ketika kecil....sudah besar? - Google |
Airmata berlinangan jatuh berderai seperti hujan yang turun mencurah2 diluar. Kenapa nasib aku jadi seperti ini...mungkin itulah keluhan dari raut wajah Mak Esah yang duduk disudut katil disebuah rumah yang besar... tapi bukanlah rumah sendiri, rumah orang2 tua. Hidup sendirian tanpa kelibat anak2nya walaupun dia mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya bekerja dan berpangkat tinggi tapi tak seorang pun yang sanggup untuk menjaganya walaupun mengupah pembantu rumah sekalipun... Sedih! Mak Esah bukanlah orang kaya. Orang kampung biasa dan sejak kematian suaminya dialah yang menjaga kelima2 anaknya, sehingga kesemuanya dapat masuk ke peringkat universiti. Tanah di kampung walaupun kecik, sanggup dijual hanya untuk melihat anak2nya berjaya....tapi apa dah jadi kepada Mak Esah sekarang? Sedih!
Baik lelaki mahupun perempuan, semua anak Mak Esah macam lebih suka menempatkan ibu yang mengandung dan membesarkan mereka di rumah orang tua daripada meletakkan Mak Esah dirumah mereka walaupun ada di antara mereka mempunyai 2 orang gaji...Sedih!
Apa dah jadi? Teringat sy dulu2 bila ada saja kursus motivasi, bila digelapkan dewan, kemudian dimainkan lagu sedih, mc menyampaikan sebuah sajak tentang pengobanan ibu...satu dewan menangis. Tapi cukup ke sekadar tangisan kalau Mak Esah masih di hantar ke rumah orang tua2?
KESIANNYA.... KACANG LUPA KAN KULIT....
ReplyDelete@yunid@ti - ni bukan lupa kulit, lupa terus asal usul dia dtg dari mana... ahaksss
ReplyDeletehuuh, itulah namanya manusia...sy ni klu mak nk ikut duk cni, mmg da lm kems2 beg beliau ajk dtg. tp sayang, mak lebey suka duk umah sdri..humm
ReplyDeletesungguh!
ReplyDeleterugilah bagi mereka yg mengabaikan kebajikan kedua ibubapa mereka.