Monday, August 27, 2012

MALASNYA NAK KERJA...

Beraya sakan - Ehsan Google
Hari ni sy mula start kerja balik setelah bercuti hariraya selama seminggu lebih. Memang rasa tahap kemalasan tu 110%, ditambah pulak dengan hujan2 gatal yang mengajak kita sambung tidur pada waktu pagi... perghh, dalam kepala dok ingat nak cuti je...Biasalah kalau dah lama sangat cuti, memang inilah kesan sampingannya..ahaksss. Sepanjang cuti raya, tak sempat sy nak buat entry kerana kesibukkan membantu ibu dan adik beradik mengemas rumah. Banyak program yang sudah diatur dan ada jugak program yang tak dirancang tiba2 muncul menambahkan lagi kesibukan...
Yang peliknya, tahun ni macam tak ramai pulak budak2 yang datang beraya. Macam tahun2 lepas, bukan saja dari kalangan anak2 jiran, malah dari ceruk mana entah, ramai budak2 yang datang beraya...part yang bestnya, lepas beri salam terus cakap " Kami semua ada 4 orang..." hahaha.. macam dah stand by je kalau2 kita ni sibuk, jadi terus bagi duit raya je senang...nak2 kalau kita tengok yang datang tu memang dah nampak bukan datang nak makan tapi just nak collect...

3 comments:

  1. hehe...teringat masa zmn kanak2 dulu, begitu jgk...semua rumah kat kampung kami adik beradik sepupu sepapat redah...janji dpt duit raya...mkn minum takder pun...tapi dulu2 50sen dah kira byk tu... :p

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya awak! ^^

    dill.

    ReplyDelete
  3. MLD - Yup...cakap pasal duit banyak, sy teringat siaran radio yang mana ada seorang budak beraya boleh collect sampai RM1,000.. Zaman dulu RM50 dah cukup besar.

    Dill - Selamat Hari raya jugak awk. Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails