Tuesday, August 28, 2012

PEKENA ASAM PEDAS DI MUAR

Asam Pedas di Tanjung Emas, Muar..
Dah dua hari berturut-turut hujan turun waktu awal pagi. Cukup menduga betul... Kenapalah tak hujan waktu malam, masa nak tidur, kan lena sikit tidurnya. Teringat sy waktu perjalanan balik ke JB masa bercuti raya hari tu, rasanya tahun nilah perjalanan balik yang paling teruk dan lambat. Sepanjang jalan sesak atau paling tidak pun jalan penuh dengan kereta. Yang teruk, setiap kali bila ada exit keluar je, pasti jam 2,3 km. Tahun2 lepas tak ada pulak macam ni... Nak kata tahun ni meriah, tak jugak, tapi jam nya memang teruk. Nasib baik perjalanan balik ke KL, jalan ok. Mungkin ramai yang masih bercuti masa tu atau ada yang balik awal. Macam biasalah, kalau balik KL, sy pasti akan singgah ke Muar untuk pekena masakan asam pedasnya. Susah nak cari rasanya asam pedasnya. Sy makan di kedai makan berdekatan Masjid Besar Muar di Tanjung Emas. Memang situ salah satu tempat makan yang popular termasuklah Mee Bandung Muar...Tengahari tu, sy order asam pedas ikan mayong sebab yang lain habis...ahaksss.

Monday, August 27, 2012

MALASNYA NAK KERJA...

Beraya sakan - Ehsan Google
Hari ni sy mula start kerja balik setelah bercuti hariraya selama seminggu lebih. Memang rasa tahap kemalasan tu 110%, ditambah pulak dengan hujan2 gatal yang mengajak kita sambung tidur pada waktu pagi... perghh, dalam kepala dok ingat nak cuti je...Biasalah kalau dah lama sangat cuti, memang inilah kesan sampingannya..ahaksss. Sepanjang cuti raya, tak sempat sy nak buat entry kerana kesibukkan membantu ibu dan adik beradik mengemas rumah. Banyak program yang sudah diatur dan ada jugak program yang tak dirancang tiba2 muncul menambahkan lagi kesibukan...
Yang peliknya, tahun ni macam tak ramai pulak budak2 yang datang beraya. Macam tahun2 lepas, bukan saja dari kalangan anak2 jiran, malah dari ceruk mana entah, ramai budak2 yang datang beraya...part yang bestnya, lepas beri salam terus cakap " Kami semua ada 4 orang..." hahaha.. macam dah stand by je kalau2 kita ni sibuk, jadi terus bagi duit raya je senang...nak2 kalau kita tengok yang datang tu memang dah nampak bukan datang nak makan tapi just nak collect...

Thursday, August 16, 2012

BEBERAPA HARI LAGI NAK RAYA...

Persiapan baju raya di Kompleks PKNS
Pejam mata bukak mata, dah nak sebulan kita berpuasa... cepatnya masa berlalu. Dah nak raya dah.. So apa persiapan anda semua? Balik kemana? Macam biasa sy akan balik ke Johor Bahru. Rasanya persiapan sy dah buat semua, lagipun rasanya tahun ni tak terasa macam giler2 sangat nak beraya.. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana ketiadaan arwah ayah, adik sy yang berkahwin kemungkinan beraya di rumah mertuanya..jadi kemeriahan tu dah agak kurang sikit agaknya kot. Apa2 pun, raya tetap raya...yang penting kita bercuti...ahaksss.
Sana sini sy pergi, semua mengadakan jualan besar-besaran terutamanya dari segi pakaian raya. Sy sempat jugak menjenguk ke kompleks PKNS, SACC Mall dan Alam Sentral. Kalau di tengok secara kasar mahal jugak harga baju-baju tak kira baju melayu lelaki mahupun baju kurung perempuan, nak-nak kalau yang ada benda2 tambah kat baju tu...Kebiasaannya macam tahun2 lepas, sy akan beli kuih2 atau baju2 raya, last-last minit sebab masa tulah ada jualan lelong...Kuih RM20 untuk 2 balang...ahaksss. Bazaar kat kompleks PKNS pun mula berkurang..tapi masih sesak macam biasa.....

Thursday, August 9, 2012

GERAM - SUSPENS - LAWAK

Picture from Google
Pagi tu, macam biasalah sy on the way nak pergi kerja. Sy akan melalui jalan USJ yang memang dah terkenal dengan kesesakannya, tapi masih terkawal jika tidak ada perkara2 yang tidak disangka berlaku seperti kerosakan lampu isyarat ke, kereta rosak ke, accident ke... Dalam masa yang sama, minyak kereta sy dah mula nampak signal minyak dah habis..so, plannya nak isi minyak di stesyen minyak berhampiran. 
Entah macam mana, pagi tu, jalan sesak luarbiasa. Tak bergerak langsung. Hampir setengah jam, barulah ada perubahan sikit bila kenderaan sebelah kiri mula bergerak perlahan2, nasib baik sy pun dilaluan kiri, dapat jugaklah sy bergerak sikit2. Dalam 1 km, di depan, sy ternampak satu kereta kancil tak bergerak di sebelah kanan jalan. Pasti kereta rosak atau accident, dan kebetulan jugak stesyen minyak terletak bersebelahan. Sy pun masuk dan mengisi minyak. 
Daripada tepi, sy tengok beberapa orang sedang mengetuk tingkap kereta kancil dan sy jugak ternampak ada seorang lelaki sedang tersandar elok je dikerusi dengan kepala terlentuk kebawah. Enjin kereta kancil tersebut masih berjalan, tetapi pemandunya macam tak sedar diri atau.....opssss. Orang semakin ramai mula mengerumuni dan cuba pelbagai cara untuk membuka dan mengetuk tingkap kereta itu. Dalam 10 minit kemudian...tiba2 pemandu tersebut terkejut dan terperanjat terus menekan minyak kereta dan terlanggar kereta di depannya ( kereta salah seorang pemandu yang mengetuk2 tingkap keretanya)... Pendek cerita, rupa2nya dia boleh tertidur baik punya semasa traffic light sedang berhenti di depannya. Perghh suspens betul sebab semua ingatkan dia dah kena stroke ke, sakit jantung ke sampai tak sedar langsung diorang mengetuk2 tingkap....

Wednesday, August 8, 2012

CINTA SETENGAH MATI

Seseorang dulu pernah berkata kepada sy, kita boleh bercinta tetapi jangan memberi sepenuh hati kepadanya kerana jika satu hari kita dikecewakan, setidak2nya kita masih ada ruang untuk mengawal diri daripada  kecewa separuh mati. Betul ke? Ada jugak yang mengatakan sayangi orang yang menyayangi kita bukan sayang kepada orang yang kita sayang... Kadangkala bila kita terlalu obses kepada cinta sehingga parah mana pun hati kita, kasihsayang dan cinta kita masih terhadap pasangan kita. Mungkin ini yang dinamakan cinta itu buta. Cinta tak kenal siapa. Cinta tiada sempadan...tapi semua ini hanya cinta manusia yang penuh dengan kedaifan dan tidak akan kekal....yang kekal hanya cinta kepada Tuhan yang satu.
Tapi kadangkala pelik jugak kan kerana cinta, manusia sanggup menyiksa diri zahir batin, sanggup membunuh diri, sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan cintanya termasuk mengamalkan perkara2 yang di larang, tidak memikirkan kesannya kepada orang lain, janji cintanya diterima. Walaupun begitu, cinta terlalu subjective, terserahlah kepada akal serta hati kita untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.. janji bahagia.

BERBUKA DI HOTEL SINGGAHSANA PJ

Berbuka puasa di Hotel Singgahsana PJ
Setahun sekali memang sy akan berbuka ala-buffet tidak kira samada di hotel mahupun restoran2 dan tahun ini sekali lagi sy berbuka di Hotel Singgahsana PJ. Macam biasa, sepanjang berbuka tu kita diiringiri dengan nyanyian daripada kumpulan Rabbani yang sy kira sudah sebati setiap kali majlis berbuka puasa di hotel Singgahsana...Sy agak dah 8 @ 9 tahun kumpulan Rabbani di undang di sana setiap kali majlis berbuka puasa.
Sy rasa menu makanan di hotel Singgahsana tak banyak berubah, sama aje macam tahun2 lepas atau mungkin tahun ini agak kurang sikit lauknya, tapi sy kira masih oklah. Dalam ramai2 orang, sy ternampak abg Nas Ahmad TV3 jugak berbuka puasa di sana disamping keluarganya ( sy agak) Dalam banyak2 makanan kat sana yang paling sy suka adalah kambing goleknya, tapi nak dapatkannya kena beratur panjang...ahaksss. Rabbani disamping bernasyid, ada jgk berceloteh dengan kanak2 yang berbuka disana disamping keluarga masing2....Kadar buka puasa di Hotel Singgahsana adalah dari RM48++ hingga RM69++. So kalau ada budget dan nak ubah selera, silalah ke sana.

Tuesday, August 7, 2012

RESEPI KUIH LAPIS


Ehsan Google..

Kuih lapis ni memang kat mana2 ada di jual tak kiralah untuk di makan waktu pagi, petang mahupun waktu berbuka puasa. Cara membuatnya memang senang cuma remehnya bila nak buat berlapis2 tulah, ada orang buat dua(2) lapis aje, janji ada lapis..ahaksss. Masa kecik2, kalau sy makan kuih lapis ni mesti akan bukak selapis-selapis...Dah besar ni, ngap aje. So kali ni, jom kita buat kuih lapis. 

Bahan-bahannya adalah:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 1/2 tepung beras
1 - 2 cawan gula, ikut pada tahap kemanisan yang anda suka
4 1/2 cawan santan tidak terlalu pekat kepekatannya.
Pewarna merah, sedikit garam.

Cara membuatnya pun senang. Dan nak lagi senang, masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar hingga halus dan sebati ( walaupun sebenarnya masukkan satu2 lagi elok, tapi hasilnya lebih kurang sama je). Lepas tu tapis adunan tadi dan bahagikan kepada 2 bahagian ( jika anda nak buat 2 warna, kalau nak 3 warna buatlah 3 bahagian ) Kemudian kukus adunan tadi dalam loyang atau apa2 bekas, masukkan selapis demi selapis. Setiap lapis kukus dalam 5 hingga 10 minit dan akhirnya....emmm dah masuk waktu berbuka ke? ahaksss Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.....

BERBUKA DI PADANG TERBUKA SHAH ALAM....

Semakin ramai berbukapuasa di pdg terbuka Shah Alam
Tergerak lagi sy untuk berbuka di padang terbuka Shah Alam setelah minggu pertama berpuasa sy berbuka di sana. Kali ini bilangan mereka yang berbuka disana semakin bertambah dengan bentangan tikar yang semakin besar..ahaksss. Siap ada yang dah macam buat gathering pun ada. Memang seronok suasana berbuka disini.Pada petang minggu ni, ahli panel yang memberi takzkirah Ramadhan adalah ustaz Akhil dan isterinya Wahida, cuma sy kurang dengar apa yang mereka katakan kerana bila dah berada di padang, suara mereka dan macam bergema... 
Macam biasa, makanan semuanya sy beli di bazaar Ramadhan di kompleks PKNS. Semakin sesak bazaar disana sambil ada yang mengambil kesempatan membeli baju raya dan kuih raya. Ramai jugak yang berkunjung ke SACC Mall bersebelahan dengan kompleks PKNS.
Bila azan maghrib berkumandang, semua pun mula menikmati juadah masing2 berbuka puasa sambil menikmati pemandangan padang terbuka Shah Alam yang indah...daripada terang hingga beransur gelap. Jam 8.30 malam, masih ramai yang duduk dipadang dan ada jugak yang terus bersembahyang terawikh di Masjid Shah Alam.

Friday, August 3, 2012

ME'MAGAR' RUMAH

Pernahkah anda me'magar' rumah anda? Maksud sy bukan pagar kayu atau batu tu, tapi pagar yang tak nampak, kebiasaanya adalah untuk mengelak rumah kita mahupun diri kita sendiri daripada perkara2 yang tidak diingini. Waktu mula2 sy berpindah dulu, tak sampai 2,3 bulan, rumah sy sudahpun di masuki pencuri...jadi oleh sebab itu, sy pun berhasrat untuk me'magar' rumah sy walaupun sy pernah membuatnya sendiri tapi kali ni sy terasa untuk meminta bantuan daripada orang yang lebih pakar dan tahu....
Jadi, beberapa hari sebelum puasa dulu, adalah sy meminta pertolongan beberapa orang ustaz dan kawan2nya untuk memagar rumah sy. Diorang datang dalam pukul 10 malam...belum pun diorang ni menjejak kaki ke rumah sy, seorang ustaz dah cakap rumah sy ni dah pernah orang masuk..walaupun sebelum ni sy tak pernah cakap pasal rumah sy kena masuk pencuri. Kemudian dia tambah lagi, rumah sekeliling dah ada 'benda' yang jaga... Memang benar sebab kawasan tempat sy tu baru, jadi selain rumah sy, ramai jugak rumah jiran2 sy yang dah kena masuk pencuri.. Pendek cerita, malam tu banyak cerita dan pengalaman yang sy dapat bukan setakat me'magar' rumah aje..  

UNTUK DIA..UNTUK DIA..UNTUK DIA

Dulu pernah sy menge'post' entry pasal Najwa Latiff masa mula2 dia tengah nak famous kat youtube dengan tajuk "Siapa Najwa Latif" Sekarang dah menjadi antara artis baru yang mempunyai harapan besar dalam industri seni tanahair. Waktu tu antara videoclip di youtube yang paling sy suka adalah lagu 'Kenapa' nyanyai asal daripada Daus AF, So untuk itu, lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu "Untuk Dia' nyanyian Najwa Latif dan Sleeq... memang santai lagu ni dan sedap di dengar, tapi minta maaflah sebab kali ini sy tak dapat nak bagi liriknya kerana terlalu panjang...tapi dont worry, sy akan jadikan lagu ni lagu blog JSS buat sementara waktu supaya anda dapat mendengarnya...So enjoy the song ye.                   

Wednesday, August 1, 2012

KEMANAKAH HILANGNYA MOOD RAYA?

Diam tak diam dah pun lebih kurang 11 hari berpuasa. Terasa kejap pulak puasa tahun ini tapi dalam masa yang sama, tak jugak terasa mood raya seperti tahun2 lepas, lebih kepada mood nak cuti je....mungkin perubahan arus zaman mempengaruhi. Bila bebanan kerja mula menimbun, bila masalah-masalah menjadi agenda kehidupan seharian, bila kita mula mengejar masa ke sana dan kesini, maka mood raya pun menjadi lesu tidak seperti waktu dulu2 atau mungkin zaman persekolahan. Cakap saja raya, seronok nya lain macam...pelbagai agenda dan bermain di kepala kita, macam2 perancangan dibuat, nak itulah, nak inilah. 
Petang ni sy terfikir nak berbuka ala kadar je. Tukar sedikit selera kalau asyik ke Bazaar Ramadhan je, sy berbuka di Pak Li kopitiam. Sy order nasi goreng kampung dan jgk segelas air limau asam boi....

PERSEMBAHAN MUSIK TRADISIONAL DI KLCC

Persembahan musik tradisional di KLCC
Hari tu sy sempat menyaksikan persembahan acapella daripada kumpulan muzik di Summit USJ semasa berbuka puasa di sana, kali ini sy singgah pulak di KLCC tapi pada waktu petanglah, bukan masa berbuka puasa...Di ruang legar ada jugak di adakan persembahan muzik menggunakan alatan tradisional. Persembahan yang cukup menarik sambil dapat jugak menghiburkan pengunjung yang datang. Oleh kerana sy singgah di sana atas urusan kerja, tak sempatlah sy nak round-round sekitar KLCC kalau-kalau ada lagi acara menarik selain daripada di ruang legar... biasanya jualan-jualan dengan diskaun2 yang menariklah tapi setakat ini belum nampak ada tempat yang menerujakan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails