi sekarang, bukan masalah nak kira berapa banyak kereta memotong basikal, tapi basikal pun susah nak ada kat jalan sebab kereta terlalu banyak dan mungkin membahayakan, jalan raya pun dah tak selengang dulu, dan mungkin jugak ramai yg lebih suka naik bas atau paling tidak jalan kaki jika antara rumah dengan sekolah dekat. Cepat benar suasana berubah...adakah lagi 30, 40 tahun akan datang jalanraya pun semuanya bertingkat dek terlalu banyak sangat kereta atau kereta direka boleh terbang untuk elak kesesakan di jalan raya? Hahaha...kuat betul imaginasi sy. Apa2 pun, sebanyak mana arus perubahan yang berlaku di dunia ini, yang kita penting kita harus sedar..kita tetap kita, tetap makhluk Allah yang di pinjamkan ke dunia ini kerana semua perubahan dan kecanggihan tidak akan membawa kita ke alam yang lebih kekal di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails