Wednesday, July 21, 2010

PEMBUKA KATA PENGENALAN DIRI

Salam hormat kepada pembaca blog semua. Ini merupakan detik permulaan bagi saya dalam memulakan perjalanan sebagai penulis blog atau orang kata bloggers. Dari mana datang ilham nak tulis blog ni? Sebenarnya dah lama cuma tidak mempunyai masa dan kadangkala commitment yang terlalu banyak membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan untuk meneruskan impian menulis blog sehinggalah sekarang bila masa mula mengizinkan saya untuk menulis dan berkarang. Masa bersekolah menengah dahulu di Maktab Rendah Sains MARA, saya telah menjawat satu jawatan sebagai Ketua Jabatan Sebaran Am. Dari situlah minat penulisan pun bermula, tidak kiralah samada dari segi sajak ke, cerpen ke, teka teki ke, skrip drama radio ke, janji apa juga bentuk penulisan, saya join. Tamat saja sekolah menengah, maka tamat jugalah impian penulisan serta minat kerana tidak mempunyai ruang dan masa yang sesuai untuk menulis walaupun dengan sebuah madah. Kehidupan seharian berubah sekelip mata dan tanpa disangka-sangka, semua yang kita impikan juga semakin pudar dan lari jauh seolah-olah itu semua bagaikan sebuah mimpi yang tak sudah... nyanyian Ibnor Reza satu masa dulu.
Apa ada dalam blog ini nanti? Soalan yang bagus. Kalau ikut pada blog JOM SANTAI SEKEJAP tu bermaksud blog ini adalah untuk menenangkan anda seketika. Gabungan pengalaman serta realiti kehidupan dan suasana situ sana sini akan saya bentangkan kepada anda. Macam kalau dalam kesesakan lalullintas dengan jam sana jam sini, anda mendengar celoteh dan kisah-kisah menarik di radio hinggakan meredakan keresahan anda menempuh jam tersebut, begitu jugalah idea disebalik blog ini untuk memberikan anda sesuatu keunikan dan ketenangan minda sambil membaca dan berkongsi ideas dan pendapatan. Angan-angan tetap ada supaya blog ini akan berkembang dan berkembang sebagai mana impian saya untuk menulis dan menulis. Walaupun begitu, saya pernah mendengar dan kadangkala saya juga memberikan kata-kata ini sebagai perangsang kepada sesiapa saja jika ditakdirkan satu masa kita menemui kegagalan.... People always fail to plan but never plan to fail.
Seiring dan sejalan dengan perjalanan blog ini pasti sedikit demi sedikit akan saya bercerita tentang saya dan juga pengalaman dan realiti kehidupan bukan sahaja daripada saya, tapi apa yang berlaku di sekeliling kita. Till then, WISH ME LUCK.

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails