JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, April 19, 2011

LUNCH DI LA CUCUR, KLCC

Promosi Tomei di KLCC
Semalam sy ke KLCC dan di ruang legar nya ada promosi TOMEI dengan produk berkilauannya. Daripada jauh dah nampak lip lap lip lap. Banyak jugak ruang2 yang sedang dalam ubahsuai termasuk bahagian yang dulunya restoran KFC dan Burger King. Diorang berpindah ke bahagian hujung berdekatan dengan Secret Recipe...nampak tersembunyi sikit. Katanya sebab sewa dah mahal, jadi kena pindah ke sudut yang lain. So petang semalam sy pun makanlah di sebuah restoran yang bernama La Cucur, bersebelahan dengan Secret Recipe. Sy order nasi tomato dengan ice lemon tea. Boleh tahanlah nasinya tapi sy suka ayam masak merah dia yang sedap sangat. Kalau kat KLCC ni, waktu makan tengahari memang susah dapat tempat..kedai ice cream depan La Cucur ni pun boleh penuh, apalagi kedai makan yang jual makanan...ahaksss. 
Nasi Tomato di La Cucur, KLCC
Dalam dok makan2 tu, perkara yang sama berlaku kepada sy lagi. Apa dia? Ada 2 orang perempuan minah saleh duduk di meja sy, walaupun bahagian meja yang tinggi sekeliling tu ada kosong. Sy tak kisah. Diorang tak makan, cuma minum saja. Tapi sepanjang sy makan tu, diorang dok tgk sy makan je..aduhsss. Sy ni kan cepat nervous, jadi kalau orang perhatikan je kita makan mulalah kuis sana kuis sini...ahaksss. So apa-apa pun, jika anda berkunjung ke KLCC, cubalah masakan di La Cucur. Yang lain sy belum rasa, tapi nampak macam sedaplah sebab tgk orang lain makan licin je semua :-) lapar kot

8 comments:

  1. ramai btol peminat!

    hihi

    Mill Dill^^

    ReplyDelete
  2. JSS nie nsem sgt kot.. tu yg minah saleh tu sengaje dok kat meja tu tgk JSS mkn.. haha.. ade market nie ! :)
    JSS mmg g lunch sorg2 ke ?

    ReplyDelete
  3. Kuih2 kat La Cucur pun sedap walaupun harga untuk sepotong kuih tu agak mahal :)

    ReplyDelete
  4. Agaknya la kan, dorang tengok JSS mkn sorg2 tu yg dorang nk teman 2... Ok pe sebab yg dtg teman tu, pompuan... Minah saleh lagi... Hahahaha...

    ReplyDelete
  5. salam

    bila lah dpt makan kat KLCC ni, dulu2 pegi KLCC sekejap ajer, tu pun atas urusan keje, tak sempat nak mkn2..

    ReplyDelete
  6. Miss Dill - hahaha..buat lawak nampak?

    Yana - yup..selalunya memang sorang2 sambil bawak beg laptop besar tu.

    Siti Radz - kuih tu ramai jugak orang beli. Macam ala-ala kuih nyonya tu kan?

    ctmarqonah - Hahaha..kenal pun tak? Diorang sebenarnya nak tgk cara sy makan macam mana...

    Cintazulaikha - kena cover..santun santun adat ketimuran kena dijaga walaupun perut lapar giler.

    My Little Diary - memang kalu tak ye, tak sempat punya tapi bila ada kesempatan...apa lagi, belasah..pilih je tempat.

    ReplyDelete
  7. citer makan iye..nasib kakct tak datang sini awal.

    jap jap...nak tengok tepung ada tak. nak buat jemput bilis + kentang..

    sedapppppppp

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails