Friday, March 15, 2013

LAMA TAK BUAT BLOGWALKING

Lama benar tak buat blogwalking...sempat update blog sekali sekala je. Tak banyak masa macam dulu2 sebab kesibukan..itu yang kadang2 bantai dengan tweet aje. Anyway, malam ni sempat jugaklah buat blogwalking seberapa banyak blog yang boleh sebelum mata ni betul2 mengantuk.. 
Ramai rakan2 bloggers lama yang sy tak ingat url diorang..aduhsss jenguh nak mencari pulak, kecuali mereka yang memang dah ada dalam JSS punya blog list...yang tu memang wajib singgah tiap kali sy buat blogwalking. 
Malam ni sy cuma redah je mana yang dapat, maybe weekend ni akan mula balik perlahan2 singgah cara terhormat pulak..ahakss. Dah lama jugak tak buat blogcomments...bila agaknya nak pecah rekod sendiri? Anyway, salam santai di malam hari dimana juga anda semua berada....

Monday, March 11, 2013

KESAN KECEWA CINTA PERTAMA

Ramai yang apabila merasai kekecewaan dalam setiap perhubungan awalan atau cinta pertama mereka akan memagarkan diri mereka dengan sikap yang lebih berhati2 dan berwaspada serta perasaan syakwasangka pada perhubungan yang kemudiannya. Lumrahnya begitulah.Kadangkala dengan sikap yang terlalu berhati2 ini jugaklah menyebabkan mereka yang benar2 jujur dan ikhlas terpaksa mengharungi pelbagai situasi untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka yang pernah dikecewakan.. Ada yang berjaya menyakinkan dan ada jugak yang terpaksa mengalah. Walaupun sebenarnya kita tidak sepatutnya menghukum mereka yang baru ingin mengenali kita kerana kesalahan orang yang terdahulu, tapi semua ini telah mewujudkan satu tembok...semakin dalam kekecewaan yang dirasai semakin teballah tembok yang harus di tembusi. Terserahlah..masing2 mempunyai sebab dan alasan masing2 dan walau apa keadaan dan situasi, seharusnya kita patut mengharungi dengan hati yang tabah..Bagi yang kecewa, kekecewaan itu dapat mematang dan mendewasakan kita serta memberikan kita keyakinan. Bagi mereka yang ingin mengenali mereka yang terkecewa pula, akan dapat menilai sejauh mana mereka benar2 ikhlas dan jujur dalam perhubungan itu...

Tuesday, March 5, 2013

DUGAAN DALAM PERHUBUNGAN

Tak kira di mana jugak situasi kita samada masih di awal percintaan, di waktu pertunangan mahupun sudah mendirikan rumahtangga, pasti ada pelbagai dugaan yang datang menjenguk dan menduga mental dan fizikal kita..terpulanglah kepada kita bagaimana caranya untuk kita menghadapi dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik...dan dugaan yang sering atau kerapkali kita dengar adalah dugaan seperti hadirnya orang ketiga dan khabar angin atau gosip2 liar tentang pasangan kita mahupun kita sendiri..kebiasaannya datang daripada orang yang cemburukan kita atau pun perasaan hasad dengki yang ketara...
Masalah2 sebegini boleh di atasi jika adanya saling percaya dan saling memahami antara pasangan namun kadangkala tidak semua mempunyai tahap kepercayaan sebegini dan ada jugak yang berakhir dengan kekecewaan dan perpisahan angkara dugaan dan masalah sebegini..
Ramai diantara rakan2 sy yang acap kali menempuh keadaan sebegini dan sadisnya, ramai jugak yang kecundang dan termakan dengan hasutan dan kata2 dusta orang yang cemburu dan iri hati...really sympathise with that situation.

Monday, March 4, 2013

SEMUGA LAHAD DATU KEMBALI TENANG..

Ehsan Google
Menurut akhbar BH hari ini keadaan di Lahad Datu kembali tenang, dan kita harap ianya berkekalan dan takziah jugak sy ucapkan kepada keluarga mereka yang terkorban mempertahankan negara.. Pengorbanan yang cukup tidak ternilai..
Secara rentetan yang sy baca di beberapa portal berita termasuk Daily Inquirer yang menyatakan seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja yang mendakwa Sultan Sulu, Jamalul Kiram lll yang tidak mahu berunding dengan Presiden Filipina untuk mengundurkan pejuangnya di Lahad Datu kerana menuntut hak di Borneo Utara... 
Walau apa keadaan sekalipun, sy cuma berharap semua ini dapat diselesaikan dengan cara aman dan tidak perlu memperpolitikkan keadaan kerana akan menambahkan ketegangan yang sedia ada...apa lagi ini semua melibatkan nyawa manusia...

MEMINANG DAN DIPINANG..

Semalam masa tengah2 makan kat salah sebuah restoran mamak, belakang meja sy ni adalah dua orang lelaki berbual2 isu semasa dan salah satu isu yang menarik telinga sy untuk mendengarnya adalah.....
(Errr...sekali lagi, bukan busybody..diorang cakap kuat sangat..ahaksss)
"Kau tahu minggu lepas apa jadi kat kawan kita?" cakap si A.
"Kawan mana?" tanya si B
"Alaaaa...Man. Tulahhh Man Ekzos.." Jawab si lagi..( Kenapa Man Ekzos..I dont know)
"Oooo haaa kenapa dengan dia? Bukan ke dia dah nak kahwin?"
"Aaaaa betullah tu tapi aku dengar cerita tak jadi kahwin.." terang si A.
"Aikkk kenapa pulak. Bukan ke girlfriend dia tu cun. Ada hal ke?" kehairanan dan keterujaan mula dirasai oleh si B.
"Aku tak tahulah macam mana error nya..entah betul entah tidak tapi aku dengar masa nak meminang tu Man bukannya nak meminang girlfriend dia tapi mak dia yang janda tu.."
"Kau yang betul...? Gila ke apa si Man tu buat macam tu? Habis tu macam mana sekarang?" tanya si B
"Yang aku tahu semua tak jadilah...dengan mak dia pun tak jadi, dengan anak lagilah tak jadi..."
"Emmm apa kena dengan si Man tu...dah buang tebiat ke apa?" sambil si B mengeluh..macam dia pulak yang pergi meminang..ahaksss.
"Emmm apa lagi..kau dengan aku kan bujang..sebab kau tua daripada aku, kau pinang maknya aku pinang anaknya..." dua2 ketawa berdekah2 sampai semua org kat situ memandang kehairanan apa topik yang mereka bualkan kecuali sy...Hahahahahaha..

Sunday, March 3, 2013

MINUM ROSELLE HASIL TANAM SENDIRI

Pokok Roselle sy tanam dah berbuah
Minggu ni sy tak kemana2, jadi secara tak langsung nya sy cuma merehatkan minda dan tenaga dirumah..tapi kalau dah duduk rumah mana geti/reti nak duduk diamnya...pasti sy nak tengok jugak tanaman dan pokok2 yang sy tanam, bagi baja dan tengok bunga2 yang dah berkembang...seronok bila pokok2 dah berbunga.. jadi seri rumah..ahaksss. puji rumah sendiri.
Dalam dok memeriksa barisan pokok2 bunga, rupa2nya pokok roselle yang sy tanam dah banyak mengeluarkan buah..dah boleh buat air dah ni,,adalah dalam 100 biji buah, sy petiklah dalam berbelas biji nak buat air roselle..perghh memang menyegarkan rasanya, ada rasa macam ribena tapi mmg sedap... tanam pokok tu pun mudah dan senang jaganya..bulan ni sy minum air roselle ajelah..dicampur dgn teh pun sedap jugak rasanya....
Pokok bunga ros jepun sy dah nampak putik2 bunganya, mungkin dalam beberapa hari nanti keluarkan bunganya yang sy jangka ada 4 atau 5 warna...sayangnya bunga dia cuma berkembang sehari je..jadi kalau dia kembang masa  hari kerja sy, memang tak ada nasiblah nak tengok bunganya tapi harap2 dia berkembang hari sabtu atau ahad nanti..ahaksss...
Ada jugak beberapa pokok bunga yang dah berbunga...termasuklah pokok bunga sri pagi yang tergantung tu...yg tu memang sentiasa berbunga lebat. Sekarang dah ada 6 warna dah sy beli...putih, merah, purple, pink, orange dan cokelat cerah...dah jadi nursery bunga pulak rumah sy.


Thursday, February 21, 2013

JODOH TETAP JODOH...


Benarlah kata orang takkan lari gunung di kejar... Jika sudah jodoh kita, walau apa dugaan sekalipun, jika sudah ditakdirkan dia jodoh kita...tetap jugak jodoh kita.
Dulu semasa sy bekerja di sebuah syarikat di JB, adalah seorang rakan sepejabat sy yang mementingkan kepada penampilan. Dia sentiasa kemas, bersih, tak suka makan di tempat awam.atau tempat2 yg terbukalah..kotor katanya.. Jadi berkawan pun dengan org yg ada sifat2 seperti dia jugaklah... Ada seorang Mat Despatch yang selalu hantar surat suka dan sentiasa cuba untuk mengurat namun di tolak bulat2 oleh kawan sy ni.. Pandang sebelah mata pun tidak..
Pelbagai usaha telah di buat oleh Mat Despatch..semuanya hampa.
Satu ketika, kereta kawan sy ni pancit masa dia otw balik kerumah dan kebetulan Mat Despatch lalu di jalan teresebut dan ternampak lalu dia pun menolong menukarkan tayar spare.. So, dari situ mereka mula rapat dan akhirnya berkahwin dan sekarang sudahpun punya 3 orang anak....ahakss

A SHOULDER TO CRY ON...

Masalah sentiasa seiring dengan kehidupan kita tidak kiralah masalah kekeluargaan, kewangan, percintaan mahupun persahabatan..sentiasa ada tidak kira besar mahupun kecil. Kadangkala kita dapat mengatasinya, kadangkala ianya bertambah buruk dan adakalanya masalah itu tak selesai2. Kadangkala ada masalah yg kita atasinya sendirian, adakalanya kita tak mampu untuk melakukannya dan terpaksa memendam semua masalah hingga kita mengalami kemurungan dan stress.. masa itulah situasinya kita memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah2 yang terpendam...tidak kira samada hanya untuk melepaskan resah dan stress yang bersarang di kepala mahupun bertanyakan pendapat dan bantuan...Pokoknya, there must be somebody  for us to listen to...
Seperti antara bait2 lirik Lagu daripada Tommy Page ( penyanyi kegemaran sy dulu)......
Life is full of lots of up and downs,
and the distance feels further
when you're headed for the ground,
and there is nothing more painful than
to let you're feelings take you down
It's so hard to know the way you feel inside,
when there's many thoughts and feelings that you hide
but you might feel better if you let me walk with you
by your side...


Wednesday, February 20, 2013

LEPAK DI SUNWAY PYRAMID

Ruang Legar Sunway pyramid
Oleh kerana Cuti Raya Cina sy tak balik ke JB maka sy pun berjalan2lah kemana2 saja terasa nak berjalan dan salah satu tempat yg sy jalan ialah di Sunway Pyramid...Walaupun cuti tapi masih penuh jugak shopping kompleks tu, tidak kira apa kaum pun...tapi yang memonopoli sebahagian besar adalah orang indonesia..ahaksss. Yelah, masa nilah diorang nak berjalan2... hari lain mana sempat. So ingatkan nak main bowling tapi rasa macam tak ada mood, jadi sy banyak habiskan masa berjalan2 sambil tgk pertunjukan silap mata di ruang legarnya dan melihat orang meluncur ice skating... nak main tak geti, jadi tengok jelah gelagat2 orang bermain..ada yang jatuh, ada yg tunjuk terror, ada yang cuba2 nak mengurat pun ada..ahaksss. 
Laksa Sarawak..emmm x sedap
Dah penat sy berjalan...time to eat. Ingatkan malas nak makan nasi, jadi sy pergilah ke Restoran Laksa Shack.Dah lama jugak sy tak pekena Laksa Shack ni..dulu beberapa tahun lepas ada sy buat entry pasal rasa laksa shack yang sedap ni...so Sy pun cubalah makan Laksa Sarawak dia..harga pun dah berganda2 naik berbanding dulu, belum campur dengan taxnya lagi...Bila sampai aje sy tgk kuahnya punyalah cair, bahan2 nya pun tak macam dulu...kureng sangat2, tapi harga naik...Emmm tak pelah, maybe rasanya masih ada...Bila sy rasa, emmmm mungkin ini kali terakhir sy pergi ke Laksa Shack... jauh bezanya daripada mula2 dulu sy makan. Dah tak rasa langsung dengan kuahnya yang cair dan bahan dalamnya yng kurang...tapi sebab dah order, berbayar...so makan jelah..ahaksss.

1 RENCAH 5 RASA BERSAMA AMS

Ehsan Google - Bukan AMS masak ye.
Hi abang2, kakak2, adik2 dan semua2. Abang Muscle Santai in the house!! Lama benar tak menulis kat sini, maklumlah sejak mengendalikan fitness centre ni...penat satu badan sampai nak menaip pun rasa layu je tangan ni..tapi sebab Bro Jomsantaisekejap paksa jugak, so I tulis jelah apa yang I boleh tulis...auuuuwww speaking pulak..Sorry ye..kat fitness centre tu ramai mak2 datin, so AMS kenalah speaking Loondon gitu..
Ok. Today AMS story you pasal 1 rencah 5 rasa.. Opsss terlari pulak entry kali ni. Selalu pasal kesihatan dan fitness tapi hari ni AMS cakap pasal masakan...hahaha. Saja je nak test2 mana tau lepas ni AMS jual menu ni kat mak2 datin yang ada restoran..famous AMS.
Ok...short cut ye. Apa yang perlu mula2 adalah ambik nafas, tarik nafas panjang2 dan hembus..pusing kanan pusing kiri..nampak tak? nampak tak? ye kita sebenarnya dah pun mula rasa yg pertama. rasa menyampah
kemudian bahan-bahan yang perlu adalah seperti kobis, bawang putih, bawang merah, lada, terung dan udang kering.. nampak lagi tak? rasa pelik dan mula terasa..betul ke ni? Hellooo ni AMS mestilah betul. So ambik kuali..opsss semua bahan tu buatlah suka hati nak potong ke nak kupas ke... masa ni rasa ketiga dan keempat datang serentak..rasa meluat dan rasa boring. No no no..kita belum masak lagi. Lepas letak minyak, semua bahan tadi masuk dalam kuali..pasti anda semua ada rasa ke lima iaitu rasa nak cuba. Mudah sangat2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails