Ehsan Google |
Masih ingat cerita Kisah yang tak terkisah sebelum ini? Ok..seperti yang dijanjikan, ini adalah sambungan ceritanya.....
Hampir sebulan Abg Hamid tinggal bersama dengan pak cik yang telah membawanya ke hospital dan menumpangkannya, maka dia pun meminta izin untuk pergi merantau kembali namun pak cik itu meminta dia untuk tinggal saja bersama dengannya kerana pak cik itu jugak sudah tidak mempunyai sesiapa lagi dan kerjanya hanyalah menguruskan surau yang hanya di datangi oleh beberapa kerat orang2 kampung...Abg Hamid pun terpaksalah bersetuju kerana dia juga tidak mempunyai hala tuju dan sekurang2nya dapat jugak membantu pak cik tersebut..Kira2 2 tahun kemudian, pak cik itu pun meninggal dunia namun sebelum dia meninggal dunia, inilah amanat yang dipesankannya kepada Abg Hamid..
"Mid..Pakcik tak ada apa2 yang nak pakcik beri pada kamu. Selama ini kamu menjaga pakcik tanpa banyak tanya. Apa saja yang kamu makan dan minum, pak cik halalkan dan begitu jugak pak cik. Kalau umur pakcik tak panjang, mungkin kamu pasti akan merantau lagi.. Dalam almari pakcik tu ada satu kotak. Benda tu sebenarnya pakcik nak bagi pada anak pakcik dulu tapi dia meninggal sebelum sempat pakcik bagi.. Jadi pakcik anggap kamu dah macam anak pakcik..kamu ambillah dan jaga dia macam mana pakcik menjaganya........" itulah antara kata2 terakhir yang pakcik tersebut sempat pesan.
Dalam kotak tersebut sebenarnya adalah sepasang kasut yang masih berkilat, cuma kotaknya saja sudah seakan lama, namun mungkin pakcik itu menjaganya dengan elok..maka rupanya masih lagi seperti baru...
Pendek cerita...dari situlah bermulanya cerita kenapa Abg Hamid menjadi tukang baiki kasut.....
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài