Thursday, April 21, 2011

TAHAN NGANTUK BERSAMA ABANG MUSCLE SANTAI

Hai semua. Masih remember me? AMS? Yessss u betul. Abang Muscle Santai. Sorry u all sebab kacau u all tengah2 malam gelap gelita sunyi sepi kelam samar ni. Malam2, ni Abang Muscle Santai bukan nak ajar u all buat fitness ye, nanti ada yang tak boleh bangun esoknya. Malam ni AMS nak bagi u all cara-cara macam mana nak tahan mengantuk. Yessss u betul, sebab bloggers ni selalu aktif waktu malam, macam burung hantu..burung apa? Burung hantu. Ok, AMS tak nak panjang2 kan celoteh, nanti kalah chef wan pulak...so cara2nya ialah
1) Elakkan minum kopi sebaliknya makan terus kopi tu supaya caffeine tu dapat masuk terus kedalam sistem anda dengan cepat. Dengan kepahitan kopi itu dapat meransangkan deria otak anda mengatakan bahwa kopi tu rasanya amat pahit dan anda kembali segar tanpa was-was.
2) Bukak semua lampu dalam rumah anda sebab bila suasana terang benderang anda akan menyangkakan bahwa suasana macam masih siang. Buka tv atau DVD seolah2 macam hari2 siang yang biasa dan anda akan relax menaip entry anda.
3) Cuba anda berkaraoke malam2. Sy pasti ramai jiran2 anda akan jugak turut berkaraoke dengan anda.
4) Cuba anda masak air berkali2. Bila air masak, anda buang air tu dan masak kembali. Dengan cara ini anda akan terus aktif segar sehingga ke esokkan paginya.
5) Cuba sambil menaip atau membuat kerja anda buat jugak soduko. Ini akan sentiasa menggerakkan minda anda dan anda akan fokus dengan apa yang anda lakukan.
6) Bela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap " Jangan Tidur Lagi " bila setiap kali melihat anda seperti mahu tidur atau mengantuk.
So itu adalah di antara cara2 untuk u all menahan diri daripada mengantuk ye. Selamat mencuba.

7 comments:

  1. heheh ini barulah yang dikatakan tips :P..tapi sy tak dapat buat la. huhu membazir la air dibuang mcmtu jer..minum skali gus boleh ;P?

    ReplyDelete
  2. 5 & 6 tu baik punyer. tapi no 6 belom pernah cuba.

    ada jugak meninggal burung tu kena lempang russia.

    ReplyDelete
  3. AMS, bukan soduko, sudoku :)

    wah! saye akan nasihatkan kawan yang yang dah mcm burung antu tu utk praktikkan tips abg ni. yeah!

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  4. Hahahahah!!!!! Xpyh wat petua AMS ni pun xpe sebab bile bce entry ni pun sure cerah mata... Luv u la AMS!!!!!!

    ReplyDelete
  5. cehh..kalau boley pakai sumer cara tu da lama da pakai~~LOL

    ReplyDelete
  6. waahhh hahahahah habis laa bil elektrik ngan air melambung pasni

    hahaha

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails