
Tiap kali aku pesan makanan kat mana2 restoran segera, pasti memek senyuman mesra orang yang ambil pesanan makanan akan bertukar jadi masam tiba2 setelah melihat wajah aku. Tiap kali aku pergi klinik sebab batuk, pasti kerusi kiri kanan aku kosong macam teruk sangat batuk aku tu padahal ada mamat yang dok kat hujung tu lagi teruk batuk dia tapi sanggup diorang duduk sebelah dia...uhukkkss lagi. Tiap kali aku naik bas, tak pernah sorang pun minah2 cun yang duduk sebelah aku, semuanya mak cik2 tua walaupun kerusi penuh...diorang sanggup berdiri daripada duduk sebelah aku...semua ni kerana aku kurang handsome. Tiap kali aku ke shopping kompleks, bila aku tanya kat penjual kat situ kat mana bahagian ubat gigi, diaorg pergi tunjukkan aku bahagian produk2 muka...cukup terasa hati dan sanubari aku...uhukkss lagi.
Biarlah, malam ni aku akan nyanyi lagi lagu Namun kupunya hati.....