JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 20, 2014

SECUBIT KISAH - SEBUAH INTRODUKSI

"Apa yang kau dok ngendap tu Daniel? Daripada tadi aku tengok asyik terjenguk2 panjang leher kau macam angsa" tanya Husin melihat roomatenya yang tak menentu sejak dari tadi.
"Aku tengah perhatikan si Allyn.." jawab Daniel pendek.
"Allyn? Allyn mana pulak ni? Sapa Allyn?"
"Alaaaa budak yang baru masuk tu. Freshie. Ambik course business. Kau ingat tak haritu kita gaduh dengan dia pasal baju dia kotor tu..." Daniel cuba mengingatkan Husin.
"Oooooo budak selekeh tu. Baju dah memang kotor cakap kita yang kotorkan...Emm kenapa pulak dengan dia?" Husin mula teringat.
"Salah kau jugak..tangan kau tu cucilah bersih2 bila dah pegang enjin masa kereta kau rosak tu..dah terkena baju dia..mana dia tak marah" 
"Aikkk ? Kau sokong dia ke aku? Aku ni kawan kau sejak ..sejak kita masuk sini..sejak 2 tahun lepas...hahaha" gelak Husin sambil melihat Daniel masih terhendap2 melihat si Allyn.
"Tentulah aku sokong kau..cuma aku hairan. Aku perhati dah dekat 2 jam dia dok kat bus stop tu.. bas kolej dah banyak kali lalu tapi tak pulak dia naik2.. Sapa yang dia tunggu?" tanya Daniel kehairanan.
"Tunggu sapa lagi.. Pak we dia lah. Aku nak tanya, yang kau sibuk2 ni kenapa? Ooooo kau dah syok kat dia ehhhh? Tolonglah Daniel... Kau bukan taste dia. Dia pun bukan taste kau...Jauh panggang beb." 
"Masalahnya...masalahnya.....Hisshhh nantilah aku bagi tau..." Daniel terus keluar dari bilik meninggalkan Husin yang terpinga2 berfikir apalah sebenarnya yang berlaku....

2 comments:

  1. Cerpen ke ape nih? Hehee.. Biasalah dok kat bus stop lama-lama.. pukul 1 pagi dok kat bus stop semua pengguna jalan raya pandang-pandang.. haha dengan muka selamba sekali -_-

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails