Monday, May 26, 2014

SAAT IANYA BERAKHIR...

Kadangkala... saat suatu hubungan berakhir bukanlah bermakna dua orang berhenti daripada saling menyintai, mereka hanya berhenti daripada saling menyakiti...
Kadangkala cinta memerlukan pengorbanan, perlu untuk melepaskan seseorang biarpun sekuat mana cinta kita terhadapnya..pelik tapi memang banyak terjadi. Ada yang berkata cinta tidak semestinya bersama.. tertanya pulak, kalau tak bersama kenapa bercinta? Yang pastinya kita tidak tahu apa yang sebenarnya akan berlaku pada masa akan datang tetapi kita harus menempuh dan redha dengan segala yang bakal kita tempuhi...walau perpisahan sekalipun.
Dulu sy ada seorang kawan. Memang rapat sangat, jadi semua tentang dia tak ada yang menjadi rahsia kepada sy. Cuma sy je banyak berahsia...ahakss. Jadi semasa kami mula2 mendapat pekerjaan setelah kami tamat pengajian di UiTM, kawan sy ni bukan saja mendapat pekerjaan tapi mendapat seorang kawan perempuan jugak yang sama2 baru masuk kerja..dan pendek cerita mereka bercinta. Hampir 3 tahun bercinta, mereka merancang untuk berkahwin. Namun dalam saat2 terakhir apabila semua kad2 jemputan sudah dihantar, semua sanak saudara sudah tahu.. Kawan sy mendapat khabar yang tunangnya ( masa tulah) telah pergi keluar negara bersama teman barunya..khabarnya anak orang berada...atau lebih senang sy katakan anak kepada boss tempat diorang bekerja. Bayangkan macam mana keadaan kawan sy.. Dah macam orang gila sy tengok...2 tahun lamanya dia macam tu. Kalau orang datang kerumah keluarga dan nak melawat dia, pasti orang akan ingat dia ada penyakit mental sebab dia hanya duduk termenung aje... Macam mana dia sekarang? Dia masih membujang.. ..

Thursday, May 22, 2014

ADAKALANYA.....

Adakalanya, hidup ini seperti satu rutin yang sama. Setiap hari, setiap minggu, semua adalah perkara yang sama kita buat. Adakalanya, jika kita keluar sedikit daripada rutin dengan membuat sesuatu yang jarang kita buat..kita akan merasa sedikit kebebasan.. Jika kehidupan membatasi diri kita, kita akan merasa mudah bosan. Jika kita yang merancang dan mengatur kehidupan, kepuasan akan terasa.... Walau apa yang kita lakukan, yang menentukan nya tetap dari Yang Maha Esa.
Adakalanya, kita akan lihat senyum tawa dalam sebuah keluarga namun dilihat dari dalam rumah, hanya dengan hanya ada kerusi buruk, atap bocor, tiada handphone, tiada laptop, tiada peralatan canggih.. tetap terdengar juga suara kegembiraan, tetap jugak terdengar suara gurau senda anak2 dan ibu ayahnya, sebaliknya dalam sebuah rumah yang lengkap dengan serba serbi kelengkapan dan kemewahan namun masing2 hanya membuat hal masing2.. hanya kedengaran jeritan laungan dan pentengkaran....
Kadangkala, ada impian dan harapan kita menjadi kenyataan. Ada mimpi yang menjadi realiti namun ada jugak kenyataan tidak seindah yang gambarkan.. Yang penting, walau apa keadaan sekalipun yang kita hadapi, hadapilah ia dengan tenang kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

GROUP WHATSAPP PUNYA PASAL..

Beberapa bulan lepas, sy mendapat panggilan daripada kawan lama sy.. Dah dekat 15 tahun tak berjumpa sejak habis sekolah menengah dulu dan banyak dan panjanglah cerita yg kami sama2 kongsi.. So dia ajaklah sy join group whatsapp member2 sekolah dan sy tanyalah dah berapa orang yang join, dia cakap adalah dalam 14-15 org.. Oklah tu..Sy pun join..Lepas dah join, tengok punya tengok nak dekat 70 org join group tu... Memang meriah mula2 join.. Diorang tanya sapa yang baru masuk..itu ini..situ sini sinun. Sekarang hampir 2 bulan sy join, setiap saat, handphone sentiasa berbunyi kerana msg2 yang masuk dari group whatsapp tu..ahakksss. Ada sekali tu sy cuba leave group tu sebab terlalu banyak sgt msg yang masuk..Kecoh satu kampung tanya kenapa sy left group tu..hahaha..aduuhhsss. Sy cakap jelah tukar handphone...Kadang2 tu sy buat silence tapi takut pulak tak dengar kalau ada msg2 penting yang masuk... Bayangkanlah.. Kalau sorang whatsapp tanya apa khabar.. Dekat 40 ke 50 orang jawab soalan tu je.....hahaha... Tapi demi semangat setiakawan, sy join balik dan biarkan aje...

HARGA RUMAH DIMALAYSIA MAHAL..

Ehsan Google
Kali ini entry sy agak lain sikit.. saja je nak post pasal harga rumah di Malaysia kerana semasa sy on the way balik kerja terlihat banner rumah yang tergantung di tiang2 lampu.. Harga rumah apartment dijual pada harga RM400,000 keatas. Perghhh!! Baru apartment tu. Imbas balik dengan ke'ketat'an Bank Negara dalam isu pinjaman persendirian, perumahan dan hartanah,  di campur dengan kos sara hidup Malaysia yang terlalu tinggi.. Ramai ke yang mampu? Mana pergi projek2 rumah mampu milik yang berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM200,000? 
Menurut kajian satu blog yang sy terbaca, dengan kos sara hidup yang tinggi menggalakkan rakyat Malaysia berhutang dan akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita berhutang sampai ke hari tua kita?
Kalau di ajukan soalan ni kepada pemaju, pastinya jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran. 
Persoalannya adakah ini kehidupan bagi negara berstatus maju nanti?

Tuesday, May 20, 2014

SATU HARI DI TENGAHARI...

Cuaca gelap di tengahari
Perut dah lapar tapi tengok cuaca dah gelap.. Sah kalau pergi makan sure tak sempat balik sebab hujan... tapi ada pepatah mengatakan, kusangka panas sampai ke petang, tapi hujan ditengahari.. tak pun, dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan.. tak pun ani, angkat jemuran, hujan dah turun..ahakss.
So, lapar punya pasal dan tiada kedai makan yang berdekatan dengan office, sy pun melangkahlah dengan penuh confident menuju ke kedai makan yang terletak kira2 200m dari office... Sesampainya di sana, hampa. Kedai makan tutup. cuti hari ni. Aduhss..perut sudah menyanyikan lagu rentak conga.. Apa lagi, McD lah harapan terakhir dan sesampainya disana..sy pun order dan terus duduk dan makan dengan sopannya sambil mendengar lagu2 yang sy tak berapa pasti lagu apa sebab ramai sangat orang bercakap kat situ... Dah macam pasar borong. Lepas selesai makan, lepas selesai sy minum sedutan yang terakhir air coke.. Hujan pun turun dengan lebatnya....... Kalau nak ke office sy kena menyeberang 2 block..bermakna sy terpaksa meredah hujan 2 kali. Dengan hujan yang selebat tidak tu..pastinya baju dan seluar serta kasut sy akan basah.. Nak tak nak, emergency plan.. sy pun call lah boss sy  cakap sy pergi bank..ahakks. Selalu plan ni memang boleh pakai. Agak setengah jam jugak hujan lebat turun dan akhirnya hujan mula reda sikit... dapat lah sy meredah dan redah dan sampai jua ke office dengan selamat. Sampai di office sy pun teruslah ke bilik boss ingat nak bincang sikit pasal kerja..tapi dia tak ada. Sy tanyalah secretary dia.." Boss mana?" Secretary dia jawab.." Boss kat McD tadi, maybe hujan kot..lambat sikit masuk".......

Monday, May 19, 2014

SENAMAN SEBELUM KERJA BERSAMA AMS

Chakkkk!! Ahakksss ketepi ketepi gergasi sudah kembali..Dah lama sangat Abang Muscle Santai aka AMS tak enterframe..maklumlah sekarang ni busy sesangat dengan buat kuih..jahit baju.. tempahan jahit langsir..tak menang tangan you..Ahakkss tapi bukan AMS yang penat..diorang yang buat yang penat..AMS yang order dengan diorang berkilo2. Oklah kali ni sebab cakap pasal tak menang tangan , jadi AMS nak bagi you all senaman regangan tangan sebelum membuat kerja..ahakss..
Oklah..I..opss cakap orang putih pulak. Sebelum kita mulakan, ambik nafas banyak2 sbb oksigen free,yang lain semua kena bayar you..lepas tu simpan dalam badan..Jangan keluarkan ye. Selepas tu, ambil kedua2 tapak tangan kita dan buat seolah2 macam kita bersalam dan letak di atas kepala kita... Jadi untuk nampak lebih kemas senaman tu cuba tepuk beberapa kali dari atas kepala tu.. Yee bagus.. lagi lama lagi bagus.
Setelah 10 minit you all tepuk, kita buat senaman kaki pulak..Duduk kat mana2 tempat atau kerusi lagi baik, Cuba anda kepit bahagian peha dan bahagian kaki bawah cuba bukak luas2.. Ini dapat menenangkan dan meregangkan kaki anda jika anda banyak berjalan....Akhir sekali kita buat cuba cari satu bantal.. letakkan betul2 sekata dengan kepala kita dan cuba baring dan letak kepala kita atas bantal. Sedap bukan? Ye..sebelum buat kerja kita rehat dulu...

JERAGAT OH JERAGAT...

Cakap pasal jeragat ni, memang ianya dah sinonim dengan kita. Pasti sedikit sebanyak jeragat ni ada dan kadang2 menghantui kita apabila ianya terlalu banyak dan susah untuk di hilangkan. Dalam pasaran terdapat pelbagai produk untuk menghilangkan jeragat namun tak semuanya berkesan malah ada pulak yang mendatangkan kesan yang lain seperti kulit muka kelihatan gelap, jerawat mudah tumbuh, kulit semakin berminyak dan macam2 lagi. Jadi kali ini, apa kata kita cuba cara dan petua dulu2, mungkin agak cerewet sikit caranya tapi yang penting kesan nya ye dak..ahaksss.
Secara kasarnya jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien yang kebiasaanya terjadi apabila usia semakin meningkat atau faktor genetik, pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia. Antara petua2 yang sy ambil daripada beberapa blog ialah:
1) Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
2) Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
3) Kulit pisang berangan di tumbuh bersama sedikit tepung dan air menjadi satu paste dan sapukan di muka. Biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air bersih.
4) Ambil tisu sebesar muka kita dan rendam dalam putih telur, kemudian tekap/lekat kan di muka kita sehingga tisu itu kering dan kemudian basuh muka dengan air bersih.
Itulah antara petua2 untuk menghilangkan jeragat..selamat mencuba ye.

KATANYALAH KAN..

Persis seperti hujan yang turun saban petang tatkala paginya panas memancar... Tiap kehidupan ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada tawa nangisnya.. Begitu jugalah dengan perjalanan hidup Raziman, seorang yang dikira berjaya dalam kerjaya namun tidak seiring dalam ikatan perhubungan. Kalau cakap bab putus cinta, memang itulah yang sentiasa dia rasai. Entah mana silapnya pun dia sendiri tak tahu.. 
Kali terakhir dia putus cinta adalah semalam. Dengan seorang gadis kilang buat pakaian. Katanya dia dah putus asa untuk bercinta dengan gadis yang ada rupa, yang bekerjaya dan sopiskated... katanya. Kali ni dia nak cuba untuk berkenalan dengan gadis biasa.. katanya lagi. Baru seminggu berkenalan, belum sempat Raziman mengeluarkan ayat-ayat powernya, gadis itu telah meninggalkannya. Terduduk sekejap Raziman memikirkan apa yang tak kena dengan dirinya sehingga semua gadis tidak mahu rapat apalagi mempunyai hubungan dengannya...
Namun Raziman bukan jenis yang mudah kalah.. " Aku cuma tak ada girl friend je, tapi aku berjaya dalam kerjaya aku.. ada kereta sendiri..ada rumah sendiri..apa aku kisah..?" katanya.
Minggu ini, Raziman mencuba lagi. Kali ini, dia akan pergi ke KL dengan menaiki bas dan duduk di sekitar Pasar Seni sambil membalas senyuman jika ada gadis2 yang tersenyum kepadanya. Kali ini dia hanya akan memakai baju tshirt dengan seluar jeans lusuh... "Kali ni, biar aku pulak jadi orang biasa je.." katanya.

Friday, May 16, 2014

HARDEST THING..THE RIGHT THING

Kadangkala, apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.. Kadangkala kita lihat seseorang itu sentiasa ketawa, sentiasa mesra, mudah tersenyum namun disebalik itu kehidupan sebenarnya penuh dengan kedukaan, kesedihan dan menyendiri... Kadangkala kita lihat seseorang itu sentiasa menjaga kesihatannya dan bersenam tapi pada hakikatnya dia mengidapi penyakit yang kronik..Ada pasangan yang sentiasa nampak mesra dan tenang dihadapan rakan2 namun hubungan mereka bagai retak menanti belah...
Inilah lumrah yang dapat kita lihat dimana-mana saja samada kita membacanya dari suratkhabar atau majalah, melalui laman web atau ianya berlaku disekeliling kita.. Mungkin jugak ianya pernah sedang atau akan berlaku kepada diri kita sendiri..who knows? 
Walau apa keadaan sekali pun, don't judge a book by its cover. Jangan menilai seseorang mahupun kehidupan mereka dengan hanya melihat dari mata kasar kita kerana kita tidak tahu akan kisah sebenar mahupun hakikat sebenar apa yang berlaku disebalik apa yang kita nampak....

Thursday, May 15, 2014

SALAM TAKZIAH.....

Pagi ni sy dikejutkan dengan berita pemergian bapa kawan sy yang sy kenali sejak kecil lagi sebab semasa kecil kami sama2 tinggal di quaters yang menempatkan semua pekerja dan keluarga yang bekerja di kilang tersebut. Jadi hubungan antara kami semua memang rapat, apa tak nya ibu atau bapa bekerja di kilang sementara anak2 akan berada berdekatan atau bersebelahan dengan kilang. Kami membesar bersama sehingga lah satu masa kilang tersebut terpaksa ditutup dan sedikit demi sedikit setiap keluarga berpindah mengikut kemana dan kawasan mereka dan keluarga mereka membeli rumah.
Arwah memang seorang yang semasa sy kenal pendiam orangnya namun dikalangan keluarganya dia seorang yang amat tegas dan berdisiplin. Tak banyak bercakap kalau sekali kita jumpa namun jika kita mengenali dia secara dekat, banyak benda yang boleh dituturkan. Arwah isterinya juga rapat dengan kami semua dan banyak berceloteh...
Untuk Kamal aka Roslan serta kakak2 nya sekeluarga, salam takziah diucapkan, semuga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang2 yang beriman...Amin.  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails