Rasanya selepas mengharungi hari yang kurang baik semalam, harapnya tak adalah perkara lain yang menyusul. So semalam saya dengan penuh harapan tidur malam mesti tangkap lentuk dengan penuh lena walaupun lambat, pukul 2 pagi baru tidur sebab melawat blogger-blogger lain sambil menyambung siratulrahim katakan...mata pun dah kuyu, laptop tu nampak macam bantal dah, nyamuk bunyi pun dah rasa macam lagu tidur..so belayarlah saya ke negeri mana pun saya tak ingat, tapi rasanya macam negeri yang cuacanya panas. Apa ke tidaknya, pukul 3 pagi, letrik kawasan perumahan saya putus!! Whaahh.... rasa nak nangis...kenapa masa ni pulak tak ada letrik. Nak putus buatlah masa tengah kerja ke.. ini masa orang dengan tidur. Ingatkan sekejap saja letrik nya putus...tapi ku sangka siang kiranya malam...sampai saya pergi kerja pukul 6.45 pagi tadi letrik masih belum ada...Inilah yang di katakan sudah jatuh ditimpa tangga.
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài