Wednesday, October 31, 2012

TWEET! TWEET! TWEET!


Baru-baru ni sy baru mula nak memasuki era tweet bertweet…orang lain dah beribu2 tweet, kita baru mula nak 'meneweet'..ahaksss… Almaklumlah sebab kerja banyak jadi nak updatekan blog memang lambat sikit tapi naluri nak post entry selalu ada dan tangan pulak sentiasa gatal nak menaip jadi nak tak nak, bertweetlah jawabnya walaupun pendek tapi kurang2nya ada jugak entry…so kalau sapa2 nak bertweet atau follow jomsantaisekejap, cuma klik je di ruangan follow on twitter disebelah kanan blog ini...
Kalau bertweet  ni, memang laju sikit daripada blogging...bergantung kepada berapa orang yang kita follow dan orang follow kita...nak2 artis. belum sempat kita bertweet, tu dia beratus2 tweet dan masuk list...ahaksss. baca sajalah labu... apa2pun, yang penting hilang stress sekejap....

Wednesday, October 24, 2012

SEKALI OMBAK MEMUKUL PANTAI

Semalam masa tengah nak pergi bayar parking, sy terserempak dengan kawan lama semasa sama2 belajar di UiTM Shah Alam dulu. Sempatlah kami minum petang sambil cerita2 pendek pasal kawan2 lama.. Ada yang dah kahwin anak 2,3..ada yang dah berjaya jadi boss, jadi pengusaha kantin...yang tak kenal kawan pun ada...ahaksss.
Bila cakap pasal tu, memang ada jugak tempias2 diantara kawan2 sepengajian sy yang bila sudah menjadi orang berjaya dan berpangkat tinggi....bila berjumpa, dah macam tak kenal siapa kita..tegur setakat macam antara boss dengan pekerjanya padahal kita ni pernah berkawan rapat semasa belajar dulu...Teringat jugak cerita "Antara Dua Darjat"...Masa belajar, sama2 makan maggi... sama2 duduk belajar di library.. sama2 makan di kantin.. sama2 naik keretapi balik kampung....tapi itu semua kenangan masa belajar. Bak kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah... Bagi sy dan kawan2 yang mengenali, itu semua hanyalah salah satu rencah kehidupan dan sebenarnya kita tidak mengharapkan apa2 kecuali nilai sebuah persahabatan.....

Tuesday, October 23, 2012

CEPAT CEPAT CEPAT

Ani....!!! Angkat jemuran. Hujan dah turun. Asal petang aje, hujan mula turun membuatkan jalan mula banjir..tapi bukan banjir air, banjir dengan kereta yang berpusu2..bergegas2..bercepat2 untuk balik takut kalau lambat balik, jam lagi teruk tapi ianya akan jadi lagi jam dan lagi teruk kalau ada berlaku accident malah kalau kereta rosak tepi jalan pun boleh memberi kesan pada kesesakan...ahaksss. Pernah sy tempuh jam sepanjang 4 km, sesampai ke tempat punca jam, cuma kereta tayar pancit....Errrrr itu bukan punca jam, yang jadi punca jam ialah pemandunya adalah perempuan...hahaha. Semua pakay slow kereta.. nak tolong, hujan lebat...ahaksss. So tatkala sy menaip entry ni, cuaca diluar memang dah gelap gelita...tunggu masa je nak hujan... dan kalau hujan, sudah pasti rancangan astro malam ni tak dapat sy tonton kerana mangkuk ( seperti kata kak ct) astro sy jenis biasa, kalau jenis byond tu...pasti ok. Apa2 pun, kita kemas2 dulu, stand by nak balik...salam santai

Saturday, October 20, 2012

ASTRO OH ASTRO....

Bayangkan...bayangkan...bayangkan...Minggu ni sy tak dapat tgk siaran astro sebab hujan. Asal hujan aje tak dapat tgk astro. Sy dahlah ambik package RM120 sebulan...masa balik kerja ajelah waktu sy dapat tgk astro....tapi hampa, bukan itu aje, hari migggu pun bila hujan petang, sekali lagi sy tak dapat tgk astro.. Bila hujan berhenti pulak, tripple sekali lagi sy tak dapat tgk astro kerana rancangan yang ditayang semuanya ulangan.. jadi buat apa nak tgk..hampagas. Tapi kot mana pun, dapat tgk ke tak dapat tengok ke, caj tetap jalan... Kalau nak elok...beli astro byond, tapi dengan kuantiti masa yang ada, dengan caj yang dikenakan, memang tidak berbaloi... dan yang paling best, walau apa keadaan sekalipun, walau kita tak tgk astro ke, terganggu siaran ke, hujan ke, recorder rosak ke....astro tetap kena potong kalau tak bayar...ahakssss. Sekarang satu persoalan bermain di minda sy....perlukah sy berhenti melanggan ASTRO?
p/s : kawasan tempat sy ni, memang siaran tv biasa kurang jelas, itu yang sy kena pakai astro..ahaksss.

Thursday, October 18, 2012

CUKUP PERIT MENAHANNYA...

Pernah tak pada satu ketika satu masa satu hari dimana anda terperangkap dalam jam yang cukup panjang dan anda pada masa itu jugak menahan daripada nak 'throw small water'? Bagaikan seperti pepatah telur dihujung tanduk rasanya..ahaksss. Itulah yang sy rasa minggu lepas apabila terperangkap dalam jam yang panjang, di waktu hujan lebat dan cukup sejuk rasanya serta tidak kelihatan mana2 tempat mahupun petrol station untuk sy berhenti melepaskan resah dan gelisah akibat menahan siksa untuk membuang air kecil...perghhhh. Masa tulah macam2 gaya yang dibuat untuk menenangkan diri sendiri... goyang kakilah, bukak lagu tapi tak boleh menyanyi...hahaha kan dulu2 masa kecik2 kalau nak buang air kecik, orang2 tua akan menyanyi supaya senang kita ehemm ehemmm, buat donnolah,,,macam tak rasa apa2 je tapi sebenarnya dah memang tahap kritikal dah.... so apa yang terjadi? Dan akhirnya....dapat jugak sy menahan keperitan itu sehingga sy berjumpa dengan sebuah kedai makan....terus berhenti dan.... masa ni tiada pepatah fikir dulu sebelum buang... sebaliknya buang dulu sebelum fikir

Tuesday, October 16, 2012

BREAKFAST DI RESTORAN MAMAK SEKSYEN 24

Ehsan Google
Nampak gaya, kerja sy dah mula menimbun...sedikit demi sedikit incoming tray sudah mula meninggi walaupun sy cuba untuk 'merendahkannya' namun keesokkannya ianya tetap tinggi jugak...ahakss. Jadi nak tak nak, pasrah ajelah....ini memberi kesan yang mendalam kepada blogging sy. Masa yang sesuai cuma malamlah gamaknya, nak buat macam mana kan...blogging ni kita buat suka2, bukan cari makan..jadi kena buat dulu mana yang bagi kita gaji, barulah buat yang suka2...
Pagi ni sy breakfast di restoran mamak iaitu Sri Shazz yang terletak di Seksyen 24 Shah Alam. Bukan tujuan nak breajfast kat situ pun sebenarnya tapi dalam dok jalan2 nak cari tempat makan, restoran ni yang sy nampak dulu...so pekena kat sinilah. Sy order kopi o, roti bakar dan jugak telur setengah masak...macam biasalah, memang ini rutin breakfast sy....

Monday, October 15, 2012

LUNCH DEKAT SALERO NEGORI SS15

Antara lauk2 di Restoran Salero Negori SS15
Semalam on the way balik rumah, perut tengah lapar sangat2, ditambah pulak dengan hari hujan.. tercari2 kat mana ada kedai makan., so terjumpalah restoran Salero negori di Subang Jaya, SS15 kalau tak salah sy. Kalau masakan minang ni, paling sy suka ialah gulai tunjang dan bumbunya. Ada 2 lauk tu aje nak cukup menyelerakan... Kebetulan sebab hari hujan, maka tak ramailah orang kat situ, lauk pun masih banyak lagi, jadi sy order beberapa lauk lagi...tapi tak tahulah sy, ada beberapa tempat yang sy pernah makan masakan minang ni, kebanyakan harganya 'mahal'... jangan cakaplah restoran Sari Ratu, yang tu memang jika ada agenda2 tertentu je boleh makan disitu..maksudnya boleh makan disitu sekali sekalalah. Pernah sy pergi satu restoran minang di Shah Alam, makan nasi campur, kalau tak salah sy ambil 2 lauk je..Gulai tunjang dengan sayur campur dengan air teh tarik...kena caj RM14 kalau tak salah sy. Kata orang kalau dah mahal macam tu kira first and the last lah...tapi kadang2 sebab gatal, datang jugak lagi tempat tu...ahaksss. So apa aktiviti hujung minggu anda yang lalu. Ada yang menarik? story me.



Thursday, October 11, 2012

BERSARAPAN DI MASJID BULAT, SEKSYEN 14 PJ

Sarapan di Masjid Bulat Seksyen 14 PJ
Pagi ini, sy bersarapan di dalam kawasan Masjid Bulat, Seksyen 14 Petaling Jaya. Mulanya suasana agak sunyi, ada beberapa orang yang jugak bersarapan di sana, ada nasi dagang, nasi lemak, ubi rebus, cucur udang dan macam2 lagi juadah yang menyelerakan. Masa sy datang tu adalah dalam pukul 9.15 kot.. Lepas tu, kedengaran bunyi loceng dan dalam sekelip mata, daripada tempat tu sunyi, penuh semua kerusi dan meja dek budak2 sekolah agama yang belajar disitu, siap kerusi sy pun ada yang tengah tunggu..ahaksss. Memang lucu dan kelakar tengok gelagat budak2 kecik bila diorang sama diorang makan sambil berbual dan bergurau. Ada yang makan bekalan daripada rumah, ada yang beli makan situ aje, Harganya pun memang murah sangat...kot2 yang tukang jual tu ingat sy ni ustaz mengajar disitu kot...ahakssss.
Kenapa sy bersarapan disitu? Sebenarnya sy dalam perjalanan untuk menziarah saudara sy yang pernah sy melawat pada 2 minggu lepas ( ada sy tulis dalam entry yang lepas) yang telah pulang ke rahmatullah pada malam semalam. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. Semuga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Wednesday, October 10, 2012

KENAPA WANITA SUKA BERBOHONG

Entry lepas sy ada buat pasal kenapa lelaki suka berbohong...so seperti yang dijanjikan, kali ni untuk menyamakan keadaan supaya tidak berat sebelah, kita tengok pulak kenapa wanita suka berbohong..ahaksss. Sy google beberapa website dan banyak point2 yang diorang berikan tapi sy buat secara rumusan mana yang kerap dinyatakan aje ye...Antara sebab2nya adalah:
1) Menjaga hati pasangannya - Jika ada sesuatu pada diri anda yang wanita tidak suka, untuk tidak membuat anda terasa atau kecil hati, wanita akan berbohong atau akan mengatakan sesuatu yang lain dan bukan perkara sebenar.
2) Membuatkan orang suka kepadanya - Emmm...ironiknya banyak jugak keadaan ini berlaku dimana wanita sanggup berbohong supaya pasangan nya akan suka kepadanya terutama di awal2 perkenalan atau perhubungan.
3) Cuba menyembunyikan kisah lalu - Yang ini pastinya sesuatu yang agak sensitif atau sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh pasangannya kerana takut akan menjejaskan perhubungan mereka.

Banyak lagi sebab2 tapi nanti terlebih sudah pulak point daripada lelaki suka berbohong....ahaksss. Salam santai.

EXAM DULU EXAM SEKARANG

Minggu ni dah pun start exam PMR... cepat betul masa berlalu. Daripada zaman SRP hingga ke PMR dan akan datang langsung tak ada S, tak ada R, tak ada P dan M... Kalau dulu2 exam kalau orang tanya periksa pangkat berapa, kita akan jawab pangkat 1 atau 2 atau setidak2nya pangkat 3..sekarang ni berapa A's. Dalam A pun ada A plus lagi... Akan datang sudah pasti tahap dan kualiti pelajaran pun akan lebih meningkat menyebabkan mungkin kalangan ibubapa pun dah tak boleh nak ajar anak2 diorang...
Kalau zaman dulu2, tak payah pergi tuisyen. Ibubapa akan ajar mana yang diorang tahu atau abang dan kakak akan ajar adiknya dan selebihnya kita akan belajar sendiri atau setidak2nya tanya kawan2. Sekarang ni, tuisyen dah jadi macam kemestian pulak. Terlalu banyak faktor2 luaran dan dalaman yang menyebabkan kalau tak pergi tusiyen, susah budak2 sekolah nak belajar...Akan datang? Wallahualam...Apa2 pun, untuk adik2 yang menduduki peperiksaan PMR, Good Luck and do your very best.

Tuesday, October 9, 2012

SHAE - SAYANG

Dah lama tak buat entry lagu pilihan..so lagu pilihan bulan ini dari Jomsantaisekejap adalah lagu daripada Shae bertajuk sayang. Lagu yang cukup simple tapi sedap di dengar. Hayati liriknya sambil dengar lagunya daripada blog ini ye..


Sayang
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

OPAGANGNAM KOREAN STYLE DI SUMMIT USJ

Pakaian fesyen Korea di Summit USJ
Ooo pa gangnam style!! Musik korea memang dah menular kesana sini dan menjadi ikutan para remaja lebih2 lagi bila ada penyanyi lelaki yang kacak, handsome, macho dan penyanyi perempuan yang cantik dan sexy... memang menjadi ikutan. So trend tersebut bukan setakat ke arah nyanyian, tapi juga kearah bidang fesyen dan accessories yang mereka pakai. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan adalah di Summit USJ,  sempat sy melilau - lilau di sana minggu lepas, kalau tak salah sy ditingkat 3 kerana disitu banyak kedai yang menjual pakaian2 korean style, siap nama kedai pun ada dipanggil 2pm.com lagi...sepanjang berjalan disitu, memang tak sah kalau tidak dihidangkan dengan juadah lagu2 korea. Pelbagai warna kelihatan kerana thema fesyen korea ni kan dengan warna2 yang striking dan menarik pandangan mata kita..ahaksss. Tapi yang best tu, ada jugak signboard sempena sambutan Eid Mubarak.
Hari tu sy makan ringan aje sebab badan sy dah naik berganda sejak Hariraya dulu, sy 'jamah' makanan yang dinamakan dorayaki... alaaaa makanan kesukaan doraemon tu. Boleh tahanlah, ada pelbagai perasa dalamnya...perasa bubble tea pun ada. So kalau ada masa, nak tengok opa gangnam korea style...singgahlah di Summit USJ ye.

Monday, October 8, 2012

TRAGEDI OKTOBER

Dah balik semula hari Isnin. Kejap aje rasanya cuti hari minggu..di tambah pulak hujan yang turun mencurah2 pagi membuatkan sakitnya rasa, kenapa tak pulak hujan masa hari minggu yang lalu...ahaksss.
Hari minggu lepas nasib sy tak berapa baik, ada 2 perkara yang kelakar tapi menyedihkan berlaku pada sy. Entah macam mana, oleh kerana mata tak berapa mengantuk, maka sempatlah sy singgah blogwalking sana sini hingga pukul 1 pagi dan bila mata dah mengantuk, sy pun terlelap... Dalam terlelap tu, entah apa punya mimpi tapi rasanya macam ada adegan berlari2....bukan lari2 dan guling2 macam cerita hindustan ye, ni lari apa pun  sy tak pasti sehingga ada satu ketika sy nak melompat, terasa macam sy tak melayang dan akhirnya gedebuk.... sy jatuh katil. Nasib baik jatuh tu kira jatuh terduduk, kalau terbaring kena kepala...uhukssss. Nak ditambah malangnya, sy jatuh betul2 kat laptop sy menyebabkan screen laptop pecah..aduhssss. Inilah yang dipanggil Tragedi Oktober....

Saturday, October 6, 2012

BETUL KE LELAKI SUKA BOHONG?

Apa nak buat weekend2 macam ni? Nak tidur, rasanya macam dah terlebih tidur, nak berjalan rasanya macam dah terlebih jalan, nak makan rasanya macam dah terlebih jalan...nak blogging? ahakkss yang tu rasanya macam masih kurang lagi...tapi terlebih malas pulak yang terasa.
So...sy pun google2 sana sini mencari ideas nak tulis apa dan tertarik dengan satu kisah daripada penulis artikel " why men lie"...menarik ni tapi secara kasarpun kalau sy tak baca pun dah tahu isinya..ahakss. Macam pernah ku dengar ayat ni tapi di mana ye?
Sy pasti tak kira anda lelaki mahupun wanita, jika ada kuasa telepati pasti soalan yang ada difikiran adalah adakah pasangan anda berbohong kepada anda sekarang atau tidak?
Banyak sebab kenapa lelaki berbohong terutama kepada pasangannya tak kiralah yang bercouple atau lebih2 lagi yang dah berkahwin, antaranya adalah...jeng jeng jeng.
1) Lelaki berfikir pasangannya pasti tidak mahu mendengar jika mereka berkata benar. Macam contohnya, pasangannya bertanya muka sy ni cantik atau badan sy ni gemuk tak....
2) Lelaki berfikir pasangannya pasti akan marah atau benci jika mereka berkata benar. Macam contohnya manalah tahu tiba2 lelaki terkenang2 cerita lama kerana baru terserempak kekasih lama tiba2 disapa pasangannya dan bertanya apa yang dia ingatkan...apa nak jawab?
Sebenarnya banyak lagi sebab2nya tapi tak larat sy nak menanggung bebannya...hahaha. Lepas ni sy cari pulak artikel kenapa wanita suka berbohong pulak.

Friday, October 5, 2012

SEDIH! SEDIH! SEDIH!

ketika kecil....sudah besar? - Google
Airmata berlinangan jatuh berderai seperti hujan yang turun mencurah2 diluar. Kenapa nasib aku jadi seperti ini...mungkin itulah keluhan dari raut wajah Mak Esah yang duduk disudut katil disebuah rumah yang besar... tapi bukanlah rumah sendiri, rumah orang2 tua. Hidup sendirian tanpa kelibat anak2nya walaupun dia mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya bekerja dan berpangkat tinggi tapi tak seorang pun yang sanggup untuk menjaganya walaupun mengupah pembantu rumah sekalipun... Sedih! Mak Esah bukanlah orang kaya. Orang kampung biasa dan sejak kematian suaminya dialah yang menjaga kelima2 anaknya, sehingga kesemuanya dapat masuk ke peringkat universiti. Tanah di kampung walaupun kecik, sanggup dijual hanya untuk melihat anak2nya berjaya....tapi apa dah jadi kepada Mak Esah sekarang? Sedih!
Baik lelaki mahupun perempuan, semua anak Mak Esah macam lebih suka menempatkan ibu yang mengandung dan membesarkan mereka di rumah orang tua daripada meletakkan Mak Esah dirumah mereka walaupun ada di antara mereka mempunyai 2 orang gaji...Sedih!
Apa dah jadi? Teringat sy dulu2 bila ada saja kursus motivasi, bila digelapkan dewan, kemudian dimainkan lagu sedih, mc menyampaikan sebuah sajak tentang pengobanan ibu...satu dewan menangis. Tapi cukup ke sekadar tangisan kalau Mak Esah masih di hantar ke rumah orang tua2? 

ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN

Panduan ni sy ambil daripada blog rakan sy cik siti radz...tertarik pulak sy membacanya walaupun secara kasarnya mungkin ada yang sudah tau tapi ada jugak yang tidak dapat nak membezakan antara tanggungjawab dan tugas atau kewajipan...so renung2kanlah.
Jangan kita terlupa.......
Ada suami yang lupa bahwa ibu lebih utama daripada isteri
Ada isteri yang lupa bahwa suami lebih utama daripada ibu
Ada ibubapa yang lupa bahwa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya daripada ibubapanya
Ada anak lelaki yang lupa tanggungjawab menjaga ibubapa terletak pada mereka lebih daripada anak perempuan
Ada isteri yang lupa dia lebih terikat dengan suami dan ibubapa suami lebih daripada ibubapanya sendiri.



Thursday, October 4, 2012

KARANGAN YANG TAK SUDAH

Cita-cita aku tak tinggi sangat. Aku cuma nak menyambung kerja-kerja yang telah dijalankan oleh ibu dan ayah aku iaitu sebagai pekerja kilang, tapi kalau boleh aku nak kerja kilang yang ada air cond. Ibu aku bekas pekerja kilang buat periuk. Ayah aku pulak supervisor disebuah kilang benang. Jadi kalau diorang balik pasti tak ada cerita lain, semua cerita pasal kilang, benang dan periuk..ahaksss. opsss karangan mana boleh ketawa-ketawa...Jadi aku membesar dalam suasana kilang kerana kami jugak tinggal di rumah yang disediakan oleh majikan ayah saya. Bila ada saja sesi suai kenal di sekolah dan bertanyakan pasal cita2, aku dengan bangga diri akan menjawab aku bercita2 ingin menjadi seorang pekerja kilang. Tamat saja SPM, aku tak tunggu lama untuk mencapai cita2 aku, terus aje aku memohon kerja ditempat kilang ayah aku bekerja dan tadaaaaa...tercapailah cita2 aku sedangkan rakan2 aku yang lain masih meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bermakna mereka belum mencapai cita2 mereka sedangkan aku sudah..ahaksss opsss tak boleh ketawa-ketawa bila buat karangan....
Sekian saja karanagn saya buat kali ini...sehingga berjumpa lagi di karangan akan datang, itupun jika karangan ini lulus....

TAK PATUT BETUL....

Baru aje nak berjinak dengan google adsense, dah iklan ditarik balik, patutlah ada bloggers yang pesan tak payah pakai google adsense sebab sampai satu tahap, diorang suka2 hati je akan ban iklan atau lebih tepat dipanggil disabled ads... Sy tak kisahlah kalau semua itu disebabkan langgar pantang larang ke, tapi alasan yang diberikan adalah kerana salah satu entry sy berbau keganasan atau dipanggil violation..perghh, mendalam dan menusuk betul alasan tu tapi anda nak tahu apa tajuk entry sy tu? Tajuknya adalah berbunyi " Kata orang, jika nak bercinta kena ada ayat power" Ada bunyi atau bau violation tak kat situ? dan yang mengejutkan entry tu sy post pada akhir tahun 2010 tapi baru tahun 2012 di ambil kira...tak sayu ke rasanya,,,ahaksss. Emmmmm  hanya diorang aje yang tau maksud yang tersurat dan tersirat...Malas sy nak cakap lebih2, nanti ada benda lain pulak yang diorang ban....peace no war...ahaksss

Tuesday, October 2, 2012

APA CERITA PAGI NI?

Masterchef musim ke 2
Pagi2 tadi waktu sy nak isi minyak di stesen Petronas, terbaca sy di muka depan akhbar Harian Metro pasal seorang dj radio diculik kerana menolak cinta daripada seorang gangster....tapi ada jugak salah seorang penculik yang seperti berat nak melakukan sesuatu yang lebih berat, so diorang pakat melepaskannya.....
Apa2 pun, anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai cerita itu di Harian Metro 
Pagi ni sy bersarapan di kedai mamak, pekena teh tarik dan jugak puri dengan kuah kari. Boleh tahan jugak rasanya tapi sayangnya puri tu dah sejuk, kalau tengah panas rasanya pasti lebih sedap. Cakap pasal rasa ni, anda semua ikuti tak rancangan Masterchef musim ke 2 di Astro Ria? Memang seronok bila kita lihat rancangan masakan ni bercampur dengan realiti shownya...kira lari sikit daripada rancangan hiburan seperti AF ke, Mentor ke...

Monday, October 1, 2012

MAJLIS KAHWIN DI TEPI TASIK PUTRAJAYA

Majlis kahwin di tepi tasik Putrajaya
Ingat tak beberapa minggu lepas yang sy ada jemputan majlis kahwin di Putrajaya. Leka tengok rancangan Astro, sy sampai di majlis tu adalah dalam pukul 3 petang kot, majlis habis pukul 4, makan memang sempat, cuma nak tgk pengantin bersanding dan kepang kepung kepang kepung tu tak sempatlah. Walau macam mana pun, suasana majlis yang di buat di suasana outdoor tu memang menarik, tempat orang2 beriadah ditepi tasik Putrajaya dengan angin sepoi2 serta syahdu meniup kalbu membuatkan sy semakin berselera untuk makan walaupun caterer dah nampak macam standby nak kemas..ahaksss. Ada jugak kelihatan ramai yang berbasikal mengelilingi tasik dan bila kita pergi ke tepi tasik tu sendiri, banyak ikan2 yang berenang2 ditepian.. ada jala memang dan selamat ikan2 tu. Ramai jugak yang sy lihat datang berkelah dan makan2 di tepi tasik, bawak tikar dan makanan sambil melihat keindahan tasik serta bandar Putrajaya...

IT FAIR DI ALAM SENTRAL

Promosi IT di Komples PKNS

Hari minggu yang lepas apa aktiviti anda? Pasti ada perkara2 yang menarik tertarik teh tarik yang anda lakukan kan kan kan? Sy macam biasalah berjalan sambil bersantai kesana sini dan kawasan yang menjadi persinggahan sy tak lain dan tak bukan ialah di Kompleks PKNS Shah Alam dan Alam Sentral. Emmm ada promosi IT di kedua-dua tempat... Banyak gadget2 computer, laptop dan handphone dijual dengan harga yang sangat murah. Sy sempat beli beberapa barang termasuk thumbdrive 8G yang berharga cuma RM10 je. Murahkan?  Tapi mintak maaflah, sy lupa pulak nak tengok promosi diorang tu sampai bila, tapi rasanya kalau promosi2 macam tu, hari minggu kira hari last kot…ahaksss.
Di ruang legar Alam Sentral ada persembahan daripada beberapa artis yang sy tak kenal, tapi memang gamatlah…tapi sound system diorang terlalu kuat sangat sampai kat booth2 kedai jualan tak dengar apa yang jurujual nak cakap…kena cakap macam nak menjerit baru dengar..ahaksss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails