Wednesday, January 4, 2012

RINDU BEROMBAK

Semalam sy sempat tengok sekejap cerita ombak rindu...tak sempat habis tgk sebab ada kerja kena buat, jadi tgk setengah cerita je..tapi boleh tahanlah ceritanya, banyak yang menyentuh perasaan kita dengan lakunan mantap Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dll...
Dalam kehidupan realiti, berapa ramaikah antara kita yang sanggup berubah atas sebab2 tertentu terutama cinta? Sebagai contoh paling senang, meninggalkan tabiat merokok kerana pasangan kita menyuruh kita berhenti.. atau meninggalkan kerja2 yang kurang elok seperti melepak ke atau apa saja, dan ada jugak yang lebih lagi daripada tak tahu ke masjid, tiba2 kita berubah kerana pasangan kita menasihati kita kearah tersebut..
Walaupun pada hakikatnya hati manusia ni susah untuk berubah, tapi kadangkala, cinta mengatasi segalanya.. betul ke? Sanggup buat apa saja demi cinta kepada pasangan kita? 
Salah sorang kawan sy dulu semasa sy belajar di UiTM... suka sangat dengan barang2 yang branded. Apa saja  yang ada di badannya semuanya adalah barang yang berjenama dan mahal, wal hal ibubapanya bukanlah orang yang berada...tetapi sikapnya berlainan sekali. Walaubagaimanapun,  sikapnya berubah secara drastik apabila berkenalan dengan seorang perempuan yang sy kira kalangan orang berada tapi penampilannya hanya biasa saja...kontra dengan sikap kawan sy ni dari kalangan biasa tetapi penampilan macam orang berada...Skrg yang sy dengar, kawan sy ni dah berkahwin dan punya anak 3....opsss bukan dengan perempuan tersebut, tapi dengan seorang cikgu.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails