Tuesday, January 22, 2013

CINTA TAK TERUCAP 3

Ada yang bertanyakan kepada sy apa yang terjadi kepada cinta Afiqah dan Roslan? Adakah cinta mereka berdua dapat bersatu? Atau Afiqah menurut kehendak keluarga dan meneruskan pertunangannnya dengan 'pilihan' keluarganya iaitu Hisyam? Terusterang, sy tak punya jawapan kepada persoalan itu kerana sehingga sekarang masing belum nampak apakah yang akan berlaku... Mungkin anda punya pandangan anda? Antara cinta hati dan jugak pilihan keluarga... yang tersepit sudah pasti Afiqah yang terpaksa berkorban perasaan cintanya jika terpaksa meneruskan perancangan keluarganya, tapi jika ada ruang untuk Roslan bersemuka dan menerangkan niat serta perasaan dan jugak hubungannya dengan Afiqah, pasti akan ada sesuatu yang berlaku...Kadangkala untuk meluahkan kejujuran dan berkata benar perlu ada keberanian walaupun keputusannya nanti mungkin mengecewakan setidak2nya...kita dah mencuba.... tapi dalam masa yang sama jugak, keluarga Afiqah sudah pun menerima risikan keluarga Hisyam dan menetapkan tarikh pertunangan mereka dan pasti menjadi tamparan jugak jika ianya terpaksa dibatalkan...emmm Nampak mudah tapi rumit. Tapi jika anda ingin tahu apakah yang terjadi kepada mereka, kita tunggu dan lihat.....Cinta yang sudah ada dan cinta yang akan datang, dimanakah takdirnya untuk Afiqah?

MASA UNTUK BUNGAKAN HALAMAN..

Selepas makeover
Sebelum makeover
Minggu lepas adalah minggu sy bercucuk tanam..ahaksss macam nak tanam pokok2 kat kebun pulak. Sebenarnya dah lama sy nak tanam pokok kat halaman rumah sebab pokok yang lama dah banyak yang mati tua dan beberapa minggu lepas pulak tengah musim hujan, jadi susah sy nak tanam yang baru. Pokok bunga gantung pun dah lama mati, jadi minggu lepas sy beli situ beli sini, maka sy pun buatlah make over kat halaman rumah sy tu.. Bagi fresh balik. Sambil2 tu bagi clear semua rumput2, bagi bersih longkang2, beli tanah, pasir, batu, simen dan lain-lain yang berkaitan... Tepat jam 11 pagi, barulah memulakan operasi... Perghhh belum apa2, peluh dan macam lari marathon 10km.. Almaklumlah dah lama tak berjogging, inilah jadinya.
Pokok bunga ros jepun yang lama semua sy dah buang, sy re-plant balik...Jadi sebulan ni memang tak nampaklah pokok bunga ros jepun berbunga. Pokok bunga seri pagi pun dah sy gantung..bagi segar sikit mata bila tengok pagi2...ahaksss.....

Thursday, January 17, 2013

CINTA TAK TERUCAP 2

Kataorang, manusia selalunya gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal...  Kadangkala sesaat seperti tidak membawa makna pada kita tetapi jika sesaat saja yang kita ada untuk meluahkan apa yang kita rasa...ianya membawa perubahan yang besar......
Setelah akhirnya Afiqah dan Roslan sedar yang sebenarnya mereka mempunyai perasaan yang sama terhadap diri masing2, maka satu hari terlerailah satu kekusutan yang bermain di benak hati mereka dan mereka menyatakan perasaan masing2....
Namun kita hanya mampu merancang... dalam waktu Afiqah dan Roslan baru mula merasa saat2 keindahan cinta mereka berputik, keluarga Afiqah didatangi oleh keluarga kenalan Afiqah, Hisyam yang dalam diam meminati Afiqah dan kedatangan mereka adalah untuk merisik Afiqah. Keluarga Afiqah yang tanpa mengetahui Afiqah sudah mempunyai seseorang, bersetuju dan menetapkan tarikh pertunangan antara Afiqah dan Hisyam..
Sebagai anak, Afiqah tidaklah dapat untuk membantah tapi hatinya tersepit, menderita dan merintih kerana cintanya adalah untuk Roslan. Apakah Afiqah harus melupakan Roslan? Persoalan hati dan kebahagiaan Afiqah... Emmm apa pendapat anda?

Wednesday, January 16, 2013

CINTA TAK TERUCAP..

Kadangkala cinta ini memerlukan seseorang untuk memulakannya... jika tidak, walau sedalam atau sekuat mana cinta yang ada jika tiada siapa yang meluahkannya, pasti tidak kesampaian jua cerita cinta mereka....
Baru-baru ini, ada seorang kawan sy menceritakan satu masalah 'adik angkat' nya yang sedang dalam dilema....Ceritanya lebih kurang macam ni..( semua nama bukan nama sebenar ye..ahakss)
Afiqah dah lama bekerja dibawah ketuanya bernama Roslan. Pada permulaannya, apa yang ada di antara mereka hanyalah hubungan profesional, tidak lebih daripada itu. Lama kelamaan, kemesraan mula terasa antara mereka, namun baik Afiqah mahupun Roslan tidak berani mahu mengatakannya atau takut hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak mahu hubungan yang sedia ada rosak kerana perasaan yang masing2 ada sedangkan sebenarnya mereka mempunyai perasaan yang sama... hinggalah Roslan berhenti kerana mendapat tawaran bekerja di tempat lain, mereka masih tidak meluahkan perasaan masing2. Kataorang, sewaktu kita bersama, kita tidak merasakan betapa berharga dan beertinya seseorang sehinggalah kita kehilangan atau berpisah dengan mereka.. itu jugaklah yang terjadi antara Afiqah dan Roslan. Apakah yang terjadi pada mereka....next entry ye kita sambung.

Saturday, January 12, 2013

DARI KALI PERTAMA

Kita sambung ye....
Apa yang berlaku pada semester 6? Sebenarnya dalam diam2, ada seseorang antara kawan2 sekuliah Rozi yang bernama Hisyam, menyimpan perasaan terhadapnya...namun dipendamnya kerana tahu akan keakraban hubungan Rozi dengan Daniel. Rupa2nya tanpa disedari, sejak daripada semester 1 lagi, dia sentiasa mengikuti apa saja kelas yang Rozi ambil semata2 untuk melihat Rozi dari jarak dekat...ok.stop kat situ. Skrg straight kita tgk kat macam mana Rozi boleh 'rapat' dengan Hisyam.
Pada satu masa, ada group assignment yang menemukan Rozi dengan Hisyam dalam satu kumpulan. Dari situ mereka sentiasa bersama mencari bahan2 rujukan untuk assignment menyebabkan masa untuk Daniel sudah pasti berkurangan. Mereka jarang berjumpa. Dalam masa itulah Hisyam meluahkan apa yang dia rasa dan apa yang dia lakukan selama ini semata2 untuk melihat Rozi... Pada awalnya Rozi agak bengang dan menceritakan perkara itu kepada Daniel dan berlakulah pergaduhan mulut antara Daniel dengan Hisyam dan oleh kerana keadaan tidak dapat di kawal, berlakulah pergaduhan fizikal pulak menyebabkan Daniel terpaksa di gantung 1 semester manakala Hisyam diberi amaran... Sy rasa pasti anda boleh agak kan apa berlaku... Daniel terpaksa 'bercuti' dan berada di luar kampus manakala Hisyam masih berada di dalam kampus...:-)

Friday, January 11, 2013

SAYA MAAFKAN AWAK....

"Saya maafkan awk"... itu saja kata-kata terakhir yang dapat diluahkan oleh Daniel kepada Rozi sambil melangkah longlai meninggalkan Rozi yang teresak2 seolah-olah ada satu penyesalan yang amat dalam. Apa yang disesalkan? Kenapa Daniel memaafkan Rozi?
Semasa sy belajar di UiTM dulu, ada seorang kawan sy yang sy namakan Daniel. Tinggal satu bilik dengan sy selama satu semester tapi disebabkan kami ambil jurusan yang sama, maka kerap jugaklah sy jumpa dia di kampus. Dia mempunyai seorang kawan perempuan bernama Rozi yang jugak kawan sekampung dan berkawan dari sekolah rendah lagi dan bila mereka melangkah ke peringkat U, entah macam mana hubungan mereka menjadi lebih akrab..macam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Setiap masa bila ada masa terluang, mereka akan bersama..study bersama, makan di cafe bersama, berjalan bersama waktu tak ada kuliah... hinggakan dalam batch sy, kita beri gelaran kepada mereka couple contoh kerana mereka bukan sentiasa bersama tetapi pencapaian akademik mereka memang tip top.. Daniel sendiri sentiasa dapat keputusan sijil dekan setiap semester, begitu jugak Rozi... Perghh semua tabik dan cemburu dengan apa yang ada pada mereka.. Hinggalah sampai ke semester ke 6 ( atau tahun ke 3 pengajian ) ....Ada sesuatu yang berlaku.

Thursday, January 10, 2013

BUNGEE JUMPING DI IOI MALL PUCHONG

Bungee jumping di IOI Mall Puchong
Beberapa hari lepas, sewaktu sy ada urusan kerja di Puchong, sempat jugak sy lunch di IOI Mall Puchong dan sy tengok di ruang legar nya ada banyak mesin2 games ala fun fair dan jugak bungee jumping, cuma taklah tinggi sangat sebab ruang legar IOI Mall pun dalam 3 tingkat je... Tapi memang menyeronokkanlah sekali sekala cuba excitement bungee jumping dalam dewan ...Oleh kerana sy pergi tu bukanlah hari minggu jadi tak lah ramai orang yang ada, tapi pasti hujung minggu ni ramai yang akan datang mencubanya.. So bagi anda yang tinggal berdekatan atau tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, cubalah bungee jumping di IOI Mall Puchong... Masa sy pergi ke Melaka dulu pun ada bungee jumping yang seakan sama dengan di IOI Mall tapi rasanya kurang tinggi sikit... Sekarang pun di ASTRO ditayangkan Fear Factor versi celebrity yang di acarakan oleh Aaron Aziz..pasti ada diselitkan aksi bungee jumping bagi mereka yang takut pada ketinggian... 

Wednesday, January 9, 2013

KEMPEN DERMA DARAH DI AEON BKT TINGGI

Masih teringat cerita dulu2 seperti cerita P Ramlee Antara Dua Darjat. Walaupun sebesar mana darjat seseorang, darahnya tetap warna yang sama. Kadangkala, bila berlaku sesuatu perkara dan kita memerlukan darah, kita tidak tahu dari siapa darah yang kita dapat, mungkin daripada petani, penoreh, kerani, lawyer, akauntan, doktor atau sesiapa saja...Dari zaman sekolah lagi kita sudah pun didedahkan tentang kempen derma darah untuk membantu mereka2 yang memerlukannya tidak kira kerana sakit, kemalangan atau apa saja. Kalau nak dikirakan bekalan darah yang ada di negara mahupun mana2 hospital memang di paras yang tidak mencukupi. Kenapa sy tulis pasal kempen derma darah ni? Sebenarnya, Minggu lepas, sy 'terjumpa' dengan adik angkat sy yang amat perihatin..tak payahlah sebut nama, nanti glamour pulak dia. Dia ada dok mention pada sy   pasal kempen menderma darah anjuran bersama oleh Hospital Klang dan juga Cargill Malaysia yang akan di adakan di AEON Bukti Tinggi Klang pada 26 January 2013 (Sabtu) bermula jam 11pagi hinggalah ke jam 4 ptg... Lokasi2 lain seingat sy antaranya adalah seperti di AEON Bandaraya Melaka, TESCO Butterworth. Jadi elok jugaklah sambil kita bersantai dan bershopping, apa kata kita membuat sedikit kebajikan dalam membantu kempen derma darah. Semuga usaha2 yang dibuat oleh Hospital Klang dan Cargill Malaysia akan berterusan....

MAKAN MALAM DI WONG SOLO SHAH ALAM

Antara makanan yang dihidangkan di Wong Solo
Dulu pernah sy makan tengahari di Wong Solo Seksyen 7, Shah Alam. Minggu lepas sy teringin kesana lagi tapi kali ini, kita makan malam pulak. Bila sy sampai di Seksyen 7, sudah terlalu banyak kedai makan disana termasuklah Restoran Upin & Ipin, Restoran Garuda masakan minang, Restoran Ayan Penyet, JM Beriani dan macam2 lagi daripada masakan western hinggalah ke masakan ikan bakar...Oleh sebab dah banyak kedai makan disana, timbul pulak masalah parking..ahaksss. Kena pusing 2 round baru dapat parking. So kali ni sy order lauk Empel penyek, Sayur cabe hijau dan Chicken Wing Crispy... Serta jus poligami..ahaksss. Memang sedap tapi sy perasan, kuantiti dia macam dah berkurangan walaupun harga masih sama... Biasalah orang kuat makan pasti perasan benda2 macam ni.. So bagi mereka2 yang nak ke I City ke, ke UiTM atau berjalan2 ke Seksyen 7, anda bolehlah singgah ke Wong Solo..Memang menyelerakan.

Monday, January 7, 2013

MOVIE - STRAWBERI CINTA

Beberapa hari lepas sy sempat menonton DVD cerita Strawberi Cinta lakunan Pierra Andre dengan Yana Samsuddin. Sy ni kira memang peminat Yana dan Pierra Andre, tapi sayangnya cerita tu terlalu mendatar dan seperti dah dijangka daripada awal hinggalah ke akhirnya.. Sepertiga cerita itu hanya dialog bahasa Jepun antara Pierra dan Yana... Sepertiga lagi lawatan2 ketempat bersejarah dan sepertiga lagi yang boleh kita tengok ada lah sikit cerita... Tak macam cerita 3 temujanji. Editing suara pun agak mengecewakan jugak.. tapi semua tu dari apa yang sy tengoklah.
Cerita mengisahkan ttg Iciko ( Yana ) atau Fatimah Zahrah lakunan Yana yang datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya setelah lama terpisah akibat salah faham dengan bapanya seorang warganegara Jepun. Lalu Iciko dia mendaftar dengan Syarikat Pelancungan milik Hakimi ( Pierra ) dengan tujuan untuk mencari ibunya.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails