Rasanya dah lama sy tak buat entry jom makan-makan. Dulu rasanya ada jugak sy buat entry ni terutamanya masa bulan puasa, sekarang ni susah sikit. Maknanya apa murid-murid? Ya betullll maknanya ialah dah lama sy tak makan kat luar. Semua ni adalah sempena menyahut kempen yang sy buat sendiri berbunyi:
Makan luar, tak sedap kena bayar
Masak sendiri, tak sedap lu pikirlah sendiri
Ehsan Chef Google |
So resepi kali ni sy akan kongsikan dengan anda ikan sepat masak lemak. Antara bahannya adalah:
1 kg ikan sepat atau sebarang ikan darat yang anda suka.
100 gm buah cekur dengan daunnya sekali
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 – 20 biji cili padi
Santan kelapa – 2 biji
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Gula dan garam secukup rasa.
Cara membuatnya adalah lepas ikan sepat dibasuh, lumur dengan kunyit dan garam, kemudian anda boleh goreng tanpa minyak atau bakar dan asingkan. Bawang merah, bawang putih dan belacan juga hendaklah di bakar atau goreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk bawang merah, putih, belacan, buah cekur, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tu dengan perahan air santan yang menggunakan air masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan ikan yang telah dibakar/goreng tadi dan akhirnya masukkan hirisan daun cekor tersebut dan walllllaaaaa…siap.
Resepi? Pasti kakCT coba mencoba!
ReplyDeleteawak! tolong masakkan utk saye bleh? hihi
ReplyDeletedill.
best nih
ReplyDelete