Orang kata mimpi ni mainan tidur. Ada jugak yang kata sebab otak kita asyik stress fikir itu ini, so bila kita tidur otak kita masih belum shut down..tu yang terbawak2 sampai ke mimpi.. ahaksss. Pernah tak dalam banyak2 mimpi tu ada mimpi yang langsung tak ada jalan cerita atau kalau ada ceritanya pun memang tak masuk akal.
Sy pernah jugak dulu ada beberapa mimpi yang macam tu. Antaranya macam ada satu mimpi ni, sy berjogging kat satu taman, tiba-tiba tau2 sy dah dalam kapalterbang..bukan sebagai penumpang tapi pilot..haha. Lepas tu bila sy tengok belakang ada padang bola besar tapi orang tak ada, cuma padang bola aje... bila sy pandang balik kedepan, ada anak jiran sebelah rumah dengan kawan sy tengah bersanding. Masa tu macam ada rasa frustlah kenapa diorang berkahwin... padahal dua-dua orang tu, anak jiran dan kawan sy, dua-dua dah pun berkahwin dengan pasangan masing2lah... Last-lastnya, mimpi sy habis macam tu aje...ahaksss.
So you all pernah ke bermimpi macam tu? Cuciter cuciter....
haha, selalu je mimpi yg jalan cerita jumping2, mula2 kat sini tgok2 lari2 kat tempat lain dah =)
ReplyDeletekan kan kan... bila sedar blurr tak tau jalan cerita mimpi tadi..huhu
DeleteKadang-kadang tak stress pun boleh mimpi yang pelik-pelik jugak. Pernah satu kali tu, saya mimpi kena kejar dengan senior sekolah saya yang makan manusia. Masa duk tengah lari tu boleh pulak jump dari satu tempat ke satu tempat yang lain, hahahhaa. Lucu pulak bila terbangun tu sebab nak tahu ending. Kihkih XD
ReplyDeleteHahahaha..menarik menarik... siap makan orang lagi tu.. kenapa pulak senior tu boleh masuk dalam mimpi ekkk?
Deleteada beberapa sebab kenapa banyak mimpi dalam satu mimpi, antaranya
ReplyDelete1. tido tak cuci kaki
2. terlebih makan
3. lupa baca dia makan....eh doa tido.
Hahahaha...ooo patut mimpi pun macam umpama mimpi dalam mimpi...
Delete