Thursday, October 6, 2011

CINTA YANG DATANG TANPA DIDUGA

Kesabaran amat diperlukan disini. Ahakksss teringat sy pada skrip cerita Cuti-cuti Cinta lakunan Farid Kamil dan Nora Danish. Tak ada kaitan pun dengan entry sy cuma sy sambung balik cerita mengenai rakan sy Daniel dalam entry Bercinta dalam bercinta yang lepas. Apa kesudahannya?
Sebenarnya sepanjang perkahwinan yang tidak di rancang itu, memang Daniel tidak bahagia kerana semua itu dilakukan atas dasar untuk menutup kesalahan yang di'rancang' namun tidak jugak Daniel memusnahkan perkahwinan itu demi menjaga air muka kedua2 keluarga. Jadi nak tak nak, diteruskan jugak.
2 tahun kemudian secara tidak sengaja, Daniel berkenalan dengan seorang gadis yang bekerja sebagai jurujual disebuah hypermarket. Pada mulanya mereka hanya berkawan biasa saja tapi tanpa disedari Daniel merasakan banyak keserasian antara mereka walaupun pada dasarnya jika dilihat orang, mereka mempunyai latar yang berbeza. Dari segi umur, pekerjaan, pangkat...dan lain2...dan akhirnya kerana keserasian yang teramat kuat dan mendalam, mereka akhirnya mengalah dengan perasaan dan jatuh cinta walaupun banyak kali mereka cuba mengelak dan menafikan perasaan masing2. Tak perlulah sy cerita selanjutnya apakah yang berlaku tetapi keadaan ini pasti ada di antara kita yang melalui dan merasainya, tapi apakah keputusan yang akan kita ambil? Impian kita yang menjadi realiti atau realiti kini yang menjadi seperti impian?

5 comments:

  1. soalan awak buat saye berfikir lama.

    *rindu kamu

    dill.

    ReplyDelete
  2. Cinta yg dtg tanpa diduga..itulah suratan :)

    ReplyDelete
  3. susah kan? cuma orang yg berada dlm situasi tu je yg boleh faham...

    ReplyDelete
  4. kamu sedang alami keadaan macam ni ke?

    ReplyDelete
  5. woaaah ! jiwang ! HAHAA , maaf lama menghilang apa khabar anda ? :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails