Dalam aku pilih punya pilih nak cari adik angkat..aku gagal. Bukannya tak ramai freshies yang cantik, tetapi sebab aku ni hah yang tak handsome, jadi dari awal sebelum aku nak keluarkan kata-kata untuk mengambil diorang jadi adik angkat, aku dah tahu dah…kalau diorang terima pun memang tak lamalah. Lalu minggu orientasi tersebut adalah satu kegagalan bagi aku. Tapi entah macam mana selepas 2 minggu pelajar form 2 -5 mendaftar, aku terserempak dengan seorang freshie cun…aku gunakan orang dalam ( budak2 form 1 yang baik dengan akulah ) untuk cari siapa freshie tu..siasat punya siasat, check punya check…aku dapat jugak nama dan siapa dia freshie tu Jadi macam biasalah. Masa tu mana ada handphone..pakai surat layanglah. Baik punya ayat…baik punya bedak aku letak…baik punya kertas writing pad yang warna warni. Freshie ni tak jawab. Seminggu. 2 minggu. 3 minggu… Hampeh. Aku ingatkan memang tak ada peluang sampailah minggu ke 4 bila sekali lagi aku terserempak dan kali ini dia pulak tersenyum kat aku…Ooooo rupa2nya dia nak tengok aku depan2. Kat sekolah asrama tu, memang jadi satu ‘kesalahan’ kalau nampak lelaki bercakap dengan perempuan unless kalau beramai-ramai atau pun jika kita dah senior…kalau setakat form 2 tu…jangan haraplah. Jadi, confirmlah freshie yang cun itu menjadi adik angkat aku….tapi selama mana? Member2 aku semua dah mula jealous bila dapat tahu aku ada adik angkat yang cun. Siap aku lepas ni…
Friday, August 29, 2014
Thursday, August 28, 2014
SECUBIT KISAH BABAK 2 - SIAPA ALLYN?
.jpg)
Husin masih tidak faham dengan sikap Daniel. Kenapa dia begitu beria-ria dengan Allyn. Siapakah Allyn? Kekasihnya? Tak mungkin kerana selama ini Daniel tidak pernah menceritakan kepadanya tentang teman wanita apalagi kawan perempuan kerana Daniel begitu pemalu.. Nak tackle perempuan pun, Husin jugak yang menjadi penasihat.
Malam tersebut sewaktu mereka keluar ke Kajang untuk merasakan keenakan satay kajang, Husin cuba meleraikan kekusutan yang bermain dikepalanya.
"Aku nak tanya kau sikit boleh?" Husin memulakan perbualan sambil Daniel mengangguk2.
"Apa dia? Jangan kau tanya pasal siapa belanja dah ye..Kau ajak makan sini, kau belanja.."
"Ye Ye..itu aku tau. Aku ajak surelah aku belanja. Aku cuma nak tanya pasal petang tadi. Pasal Allyn. Kenapa kau nampak serius sangat bila cakap pasal Allyn tu. Kau berdua ada apa2 ke? Takkanlah kan sebab kau tu muka macam cina..dia tu muka macam anak mami.. " Husin masih tak puas hati agaknya sebab kejadian tempohari...
"Apa kena mengena pulak dengan muka macam cina..macam anak mami bebagai ni...?" Daniel dah mula resah dengan soalan Husin.
"Ok..Aku tanya direct. Kau kenal ke dengan Allyn tu?"
"Aku sendiri tak dapat nak jawab... Aku rasa macam kenal dia..Macam pernah jumpa..macam pernah bercakap...tapi aku tak ingat kat mana...." sambil berkerut2 dahi Daniel cuba mengingatkan kembali....
"Hahhhhhh...apasal kau tak tanya aku benda2 macam ni..kan senang sikit aku boleh jawab kan untuk kau. Aku tahu kat mana kau jumpa dia.." tiba2 jawapan Husin sedikit mengurangkan kegusaran Daniel..
"Ahhhh?? Kat mana.."
"Dalam mimpi kau.....!! Hahahaha " Tapi yang ketawa cuma Husin seorang. Itu pun pendek aje ketawanya bila melihat muka Daniel masam semacam........
OPEN HOUSE PUNYA CERITA
![]() |
Ehsan Google |
Bulan Syawal sudah pun berakhir, namun ada jugak yang masih membuat open house pada hujung minggu ni sekaligus kerana cuti pada hari Isnin sempena Hari Kemerdekaan Negara yang jatuh pada hari ahad, jadi tak adalah letih sangat kalau buat open house...
Yang jauh pun ada menjemput, yang dekat pun ada..ahakss. Tengoklah mana yang sempat. Jiran sebelah rumah pun buat pada hujung minggu ni. Boss sy pun buat pada hujung minggu ni tapi dia tak jemput, katanya sure tak datang..haha. Memangpun sebab buat kat Pahang. Jadi tolak campur bahagi darab... Ada 6 tempat yang sy rasa boleh dan sempat pergi. Jadi esok kita cuba kurangkan aktiviti makan sebab hari Sabtu dan Ahad dah pasti penuh jadual untuk mengisi perut... Anda bagaimana?
Cakap pasal open house ni teringat sy pada cerita yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Berlaku di rumah jiran sy yang mengadakan open house. Dalam tengah ramai yang datang menjamu selera, datang 2 kereta sarat dengan 'kawan2' anak jiran sy.. Lepas bersalam dengan jiran sy, mereka pun makan sambil berbual2 dengan para tetamu yang lain yang datang beraya ke situ. Tiba2 terdengar suara...
"Oiiii rumah aku kat sinilah. Tu rumah jiran aku...." Suara kawan diorang yang buat open house yang mana rumahnya hanya selang beberapa rumah dari situ.
Tuesday, August 26, 2014
PETUA KURANGKAN SAKIT KEPALA

1) Minum air perahan limau purut / teh kerana kadangkala kita mungkin dehidrasi menyebabkan kepala kita mudah terasa pening.
2) Buat perahan limau kasturi dan perahan tersebut di letak kan di dahi sambil mengurut perlahan2 kedepan. Ini dapat membuat perjalanan darah sekitar dahi dan kepala anda lancar.
3) Makan makanan yang pedas atau lebih senang ambik semangkuk tom yam yang pedas dan makan apabila anda terasa sakit kepala.
4) Jika anda berada di office tiba2 terasa pening kepala, cuba ubah kedudukan duduk anda dengan duduk tegak kerana jika anda duduk membongkok, maka leher akan menampung berat kepala menyebabkan otot menegang dan menimbulkan rasa pening.
5) Minum air rebusan epal hijau. Ambil sebiji atau 2 biji epal dan di potong beberapa bahagian dan direbus bersama 2 gelas air sehingga pekat. Minum air rebusan tersebut.
6) Cara paling mudah ialah dengan merendamkan kaki anda dengan air suam supaya dapat menurun kan tekanan darah kita...
Kesemua cara2 ini jugak dapat mengelakkan kita daripada terlalu banyak menelan ubat2an seperti panadol mahupun paracetemol....Selamat mencuba.
Sunday, August 24, 2014
SOMETIMES IT'S BETTER TO BE ALONE
Pernah kah anda gagal dalam percintaan? Pernah kah anda dikecewakan? Sekali? Dua kali? Berkali-kali? Kadang2 bila keadaan ini berlaku, sampai satu tahap, kita terasa putus asa untuk bercinta lagi dan menerima apa yang mendatang dengan pasrah... Kalau ada, adalah..kalau tak ada, dah kira tak ada jodohlah tu, mungkin itulah kata2 yang dapat kita dengar...
Minggu lepas sy berjumpa dengan seorang kawan sy yang mengalami situasi begitu. Berkali2 bercinta tapi sentiasa gagal hingga dia dah 'give up' dan menyerahkan semua itu kepada takdir padahal kalau nak di ikutkan dan dilihat daripada pandangan mata kasar, kawan sy ni ada rupa, ada kerja..tapi tak tahulah kenapa tak pernah melekat bila cakap pasal cinta. Teringat sy waktu sama2 kami belajar di UiTM dulu, kalau tak salah sy, 2 kali dia putus cinta.. Lepas kami grad, pernah dia bercinta dengan seorang cikgu sekolah dan hampir2 nak bertunang namun putus jugak apabila keluarga perempuan sudah ada pilihan mereka sendiri.. Sy tak tanya lah pulak berapa kali dah dia putus cinta, nanti dengan sy sy sekali dia putus sahabat..haha. Anyway, sy sentiasa mendoakan semuga kawan sy ni akan bertemu dengan seseorang satu hari nanti....dan pastinya tidak akan putus dan berkekalan hingga bila2...
Saturday, August 23, 2014
BERAKHIRNYA BLOGCOMMENTS 4

Thursday, August 21, 2014
JOM BLOGCOMMENTS 4

RINTIHAN JEJAKA SETENGAH HANDSOME - FLASHBACK

Samada dia memang dah tak ada pilihan atau sebab muka aku masih licin tak ada jerawat atau dahi aku luas dan ada bertanda dua hitam kat dahi…tapi bukanlah sebab aku kuat bersujud, sebab masa aku frust dengan Kumari, aku dok hantuk2 dahi aku kat dinding!! Hubungan aku dengan kakak angkat aku berjalan lancar sampai dia menghabiskan form 5. Cuma kami benar2 berkomunikasi masa aku form 1 saja sebab bila aku naik form 2, giliran aku pulak untuk mencari adik angkat…sorry ye kak. Oleh kerana aku ni tak handsome, jadi aku meng’offer’kan diri menjadi pengawas orientasi semasa form 1 mendaftar, jadi bolehlah aku cari adik angkat dulu sebelum semua pelajar form 2 – 5 masuk mendaftar dan dah tentu aku akan ketinggalan….bijak kan? Memang bijak.....
Wednesday, August 20, 2014
SECUBIT KISAH - SEBUAH INTRODUKSI

"Aku tengah perhatikan si Allyn.." jawab Daniel pendek.
"Allyn? Allyn mana pulak ni? Sapa Allyn?"
"Alaaaa budak yang baru masuk tu. Freshie. Ambik course business. Kau ingat tak haritu kita gaduh dengan dia pasal baju dia kotor tu..." Daniel cuba mengingatkan Husin.
"Oooooo budak selekeh tu. Baju dah memang kotor cakap kita yang kotorkan...Emm kenapa pulak dengan dia?" Husin mula teringat.
"Salah kau jugak..tangan kau tu cucilah bersih2 bila dah pegang enjin masa kereta kau rosak tu..dah terkena baju dia..mana dia tak marah"
"Aikkk ? Kau sokong dia ke aku? Aku ni kawan kau sejak ..sejak kita masuk sini..sejak 2 tahun lepas...hahaha" gelak Husin sambil melihat Daniel masih terhendap2 melihat si Allyn.
"Tentulah aku sokong kau..cuma aku hairan. Aku perhati dah dekat 2 jam dia dok kat bus stop tu.. bas kolej dah banyak kali lalu tapi tak pulak dia naik2.. Sapa yang dia tunggu?" tanya Daniel kehairanan.
"Tunggu sapa lagi.. Pak we dia lah. Aku nak tanya, yang kau sibuk2 ni kenapa? Ooooo kau dah syok kat dia ehhhh? Tolonglah Daniel... Kau bukan taste dia. Dia pun bukan taste kau...Jauh panggang beb."
"Masalahnya...masalahnya.....Hisshhh nantilah aku bagi tau..." Daniel terus keluar dari bilik meninggalkan Husin yang terpinga2 berfikir apalah sebenarnya yang berlaku....
Tuesday, August 19, 2014
RESEPI SAMBAL JAMBI ALA SANTAI
![]() |
Sambal Jambi Ala Santai |
2 peket ikan kurau atau yu ( terdapat kat mana-mana pasaraya) direbus kemudian ditumbuk separuh lumat.
Beberapa potong daging yang digoreng separuh masak dan kemudian ditumbuk separuh lumat
10-15 tangkai lada kering di kisar
sedikit belacan dikisar
Beberapa sudu kicap manis
10 biji bawang merah dikisar
10 biji bawang putih dikisar
sekiub besar gula melaka yang dihiris ( atau nak mudah beli gula merah kasar sepeket yang dijual kat mana2 pasaraya)
suku cawan air asam jawa.
30 biji bawang merah yang dihiris dan kemudian digoreng sehingga garing.
Cara membuatnya cukup senang. Masukkan beberapa sudu minyak dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan belacan, kicap, air asam jawa dan tumis lagi sehingga sebati. Masukkan ikan kurau atau yu dan daging yang ditumbuk separuh lumat tadi dan kacau sehingga sebati dalam 10 hingga 20 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan kacau sedikit dan sedia untuk dimakan samada dengan nasi mahupun nasi impit atau lontong
Thursday, August 14, 2014
MEE REBUS HAJI WAHID YANG SEDAP

Setiap kali kalau sy balik ke JB pastinya makanan kegemaran sy iaitu mee rebus takkan sy lupa singgah kat mana2 gerai yang menjual mee rebus sebab mee rebus johor ni lain sikit daripada yang dijual luar dari johor. Paling yang menjadi kegemaran sy ialah mee rebus dari keluarga Haji Wahid dan jugak Lan Janggut. Hari tu masa raya, nasib sy kurang baik tak dapat nak merasa mee rebus Haji Wahid sebab masa sy datang dah cukup panjang orang beratur untuk merasakan kesedapan mee rebus Haji Wahid dan sampai satu ketika dah habis..uhukkss. Ciannya.
Sy masih lagi tercari2 restoran mee rebus Haji Wahid yang dikatakan mempunyai cawangan di Seksyen 24 Shah Alam. Survey dalam internet tak dapat jugak..Jika ada sesiapa yang tau, inform ye...
Serba sedikit tentang mee rebus Haji Wahid ialah keluarga Haji Wahid telah memulakan usaha makanan pada 1919 dimana ianya bermula dengan 3 generasi dari Basid Ali, Karam Ali, Wak Baidari yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul disekitar Bukit Zaharah dan Kg Air Molek, Johor.
Pada tahun 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambilalih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, diseberang stesen KTM Johor Bahru dan pada tahun 1978 perniagaan Haji Wahid telah berpindah ke terminal bas Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim telah membuka kedai mee rebus pada sebelah petangnya di Tepian Tebrau.
SEKALI SEKALA NAK JUGAK BERUBAH

So fikir punya fikir, rasanya sy cuma akan ubah penampilan ajelah. Tak ada penambahan gadget mahupun widget..Biarkan dengan background hitam sebagai trademark Jomsantaisekejap. So tunggu ye penampilan baru. Ni tengah tercari2 gambar yang sesuai ...sambil mencari2 lagi idea..sambil melayan auditor..sambil fikir nak lunch apa..sambil fikir hujan ke tak petang ni..sambil..amboii banyaknya sambil. Enjoy your days bloggers........
Wednesday, August 13, 2014
KESIBUKAN MULA MELANDA

Dalam dok belek2 kat internet, terbaca berita yang menyedihkan tentang pemergian Allahyarham Maidin Ibrahim yang meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun pada usia 76 tahun. Semalam salah orang artis kegemaran sy iaitu Robbie Williams juga telah mati akibat bunuh diri kerana depression. Berbalik kepada Allahyarham Maidin yang jugak dikenali Pak Tam atau panggilan mesra Mamu meninggalkan seorang balu, Habira Ibrahim, lima orang anak dan tiga orang cucu. Semuga roh Arwah dicucuri rahmatNya....Amin
Tuesday, August 12, 2014
SARAPAN SATE DI MUAR

Nak cari kat KL ni memang susah sbb sate perut nya tak sama..kat KL ni kebanyakkan nya guna..apa dipanggil tu babat kot kalau tak salah..agak kenyal dan liat sikit..bukan bahagian perut yang lemak berkirm seperti dijual di Muar...
Monday, August 11, 2014
PABILA HUJAN MULA TURUN..

Ada pulak luar nampak keras, dalam pulak lembut. Luar macho dalam hati ada taman... Orang yang macam ni memang susah sikit kita nak predict kecuali kalau kita benar2 kenal atau rapat dengan dia..Kalau sekali kita tengok..pasti anggapan kita dia sombong atau garang...
Namun walau apa pun katogeri kita, setiap dari kita punya cara tersendiri dalam meluahkan atau melepaskan kesedihan dan kepedihan yang terpendam..Tidak kira sekental mana jiwa kita, sebenci mana hati kita..Sedendam mana perasaan kita...Pasti sampai satu tahap, kita akan merintih jua dengan keadaan...
Tiba-tiba saja bila melihat hujan turun dengan lebatnya diluar, hati kita mula tersentuh.....huhu.
Thursday, August 7, 2014
MOOD KERJA MASIH TIADA...

Minggu ni masih tak banyak jemputan open house tapi kalau hujung bulan memang banyak terutamanya pada 30hb Ogos..ada yang buat jemputan kahwin pun ada...yelah, hari2 terakhir raya, kuih raya pun banyak lagi. Ada jugak yang mengambil kesempatan sementara masih belum ada yang buat atau menjemput open house...diorang buat puasa sunat atau puasa 6... Memang banyak pahalanya seperti yang kita tau ..seolah2 kita mendapat ganjaran berpuasa setahun...So selagi ada masa ni, jom ramai2 kita buat puasa 6....
Wednesday, August 6, 2014
ULASAN MOVIE - INTO THE STORM

Nuffnang Premiere Screening sekali lagi. Semalam sy berpeluang menyaksikan premiere screening cerita 'Into The Storm' jemputan daripada Nuffnang yang baik hati dan jugak sponsornya TGV One Utama. Macam biasalah layanan staff2 Nuffnang memang awesome..macam dah lama kenal walaupun tak kenal. Salute to you all Nuffnang !!!
Ok dengan barisan pelakun2 seperti Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh dan lain2, cerita nya mengisahkan sekumpulan pencari dan pembuat filem profesional bagi ribut taufan aka tornado telah berjaya mendapat maklumat akan berlaku satu tornado di sebuah perkampungan Silverton, namun tidak semua menjangkakan bahwa tornado tersebut adalah tornado yang terkuat dan gabungan daripada dua tornado hinggakan semua rumah dan kapalterbang pun melayang sehingga ke awan. Ada ketikanya berlaku 4 tornado serentak menyebabkan suasana kelam kabut hinggakan kita terasa tiada tempat yang selamat walau dimana pun kita berada....
Dengan gegaran2 bila berlaku tornado tu dapat sy rasai bila duduk di kerusi TGV cinema, terasa macam kita berada di tempat kejadian...sampai ada yang terjerit dalam panggung sebab gegaran tu terasa..ahakkss.
Ceritanya memang penuh suspens dan membawa kita betul2 ke situasi tersebut dan ada jugak adegan2 kelakar di akhir2 babak filem Into The Storm. Bagi yang nak tengok cerita tentang kejadian alam dan suspens...Jom.
Tuesday, August 5, 2014
NUFFNANG PREMIERE SCREENING - INTO THE STORM

So... till next entry. Of coz akan sy ceritakan macam2 story masa cuti raya seminggu yang lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)