"Saya maafkan awk"... itu saja kata-kata terakhir yang dapat diluahkan oleh Daniel kepada Rozi sambil melangkah longlai meninggalkan Rozi yang teresak2 seolah-olah ada satu penyesalan yang amat dalam. Apa yang disesalkan? Kenapa Daniel memaafkan Rozi?
Semasa sy belajar di UiTM dulu, ada seorang kawan sy yang sy namakan Daniel. Tinggal satu bilik dengan sy selama satu semester tapi disebabkan kami ambil jurusan yang sama, maka kerap jugaklah sy jumpa dia di kampus. Dia mempunyai seorang kawan perempuan bernama Rozi yang jugak kawan sekampung dan berkawan dari sekolah rendah lagi dan bila mereka melangkah ke peringkat U, entah macam mana hubungan mereka menjadi lebih akrab..macam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Setiap masa bila ada masa terluang, mereka akan bersama..study bersama, makan di cafe bersama, berjalan bersama waktu tak ada kuliah... hinggakan dalam batch sy, kita beri gelaran kepada mereka couple contoh kerana mereka bukan sentiasa bersama tetapi pencapaian akademik mereka memang tip top.. Daniel sendiri sentiasa dapat keputusan sijil dekan setiap semester, begitu jugak Rozi... Perghh semua tabik dan cemburu dengan apa yang ada pada mereka.. Hinggalah sampai ke semester ke 6 ( atau tahun ke 3 pengajian ) ....Ada sesuatu yang berlaku.
Minum kopi sambil menari di sini.
ReplyDelete