Wednesday, July 21, 2010

RADIO TEMAN WAKTU MALAM

Bila cakap pasal student IPTA @ IPTS, mesti tak boleh lari daripada study malam. Dah jadi benda wajib study kena waktu malam sebab ikut ceritanya, waktu malam ni suasananya tenang, sepi dan hening menyebabkan kita senang fokus untuk study. Betul ke? Emmm tepuk dada tanya selera. Silap2 bukan kita baca buku, buku yang baca kita :-) Macam-macam cara dan perangai untuk menahan mata daripada mengantuk. Basuh muka tu memang dah wajib. Selagi tak sejuk muka tu dengan asyik membasuh, memang tak sah. Ada juga yang menghisap kopiko dan buat kopi O sepekat tidak. Ada yang bila dok senyap2 study, tiba-tiba dia terjerit sorang-sorang...ingatkan histeria, rupanya nak lepaskan menguap dia...habis satu bilik terbangun dengar tarzan melalak. Paling popular sekali untuk menghilangkan ngantuk masa study malam adalah mendengar radio. Kira macam peneman waktu study malam lah tu...ada juga sebab takut, daripada dengar suara yang macam-macam, baik dengar suara radio! Bagi saya, satu ketika dulu, rancangan radio waktu malam yang menjadi peneman saya adalah rancangan yang di kendali pada waktu itu Tok-tok dan Pok-pok. Menang tak kering gusi di buatnya dengan kerenah mereka berdua yang menyiarkan lagu-lagu menarik sambil mereka sendiri berlakun pelbagai watak untuk menyemarakkan lagi suasana malam. Biasanya rancangan waktu malam lebih kepada berbentuk romantis dan mengimbau kenangan lalu. Apa tidaknya, waktu malamlah kadangkala idea datang mencurah-curah. Ada yang guna bulan sebagai sumber ilham, bintang-bintang sebagai sumber inspirasi, deru angin sepoi-sepoi jadi cerita novel dan macam-macam lagi. Saya pasti anda juga mempunyai banyak kenangan sewaktu menempuh zaman pembelajaran tidak kira di mana anda berada. Apa rancangan kegemaran anda?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails