
Dulu sy pernah bertemu dengan seseorang yang sy kenali hanya beberapa jam saja. Sy kenal dia semasa kami dalam perjalanan balik ke Johor. Masa tu sy belum ada kereta, jadi balik naik keretapi..ahaksss. Masa tu bukan macam sekarang...kalau naik kelas 3 tu bising giler tapi yang bestnya bila tidur lena je...
Dipendekkan cerita, kami bertukar2 cerita dan kawan sy ni ( panggil kawanlah senang ye) adalah bercerita ttg kisah percintaan dia. Sebenarnya dia baru je frust bercinta..atau baru putus cinta ( maybe putus tunang jugak kot) . Katanya tunangnya tu seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa. Mereka ada perhubungan persaudaraan dan kedua2 keluarga mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan. Sejak bertunang, kehidupan mereka bertambah ceria dan gembira serta bahagia. Walaupun tunangnya hanyalah bekerja di kampung sementara kawan sy pulak sedang belajar di IPTA di Selangor namun ikatan perhubungan mereka sentiasa di jaga sehinggalah tunangnya mengorak langkah untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dengan tujuan asal untuk lebih dekat dengan tunangnya...
Namun semuanya berakhir apabila tunangnya mula berubah dan jarang dapat dihubungi dan sedikit demi sedikit semuanya nampak jelas dan nyata bila tunangnya mempunyai orang lain.....
Sesampainya di Johor sy dan 'kawan' sy ni pun berpisah membawa haluan masing2...sehingga sy tak sempat pun nak menanya nama dia.....
wah! lama tak naik keretapi.
ReplyDeletemungkin dia sendiri, lebih selesa namanya tak diketahui. berserita dengan complete strenger.
ReplyDeletedoakan untuk dia.
dan hai. lama tak bersapa. :D