Monday, December 5, 2011

BERSABAR ATAS SEGALANYA

Kejadian ragut memang selalu sangat terjadi dan tiap kali terpampang di muka akhbar, sana sini penuh dengan kejadian ragut. Selalunya kalau sy baca pasti akan menggelengkan kepala sambil bercakap dalam hati " Tak ada kerja lain ke diorang ni". Hari ni, salah seorang kawan sy telah di ragut. Tersentak sebentar sy. Sy tahu kehidupan kawan sy tu, bukan mudah bagi dia untuk mengumpul duit dan membeli walau seutas rantai tetapi semuanya habis begitu saja angkara peragut. Tak payahlah kita mempersoalkan kenapa dia pakai, dah nama perempuan, sekali sekala nak pakai barang kemas kan....tapi malang memang tak berbau tapi peragut memang pandai bau barang kemas. Tau aje dia bila dan di mana...
Walau apa pun yang terjadi, sy cuma berharap kawan sy tu dapat bersabar dan tenang serta menerima semua itu dengan hati yang bertawakal kerana setiap kejadian sudah pasti ada hikmahnya, mungkin ada sesuatu yang ingin di tunjukkan natijah daripada kejadian itu. 

3 comments:

  1. kalau dapatlah peragut tuh...taktau lah apa naseb

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Katakan pada kawan awak..nanti insyaAllah, Allah ganti dengan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. kak ct - Akan sy sampaikan pada dia dan tq.

    Cinta Zulaikha - Itulah pasal..teringat cerita pasal iklan tv yang anaknya jadi peragut, kemudian ibunya pulak diragut dan meninggal...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails