Friday, February 15, 2013

BERMULALAH MUSIM BUNGA

Pokok bunga gantung depan rumah
Nampaknya semua pokok2 yang sy tanam beberapa minggu lepas dalam proses make over kat halaman rumah sudah mula menampakkan hasilnya apabila pokok2 sudah mula berbunga dengan banyaknya dan nampaklah keserian rumah...daripada luar jelah..ahakssss.. Tapi disebabkan musim hujan yang tak menentu kadangkala lebat kadangkala panas menyebabkan pokok2 tu tidak dapat berbunga dengan lebatnya...tapi setidak2nya masih nampaklah bunganya...
Cuma yang masih belum berbunga lagi ialah pokok bungan ros jepun sy yang sy replant balik sebab sy tanam  semuanya dari kecik jadi mungkin ambil masa untuk membesar... kali ni sy jangka adalah dalam 5 warna yang berbeza sebab benihnya sy ambik kat mana2 tempat yg sy nampak..janji warna berbeza je sy akan petik dan simpan untuk tanaman semula... tapi sama jugak, hujan yang tak menentu menyebabkan proses tumbesaran nya terbantut sikit...ada yang mati sebab terlalu banyak air bertakung....

Friday, February 8, 2013

BAHAGIA HANYA SEKETIKA...

Hidup umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah. Bila kita di atas, kita akan cuba untuk bertahan selama mungkin, bila kita dibawah kita cuba untuk bangkit secepat boleh...namun kita tetap akan merasa kedudukan dibawah dan di atas mahupun ditengah2. Begitu jugak dengan kehidupan bercinta. Adakalanya kita akan merasakan seperti dunia itu kita yang punya, bahagia dan tenang..adakalanya terasa kecewa dan putus asa dengan apa yang menimpa namun lumrah dunia tiada yang kekal tidak kira samada berkait dengan keadaan mahupun manusia itu sendiri. Semua rasa dan apa yang kita ada hanyalah sementara.. Yang penting bagaimana kita mengharungi semua ini dengan jalan yang terbaik...
Dulu sy pernah bertemu dengan seseorang yang sy kenali hanya beberapa jam saja. Sy kenal dia semasa kami dalam perjalanan balik ke Johor. Masa tu sy belum ada kereta, jadi balik naik keretapi..ahaksss. Masa tu bukan macam sekarang...kalau naik kelas 3 tu bising giler tapi yang bestnya bila tidur lena je...
Dipendekkan cerita, kami bertukar2 cerita dan kawan sy ni ( panggil kawanlah senang ye) adalah bercerita ttg kisah percintaan dia. Sebenarnya dia baru je frust bercinta..atau baru putus cinta ( maybe putus tunang jugak kot) . Katanya tunangnya tu seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa. Mereka ada perhubungan persaudaraan dan kedua2 keluarga mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan. Sejak bertunang, kehidupan mereka bertambah ceria dan gembira serta bahagia. Walaupun tunangnya hanyalah bekerja di kampung sementara kawan sy pulak sedang belajar di IPTA di Selangor namun ikatan perhubungan mereka sentiasa di jaga sehinggalah tunangnya mengorak langkah untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dengan tujuan asal untuk lebih dekat dengan tunangnya...
Namun semuanya berakhir apabila tunangnya mula berubah dan jarang dapat dihubungi dan sedikit demi sedikit semuanya nampak jelas dan nyata bila tunangnya mempunyai orang lain.....
Sesampainya di Johor sy dan 'kawan' sy ni pun berpisah membawa haluan masing2...sehingga sy tak sempat pun nak menanya nama dia.....

Monday, February 4, 2013

MOVIE - THE LAST STAND

Dah lama tak buat movie review... banyak jugak DVD yang sy tengok dua hari ni, antaranya adalah cerita The Last Stand lakunan Arnold Schwarzenegger dan jugak cerita Jack Reacher lakunan pelakun kegemaran sy Tom Cruise..Kita review dulu pasal cerita The Last Stand. Cerita mengisahkan seorang banduan top profile bernama Cortez telah terlepas dan melarikan diri dengan menaiki kereta berkelajuan tinggi, matlamatnya untuk menyeberangi sempadan mexico dan setiap halangan yang dilakukan oleh pihak polis akan di musnahkan oleh kuncu2nya sehinggalah beliau terpaksa melalui pekan kecil yang di jaga oleh seorang Sheriff Owents lakunan Arnold S... Bagi sy, aksi ganas tidaklah banyak kecuali tembak menembak menggunakan mesin gun kerana mungkin faktor umur Arnold S cuma pada pengakhiran babak dimana Arnold S berlawan satu dengan satu dengan Cortez di jambatan itu yang ada sedikit thrill..walau apapun, boleh tahanlah ceritanya...Jomsantaisekejap bagi 3 *

KATAORANG KITA PUNYA BANYAK PILIHAN

Kataorang kehidupan dan percintaan kita bukanlah sekadar berkait dengan pilihan. Kadangkala kita punya banyak pilihan. Ada pilihan yang tepat, ada yang salah, ada yang selamat dan ada yang semakin buruk. Tapi kadangkala pilihan tepat pun tidak bermakna baik selamanya dan pilihan yang salah akan kecewa selamanya. Yang penting adalah bagaimana kita mengharungi dan menjalani dengan pilihan yang telah kita buat. Kadangkala Tuhan menguji kita dengan keadaan2 atau seseorang yang salah sebelum Dia menemukan dengan keadaan2 atau seseorang yang betul atau sesuai. Terlalu ramai yang mengimpikan cinta sejati tapi seramai manakah antara kita yang dapat mengecapi impian tersebut? Yang pasti kita punya banyak pilihan namun sebagai manusia biasa, kita tidak mampu untuk memilih semua yang ada dan tahu yang mana baik dan mana yang buruk. Kita cuma mampu merancang dan Dia jugak yang menentukan segalanya. 

Sunday, February 3, 2013

TINJAU RUANGLEGAR SEMPENA TAHUN BARU CINA

Jusco Bkt Tinggi
Plaza Shah Alam
Macam biasalah tak kira apa perayaan sekali pun, sy memang suka tengok dekorasi ruang legar di mana2 shopping kompleks yang sy singgah atau berjalan...Raya Aidilfitri ke, raya cina ke, deepavali ke, christmas ke, tahun baru ke...mesti nak tgk apa diorang buat di pentas atau ruang legar untuk menarik minat pengunjung2... Banyak jugak tempat2 yang telah sy singgah antaranya adalah seperti di Jusco Bukit Tinggi (dah terbiasalah panggil Jusco..nak panggil AEON tu lain macam pulak bunyinya, sekarang Carrefour pun AEON dah ambik alih..) Wetex Parade, Summit USJ, Plaza Shah Alam, Mydin USJ, Giant USJ, Alam Sentral, SACC Mall dan lain2..wahhhh banyak jugak tempat yang sy meronda. Masa tengah free...kita jalan lah kan..kalau dah sibuk atau poket kosong, duduk rumah jelah jawabnya. 
Dalam masa yang sama jugak, jualan2 sudah mula dilancarkan secara besar besaran. Ada yang sales sehingga ke 80%. Entahlah kadang boleh percaya kadang tidak. Kadang2 bila kita tengok harga asal tu sampai beratus2 tapi pernah sy tengok dulu bila masa tak sales, harga asalnya pun diorang letak macam harga selepas sales...jadi harga masa sales dengan sebelum sales agak sama je...Emmmm kena pandai2 kitalah nak memilih dan menilai harga sebenar sesuatu barang...betul tak? 

WEEKEND YANG MEMENATKAN

Selamat Pengantin Baru....
Hari minggu yang cukup memenatkan... sy bercuti di Muar sambil menghadiri majlis perkahwinan saudara sy yang di langsungkan di Sg Abong Muar. Dah lama jugak sy tak ke area sana walaupun secara dasarnya tak banyak yang berubah...cuma sesaknya masih macam dulu bila nak masuk ke bandar Muar. Warna tema perkahwinan adalah hijau, jadi bila masuk dewan, penuh dengan kehijauan...ahaksss..Apa2 pun Selamat Pengantin Baru.
Dalam perjalanan ke Muar sy singgah le ke restoran jejantas Air Keroh, tempat yang selalu sangat sy singgah setiap kali bila balik ke JB sampai sy dah tak tahu nak makan apa bila sampai di sana...Harga pun agak mahal jugak kat sana kecuali restoran2 fast food macam KFC dan A & W sebab dah harga tetap, bila kedai makan lain boleh tahan mahal.. Hari tu sy cuba makan di restoran yang terletak di tepi sekali tapi minta maaflah sy tak ingat nama restorannya cuma sy ingat sy makan nasi campur..ahaksss. Boleh tahanlah rasanya tapi sy ambik lauk ikan, tempe dan sayur harga RM7.50 campur air teh o ais  nak cecah RM10.00 jugak
Oleh kerana waktu petangnya hujan di Muar, maka taklah dapat sy berjalan2 banyak tempat waktu petang kecuali pergi ke beberapa shopping complex spt di Wetex Parade, Bazaar Baitulmal, Uptown Muar dan lain2.

Tuesday, January 22, 2013

CINTA TAK TERUCAP 3

Ada yang bertanyakan kepada sy apa yang terjadi kepada cinta Afiqah dan Roslan? Adakah cinta mereka berdua dapat bersatu? Atau Afiqah menurut kehendak keluarga dan meneruskan pertunangannnya dengan 'pilihan' keluarganya iaitu Hisyam? Terusterang, sy tak punya jawapan kepada persoalan itu kerana sehingga sekarang masing belum nampak apakah yang akan berlaku... Mungkin anda punya pandangan anda? Antara cinta hati dan jugak pilihan keluarga... yang tersepit sudah pasti Afiqah yang terpaksa berkorban perasaan cintanya jika terpaksa meneruskan perancangan keluarganya, tapi jika ada ruang untuk Roslan bersemuka dan menerangkan niat serta perasaan dan jugak hubungannya dengan Afiqah, pasti akan ada sesuatu yang berlaku...Kadangkala untuk meluahkan kejujuran dan berkata benar perlu ada keberanian walaupun keputusannya nanti mungkin mengecewakan setidak2nya...kita dah mencuba.... tapi dalam masa yang sama jugak, keluarga Afiqah sudah pun menerima risikan keluarga Hisyam dan menetapkan tarikh pertunangan mereka dan pasti menjadi tamparan jugak jika ianya terpaksa dibatalkan...emmm Nampak mudah tapi rumit. Tapi jika anda ingin tahu apakah yang terjadi kepada mereka, kita tunggu dan lihat.....Cinta yang sudah ada dan cinta yang akan datang, dimanakah takdirnya untuk Afiqah?

MASA UNTUK BUNGAKAN HALAMAN..

Selepas makeover
Sebelum makeover
Minggu lepas adalah minggu sy bercucuk tanam..ahaksss macam nak tanam pokok2 kat kebun pulak. Sebenarnya dah lama sy nak tanam pokok kat halaman rumah sebab pokok yang lama dah banyak yang mati tua dan beberapa minggu lepas pulak tengah musim hujan, jadi susah sy nak tanam yang baru. Pokok bunga gantung pun dah lama mati, jadi minggu lepas sy beli situ beli sini, maka sy pun buatlah make over kat halaman rumah sy tu.. Bagi fresh balik. Sambil2 tu bagi clear semua rumput2, bagi bersih longkang2, beli tanah, pasir, batu, simen dan lain-lain yang berkaitan... Tepat jam 11 pagi, barulah memulakan operasi... Perghhh belum apa2, peluh dan macam lari marathon 10km.. Almaklumlah dah lama tak berjogging, inilah jadinya.
Pokok bunga ros jepun yang lama semua sy dah buang, sy re-plant balik...Jadi sebulan ni memang tak nampaklah pokok bunga ros jepun berbunga. Pokok bunga seri pagi pun dah sy gantung..bagi segar sikit mata bila tengok pagi2...ahaksss.....

Thursday, January 17, 2013

CINTA TAK TERUCAP 2

Kataorang, manusia selalunya gagal untuk merancang tapi tidak pernah merancang untuk gagal...  Kadangkala sesaat seperti tidak membawa makna pada kita tetapi jika sesaat saja yang kita ada untuk meluahkan apa yang kita rasa...ianya membawa perubahan yang besar......
Setelah akhirnya Afiqah dan Roslan sedar yang sebenarnya mereka mempunyai perasaan yang sama terhadap diri masing2, maka satu hari terlerailah satu kekusutan yang bermain di benak hati mereka dan mereka menyatakan perasaan masing2....
Namun kita hanya mampu merancang... dalam waktu Afiqah dan Roslan baru mula merasa saat2 keindahan cinta mereka berputik, keluarga Afiqah didatangi oleh keluarga kenalan Afiqah, Hisyam yang dalam diam meminati Afiqah dan kedatangan mereka adalah untuk merisik Afiqah. Keluarga Afiqah yang tanpa mengetahui Afiqah sudah mempunyai seseorang, bersetuju dan menetapkan tarikh pertunangan antara Afiqah dan Hisyam..
Sebagai anak, Afiqah tidaklah dapat untuk membantah tapi hatinya tersepit, menderita dan merintih kerana cintanya adalah untuk Roslan. Apakah Afiqah harus melupakan Roslan? Persoalan hati dan kebahagiaan Afiqah... Emmm apa pendapat anda?

Wednesday, January 16, 2013

CINTA TAK TERUCAP..

Kadangkala cinta ini memerlukan seseorang untuk memulakannya... jika tidak, walau sedalam atau sekuat mana cinta yang ada jika tiada siapa yang meluahkannya, pasti tidak kesampaian jua cerita cinta mereka....
Baru-baru ini, ada seorang kawan sy menceritakan satu masalah 'adik angkat' nya yang sedang dalam dilema....Ceritanya lebih kurang macam ni..( semua nama bukan nama sebenar ye..ahakss)
Afiqah dah lama bekerja dibawah ketuanya bernama Roslan. Pada permulaannya, apa yang ada di antara mereka hanyalah hubungan profesional, tidak lebih daripada itu. Lama kelamaan, kemesraan mula terasa antara mereka, namun baik Afiqah mahupun Roslan tidak berani mahu mengatakannya atau takut hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak mahu hubungan yang sedia ada rosak kerana perasaan yang masing2 ada sedangkan sebenarnya mereka mempunyai perasaan yang sama... hinggalah Roslan berhenti kerana mendapat tawaran bekerja di tempat lain, mereka masih tidak meluahkan perasaan masing2. Kataorang, sewaktu kita bersama, kita tidak merasakan betapa berharga dan beertinya seseorang sehinggalah kita kehilangan atau berpisah dengan mereka.. itu jugaklah yang terjadi antara Afiqah dan Roslan. Apakah yang terjadi pada mereka....next entry ye kita sambung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails