Saturday, March 30, 2013

KATA-KATA MUTIARA JOM SANTAI

Sepanjang sy mula bertweet, hampir 80% daripadanya merupakan kata2 mutiara mahupun kata2 tentang percintaan dan kehidupan.. Ada diantaranya idea spontan dan ada jugak idea yang pernah sy baca mahupun dengar, janji apa yang terlintas di fikiran, sy terus luahkan....antara kata2 mutiara tersebut adalah:
Kadangkala hanya mimpi yang memberikan kita keceriaan dan meneruskan kehidupan walaupun realitinya hidup kita penuh dengan kekecewaan
Kebiasaannya apabila seseorang itu meninggalkan kita adalah kerana samada dia telah berubah..atau kita yang sudah berubah.
Selalunya bila kita berada di atas, kawan kita akan tahu siapa diri kita, dan apabila kita berada dibawah, kita akan tahu siapa sebenarnya kawan kita
Satu-satunya kehilangan yang amat sy terasa dari koleksi huruf2 peribadi sy adalah huruf U
Apa yang berlaku sekarang akan menjadi kenangan pada masa akan datang. Bergantung kepada kita untuk menjadikan kenangan itu indah atau sebaliknya.
Kadangkala sekecil2 ayat seperti cinta boleh membuat kita kecewa sedalam2nya mahupun bahagia tak terhingga. Persoalannya bagaimana ianya dilafazkan..
Kadangkala adalah lebih baik orang membenci kita kerana siapa kita yang sebenarnya daripada orang menyayangi kita yang sebenarnya bukan diri kita.

Itu antara kata2 mutiara yang sempat sy post disini, jika anda ingin mengetahui banyak lagi cuma perlu join di tweet sy...

Tuesday, March 26, 2013

BOSS ALWAYS RIGHT. RIGHT??

Customer always right. Boss always right...selalu sangat kita dengar ayat2 ini. So siapa yang salah  Mereka dan keluarga mereka. Buat apa saja, asasnya kembali kepada siapa yang benar. Jadi bila sudah ada kenyataan ini, pasti akan menguatkan lagi pendirian mereka walaupun kadang2 tu mereka yang bersalah.. Sampai kadang2 tu ada keluar jugak kata2 " You nak percaya siapa? Sudah pasti your boss atau your customer...
Dulu sy pernah jugak mengalami keadaan sebegini..bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali..apa saja sy buat memang salah, yang sy tak buat pun sy jugak yang disalahkan..niat hati masa tu nak aje berhenti kerja tapi sebab masa tu susah nak dapat kerja, sy pendamkan ajelah niat suci tu...
Nak bagi contoh? Tak payahlah sebab sy sendiri pun tak ingat sebab dah lama sangat perkara tu berlaku..yang peliknya sy boleh bertahan bekerja disitu selama 3 tahun lamanya..ahakss
Macam mana dengan anda? Ada pengalaman sebegitu? Agaknya macam mana pulak kalau kita jadi boss nanti? 

Tuesday, March 19, 2013

PETUA KURANGKAN SENGGUGUT

Dah lama jugak tak menjenguk dan memberi petua2..Ada pulak yang email kat sy dan meminta sy mencari petua untuk kurangkan sakit senggugut.. Ada ke patut? Tapi untuk tidak menghampakan, sy surveylah dan sy ambil antara banyak2 petua yang  mudah untuk dilakukan..Antaranya ialah:
1) Tumbuk lumat beberapa ulas bawang putih dan kemudian masukkan semuanya dalam segelas air suam dan kacau perlahan2. Campurkan sesudu madu, kacau dan minum. Elok kalau tak ditapis. Amalkan 2 @ 3 kali sehari... ada jugak petua2 dulu yg hanya menggunakan beberapa ulas bawang merah, ditumbuk dan di campurkan dengan air suam lalu diminum, jugak 2,3 kali sehari.
2) Ambil secawan atau segelas teh dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
3) Ambil perahan daripada beberapa biji limau nipis dan dicampurkan dengan segenggem beras dan di embunkan selama satu malam dan diminum airnya sebelum anda bersarapan.. Amalkan paling tidak 3 hari berturut-turut.
4) Ambil beberapa pucuk betik dan kisar bersama segelas air dan tapis. Minum setengah gelas sehari sewaktu anda sedang senggugut.
So, diharap sesiapa yang mengalami masalah senggugut dapat mempraktikkan petua2 diatas dan dapat menghidari senggugut.. 

Monday, March 18, 2013

CARA COVER MALU..

Hi u olss!! Ingat me? no no no bukan mee goreng..haaa betul betul betul. Abang Muscle Santai. Kali ni AMS nak bagi u olsss fitness tips yang berguna sangat2..Cara2 macam mana nak cover malu kalau tiba2 u olsss jalan depan lelaki2 yang handsome ke atau perempuan2 yang cantik ke atau depan ahli2 korporat ke kaki u olsss terpelecok..Haahh malukan...Ok. mudah je langkah2nya.
1) Pastikan u olss ada benda2 yang sangkut kat pakaian u olss..Contoh kalau macam lelaki ada pen ke, kalau perempuan ada brooch ke, pin ke.. bila terpelecok je cepat2 u olss jatuhkan benda2 tersebut dah u olss cepat2 membongkok seolah2 u olss nak ambil barang u olss tu...
2) Taktik ni pun berkesan kalau u olss cuba nak mengurat sekali..masa u olss terpelecok tu, cepat2 u olss pegang kat kepala seolah2 u olss nak pitam. Jadi daripada dapat mencover malu, maybe ada jugak yang simpati pada u olss ...
3) Bila aje u olss terpelecok, cepat2 u olss ambil kasut kat kaki mana u olss terpelecok tu dan jalan beberapa langkah, cari tempat u olss boleh duduk. Kemudian u olss picit2 kasut tu seolah2 something wrong pada kasut tu padahal tak de apa2 pun.. then u olss pakai balik, hentak2 sikit macam baru beli kasut baru, then u olss jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan..
So itu adalah antaranya cara2 nak cover malu..kalau terjadi, u olss cubalah...ahaksss.

IKAN TENGGIRI GORENG MASAK ASAM


Weekend ni sebab dah lama sy tak masak..sy pun masaklah. Mula2nya nak buat simple2 je tapi sebab kat rumah ada ikan tenggiri 2,3 potong, so sy masaklah ikan tenggiri dan kali ni sy nak masak ikan tenggiri goreng masak asam...Antara bahan2nya adalah:

3 potong ikan tenggiri yang telah digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 biji cili hijau yang dihiris kasar ( kalau nak 10 biji cili merah pun boleh, cuma sy nak ada warna hijau dalam masakan)
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Ok. Part ni yang paling sy suka. Cara membuatnya senang saja. Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan tenggiri dan air asam jawa sehingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa dan lepas tu masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.. Siap untuk dihidangkan. Mudah bukan?


Sunday, March 17, 2013

ADA KE CINTA TELEPATI?

Kadang2 bila seseorang mempunyai keistimewaan luarbiasa yang dapat menyampaikan sesuatu tanpa perlu berjumpa dengan seseorang, itu dinamakan telepati, tapi ada ke cinta yang boleh disampaikan melalui telepati? Teringat sy masa zaman2 belajar dulu, melihat gelagat kawan2 yang sedang bercinta sakan, ada yang cakap kalau kita tepuk bantal serentak, boleh dapat jumpa dalam mimpi. Ada yang cakap kalau letak gambar bawah bantal pun boleh jumpa dalam mimpi..aduhsss..bila teringat nak tergelak pun ada.
Kadang2 antara percaya atau tidak, ada jugak berlaku sesuatu persamaan samada perasaan, pemikiran mahupun perbuatan diantara kita dengan seseorang ...ahakssss. Kadang2 tu belum sempat kita nak cakap sesuatu perkara, pasangan kita sudah pun mengatakan benda yang sama.. Kadang2 berlaku perbuatan serentak dan jugak pemikiran yang sama...belum sempat kita memberitahu tentang niat dan rasa hati kita..tapi jarang perkara2 ini berlaku berterusan. Kemungkinan sekali sekala atau kadang2.. Apa2 pun, tepuk dada tanya selera...

KISAH YANG TAK TERKISAH 2

Ehsan Google
Masih ingat cerita Kisah yang tak terkisah sebelum ini? Ok..seperti yang dijanjikan, ini adalah sambungan ceritanya.....
Hampir sebulan Abg Hamid tinggal bersama dengan pak cik yang telah membawanya ke hospital dan menumpangkannya, maka dia pun meminta izin untuk pergi merantau kembali namun pak cik itu meminta dia untuk tinggal saja bersama dengannya kerana pak cik itu jugak sudah tidak mempunyai sesiapa lagi dan kerjanya hanyalah menguruskan surau yang hanya di datangi oleh beberapa kerat orang2 kampung...Abg Hamid pun terpaksalah bersetuju kerana dia juga tidak mempunyai hala tuju dan sekurang2nya dapat  jugak membantu pak cik tersebut..Kira2 2 tahun kemudian, pak cik itu pun meninggal dunia namun sebelum dia meninggal dunia, inilah amanat yang dipesankannya kepada Abg Hamid..
"Mid..Pakcik tak ada apa2 yang nak pakcik beri pada kamu. Selama ini kamu menjaga pakcik tanpa banyak tanya. Apa saja yang kamu makan dan minum, pak cik halalkan dan begitu jugak pak cik. Kalau umur pakcik tak panjang, mungkin kamu pasti akan merantau lagi.. Dalam almari pakcik tu ada satu kotak. Benda tu sebenarnya pakcik nak bagi pada anak pakcik dulu tapi dia meninggal sebelum sempat pakcik bagi.. Jadi pakcik anggap kamu dah macam anak pakcik..kamu ambillah dan jaga dia macam mana pakcik menjaganya........" itulah antara kata2 terakhir yang pakcik tersebut sempat pesan. 
Dalam kotak tersebut sebenarnya adalah sepasang kasut yang masih berkilat, cuma kotaknya saja sudah seakan lama, namun mungkin pakcik itu menjaganya dengan elok..maka rupanya masih lagi seperti baru...
Pendek cerita...dari situlah bermulanya cerita kenapa Abg Hamid menjadi tukang baiki kasut.....

Saturday, March 16, 2013

KISAH YANG TAK TERKISAH

Gambar hiasan - Ehsan Google
Cerita cinta? Bukan. Cerita Dongeng? Pun bukan.. Sebuah kisah kehidupan manusia biasa..cerita disebalik cerita, namun semua itu tidak pernah dikisahkan...sehingga kini.
Abg Hamid (bukan nama sebenar) ialah seorang tukang baiki kasut di kaki2 jalan. Selalunya port baik dia ialah di depan bank2...Pada asalnya dia dulu seorang graduan U, mendapat ijazah dalam jurusan engineering, tapi kenapa dia memilih untuk menjadi "Sabaruddin tukang kasut"?
Sebenarnya...semua itu bermula dengan penceraian ibubapanya semasa dia baru saja graduate. Kemudian dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke KL dan setelah mendapat pekerjaan, dia membantu 3 orang adik beradiknya serta ibu nya dan membawa mereka tinggal diKL bersamanya..Namun dek gejala sosial dan perngaruh bandar, 2 orang adik lelakinya terlibat dengan gejala dadah.. Selang beberapa bulan selepas kedua2 adiknya ditangkap, ibunya pulak meninggal dunia.. Pertunangannya dengan gadis pilihan jugak terputus ditengah jalan..satu2 adik perempuannya hilang lari bersama dengan teman lelakinya.. Kerana tekanan yang mendalam, dia dibuang kerja. Lengkaplah segala rentetan dugaan dalam hidupnya dan dia mengambil keputusan merantau dan tidur dari masjid ke masjid, dari surau ke surau...rumah, kereta apa saja harta semuanya sudah ditarik oleh pihak bank...
Satu hari oleh kerana tertekan dan terlalu tidak bermaya kerana kelaparan, dia jatuh pengsan disalah sebuah surau terpencil...Seorang pak cik membawanya ke hospital dan setelah itu membawa dia pulang ke rumahnya bersebelahan dengan surau dimana dia ditemui pengsan....apa yang terjadi selepas itu? tunggu ye.

Friday, March 15, 2013

LAMA TAK BUAT BLOGWALKING

Lama benar tak buat blogwalking...sempat update blog sekali sekala je. Tak banyak masa macam dulu2 sebab kesibukan..itu yang kadang2 bantai dengan tweet aje. Anyway, malam ni sempat jugaklah buat blogwalking seberapa banyak blog yang boleh sebelum mata ni betul2 mengantuk.. 
Ramai rakan2 bloggers lama yang sy tak ingat url diorang..aduhsss jenguh nak mencari pulak, kecuali mereka yang memang dah ada dalam JSS punya blog list...yang tu memang wajib singgah tiap kali sy buat blogwalking. 
Malam ni sy cuma redah je mana yang dapat, maybe weekend ni akan mula balik perlahan2 singgah cara terhormat pulak..ahakss. Dah lama jugak tak buat blogcomments...bila agaknya nak pecah rekod sendiri? Anyway, salam santai di malam hari dimana juga anda semua berada....

Monday, March 11, 2013

KESAN KECEWA CINTA PERTAMA

Ramai yang apabila merasai kekecewaan dalam setiap perhubungan awalan atau cinta pertama mereka akan memagarkan diri mereka dengan sikap yang lebih berhati2 dan berwaspada serta perasaan syakwasangka pada perhubungan yang kemudiannya. Lumrahnya begitulah.Kadangkala dengan sikap yang terlalu berhati2 ini jugaklah menyebabkan mereka yang benar2 jujur dan ikhlas terpaksa mengharungi pelbagai situasi untuk mendapatkan keyakinan daripada mereka yang pernah dikecewakan.. Ada yang berjaya menyakinkan dan ada jugak yang terpaksa mengalah. Walaupun sebenarnya kita tidak sepatutnya menghukum mereka yang baru ingin mengenali kita kerana kesalahan orang yang terdahulu, tapi semua ini telah mewujudkan satu tembok...semakin dalam kekecewaan yang dirasai semakin teballah tembok yang harus di tembusi. Terserahlah..masing2 mempunyai sebab dan alasan masing2 dan walau apa keadaan dan situasi, seharusnya kita patut mengharungi dengan hati yang tabah..Bagi yang kecewa, kekecewaan itu dapat mematang dan mendewasakan kita serta memberikan kita keyakinan. Bagi mereka yang ingin mengenali mereka yang terkecewa pula, akan dapat menilai sejauh mana mereka benar2 ikhlas dan jujur dalam perhubungan itu...

Tuesday, March 5, 2013

DUGAAN DALAM PERHUBUNGAN

Tak kira di mana jugak situasi kita samada masih di awal percintaan, di waktu pertunangan mahupun sudah mendirikan rumahtangga, pasti ada pelbagai dugaan yang datang menjenguk dan menduga mental dan fizikal kita..terpulanglah kepada kita bagaimana caranya untuk kita menghadapi dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik...dan dugaan yang sering atau kerapkali kita dengar adalah dugaan seperti hadirnya orang ketiga dan khabar angin atau gosip2 liar tentang pasangan kita mahupun kita sendiri..kebiasaannya datang daripada orang yang cemburukan kita atau pun perasaan hasad dengki yang ketara...
Masalah2 sebegini boleh di atasi jika adanya saling percaya dan saling memahami antara pasangan namun kadangkala tidak semua mempunyai tahap kepercayaan sebegini dan ada jugak yang berakhir dengan kekecewaan dan perpisahan angkara dugaan dan masalah sebegini..
Ramai diantara rakan2 sy yang acap kali menempuh keadaan sebegini dan sadisnya, ramai jugak yang kecundang dan termakan dengan hasutan dan kata2 dusta orang yang cemburu dan iri hati...really sympathise with that situation.

Monday, March 4, 2013

SEMUGA LAHAD DATU KEMBALI TENANG..

Ehsan Google
Menurut akhbar BH hari ini keadaan di Lahad Datu kembali tenang, dan kita harap ianya berkekalan dan takziah jugak sy ucapkan kepada keluarga mereka yang terkorban mempertahankan negara.. Pengorbanan yang cukup tidak ternilai..
Secara rentetan yang sy baca di beberapa portal berita termasuk Daily Inquirer yang menyatakan seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja yang mendakwa Sultan Sulu, Jamalul Kiram lll yang tidak mahu berunding dengan Presiden Filipina untuk mengundurkan pejuangnya di Lahad Datu kerana menuntut hak di Borneo Utara... 
Walau apa keadaan sekalipun, sy cuma berharap semua ini dapat diselesaikan dengan cara aman dan tidak perlu memperpolitikkan keadaan kerana akan menambahkan ketegangan yang sedia ada...apa lagi ini semua melibatkan nyawa manusia...

MEMINANG DAN DIPINANG..

Semalam masa tengah2 makan kat salah sebuah restoran mamak, belakang meja sy ni adalah dua orang lelaki berbual2 isu semasa dan salah satu isu yang menarik telinga sy untuk mendengarnya adalah.....
(Errr...sekali lagi, bukan busybody..diorang cakap kuat sangat..ahaksss)
"Kau tahu minggu lepas apa jadi kat kawan kita?" cakap si A.
"Kawan mana?" tanya si B
"Alaaaa...Man. Tulahhh Man Ekzos.." Jawab si lagi..( Kenapa Man Ekzos..I dont know)
"Oooo haaa kenapa dengan dia? Bukan ke dia dah nak kahwin?"
"Aaaaa betullah tu tapi aku dengar cerita tak jadi kahwin.." terang si A.
"Aikkk kenapa pulak. Bukan ke girlfriend dia tu cun. Ada hal ke?" kehairanan dan keterujaan mula dirasai oleh si B.
"Aku tak tahulah macam mana error nya..entah betul entah tidak tapi aku dengar masa nak meminang tu Man bukannya nak meminang girlfriend dia tapi mak dia yang janda tu.."
"Kau yang betul...? Gila ke apa si Man tu buat macam tu? Habis tu macam mana sekarang?" tanya si B
"Yang aku tahu semua tak jadilah...dengan mak dia pun tak jadi, dengan anak lagilah tak jadi..."
"Emmm apa kena dengan si Man tu...dah buang tebiat ke apa?" sambil si B mengeluh..macam dia pulak yang pergi meminang..ahaksss.
"Emmm apa lagi..kau dengan aku kan bujang..sebab kau tua daripada aku, kau pinang maknya aku pinang anaknya..." dua2 ketawa berdekah2 sampai semua org kat situ memandang kehairanan apa topik yang mereka bualkan kecuali sy...Hahahahahaha..

Sunday, March 3, 2013

MINUM ROSELLE HASIL TANAM SENDIRI

Pokok Roselle sy tanam dah berbuah
Minggu ni sy tak kemana2, jadi secara tak langsung nya sy cuma merehatkan minda dan tenaga dirumah..tapi kalau dah duduk rumah mana geti/reti nak duduk diamnya...pasti sy nak tengok jugak tanaman dan pokok2 yang sy tanam, bagi baja dan tengok bunga2 yang dah berkembang...seronok bila pokok2 dah berbunga.. jadi seri rumah..ahaksss. puji rumah sendiri.
Dalam dok memeriksa barisan pokok2 bunga, rupa2nya pokok roselle yang sy tanam dah banyak mengeluarkan buah..dah boleh buat air dah ni,,adalah dalam 100 biji buah, sy petiklah dalam berbelas biji nak buat air roselle..perghh memang menyegarkan rasanya, ada rasa macam ribena tapi mmg sedap... tanam pokok tu pun mudah dan senang jaganya..bulan ni sy minum air roselle ajelah..dicampur dgn teh pun sedap jugak rasanya....
Pokok bunga ros jepun sy dah nampak putik2 bunganya, mungkin dalam beberapa hari nanti keluarkan bunganya yang sy jangka ada 4 atau 5 warna...sayangnya bunga dia cuma berkembang sehari je..jadi kalau dia kembang masa  hari kerja sy, memang tak ada nasiblah nak tengok bunganya tapi harap2 dia berkembang hari sabtu atau ahad nanti..ahaksss...
Ada jugak beberapa pokok bunga yang dah berbunga...termasuklah pokok bunga sri pagi yang tergantung tu...yg tu memang sentiasa berbunga lebat. Sekarang dah ada 6 warna dah sy beli...putih, merah, purple, pink, orange dan cokelat cerah...dah jadi nursery bunga pulak rumah sy.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails