Ramai yang apabila merasai kekecewaan dalam setiap perhubungan awalan atau cinta pertama mereka akan memagarkan diri mereka dengan sikap yang lebih berhati2 dan berwaspada serta perasaan syakwasangka pada perhubungan yang kemudiannya. Lumrahnya begitulah.Kadangkala dengan sikap yang terlalu berhati2 ini jugaklah menyebabkan mereka yang benar2 jujur dan ikhlas terpaksa mengharungi pelbagai situasi untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka yang pernah dikecewakan.. Ada yang berjaya menyakinkan dan ada jugak yang terpaksa mengalah. Walaupun sebenarnya kita tidak sepatutnya menghukum mereka yang baru ingin mengenali kita kerana kesalahan orang yang terdahulu, tapi semua ini telah mewujudkan satu tembok...semakin dalam kekecewaan yang dirasai semakin teballah tembok yang harus di tembusi. Terserahlah..masing2 mempunyai sebab dan alasan masing2 dan walau apa keadaan dan situasi, seharusnya kita patut mengharungi dengan hati yang tabah..Bagi yang kecewa, kekecewaan itu dapat mematang dan mendewasakan kita serta memberikan kita keyakinan. Bagi mereka yang ingin mengenali mereka yang terkecewa pula, akan dapat menilai sejauh mana mereka benar2 ikhlas dan jujur dalam perhubungan itu...
cinta pertama kakCT considered fail. mana ke tidaknya...terkebil-kebil bila lihat si dia dating dengan gadis (kala itu) pernah dinobatlan 2nd runner up miss malaysia. memang ke paritlah berbanding rupa paras kakCT. hairan macam mana mamat ni boleh syok kat kakCT sebelom dia.
ReplyDeleteperasan cantik! takde maknanye kakCT oiii