Tiap kali aku mendengar lagu Namun kupunya hati, aku tersentuh, bukan sebab lagu tu best, tapi sebenarnya memang lagu tu best giler. Tapi siapa yang selalu nyanyi lagu tu? Mesti orang2 yang ada kekurangan dalam diri mereka tak kira dari segi fizikal mahupun yang lain...termasuk aku. Aku bukan kurang upaya, keupayaan aku memang kuat. Tanyalah Tok Kadi sebelah rumah aku...bukan pasal berapa kali kahwin tapi pasal berapa kali aku panjat pokok kelapa kat kebun dia. Aku bukannya tak berharta, tanah kat kampung tu tunggu masa je nak ditukar ke nama aku, cuma aku je yang tak nak.. maklumlah adik beradik ada sepuluh orang, jadi aku mengalah..tak nak gaduh2...Aku cuma..aku cuma..uhukkss Aku cuma tak handsome je.
Tiap kali aku pesan makanan kat mana2 restoran segera, pasti memek senyuman mesra orang yang ambil pesanan makanan akan bertukar jadi masam tiba2 setelah melihat wajah aku. Tiap kali aku pergi klinik sebab batuk, pasti kerusi kiri kanan aku kosong macam teruk sangat batuk aku tu padahal ada mamat yang dok kat hujung tu lagi teruk batuk dia tapi sanggup diorang duduk sebelah dia...uhukkkss lagi. Tiap kali aku naik bas, tak pernah sorang pun minah2 cun yang duduk sebelah aku, semuanya mak cik2 tua walaupun kerusi penuh...diorang sanggup berdiri daripada duduk sebelah aku...semua ni kerana aku kurang handsome. Tiap kali aku ke shopping kompleks, bila aku tanya kat penjual kat situ kat mana bahagian ubat gigi, diaorg pergi tunjukkan aku bahagian produk2 muka...cukup terasa hati dan sanubari aku...uhukkss lagi.
Biarlah, malam ni aku akan nyanyi lagi lagu Namun kupunya hati.....
hahaha rasenye bukan sbb tak ensem kowt
ReplyDeletememang kebetulan takde orang di sebelah kiri kanan waktu g klinik
org yg amik order tu lelaki memang laa dye masam hahaha
positif positif posiitf
merendah diri tu bagus tapi jangan lah terlalu rendah.
ReplyDeletemerendah diri nampak? apa kesnye neh?