Dah nampak tajuk kat atas? Menarik bukan? Ianya sebenarnya tiada kaitan langsung dengan entry yang nak sy buat tapi disebabkan terlalu susahnya nak mencari tajuk, maka itulah hasilnya. Sy baru je selesai menyaksikan slot terakhir cerita Tentang Dhia lakunan hebat Nora Danish dan Adi Putra....perghhh memang sedih sungguh. Ending yang derita dalam bahagia. Bahagia kerana kedua2nya pergi bersama tetapi derita kerana tidak dapat meneruskan kehidupan setelah segala onak duri ranjau mereka lalui... Kira seperti romeo and juliet atau lebih senang cinta sehidup semati. Kalau boleh, semua pasangan yang bercinta pasti akan mengungkapkan cinta sehidup semati tetapi pada hakikatnya jarang2 perkara ini berlaku...kerana kita kena ingat, ajal maut tu di tangan Tuhan, begitu jugak dengan jodoh pertemuan. Yang penting, setiap apa yang dilalui bersama2 itu adalah penuh dengan memori indah dan bahagia walau sesingkat mana pun usia dan hubungan pasangan itu... kebahagiaan dunia akhirat.
dapatkan tawaran istimewa kami :)
ReplyDeletehttp://sophiecontactlens.blogspot.com/
memang sedih endingnya
ReplyDeleteSemua orang asyik bercerita tentang cerita yang satu ini. malangnya saya tak berkesempatan pun untuk menonton. best eh?
ReplyDeletemakanya cinta kepada Allah swt yg pastinya kekal selama. akan tetapi, jadikan cinta sesama insan sebagai jambatan menuju cinta Allah. itu akan lebih bermakna.
ReplyDeleteuhhh...panjang pulak tazkirah pagi Jumaat.
mmg sedih..huhu..hanya Dia maha mengetagui apa yg terbaik utk setiap hambanya...
ReplyDelete