JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, July 22, 2010

BUNGA ROS JEPUN

Selalunya activiti waktu weekend memang dah di rancang. Hari Sabtu memang hari untuk berjalan dan hari Ahad selalunya dok kat rumah bersantai atau membuat kerja-kerja mengemas. Salah satu aktiviti favourite saya adalah landscaping. Kalau ada tanah, kalau ada ruang mesti saya akan terfikir apa nak di buat dengan ruang atau tanah yang ada supaya nampak lebih cantik. Salah satu tanaman atau pokok yang menghiasi kawasan rumah saya adalah pokok BUNGA ROS JEPUN...orang cakaplah. Pokoknya memang amat mudah ditanam. Patahkan aje batang dia dan cukup kat tanah, dah boleh tumbuh. Bunga dia pun ala mini ros, dengan pelbagai warna yang menarik. Kalau tak salah saya ada lebih daripada 10 jenis warna. Saya hanya dapat tanam bunga berwarna kuning, pink, merah, putih, orange dan putih belang pink! Kalau datang bila semuanya berbunga, naik sengeh dibuatnya sebab jadi seri rumah kita. Cara jaga dia pun senang dah tidak perlu banyak air, cuma macam biasalah, jaga dari serangga perosak yang memang sentiasa cemburu dengan bunga-bunga yang cantik ni. Disadvantage bunga ni satu aje...dia hanya akan berbunga untuk sehari saja...tapi jangan takut sebab pokok ni memang suka berbunga...sentiasa ada aje yang akan berbunga. So bagi sesiapa yang ingin melihat kawasan rumah dia dipenuhi dengan bunga ros kecik, cuba tanam pokok bunga ros jepun ni....

1 comment:

  1. Salam, saya cuba melengkapkan koleksi bunga ros jepun abah saya. Skg ni dia ada kaler putih, kuning, oren, merah terang, pink, putih & pink, peach. Kalau en ada n tahu di mana saya boleh dptkan warna2 yg lain, mohon maklumkan saya. Boleh email saya di eidaibrahim@gmail.com. TQ

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails