JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, March 4, 2013

MEMINANG DAN DIPINANG..

Semalam masa tengah2 makan kat salah sebuah restoran mamak, belakang meja sy ni adalah dua orang lelaki berbual2 isu semasa dan salah satu isu yang menarik telinga sy untuk mendengarnya adalah.....
(Errr...sekali lagi, bukan busybody..diorang cakap kuat sangat..ahaksss)
"Kau tahu minggu lepas apa jadi kat kawan kita?" cakap si A.
"Kawan mana?" tanya si B
"Alaaaa...Man. Tulahhh Man Ekzos.." Jawab si lagi..( Kenapa Man Ekzos..I dont know)
"Oooo haaa kenapa dengan dia? Bukan ke dia dah nak kahwin?"
"Aaaaa betullah tu tapi aku dengar cerita tak jadi kahwin.." terang si A.
"Aikkk kenapa pulak. Bukan ke girlfriend dia tu cun. Ada hal ke?" kehairanan dan keterujaan mula dirasai oleh si B.
"Aku tak tahulah macam mana error nya..entah betul entah tidak tapi aku dengar masa nak meminang tu Man bukannya nak meminang girlfriend dia tapi mak dia yang janda tu.."
"Kau yang betul...? Gila ke apa si Man tu buat macam tu? Habis tu macam mana sekarang?" tanya si B
"Yang aku tahu semua tak jadilah...dengan mak dia pun tak jadi, dengan anak lagilah tak jadi..."
"Emmm apa kena dengan si Man tu...dah buang tebiat ke apa?" sambil si B mengeluh..macam dia pulak yang pergi meminang..ahaksss.
"Emmm apa lagi..kau dengan aku kan bujang..sebab kau tua daripada aku, kau pinang maknya aku pinang anaknya..." dua2 ketawa berdekah2 sampai semua org kat situ memandang kehairanan apa topik yang mereka bualkan kecuali sy...Hahahahahaha..

2 comments:

  1. salam santai.....

    macam2 hal manusia zaman skrg, tak terkejut kalau yg kena pinang si janda a.k.a mak dia. janda zmn skrg meletopsss kata mereka.

    ReplyDelete
  2. MLD - Hahaha..betul betul betul. Nak2 janda Mak Kiah..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails