Friday, December 30, 2011

KATA ORANG DALAM CINTA PERLU BERKORBAN

Banyak benar ayat2 seperti pengorbanan perlu dalam percintaan, berkorban apa saja demi cinta dan macam2 lagi yang sebunyi dengannya. Ramai doktor2 falsafah cinta membincangkan apakah sebenarnya bentuk pengorbanan yang dimaksudkan...pengorbanan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. pengorbanan apa yang patut dan tidak patut...Kita lupakan cinta orang barat sebab yang diorang ni kita katogerikan cinta yang terkorban..ahakssss.
Pengorbanan dalam cinta terlalu subjektif dan salah satunya bila berkaitan dengan sakit. Ada orang akan berlaku jujur dengan memberitahu yang dia sakit dan memberi pilihan pada pasangannya untuk meneruskan hubungan atau tidak. Ada orang yang akan membuat pasangannya benci pada dia dan berpisah semata2 tak nak pasangannya tahu dia sakit. Ada orang yang memendam kesakitannya hanya untuk melihat pasangannya gembira.... Teringat sy pada cerita Sekali Lagi lakunan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dimana Shaheizy terpaksa membuatkan isterinya benci demi untuk menyembunyikan kesakitan kerana takut pada masa akan datang sakitnya itu akan membuatkan isterinya menderita... Pada setengah orang, memang patut apa yang dia lakukan demi untuk tidak melukakan dan melihat org yang tersayang semakin menderita..tapi ada jugak yang berpendapat, jika kita saling sayang, setiap suka dan duka harus dikongsi bersama walaupun ianya akan membuat diri kita sendiri menderita...tepuk dada tanya selera.

KENAPA LELAKI MENANGIS?

Hai..hai..hai. Ingat me? Tak ingat? Opsss lupa.Patutlah dah lama tak ke udara di blog ni. Biar I perkenalkan diri I ye...My name is not Khan...ahaksss. My name is Abang Muscle Santai. Ingat? Now you remember..Oklah, kali ni AMS tak nak buat exercise atau latihan apa2 ye, cuma nak sentuh sikit pasal tajuk kenapa lelaki menangis? Well..ramai orang tanya kenapa setiap kali AMS tengok hindustan boleh nangis, tengok cerita korea boleh meleleh...feeling dik. Tak ada feeling macam mana boleh tangkap nangis. Hari tu kawan satu rumah siap bagi tisu sebab tgk mata AMS berair2 bila keluar dapur...dia tanya kenapa berair mata ni? Siapa buat kat you? AMS jawab tu haaaaaa Mr Onion...masa tu AMS tengah potong bawang, merecit masuk mata...opsss dah melencong. Ok, kenapa lelaki menangis...ada beberapa sebab yang boleh membuatkan lelaki yang punya ego tinggi ni menangis....antaranya:
1) Sembelit...yuppp bila perlara ni berlaku, airmata bercucuran seperti AMS melihat cerita hindustan. Tak payah letak eye more macam pelakun nak buat buat babak sedih, dengan sendiri nya mereka akan menangis...
2) Bila tengok bola tiba2 blackout...yupppp kali ni tangisan nya sekadar seperti keluhan. Pulak tu bila ianya terjadi apabila pasukan kegemaran mereka yang bermain, lagilah meraung2..tapi perlu diingatkan, mereka bukan menangis sebab blackout atau tak dapat tengok bola tu, tapi sebab masa tu tengah kalah betting...
3) Cinta diterima...yuppp apabila cinta diterima, lelaki boleh menangis. selalunya kita dengar bila putus cinta kita boleh menangis tapi tidak lelaki. Bila putus cinta diorang cool je.Tapi bila cinta diterima, menitis-nitis airmata keluar...tapi sebenarnya itu merupakan cinta entah yang keberapa diterima setelah berpuluh2 sebelum ni ditolak..ahakssss.

Thursday, December 29, 2011

KUKUKAKIKUKAKAKU

Dah nampak tajuk kat atas? Menarik bukan? Ianya sebenarnya tiada kaitan langsung dengan entry yang nak sy buat tapi disebabkan terlalu susahnya nak mencari tajuk, maka itulah hasilnya. Sy baru je selesai menyaksikan slot terakhir cerita Tentang Dhia lakunan hebat Nora Danish dan Adi Putra....perghhh memang sedih sungguh. Ending yang derita dalam bahagia. Bahagia kerana kedua2nya pergi bersama tetapi derita kerana tidak dapat meneruskan kehidupan setelah segala onak duri ranjau mereka lalui... Kira seperti romeo and juliet atau lebih senang cinta sehidup semati. Kalau boleh, semua pasangan yang bercinta pasti akan mengungkapkan cinta sehidup semati tetapi pada hakikatnya jarang2 perkara ini berlaku...kerana kita kena ingat, ajal maut tu di tangan Tuhan, begitu jugak dengan jodoh pertemuan. Yang penting, setiap apa yang dilalui bersama2 itu adalah penuh dengan memori indah dan bahagia walau sesingkat mana pun usia dan hubungan pasangan itu... kebahagiaan dunia akhirat.

BILA TIADA ITU ADA

Jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi, tapi mata masih belum mengantuk lagi..nak buat entry bila start menaip je, idea lari lintang pukang. Nak buat blogwalking, line internet memang very the very slow..banyak buang masa menunggu je...tiba-tiba
"Aku dah cakap dah...kau tak percaya. Sekarang kau dah tengok kan depan2 kau si Lisa tu main kayu tiga.." bentak Amran, rakan serumah aku yang cukup marah apabila petang tadi kami nampak si Lisa Surihana aka mak we aku berkepit dengan Daniel aka office mate aku.
"Biarlah diorang. Lagipun aku dengan Lisa bukan ada apa apa pun...kitaorang berkawan je.." aku cuba menenangkan Amran padahal aku sebenarnya menenangkan diriku sendiri.
"Boleh kau cakap tak ada apa-apa? Hisshhh tak faham betul aku..Yang selama ni kau berkepit ke sana kemari boleh kau cakap tak ada apa2? Datang si mamat separuh handsome Daniel tu terus je dia sapu mak we kau.. Boleh kau diamkan je?:
"What to do? Nak suruh aku melutut depan Lisa begging balik pada aku? Macam tu...tak macholah. Biar luka di dalam, jangan nampakkan kita ni lemah dengan cinta..." Wah...bersemangat pulak aku.
"Betul2 aku rasa kau dah tak betul...mesti skru mana yang tercabut ni..dulu kau tak macam ni.." Amran mula menyindir aku cara halus pulak.
"Sudahlah Amran...aku tak nak dengar pasal semua ni...rimas dibuatnya"
"Betul kau tak nak dengar dah pasal semua ni.....?"
"Kalau macam tu bolehlah kau post entry ni...boleh tahan jugak daripada tak ada idea tadi..." tiba2 suara Amran hilang begitu saja. Yang ada di depan aku masih lagi sebuah laptop. Mata pun dah mengantuk, yang cuma akun perlu buat ialah menekan PUBLISH POST.

KATA ORANG BILA DAH JODOH TAK KEMANA

Dah lama jugak tak buat entry kata orang ni...Petang semalam waktu balik dari kerja, sy sempat singgah ke kedai gunting rambut mamak berdekatan dengan office tempat sy bekerja. Tujuannya...of cozlah nak gunting rambut. So dalam dok gunting2 tu, tiba2 girlfriend mamak ni datang. Perghhh memang cantik. Pandai betul mamak ni cari, padahal masa kerja dia di kedai gunting...bila masa pulak dia keluar dan dapat girlfriend cantik.
Lepas diorang sok sek sok sek, girlfriend dia pun keluar dan mamak ni pun sambung balik menggunting rambut sy...So sy pun mcm biasalah, menyibukkan body sy
"Cantik you punya bini..sudah lama kahwin ke?".. ayat yang cukup sopan santun. 
"Belum kahwinlah...itu girlfriend jugak" jawab mamak tu sambil tangan tetap meneruskan guntingan
"Girlfriend ke? Bila mahu kahwin?" 
"Tahun depan jugak...India jugak bikin"
"Oooo kahwin sana. Dia orang sana ke?" betul2 sibuk body sy ni..
"Sana jugak..tapi 8 tahun kenal.." jawab mamak
"Ehhh girlfriend you nampak muda..berapa umur dia?"
"20 tahun...." sy terhenti daripada bertanya..kata orang kalau dah jodoh tak kemana.

Wednesday, December 28, 2011

SETENGAHARI DI KLCC

Ruang legar KLCC - Krismas
Selalunya sepetang..tapi tadi memang tengah2 panas, maka jadilah setengahari di KLCC. Tinjau2 kat ruang legar dia masih lagi berdiri megah pokok2 krismasnya..masih lagi dengan lagu jingle bell nya...tapi kalau sy pergi kat kedai2 atau hypermarket2...dah mula diputarkan lagu dong dong cheeehh...lagu tahun baru cinalah. Bestnya di KLCC ni, hari cuti ke atau hari kerja ke, orang nya tetap ramai..macam tak ada apa2 berlaku, tapi biasalah, kalau cakap pasal KLCC ni memang dipenuhi dengan foreigners daripada Korea, Cina dan negara timur tengah.
Kiosk Durian durian
Tempat makan kat sini pun memang banyak sangat terutama bahagian food court dan juga restoran2 lain. Cakap pasal makan ni, sy tertarik kepada salah satu kedai atau kiosk makanan yang terletak bersebelahan dengan Malayan Banking atau Guardian. Namanya Kios Durian durian...ahakssss..Kak ct mesti tengah naik kening dia. Kat sini cakap apa saja produk berkaitan dengan durian mesti ada tak kira air ke, kuih ke, ais krim ke dan macam2 lagi. Bagi yang minat makan durian, pasti boleh mencubanya disini...yang peliknya, ramai mat saleh atau warga asing yang makan atau order disini...orang kita pasti dah tak hairan sebab boleh makan berbiji2 yang dijual di tepi2 jalan....

PSSSTTTT ADA CERITA NI

Pusing kiri...sunyi. Pusing kanan..sunyi. Pandang depan..sunyi. Pandang belakang...opss jangan pandang belakang, tapi semua sunyi, tanpa ada kata2 mahupun jerit pekik terlolong seperti biasa. Itulah situasi yang sy hadapi hari ni...inilah keadaannya bila semua rakan mengambil cuti serentak..tinggallah sy keseorangan..ahaksss. Bila tinggal sorang-sorang ni...psstttt nak dengar cerita?
Pernah dulu masa sy tinggal sorang2 dalam office, lebih kurang situasi dia macam skrg lah..ramai yang mengambil cuti serentak. Masa tu hujan lebat sangat, waktu nak balik...jadi terpaksalah sy stay sekejap dalam office sementara tunggu hujan reda...macam biasalah, masa tu tengah sibuk dgn blogwalking...tiba2, pintu bilik boss sy yang berdekatan dengan meja sy boleh terbuka sendiri...siap ada bunyi lagi..."eekkkkkkk"...hahahaha. Tuhan aje yang tahu betapa kecutnya hati sy masa tu...tak pernah pintu boss tu boleh terbuka sendiri, kalau terbuka pun dia tak akan bergerak sendiri...Jadi apakah tindakan paling berani untuk sy lakukan pada masa itu? Yessss betul. Shut down pc, kemas2 barang dan terus balik....

Tuesday, December 27, 2011

ULASAN MOVIE - THE FINAL DESTINATION 5

Kalau yang lemah jantung atau tak suka tengok cerita ngeri2...don't see this movie. Tapi terus terang sy katakan, sy dah mula keboringan tengok cerita ni, bukan sebab tak ngeri, tapi sebab dah boleh agak dah apa yang akan berlaku. Mungkin kalau sequel pertama hingga ke 3 tu masih boleh terima dan masih ada jugak terasa terkejut2 ketakutan..ahaksss tapi siri ke 4 dan ke 5 ni sy kurang rasa takut atau suspens...
Cerita yang dibarisi pelakun2 baru seperti Shantel Vansanten, Bobby Campo, Webb dan lain2 mengisahkan Nick yang mengalami mimpi kejadian kemalangan yang akan meragut nyawa dia dan rakan2nya di sebuah jambatan merasakan kejadian itu betul2 berlaku dan mengajak rakan2nya lari daripada jambatan tersebut sebelum kemalangan ngeri itu berlaku di mana beberapa orang mati dan jatuh ke sungai.
Kemudian, satu demi satu rakan2 Nick mula mati dengan cara yang mengerikan dan mengikut turutan dalam mimpi Nick...so, enjoy the movie.
Jom Santai Sekejap **

RESEPI TELUR MASAK KICAP ALA SANTAI

Tak sempat ambik gambar, pinjam Google
Dah lama sy tak memasak, jadi tiadalah entry pasal resepi tak kira dari idea sendiri mahupun idea rakan2 bloggers. So, malam semalam entah tiba2 sy rasa lapar pulak walaupun dah makan sebelumnya, jadi mulanya nak makan maggi...tapi macam mcm nak makan nasi, so paling senang sy masaklah telur masak kicap. Resepi paling mudah selain daripada masak air dan goreng telur..ahaksss.
Jadi bahan2nya adalah:
2 biji telur yang telah digoreng ( mata lembu )
2 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji lada dihiris panjang.
1 ikat daun pandan
1 batang serai
Sedikit air di campur dengan sesudu kecil tepung gandum. Garam secukup rasa.

Caranya cukup mudah. Panaskan kuali, masuk minyak sedikit dan tumis semua bahan sekali sampai naik bau. Kemudian masukkan air dan garam secukup rasa dan akhirnya masukkan telur. Walaaaaaa...siap untuk di makan.

HO HO HO

Jam giler masuk Subang Parade
Panjang betul cuti..rasa kemalasan betul nak memulakan kerja hari ni tapi terpaksa jugak meneruskan kerana tak ada kerja tak ada gaji...lagipun, kerja beberapa hari dah cuti balik..ahaksss. Bulan yang paling sy suka ialah bulan December dan Januari sebab banyak cuti selain Hari Raya yang boleh cuti panjang...
So apa aktivitas you all? Pasti yang bekeluarga banyak yg bercuti berjalan2, tapi mungkin sebab musim hujan, ada yang lebih kepada berwindow shopping dan berjalan2 ke shopping mall, termasuk sekali dengan sy. Lokasi sy lebih tertumpu kepada area Shah Alam dan Subang Jaya..Kalau KL tu takut tersangkut banjir kilat..ahaksss.
Ruang legar Subang Parade
Macam dulu2, sy paling suka ambil gambar di ruang legar kerana tiap2 occasion pasti ada saja perubahan yang cantik2 diorang buat untuk menarik pelanggan dan pengunjung ke shopping mall mereka. Sy sempatlah berjalan2 di Subang Parade dan sekitarnya. Memang ramai pengunjung, maybe tak ramai yang balik kampung atau bercuti jauh2, jadi jalan nak masuk ke Subang Parade pun jam giler, lagilah dia pi tutup satu entry masuk ke parking...
Emm tgk jelah kat MPH
Dalam banyak yg tinjau situ tinjau sini, sy boleh tertarik masuk ke MPH bookstore...lawak betul, dan buku yang pertama sy ambik ialah buku berkenaan hiasan dalaman rumah. Memang sy suka tgk hiasan2 dan senireka serta susun atur dalaman..kdg2 bila tgk cerita deko-deko ke, seni hias..memang teruja bila tgk perubahan yang dibuat. Kalau di rumah, setiap sebulan sekali pasti susun atur akan berubah.. tapi sejak dua menjak ni sy dah mula malas, penat kerja kot..hahaha.
Kalau anda pergi mana2 pun, baik Carrefour, Tesco, Giant, Jusco, Subang Parade atau mana2 parade, pasti ada jualan sana sini, macam yang telah sy war war kan pada entry sy yang lepas di mana jualan jusco sehingga 70% bagi barangan berjenama. So kemana anda cuti yang lalu?
Malamnya pulak, ada pulak jiran yang menyambut Krismas ajak datang makan kat rumah dia tapi sebab sy ada hal pada malamnya, maka tak dapatlah sy nak menjamu selera...Selalunya kalau tiap2 tahun, rumah dia meriah siap sampai ada lagu bangra lagi..hahaha..tapi tahun ni dia tak buat dah, pukul 11 dah shut down dah.... Till next time

Thursday, December 22, 2011

POTONG JANGAN TAK POTONG

"Terujalah gua tengok lu punya Daniel. Walaupun lu ni kira dah season tapi masih berkilat2 dan ada power lagi lu punya. Ada apa2 rahsia ke yang boleh lu kongsi dengan gua?" tanya Leong.
"Alaaaa biasa2 aje. Yang penting kena slow and steady...jangan potong2."
"Ehhh lu sampai sekarang tak pernah potong ke Daniel? Wahhh lu tarak malu ke sama orang lain?" terkejut Leong mendengar pengakuan Daniel.
"Buat apa nak malu...cakap aje terus terang lagi bagus. Kita punya barang kita punya sukalah. Kalau apa2 jadi siapa yang susah, kita jugakkan..baik tak payah potong2. Tak potong selamat jugak Leong... "
"Respect sama lu lah Daniel. Gua kalau tak potong, banyak pening kepala" terang Leong sambil mengeleng2kan kepalanya.
"Apa kaitan pulak pening dengan potong Leong? Daniel tertanya2..
"Yelah, lu tahukan gua kerja hantar barang. Kalau gua bawak slow2 macam lu tarak potong..mesti banyak lambat mahu sampai...nanti orang bising2 bikin pening gua punya kepala... "
"Ooooooo macam tu ke?" Daniel hanya tersenyum.....

Wednesday, December 21, 2011

MAKIN MELARAT PULAK

Ehsan Google
Hari ni bangun aje tidur dan mula rasa pening dan batuk sikit2, hidung pulak tersumbat. Kalau tersumbat satu, masih boleh guna lagi satu terowong smart, tapi ni sampai dua2 lubang hidung tersumbat. Ingatkan hari ni ok sebab semalam nampak gaya selsema semakin ok tapi macam pepatahlah, kertas yang putih jangan disangka bersih...( Belum masuk dalam dewan bahasa pustaka lagi ) So kat dalam poket seluar dah stand by vicks yang sapu tu dengan cool inhaler sekali. Tisu jangan cakaplah, sentiasa setia.
Bila dah hidung sumbat ni, mood nak makan pun x ada. Memang lari betul mood. Cakap pasal mood ni, semalam sy tengok sekejap DVD cerita Aku Bukan Tomboy lakunan scha, shahezy sam dan samsul yusof. Memang kelakar jugak ceritanya tapi x sempat nak tengok habis cerita tu sebab selsema punya pasal, jadi tengok separuh jalan je. Cakap jugak pasal tomboy ni, sy tersentak bila terbaca cerita dan pasti dah tahu dan kecoh 1 Malaysia pasal perkahwinan gay antara Ariff Alfian Rosli warga Malaysia dengan pasangannya Jonathan di Ireland. Perghhh apa nak jadi ye? Tak perlulah sy mengutuk sebab dah terlalu ramai mengutuk kes ni tapi cuma sy rasa perkara macam ni tak seharusnya terjadi. Baliklah kepangkal jalan dan semuga diberi taufik dan hidayah...

Tuesday, December 20, 2011

LUNCH ASAM PEDAS DI NAILIS

opsss dah termakan baru ingat ambik gambar
Oleh kerana dah tersebut rindu dengan masakan asam pedas mak, maka tanpa segan silu sy pergilah ke Nailis dan meng'order' set lunch asam pedas diorang...Sy order asam pedas ikan pari. Kalau set dah tentu bersama dengan air, jadi sy order sirap ais. Asam pedas tu dia ada lauk lain sekali iaitu sayur, nasi dan telur masin. Harganya RM9.90. Oklah rasanya sebab semua ada. Asam pedas dia ala-ala asam pedas melaka rasanya, pekat, melekat dan memang sedap..tapi masih belum dapat kalahkan masakan pedas ibu sendiri kan kan kan kan....
Hari ni cuaca ok je..panas2 suam. Kenapa tak hujan? Sebab sy tak basuh kereta sy...ahakssss. Kat Johor terutama sekali bahagian timur air dah mula naik. Pasti kawasan2 barat terutama Segamat, kampung sy tu akan jugak di naiki tak lama lagi. Kawasan favourite banjir tiap2 tahun cuma sy harap kali ini banjir tidak seteruk seperti tahun2 yang lepas atau kalau boleh jangan banjir pun ok...kasi rekod.

RINDU MASAKAN MAK...UHUKKS

One of my favourite dish - kupang
Tengahari ni blurrr pulak nak makan apa tapi bukan tengahari ni je, memang tiap2 tengahari blurr nak makan apa sebab dah jemu sangat tempat yang ada ni...rotate macam mana pun, jemu jugak. Sekali sekala nak jugak makan nasi dengan belacan ( dialog cerita Labu Labi )..... bila dah jemu macam ni, teringat pulak masakan2 mak kat kampung..uhukksss. Hairannya, walaupun kalau kita tgk beraneka lauk pauk yang terjual, tapi bila mak masak satu lauk je...kalah semua lauk pauk tu. Sedapnya lain macam. Cakap aje masak apa, pasti masakan mak jugak yg sedap. Tulah kan, sapa suruh gatal2 dok jauh daripada mak...kan dah susah nak dapat masak air tangan mak..tapi nak buat macam mana kan, periuk nasi dah di KL ( Masakan asam pedas dan sambal kupang mak memang power...tq mak)
Cakap pasal makan ni jugak, beberapa hari lepas sy ada buat entry pasal sy berjumpa sahabat lama sy semasa belajar di UiTM dulu..ingat tak perubahan 'besar' yang berlaku dalam hidup dia? Ahakksss...Dia adalah cerita pasal hidup dia perubahan2 yang berlaku...menarik jugak. Nak tahu? Jommmm...opsss next entry ye

SALES DI SUMMIT USJ DAN GM KLANG

Sales di GM Klang
sales di summit usj
Jangan marah ye kalau sy dok asyik nak buat entry pasal sales, manalah tahukan jika anda semua berada di lokasi yang syg nyatakan, maka bolehlah singgah sambil menjamu mata dan mengosongkan poket atau handbag anda dengan jualan2 murah di sana sini. Kali ni sy nak beritahu anda 2 tempat yang mengadakan sales giler2. Pertama adalah di shopping kompleks Summit USJ dimana ada beberapa lokasi jualan murah di tingkat bawah dan satu....termasuk jualan baju2, kasut2 dan lain2.Sy sendiri rasa macam nak beli...macam nak belilah tapi tak beli, bukannya apa, sebab orang ramai sangat...pilih baju dan seluar macam pilih ikan dan sayur kat pasar...angkat, belek2 dan beli...haaa mudahkan. Jualan jangan cakaplah..ada sehingga 70% dan lelong pun ada...
Lokasi kedua yang ada jualan ialah di pasaraya GM Klang. Kat sini dah jadi lokasi kegilaan bagi mereka yang ingin membeli secara pukal sebab barang2 mmg ternyata murah jika dibeli dengan banyak..Dari pada assecories handphone, minyak wangi, baju, tv dan radio...cakap aje semua ada. Bagi mereka yang belum pernah pergi, sy rekomenkan anda pergilah ke sini.

SUDAH KUKATAKAN

Hujan lebat...
Seperti yang dikatakan pada entry beberapa hari yang lepas pasal tiap kali sy basuh kereta pasti hujan akan turun...so hari ni sy test basuh kereta pada hari Isnin, manalah tahu hujan ni pandai pilih hari, hanya hari minggu je dia turun...tapi ternyata tekaan sy meleset. Lepas je 20 minit sy menbasuh kereta sy, hujan mula turun dengan lebatnya walaupun sebelum tu cuaca mmg elok je panas. Nasib baik hari ni sy tidak kemana2, jadi lepas je hujan berhenti, sy bilas sekali lagi...ahaksss macam basuh baju pulak.
Mungkin musim jugak agaknya, tekak sy tak berapa baik hari ni, selsema pun ada rasa, sakit tekak pun ada rasa tapi harap2 ianya tak melarat sampai batuk2 atau demam. Sana sini memang sy ada terserempak ramai yang uhukk uhukks dan sot set sot set....harap anda semua sihat2 hendaknya.

Saturday, December 17, 2011

JUALAN DI JUSCO

Year End Sales di Jusco
Jusco sales lagi! Sebenarnya dah lama dah pun diorang mengadakan sales iatu daripada 19 Nov 2011 hingga 1 Jan 2012 tapi sy baru berkesempatan untuk pergi kesana, tu pun secara kebetulan kerana tujuan asalnya nak pergi dinner kat salah sebuah restoran di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Potongan sehingga 70% terutama di bahagian perfume, kasut dan handbag. Bahagian alat2 dan barangan persekolahan jugak tidak kurang hebatnya diskaun2 serta potongan2...Jadi jangan ketinggalan ye. Dapat gaji bulan ni, kita serbu Jusco.. ahakss.
Sy tak pastilah apa pendapat anda tapi bg sy, kalau di Jusco ni, kalau masa sales, barangan 'branded' dia memang murah...maksud sy barangan seperti perfume, kasut2 berjenama dan lain2 tapi kalau barangan2 harian seperti barangan basah dan kering, agak mahal sikit di bandingkan dengan yang terjual di Giant, Tesco dan Carrefour. Yang penting barang apa yang ingin anda beli dan buat kajian serta bandingkan harga2 mereka bila mendapat risalah2 jualan yang selalu diedarkan di rumah2 kita...wah macam iklan kat tv pulak. anyway, selamat berhujung minggu dan semuga anda semua ceria serta santai selalu.

Friday, December 16, 2011

SARAPAN DISTESEN MINYAK

Tunggu giliran di lap
Pagi ni sy bersarapan di stesen minyak... ahaksss. sejak dua menjak ni asyik cakap pasal stesen minyak je. Bukan apa, sambil menghantar kereta sy yang memang dah teruk sangat keadaan mukabuminya distesen minyak, sy pun sarapanlah disana sambil menunggu kereta siap di basuh... Bukannya sy malas nak basuh sendiri kereta tu, mmg selama ni tiap2 minggu sy basuh kereta tu, tapi sejak dua menjak ni, tiap kali sy basuh pasti hujan tidak kira hari apa sy basuh...bila tak basuh, elok pulak panasnya. Jadi kali ni sy tgk, kalau hantar basuh kat stesen minyak, hujan tak...
Makan apa di stesen minyak? soalan yang bagus...Kat sini terlalu banyak aneka juadah yang dijual, macam bazaar ramadhan pulak...sy makan nasi ambang dan jugak nescaffe..boleh tahanlah sbb dah lama jugak tak bersarapan berat...opsss kereta dah nak siap. Hingga dilain kali.

Thursday, December 15, 2011

ANEKA RASA NASI LEMAK

Pagi tadi sy breakfast nasi lemak. Beli kat stesen minyak Petronas USJ. Sekali tengok, bila masuk stesen minyak ni pasti ada barangan minuman dan makanan seperti yang dijual di 7 eleven atau mana2 kedai, tapi yang bila pergi kat hujung tepi...haaaa tu dia, segala jenis makanan dan kuih muih dengan pelbagai warna. Nasi lemak saja ada dekat 6 jenis dari penjual yang berbeza, ada nasi lemak mat best, kak azwa, kak sal, kak eton dan yang tak ada nama jugak ada. Yang lain macam nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, nasi berlauk, nasi goreng, mee goreng, kueh tiaw dan laksa. Kuih jangan cakaplah, daripada cokodok, karipap, sausage, sandwich, puff pastry, kuih lapis, kuih koci, egg tart, pan cake dan macam2 lagi. Dah macam kedai makan dah, sampai sy nak memilih nasi lemak pun tak tahu mana satu nak pilih...ahaksss.
Last2 sekali, sy pilih satu nasi lemak je...cukuplah bulan Ramadhan je sy punya nafsu selera besar bila tgk juadah jualan di Bazaar, takkan bulan lain pun sama...

Wednesday, December 14, 2011

TERSENTAK RASA HATI

Jeling punya jeling, jalan punya jalan... almaklumlah mmg dah lama sangat tak buat blogwalking. Berbulan2 lamanya, tersinggah sy kat salah sebuah blog rakan bloggers sy yang cukup setia..ahaksss. Tersenyum sendiri bila dia mempromosikan blog sy yang tak seberapa ini walaupun dah lama bersawang kerana sibuk yang amat.. tak dapat nak cakap apa selain ucapan terimakasih banyak2... 50sen nak? Jika anda semua ada masa, boleh jugak berkunjung ke blog beliau yang cukup menarik, cukup sensasi, cukup ramuan dan cukup secukupnya. Singgah saja di blog dill
Dunia blogging memang begitulah adatnya, adakala kita sibuk, adakala kita free sangat sampai tak tahu nak buat apa, adakala kita ada cerita dan adakala kita buntu sebuntu2nya walau dah perah sebaldi nak dapatkan idea tapi tak pernah dapat...Cakap pasal baldi ni, sekarang ni musim hujan. Hari tu sy hampir terperangkap dengan banjir kilat di KL tapi nasib baik bila tengok cuaca dah gelap semacam, sy sempat keluar daripada KL dan tekaan sy memang tepat, banjir berlaku di tengah2 KL...perghhh. Kalau tak, sy antara beratus2 yang sangkut dalam kesesakan lalulintas di KL hari tu....

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Beberapa hari lepas waktu sy berada di KLCC, sy terserempak dengan rakan sepengajian sy dulu semasa di UiTM Shah Alam. Terperanjat sy kerana bentuk fizikal dia berganda2 naik daripada semasa di UiTM dulu. Kalau dulu, panggilan 'manja' yang kami panggil dia ialah cikeding sebab badan dia betul betul betul kurus sampai kami naik ngeri kalau tgk dia bertuala pergi mandi...tapi biasalah, dia memang muka selamba tak kisah dengan apa nama glamour pun. Tapi yang peliknya kalau time makan, memang selalunya dia akan banyak. Teringat sy waktu breakfast, Fariz ( nama tak glamour dia..ahakss) ni pasti akan makan waktu last2 bila kantin nak tutup sebab masa tulah boleh pulun banyak2 sebab makanan banyak yang belum habis, terutama telur rebus.. termasuklah sy jugak, tapi walaupun selera dia boleh tahan, tak pernah pulak ada berlaku perubahan..
Sehinggalah sy berjumpa dengan dia di KLCC. Sy tanya dia, apa yang buat dia jadi sampai macam tu.. Nak tahu apa jawapan dia...Katanya sejak dia kahwin 3 tahun lepas, badan dia naik mendadak...hahahaha.. Sy tak boleh tahan terbahak2 ketawa kat situ jugak dengan kawan sy tu...Alahai.

Monday, December 12, 2011

UPTOWN DI MUAR

Uptown Muar - Ehsan Google
Sekarang ni uptown dah berada di mana2. Di Muar pun ada tapi tak berkesempatan sy nak ambil gambar sebab hari tu Muar memang jam teruk.Bilik2 Hotel pun semua penuh sehinggakan yang kokak2 punya hotel pun penuh! Sy sempat jugak makan di Bentayan tetapi hampanya sebab sy tak dapat nak makan mee bandung, makanan kegemaran sy setiap kali sy ke Muar selain asam pedasnya kerana sudah habis...jarang2 berlaku tapi itulah hakikatnya pada malam itu, terlalu ramai orang yg datang ke Muar, mungkin jugak ada yang ingin menyaksikan gerhana bulan. Memang terang suasana pada malam itu...
Sambil sy makan yong tau foo, sy sempat melihat gerhana bulan yang waktu itu hampir2 ditutupi sepenuhnya. Pada ketika itu, malam mmg terasa kegelapannya di langit walaupun cahaya terang benderang di bawahnya. Yang sy tak tahannya...kebiasaanya orang makan akan dongak ke bawah melayan makanan yang ada, tapi pada waktu itu, hampir semua sambil makan mendongak ke langit melihat gerhana tersebut...

Sunday, December 11, 2011

SELAMAT BERTUNANG ADIKKU

Adik sy bersama keluarga belah tunangnya
Semalam sy berada di Segamat, kampung halaman belah mak sy. Kenapa sy berada disitu? Kerana kat situlah majlis pertunangan adik sy yg ke 3. Majlis yang dibuat di rumah bapa saudara sy, iaitu adik kepada mak sy, berjalan dengan lancar dan suksess serta meriah walau dibuat secara sederhana dan ala-kadar kerana hanya saudara mara terdekat saja yg hadir. Cuaca pun ok dan tak hujan cuma masa sy on the way, jam teruk dari Nilai ke Seremban. Ikut perancangannya, adik syg dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 tahun depan...wahhh cepatnya. ahaksss. Janji diorang dah ready dan hidup aman damai, itu sudah cukup bg sy sebagai abg sulung. Apa2 pun sy ucapkan Selamat Bertunang kepada adik tersayang Amenda dan Niza.
Kalai cakap pasal Segamat ni pasti tak lekang daripada durian. Teringat sy pada Kak Ct punya kebun durian... Mungkin sy terlepas rasanya nak merasa durian Kak ct. Di Segamat rasanya belum lg musim durian tapi rata2nya yg sy lihat, banyak pokok rambutan berbuah lebat sana sini kat tepi2 jalan di Segamat tu... merah2 lagi. Tak payah nak beli2, pergi aje dan petik aje buahnya...makan kat situ...( kat rumah bapa saudara sy lah...bukan rumah orang lain )

Wednesday, December 7, 2011

KALAU DAPAT DIUNDURKAN MASA

Ayat2 begini selalu sangat kita dapat dengar. Kalaulah dapat putar balik masa atau kalau boleh jadi masa kecik2 balik ke atau boleh ulang balik masa remaja. Mungkin apa yang kita impikan tidak tercapai kerana sesuatu sebab yang tidak kita buat pada masa lalu. Teringat sy cerita fiction Michael J Fox yang bertajuk Back To The Future. Walaupun begitu, masa mmg tetap berlalu dan perkara berlalu sudah pasti tidak akan dapat di kembalikan walaupun sekuat mana kita, sekaya mana kita, sekebal mana kita, semaju mana kita...Macam-macam sebab dan kenapa kita terasa perlu kalau dapat di undur masa samada dari segi percintaan, kehidupan, pelajaran, kerjaya, perkahwinan dan macam2 lagi...Mungkin ada yang berbunyi penyesalan, mungkin ada jugak yang berbunyi lebih berjaya dan macam2 lg..
Mungkin kalau yang lebih menyentuh perasaan kalau ianya berkait dengan orang yang telah meninggalkan kita, sudah pasti kita jugak akan merasakan kalaulah dapat diundurkan masa, mungkin kita boleh melakukan sesuatu atau memberi sesuatu atau menggembirakan mereka dengan masa yg ada... Anda ada perkara2 yang anda rasa kalaulah dapat diundurkan masa?

Tuesday, December 6, 2011

BREAKFAST DI PAK LI KOPITIAM

Dah lama sangat rasanya tak buat entry pasal makan2. Pagi ni sy sempat bersarapan di Pak Li kopitiam. Sy order telur separuh masak, kopi dan jugak roti bakar. Rasanya semua kopitiam mempunyai menu yang seakan sama tapi kalau kat Pak Li ni syg suka kan Nasi ayam lemon. Masa dulu2 memang sedap, tapi sekarang dah kurang sikit, maybe ada tolak sana tolak sini, tu yang rasa pun kurang sikit kot...hahaha. So apa sarapan anda hari ni? Kat depan kopitiam ni pulak dah ada jualan buku dan jugak sempena kempen back to school. Rasanya sekolah baru bercuti, dah di jual dah semua peralatan dan baju2 sekolah. cepat betul. Teringat sy masa kecik2, waktu beli semua peralatan sekolah dan baju, selalunya arwah ayah akan beli last minute, sbb katanya masa tulah bari betul2 offer dan murah...anyway, cerita lama tapi tetap bersemat di hati sampai bila2.

Monday, December 5, 2011

BERSABAR ATAS SEGALANYA

Kejadian ragut memang selalu sangat terjadi dan tiap kali terpampang di muka akhbar, sana sini penuh dengan kejadian ragut. Selalunya kalau sy baca pasti akan menggelengkan kepala sambil bercakap dalam hati " Tak ada kerja lain ke diorang ni". Hari ni, salah seorang kawan sy telah di ragut. Tersentak sebentar sy. Sy tahu kehidupan kawan sy tu, bukan mudah bagi dia untuk mengumpul duit dan membeli walau seutas rantai tetapi semuanya habis begitu saja angkara peragut. Tak payahlah kita mempersoalkan kenapa dia pakai, dah nama perempuan, sekali sekala nak pakai barang kemas kan....tapi malang memang tak berbau tapi peragut memang pandai bau barang kemas. Tau aje dia bila dan di mana...
Walau apa pun yang terjadi, sy cuma berharap kawan sy tu dapat bersabar dan tenang serta menerima semua itu dengan hati yang bertawakal kerana setiap kejadian sudah pasti ada hikmahnya, mungkin ada sesuatu yang ingin di tunjukkan natijah daripada kejadian itu. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails