Wednesday, May 28, 2014

SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT


Dalam hujan yang turun dengan lebatnya petang tadi, sy mendapat whatsapp mengatakan Sultan Azlan Shah mangkat. Antara Sultan yang bagi sy cukup memberi impak kepada rakyat Malaysia semasa beliau menjadi Agung satu ketika dahulu.
Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun dan telah memerintah negeri Perak selama 30 tahun.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah meninggal dunia dua tahun lepas.
Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Al Fatihah.

Tuesday, May 27, 2014

PANTAU PRODUK YANG ADA LEMAK DIHARAMKAN

Tetiba je sekarang ni dah dok kecoh pasal ada setengah2 produk yang telah di campur dengan lemak babi dan seumpamanya. Dari produk cokelat hinggalah ke kicap... Emmmm ada yang dah masuk dalam perut dah pun sejak sekian lama..ahakss. Ingat2 macam nak termuntah balik tapi dah jadi darah daging lah pulak. Tawakal ajelah. Patutnya perkara2 ni dah lama siasat dan buat kajian. Mungkin jugak sudah dibuat tapi tidak dibuat secara berulang menyebabkan ada syarikat yang mengambil kesempatan. Persoalannya kalau buat tanpa memasukkan lemak babi tu tak sedap ke? 
Ramai jugak rakan2 yang hantar sms itu ini ..daripada beberapa produk, jadi berpuluh2 produk yang sangkut.. minyak masak, sabun, maggi, daging burger... habis semua berkait. Sy rasa pihak Jakim dan KKM kena lebih agresif dalam menangani isu ini apalagi melibatkan halal haram sesuatu produk...
Dulu kata orang nak makan yang selamat, daripada makan luar, baik masak sendiri..tapi kalau keadaan macam ni berlaku, masak sendiri pun belum tentu selamat... :-)  

Monday, May 26, 2014

SAAT IANYA BERAKHIR...

Kadangkala... saat suatu hubungan berakhir bukanlah bermakna dua orang berhenti daripada saling menyintai, mereka hanya berhenti daripada saling menyakiti...
Kadangkala cinta memerlukan pengorbanan, perlu untuk melepaskan seseorang biarpun sekuat mana cinta kita terhadapnya..pelik tapi memang banyak terjadi. Ada yang berkata cinta tidak semestinya bersama.. tertanya pulak, kalau tak bersama kenapa bercinta? Yang pastinya kita tidak tahu apa yang sebenarnya akan berlaku pada masa akan datang tetapi kita harus menempuh dan redha dengan segala yang bakal kita tempuhi...walau perpisahan sekalipun.
Dulu sy ada seorang kawan. Memang rapat sangat, jadi semua tentang dia tak ada yang menjadi rahsia kepada sy. Cuma sy je banyak berahsia...ahakss. Jadi semasa kami mula2 mendapat pekerjaan setelah kami tamat pengajian di UiTM, kawan sy ni bukan saja mendapat pekerjaan tapi mendapat seorang kawan perempuan jugak yang sama2 baru masuk kerja..dan pendek cerita mereka bercinta. Hampir 3 tahun bercinta, mereka merancang untuk berkahwin. Namun dalam saat2 terakhir apabila semua kad2 jemputan sudah dihantar, semua sanak saudara sudah tahu.. Kawan sy mendapat khabar yang tunangnya ( masa tulah) telah pergi keluar negara bersama teman barunya..khabarnya anak orang berada...atau lebih senang sy katakan anak kepada boss tempat diorang bekerja. Bayangkan macam mana keadaan kawan sy.. Dah macam orang gila sy tengok...2 tahun lamanya dia macam tu. Kalau orang datang kerumah keluarga dan nak melawat dia, pasti orang akan ingat dia ada penyakit mental sebab dia hanya duduk termenung aje... Macam mana dia sekarang? Dia masih membujang.. ..

Thursday, May 22, 2014

ADAKALANYA.....

Adakalanya, hidup ini seperti satu rutin yang sama. Setiap hari, setiap minggu, semua adalah perkara yang sama kita buat. Adakalanya, jika kita keluar sedikit daripada rutin dengan membuat sesuatu yang jarang kita buat..kita akan merasa sedikit kebebasan.. Jika kehidupan membatasi diri kita, kita akan merasa mudah bosan. Jika kita yang merancang dan mengatur kehidupan, kepuasan akan terasa.... Walau apa yang kita lakukan, yang menentukan nya tetap dari Yang Maha Esa.
Adakalanya, kita akan lihat senyum tawa dalam sebuah keluarga namun dilihat dari dalam rumah, hanya dengan hanya ada kerusi buruk, atap bocor, tiada handphone, tiada laptop, tiada peralatan canggih.. tetap terdengar juga suara kegembiraan, tetap jugak terdengar suara gurau senda anak2 dan ibu ayahnya, sebaliknya dalam sebuah rumah yang lengkap dengan serba serbi kelengkapan dan kemewahan namun masing2 hanya membuat hal masing2.. hanya kedengaran jeritan laungan dan pentengkaran....
Kadangkala, ada impian dan harapan kita menjadi kenyataan. Ada mimpi yang menjadi realiti namun ada jugak kenyataan tidak seindah yang gambarkan.. Yang penting, walau apa keadaan sekalipun yang kita hadapi, hadapilah ia dengan tenang kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

GROUP WHATSAPP PUNYA PASAL..

Beberapa bulan lepas, sy mendapat panggilan daripada kawan lama sy.. Dah dekat 15 tahun tak berjumpa sejak habis sekolah menengah dulu dan banyak dan panjanglah cerita yg kami sama2 kongsi.. So dia ajaklah sy join group whatsapp member2 sekolah dan sy tanyalah dah berapa orang yang join, dia cakap adalah dalam 14-15 org.. Oklah tu..Sy pun join..Lepas dah join, tengok punya tengok nak dekat 70 org join group tu... Memang meriah mula2 join.. Diorang tanya sapa yang baru masuk..itu ini..situ sini sinun. Sekarang hampir 2 bulan sy join, setiap saat, handphone sentiasa berbunyi kerana msg2 yang masuk dari group whatsapp tu..ahakksss. Ada sekali tu sy cuba leave group tu sebab terlalu banyak sgt msg yang masuk..Kecoh satu kampung tanya kenapa sy left group tu..hahaha..aduuhhsss. Sy cakap jelah tukar handphone...Kadang2 tu sy buat silence tapi takut pulak tak dengar kalau ada msg2 penting yang masuk... Bayangkanlah.. Kalau sorang whatsapp tanya apa khabar.. Dekat 40 ke 50 orang jawab soalan tu je.....hahaha... Tapi demi semangat setiakawan, sy join balik dan biarkan aje...

HARGA RUMAH DIMALAYSIA MAHAL..

Ehsan Google
Kali ini entry sy agak lain sikit.. saja je nak post pasal harga rumah di Malaysia kerana semasa sy on the way balik kerja terlihat banner rumah yang tergantung di tiang2 lampu.. Harga rumah apartment dijual pada harga RM400,000 keatas. Perghhh!! Baru apartment tu. Imbas balik dengan ke'ketat'an Bank Negara dalam isu pinjaman persendirian, perumahan dan hartanah,  di campur dengan kos sara hidup Malaysia yang terlalu tinggi.. Ramai ke yang mampu? Mana pergi projek2 rumah mampu milik yang berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM200,000? 
Menurut kajian satu blog yang sy terbaca, dengan kos sara hidup yang tinggi menggalakkan rakyat Malaysia berhutang dan akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita berhutang sampai ke hari tua kita?
Kalau di ajukan soalan ni kepada pemaju, pastinya jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran. 
Persoalannya adakah ini kehidupan bagi negara berstatus maju nanti?

Tuesday, May 20, 2014

SATU HARI DI TENGAHARI...

Cuaca gelap di tengahari
Perut dah lapar tapi tengok cuaca dah gelap.. Sah kalau pergi makan sure tak sempat balik sebab hujan... tapi ada pepatah mengatakan, kusangka panas sampai ke petang, tapi hujan ditengahari.. tak pun, dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan.. tak pun ani, angkat jemuran, hujan dah turun..ahakss.
So, lapar punya pasal dan tiada kedai makan yang berdekatan dengan office, sy pun melangkahlah dengan penuh confident menuju ke kedai makan yang terletak kira2 200m dari office... Sesampainya di sana, hampa. Kedai makan tutup. cuti hari ni. Aduhss..perut sudah menyanyikan lagu rentak conga.. Apa lagi, McD lah harapan terakhir dan sesampainya disana..sy pun order dan terus duduk dan makan dengan sopannya sambil mendengar lagu2 yang sy tak berapa pasti lagu apa sebab ramai sangat orang bercakap kat situ... Dah macam pasar borong. Lepas selesai makan, lepas selesai sy minum sedutan yang terakhir air coke.. Hujan pun turun dengan lebatnya....... Kalau nak ke office sy kena menyeberang 2 block..bermakna sy terpaksa meredah hujan 2 kali. Dengan hujan yang selebat tidak tu..pastinya baju dan seluar serta kasut sy akan basah.. Nak tak nak, emergency plan.. sy pun call lah boss sy  cakap sy pergi bank..ahakks. Selalu plan ni memang boleh pakai. Agak setengah jam jugak hujan lebat turun dan akhirnya hujan mula reda sikit... dapat lah sy meredah dan redah dan sampai jua ke office dengan selamat. Sampai di office sy pun teruslah ke bilik boss ingat nak bincang sikit pasal kerja..tapi dia tak ada. Sy tanyalah secretary dia.." Boss mana?" Secretary dia jawab.." Boss kat McD tadi, maybe hujan kot..lambat sikit masuk".......

Monday, May 19, 2014

SENAMAN SEBELUM KERJA BERSAMA AMS

Chakkkk!! Ahakksss ketepi ketepi gergasi sudah kembali..Dah lama sangat Abang Muscle Santai aka AMS tak enterframe..maklumlah sekarang ni busy sesangat dengan buat kuih..jahit baju.. tempahan jahit langsir..tak menang tangan you..Ahakkss tapi bukan AMS yang penat..diorang yang buat yang penat..AMS yang order dengan diorang berkilo2. Oklah kali ni sebab cakap pasal tak menang tangan , jadi AMS nak bagi you all senaman regangan tangan sebelum membuat kerja..ahakss..
Oklah..I..opss cakap orang putih pulak. Sebelum kita mulakan, ambik nafas banyak2 sbb oksigen free,yang lain semua kena bayar you..lepas tu simpan dalam badan..Jangan keluarkan ye. Selepas tu, ambil kedua2 tapak tangan kita dan buat seolah2 macam kita bersalam dan letak di atas kepala kita... Jadi untuk nampak lebih kemas senaman tu cuba tepuk beberapa kali dari atas kepala tu.. Yee bagus.. lagi lama lagi bagus.
Setelah 10 minit you all tepuk, kita buat senaman kaki pulak..Duduk kat mana2 tempat atau kerusi lagi baik, Cuba anda kepit bahagian peha dan bahagian kaki bawah cuba bukak luas2.. Ini dapat menenangkan dan meregangkan kaki anda jika anda banyak berjalan....Akhir sekali kita buat cuba cari satu bantal.. letakkan betul2 sekata dengan kepala kita dan cuba baring dan letak kepala kita atas bantal. Sedap bukan? Ye..sebelum buat kerja kita rehat dulu...

JERAGAT OH JERAGAT...

Cakap pasal jeragat ni, memang ianya dah sinonim dengan kita. Pasti sedikit sebanyak jeragat ni ada dan kadang2 menghantui kita apabila ianya terlalu banyak dan susah untuk di hilangkan. Dalam pasaran terdapat pelbagai produk untuk menghilangkan jeragat namun tak semuanya berkesan malah ada pulak yang mendatangkan kesan yang lain seperti kulit muka kelihatan gelap, jerawat mudah tumbuh, kulit semakin berminyak dan macam2 lagi. Jadi kali ini, apa kata kita cuba cara dan petua dulu2, mungkin agak cerewet sikit caranya tapi yang penting kesan nya ye dak..ahaksss.
Secara kasarnya jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien yang kebiasaanya terjadi apabila usia semakin meningkat atau faktor genetik, pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia. Antara petua2 yang sy ambil daripada beberapa blog ialah:
1) Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
2) Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
3) Kulit pisang berangan di tumbuh bersama sedikit tepung dan air menjadi satu paste dan sapukan di muka. Biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air bersih.
4) Ambil tisu sebesar muka kita dan rendam dalam putih telur, kemudian tekap/lekat kan di muka kita sehingga tisu itu kering dan kemudian basuh muka dengan air bersih.
Itulah antara petua2 untuk menghilangkan jeragat..selamat mencuba ye.

KATANYALAH KAN..

Persis seperti hujan yang turun saban petang tatkala paginya panas memancar... Tiap kehidupan ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada tawa nangisnya.. Begitu jugalah dengan perjalanan hidup Raziman, seorang yang dikira berjaya dalam kerjaya namun tidak seiring dalam ikatan perhubungan. Kalau cakap bab putus cinta, memang itulah yang sentiasa dia rasai. Entah mana silapnya pun dia sendiri tak tahu.. 
Kali terakhir dia putus cinta adalah semalam. Dengan seorang gadis kilang buat pakaian. Katanya dia dah putus asa untuk bercinta dengan gadis yang ada rupa, yang bekerjaya dan sopiskated... katanya. Kali ni dia nak cuba untuk berkenalan dengan gadis biasa.. katanya lagi. Baru seminggu berkenalan, belum sempat Raziman mengeluarkan ayat-ayat powernya, gadis itu telah meninggalkannya. Terduduk sekejap Raziman memikirkan apa yang tak kena dengan dirinya sehingga semua gadis tidak mahu rapat apalagi mempunyai hubungan dengannya...
Namun Raziman bukan jenis yang mudah kalah.. " Aku cuma tak ada girl friend je, tapi aku berjaya dalam kerjaya aku.. ada kereta sendiri..ada rumah sendiri..apa aku kisah..?" katanya.
Minggu ini, Raziman mencuba lagi. Kali ini, dia akan pergi ke KL dengan menaiki bas dan duduk di sekitar Pasar Seni sambil membalas senyuman jika ada gadis2 yang tersenyum kepadanya. Kali ini dia hanya akan memakai baju tshirt dengan seluar jeans lusuh... "Kali ni, biar aku pulak jadi orang biasa je.." katanya.

Friday, May 16, 2014

HARDEST THING..THE RIGHT THING

Kadangkala, apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.. Kadangkala kita lihat seseorang itu sentiasa ketawa, sentiasa mesra, mudah tersenyum namun disebalik itu kehidupan sebenarnya penuh dengan kedukaan, kesedihan dan menyendiri... Kadangkala kita lihat seseorang itu sentiasa menjaga kesihatannya dan bersenam tapi pada hakikatnya dia mengidapi penyakit yang kronik..Ada pasangan yang sentiasa nampak mesra dan tenang dihadapan rakan2 namun hubungan mereka bagai retak menanti belah...
Inilah lumrah yang dapat kita lihat dimana-mana saja samada kita membacanya dari suratkhabar atau majalah, melalui laman web atau ianya berlaku disekeliling kita.. Mungkin jugak ianya pernah sedang atau akan berlaku kepada diri kita sendiri..who knows? 
Walau apa keadaan sekali pun, don't judge a book by its cover. Jangan menilai seseorang mahupun kehidupan mereka dengan hanya melihat dari mata kasar kita kerana kita tidak tahu akan kisah sebenar mahupun hakikat sebenar apa yang berlaku disebalik apa yang kita nampak....

Thursday, May 15, 2014

SALAM TAKZIAH.....

Pagi ni sy dikejutkan dengan berita pemergian bapa kawan sy yang sy kenali sejak kecil lagi sebab semasa kecil kami sama2 tinggal di quaters yang menempatkan semua pekerja dan keluarga yang bekerja di kilang tersebut. Jadi hubungan antara kami semua memang rapat, apa tak nya ibu atau bapa bekerja di kilang sementara anak2 akan berada berdekatan atau bersebelahan dengan kilang. Kami membesar bersama sehingga lah satu masa kilang tersebut terpaksa ditutup dan sedikit demi sedikit setiap keluarga berpindah mengikut kemana dan kawasan mereka dan keluarga mereka membeli rumah.
Arwah memang seorang yang semasa sy kenal pendiam orangnya namun dikalangan keluarganya dia seorang yang amat tegas dan berdisiplin. Tak banyak bercakap kalau sekali kita jumpa namun jika kita mengenali dia secara dekat, banyak benda yang boleh dituturkan. Arwah isterinya juga rapat dengan kami semua dan banyak berceloteh...
Untuk Kamal aka Roslan serta kakak2 nya sekeluarga, salam takziah diucapkan, semuga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang2 yang beriman...Amin.  

Wednesday, May 14, 2014

RESEPI DAGING MASAK HALIA

Ehsan Google
Rasanya dah lama sangat sy tak berkongsi pasal resepi mahupun petua... apalagi resepi masakan. Jadi kali ni sy nak berkongsi dengan anda resepi yang selalu mak sy masak untuk sy setiap kali sy balik bercuti ke JB iaitu Daging Masak Halia. Jom terus kepada bahan2nya:
1/4 kilo daging atau ikut suka andalah tapi yang ni untuk 3 @ 4 orang makan.
1 bawang besar dihiris kasar
1/2 btg halia dihiris halus dan panjang
3 batang lada merah dipotong panjang serong
2 @ 3 batang kacang buncis dipotong serong
2 @ 3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan diikat
5 helai daun bawang dipotong kasar
1/2 cawan air
garam secukupnya
Cara memasak nya cukup mudah, panaskan minyak dalam 2 @ 3 sudu besar. Kemudian masukkan bawang besar dan halia dan goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga warnanya berubah..atau separuh masak.. kemudian masuk semua bahan kecuali garam dan tepung jagung yang dibancuh. Gaul sehingga sebati dan agak garing sedikit barulah di campur bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa. Samada anda nak ianya berkuah sedikit atau kering terserah kepada anda. Sy biarkan ianya berkuah sedikit... Ready untuk dihidangkan. .

MOVIE - THE AMAZING SPIDER MAN 2

Minggu lepas buat sekian lama, sy sempat menonton cerita "The Amazing Spider Man 2" lakunan hebat Andrew Garfiled, Emma Stone, Jamie Fox, Dane DeHaan dan lain-lain. Banyak aksi yang cukup hebat dan tidak kurang jugak aksi2 bersahaja serta lucu dari Spider Man yang sy kira sedikit sebanyak membuat kita tidak bosan..apalagi banyak dimasukkan dengan unsur adegan suspen dan babak2 cinta romantik Peter Parker dan Gwen Stacy.....
Secara ringkas mengisahkan bagaimana Spider Man menentang Electro, seorang yang mempunyai kuasa daripada elektrik dalam insiden dia terjatuh dalam kolam yang penuh dengan kejutan eletrik, dan mula berdendam dengan Spider Man apabila orang ramai mencemuhnya dan tidak menghiraukan dirinya. Dalam masa yang sama, Harry kawan baik Peter Parker yang mendapat penyakit yang tidak dapat diubati dan memerlukan bantuan nya untuk mendapatkan darah Spider Man namun di tolak oleh Peter Parker kerana akan menyebabkan keadaan Harry akan bertambah buruk. Di saat akhir, Spider Man dapat menewaskan Electro dengan bantuan Gwen, namun apabila Spider Man bertembung dengan Harry yang telah menjadi makhluk ganas, Gwen terbunuh...Saat ini yang membuatkan kita cukup terharu dan menyedihkan.
So bagi yang belum tengok..silakan. Memang hebat dan mengasyikan. 
Jomsantaisekejap **** 

Monday, May 12, 2014

SEKETIKA DISATU MALAM...

"Kau perasan tak apa yang aku perasan?" Tanya Daniel pada Razman.
"Memang aku tak perasan apa yang kau perasan.. Apa yang kau perasan? Jangan pulak buat kelakar seram dalam hutan macam ni.. gelap..dahlah lampu picit semua habis bateri." Razman sudah mula tidak sedap hati..
"Aku nampak macam ada kelibat perempuanlah kat hujung pokok sana tu.. Dari tadi macam memerhatikan kita je" Daniel membuka cerita sambil Razman menegangkan lehernya memandang ke arah pokok2 yang dikatakan oleh Daniel tadi...
"Tak nampak apa pun...Kau biar betul Daniel. Jom lah kita balik. Aku tak sedap hati lah bila macam ni.." Razman mula mengemas2 beg bajunya..
"Laaaa..kata nak overnight kat sini... Alaaa relaxlah bro. Kan ramai orang..tu haaaahh kat sana ada satu khemah budak2 bermalam...penakut sangat lah kau ni" Daniel cuba menenangkan Razman...
"Ehhh... Ada 2 orang pulak lah.." Daniel tiba2 tercengang bila melihat sesuatu di sebalik pokok2 itu
"Kau ni...baliklah jom..Aku dah tak tahan ni..Kau nak stay..overnight ke..good nite ke..suka hati kaulah.. Aku nak balik.." Razman terus berlalu pergi....
Selepas beberapa langkah....
"Tok! Tok! Tok!" Mak..!! Bukak pintu mak.."
"Aikk Kau Man? Kata nak camping depan rumah dengan Daniel.." 
"Tak jadilah mak..biarlah si Daniel tu dengan bidadarinya.... Razman terus masuk kebiliknya dan menarik selimut...overnight di rumahnya.

CUTI SEKOLAH.. MUSIM KAHWIN

Musim cuti sekolah dah hampir tiba...sama pulak dengan musim hujan... Kedua2 nya memberikan impak yang sangat semulajadi untuk tibanya musim perkahwinan..ahaksss. Sekarang pun dah banyak undangan yang sy terima tapi kebanyakkannya jauh2 nun kat Kedah dan Perlis..Sy jugak tengah menantikan beberapa undangan yang sepatutnya sy dapat tapi tak dapat2..Diorang tak nak jemput sy ke? Atau dah lupa kawan.. Apapun kita tunggu sampai akhir bulan sebab katanya majlis pernikahan tu pada akhir bulan Mei...
Apa2 pun kepada mereka2 dan rakan bloggers yang akan dan baru melangsungkan dan menempuh alam perkahwinan, Selamat Pengantin Baru diucapkan...
Dalam dunia sekarang ni, ada jugak cara mudah untuk mengundang atau menjemput member2 datang ke majlis perkahwinan adalah dengan hanya melalui samada whatsapp, facebook atau lain2 yang seumpamanya.. Katanya lebih mudah.. nak alamat, semua details whatsapp je.. Kad jemputan tu hanya utk saudara mara dan kenalan yang terdekat atau lebih senang, nak save budget... Ada jugak yang guna kepandaian IT masing2 dengan mem print dari software yang terdapat percuma di internet... Dunia sekarang. Apa2 carapun, yang penting semangat siratulrahim itu yang harus berkekalan.. biarpun dunia semakin maju.

LAIN PULAK YANG DATANG

Lain yang ditunggu lain pulak yang datang..ahakss. 
Masa tu sy sebenarnya sedang menunggu seorang kawan yang dah lama sy tak jumpa. Kami plan untuk berjumpa di sebuah kedai makan di KLCC.. memang lokasi yang senang nak jumpalah. Janjinya adalah dalam pukul 11 pagi. Sy sampai awal sikit, dalam pukul 10.45 pagi dan tunggu punya tunggu, sampai pukul 11.30 pagi masih jugak tak nampak bayang2 kawan sy ni... Bila sy whatsapp, katanya otw... Last2 sebab dah lama sangat tunggu sy terus call....
"Hello Man, kat mana hang? Kata otw..dah dekat sejam ni.."
"Dah sampailah JSS... aku dok tunggu hang lah ni.. kata kat Secret Recipe kan?"
"Aikk? Hang dok tang mana? Tak nampak pun?" Hairan jugak aku boleh tak nampak kawan aku..mungkin jugak aku dah tak cam sebab lama jugak tak jumpa...
"Aku dok tang tingkap.. boleh nampak Alam Sentral ni hahh..."
"Alam Sentral?... Hang ni cakap Secret Recipe mana?"
"Haiii kan dah cakap SACC..."
Ahaksss.... berderau jugak bila lama punya tunggu kawan sy dok pi kat SACC...padahal kalau tak salah sy dah sy whatsapp dia KLCC...adakah sy yang salah tulis atau dia yang salah baca?...
Dalam dok sy nak beredar untuk pergi ke SACC untuk berjumpa dengan kawan sy tu...tiba2 ada seseorang menyapa sy..
"Hai JSS...."
Bila sy toleh ke belakang...rupa2nya kawan sy yang jugak dah lama sy tak jumpa menyapa sy.. ahakss. Kecil betul dunia.. So kesudahannya kami sama2 pergi ke SACC dan berjumpa dengan seorang kawan sy lagi tu...

Sunday, May 11, 2014

UNTUK IBU TERCINTA..SELAMAT HARI IBU

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua ibu2 terutama ibu sy yang tercinta..Tiada apa yang dapat membalas segala jasa-jasa ibu..Love u so much mum...
Renungan sepintas lalu....
Mengapa wanita sering menangis?
Jawab Allah :
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah
Ku beri dia naluri untuk menyayangi walau dikhianati teman, di sakiti oleh orang yang disayangi
Wanita makhluk yang kuat, tapi jika suatu saat dia menangis, itu kerana Ku berikan airmata untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan baru...
Wanita sangatlah istimewa... Hargailah setiap wanita kerana ibu kita adalah seorang wanita dan wanita itu adalah suatu ciptaan Allah yang cukup istimewa.
Selamat Hari Ibu.... Setiap hari adalah hari untuk ibu.

Saturday, May 10, 2014

AKU YANG TERLUKA

Sedang sy meninjau jalan2 di sepanjang Pasar seni..terhenti saya apabila melihat sebuah kedai sedang menayangkan video clip " Aku yang terluka" nyanyian Repvblik... Bila melihat jalan cerita video clip tu, teringat sy kepada cerita kawan sy...beberapa tahun yang lepas.
Lebih kurang ceritanya.. kawan sy ni seorang usahawan, jadi seringlah dia outstation dan banyak menghabiskan masa di luar dan jarang berada di rumah .. tapi selalunya dia akan sentiasa membawa bersama anak dan isterinya jika harinya jatuh pada cuti sekolah atau mereka merancang untuk bercuti sekali. 
Sejak anaknya memasuki sekolah asrama penuh, maka mereka jarang keluar negeri bersama kecuali jika anak nya sedang bercuti...
Entah macam mana, pada suatu hari, kawan sy ada urusan perniagaan di Singapura dan telah pun sampai ke KLIA untuk menaiki penerbangan ke singapura bila dia tersedar dokumen2 yang sepatutnya dia bawa sekali tertinggal di rumahnya. Maka terpaksa lah dia batalkan penerbangannya dan balik ke rumah. Sampai nya dia di rumah, dia agak kehairanan kerana ada kereta rakan perniagaannya ( business partners) di depan rumahnya... Dalam perasaan tidak sedap hati dia membuka pintu rumah mendapati tidak ada sesiapa diruang tamu......dia pun dengan perasaan curiga dan gelisah melangkah ke bilik....
Pendekkan cerita, kawan sy berpisah dengan isterinya.. dan kini dia berada di JB dan menetap disana dan masih menjalankan perniagaannya namun bersama rakan perniagaan yang baru.


CORETAN BUAT SEORANG ISTERI..

Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami.
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?
Jawapan ustaz:
Berdosa jugaklah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai durhaka kepada Allah... 
Kerana isteri, rezekimu bertambah
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga
Kerana isteri tenang hatimu
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu seadanya,
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, tapi amat besar bagi mereka.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak2dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kamu wahai suami........

Friday, May 9, 2014

KETENANGAN YANG DICARI...

 Banyak yang hendak diperkatakan tapi lidah kelu seribu bahasa...Banyak yang hendak diluahkan namun hati menyepi menutup rasa... Banyak sebab ingin di nyatakan namun fikiran buntu tanpa alasan..
Pernahkan anda merasakan sedemikian? Di saat mata ingin di pejam untuk tidur namun terasa kita berjaga sepanjang malam... Di saat itu, hati dan fikiran seperti bukan berada bersama kita..melayang2 entah kemana.
Prof Dato' Fadhilah Kamsah ada memberi petua untuk mencari ketenangan jiwa dan hati salah satu daripadanya adalah dengan mencuci minda kita. Paling baik ianya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. 
Ada yang berkata esok bermula dari hari ini. 
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. dan kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura yang kita sebenarnya lemah dalam mengharungi arus kehidupan. Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka... ada perasaan kecewa dan sedih.
Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita dan setiap kesedihan yang kita rasakan. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Friday, May 2, 2014

TANAMAN DAN KHASIAT CENDAWAN TIRAM

Tanaman dan perusahaan cendawan
Kita selalu makan cendawan tapi tahukah kita apa khasiatnya? Salah satu cendawan kegemaran sy adalah cendawan tiram, samada masak ladna, masak sup atau goreng tepung, selalu sy guna cendawan tiram. Antara yang popular cendawan jenis ini adalah cendawan tiram merah jambu, tiram putih dan kelabu. Cendawan ini berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid serta meningkatkan imuniti badan bagi melawan pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.
Kenapa sy buat entry pasal cendawan? Ahakkss ..Sebenarnya entry ni khas untuk rakan sy yang dulu kami pernah sama2 bekerja di bank, tapi sekarang dia telah menjalankan tanaman dan perniagaan cendawannya di Pagoh, Muar dengan nama Cendawan Pagoh Niaga Enterprise dan nampaknya berkat usaha gigih dia bersama keluarga, perusahaan cendawan mereka semakin berkembang. Anda boleh lihat blog mereka di SINI dan mungkin sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh jugak menghubungi kawan sy tu.. Cakap aje Jomsantaisekejap...lepas lah tu..ahaksss.
Apa2 pun, tidak dinafikan cendawan memang mempunyai banyak khasiat dan menafaat... dan untuk kawan sy, selamat maju jaya atas tanaman dan perusahaan anda... Semuga berkat usaha anda mendapat keberkatan...

LET IT GO - FROZEN

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu bertajuk "Let It Go" yang dipetik daripada filem yang mendapat sambutan hangat beberapa bulan lalu iaitu Frozen. So nikmati liriknya..
The snow glows white on the mountain tonight,
not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.
Don't let them in, don't let them see.
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know!
Let it go, let it go!
Can't hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don't care what they're going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.
It's funny how some distance,
makes everything seem small.
And the fears that once controlled me, can't get to me at all
It's time to see what I can do,
to test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free!
Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.
Here I'll stand, and here I'll stay.
Let the storm rage on.
My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back; the past is in the past!
Let it go, let it go.
And I'll rise like the break of dawn.
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand, in the light of day.

Let the storm rage on!
The cold never bothered me anyway...

BUNGA ROS JEPUN MENYERIKAN RUMAH

Pokok bunga ros jepun berbunga lagi
Antara tanaman pokok bunga yang menjadi kegemaran sy adalah pokok bunga ros jepun. Disamping senang nak menanamnya, bila berbunga dengan warna-warninya membuatkan rumah kita nampak berseri. Walaupun bunganya hanya tahan sehari saja namun bila berbunga pastinya dengan kuantiti yang banyak..  Sy rasa dah generasi keberapa entah sy tanam pokok bunga ros jepun kat rumah sy..daripada asal nya sy beli 4 warna, kini dah ada 8 warna. Kadang2 bila ternampak pokok bunga ros jepun ni kat mana2, jika ada warnanya yang tiada dalam koleksi tanaman kat rumah, sy akan petik beberapa batang dan semai sehingga menjadi banyak... 
Antara warna-warna pokok bunga ros jepun yang sudah sy tanam adalah kuning, orange, merah, pink, pink belang putih, kuning belang putih, purple, putih. Cara menanamnya cukup mudah namun untuk menjaganya sebelum dia membesar kena tengok2 jugak sbb ulat pokok kadang2 sentiasa ada....tapi bila ianya dah membesar,maka tunggu ajelah semuanya akan semakin banyak dan bila berbunga...lagilah nampak cantik dan berseri apa lagi jika kesemua warna keluar serentak...
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails