Thursday, March 29, 2012

SELESAI SUDAH BLOGCOMMENT 3

Perghhhh...selesai sudah misi mengomen blog2 rakan bloggers tapi tak dapat capai target kerana line internet yang teruk..lambat sangat. Rasa2nya kalau selalu lambat macam ni, nak tukar line DIGI ke line internet lain. Masa mula2 dulu rasanya laju je macam air terjun, sekarang ni dah mula tersekat2 walaupun tak ada guna youtube atau download apa2...dah ramai pengguna kot..ahaksss.
Cakap pasal blogcomment 3 sy tu, jumlah yang dapat sy komen dalam satu hari adalah 166 blog berbanding target asal sy nak komen 200 blog, Blog pertama yang sy komen adalah blog Kak CT payong kita dan di akhiri dengan blog Diarena. Bila berkunjung ke blog2 rakan2 bloggers ni, memang banyak sangat cerita2 yang sy baca sampai kadang2 tu sy tersangkut jugak ke satu2 blog sebab asyik baca entry diorang.
So, kita sambung balik entry2 biasa ye...ahakssss. Salam santai

Tuesday, March 27, 2012

BLOGCOMMENT 3

Ahaksss...dah datang balik musim untuk mengomen...baca betul2 ye. Dulu pernah sy buat dua kali dan yang terakhir tu sy sempat komen di 800 blog dalam masa 2 hari. Saja bagi motivasi kat diri sendiri sambil menerjah rakan2 bloggers dan meluaskan ilmu dan jugak merapatkan siratulrahim antara bloggers walaupun tak kenal... So kali ni, sy tak target tinggi kerana kesibukan kerja dan kekurangan masa, maka sy cuma akan buat blogcomment ke 200 blog dalam masa sehari bermula malam ini....
Harap2 line internet ok, kalau tak memang kacau sebab sejak dua menjak ni, line DIGI memang teruk sikit. So wish me luck..ahaksss, macam nak masuk periksa pulak...

BILA CINTA PERTAMA JADI KEDUA - THE MOVIE

Cerita ini mengisahkan bagaimana Daniel, seorang yang bekerja dan mempunyai perwatakan menarik serta kacak telah jatuh cinta dengan seorang model yang cantik bernama CT. Dengan package yang ada pada Daniel, dengan mudah CT jatuh cinta kepadanya dan mereka pun berkahwin. Pada peringkat permulaan, perkahwinan mereka memang bahagia sehingga datang Dilla, yang datang dari kampung di ambil sebagai pembantu rumah. Dalam diam2, Daniel mula jatuh hati kepada Dilla kerana perwatakannya yang berbeza daripada CT. Dilla mula menyedari akan perubahan sikap Daniel kepadanya yang mula berlembut walaupun pada asalnya selalu menengking dan marah kepadanya tanpa sebab. Oleh kerana Dilla sedar siapa diri dia, maka dia mengambil keputusan berhenti kerja, namun sentiasa di ekori Daniel walau sampai ke kampung Dilla. CT yang mengetahui cinta Daniel beralih arah mula bermain kayu tiga dan menjalin hubungan dengan Azman, rakan baik Daniel. Apakah kesudahan cerita ini?? Apa yang perlu anda lakukan adalah tunggu kerana cerita ini masih belum ada skrip, masih belum di arah oleh sesiapa, masih belum ada pelakun dan masih belum pasti bila akan berada di pawagam... ahaksssss.

Monday, March 26, 2012

ADAKAH PELUANG KEDUA?


Saat2 romantis dlm My Girl Amnesia
Semalam dalam dok belek2 cerita kat Astro, sy terlekat kat sebuah cerita Filipina berjudul 'My Amnesia Girl' yang mengisahkan tentang bagaimana seorang pemuda handsome lakunan John Llyod Cruz ..ahaksss yang tiba2 menghilangkan diri atas sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan pada hari perkahwinannya dengan seorang gadis yang cun lakunan Toni Gonzaga..ahaksss. Kemudian dia terasa menyesal dan ingin meminta maaf serta cuba untuk menebus balik kesilapannya tetapi hampa apabila perempuan itu mengalami 'kemalangan' dan tidak ingat apa2 termasuk siapa lelaki itu menyebabkan lelaki itu berusaha keras untuk mengembalikan ingatan dengan mengingatkan semua detik2 indah mereka berdua termasuk bagaimana mereka mula2 berjumpa...cukup sayu dan romantik ada jugak komedi2nya...Tergelak sy bila melihat lelaki itu sanggup buat apa saja turun naik lif beberapa kali, ada jugak sy meleleh bila lelaki itu menceritakan saat2 bagaimana mereka bertemu pada penghujung cerita itu.. Dipenghujung cerita, apa bila mereka mula menyedari akan cinta masing2 dan ingin bertemu disuatu tempat, tiba2 lelaki itu mengalami kemalangan dan dia pulak hilang ingatan dan sadisnya, kini giliran perempuan itu pulak untuk mengembalikan ingatan lelaki itu.. .. Teringat jugak sy pada sebuah cerita Inggeris yang bertajuk 50 first dates lakunan Adam Sandler dan Dew Berrymore jugak mengisahkan tentang kekasihnya mengalami amnesia tetapi tu lagi teruk kerana dia akan lupa tiap2 hari bila dia bangun pagi..ahakssss.
Terfikir sy dalam dunia realiti. Adakah peluang ke dua untuk kita? Kita ketepikan soal2 yang lain...kita cakap pasal bab percintaan je...Adakah kita akan memberikan peluang ke dua kepada orang yang pernah mengecewakan kita suatu ketika dulu? Dapatkah kita membuka pintu hati kita kepada orang lain setelah kita dikecewakan sebegitu rupa? Atau....dapatkah kita melupakan cinta pertama kita walaupun dia pernah mengecewakan kita?.........argghhhh.

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012
Pada hari Ahad lepas, sy sempat ke UiTM Shah Alam untuk menyibuk kan diri dengan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 dari semua katogeri pengajian untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM dan jugak karnival yang diadakan di kolej mawar. Memang meriah tapi terlalu ramai yang datang sampai nak parking pun tak ada tempat, hampir sejam sy berlegar dengan kesesakan untuk cari parking. Bila dapat parking anda terpaksa berjalan sejauh beberapa ratus meter, kemudian naik tangga mini batu caves dan kemudian memasuki dewan chanselor yang penuh sesak... Teringat waktu sy belajar disini dulu.. ahaksss. Masa dulu2 tak adanya apply online mahupun ada hari terbuka. Kena tulis surat sendiri dan kemudian isi dan pos balik... Sekarang semua U kita apply hanya dengan satu klik je...dan tunggu jawapannya. 
Bila cakap pasal belajar ni, sy rasa bila dah kerja ni, terasa macam nak belajar balik. Terasa macam nak rasa balik suasana belajar...tak perlu fikir apa2 kecuali belajar dan enjoy waktu kita berada disitu. Tapi masa tetap berlalu kan...Teringin macam mana sekalipun, kita tetap berada di mana kita sekarang dan apa yang kita ada sekarang....So, bagi adik2 yang akan memasuki dunia pengajian di mana2 IPTA mahupun IPTS, belajar sebaik mungkin dan enjoy dengan keadaan yang ada disana....

ALAHAI KAHWIN LAGI

Taman Tasik Ampang Hilir - memang cantik
Beberapa hari lepas, sy sempat menghadiri majlis perkahwinan saudara yang di adakan di dewan serbaguna di tasik ampang hilir kalau tak salah sy. Kira berdekatan dengan rumah2 kedutaan kat situ...sesat jugak sy nak kesana kerana tak pernah ke kawasan situ, tapi lepas tanya beberapa orang pak polisi, akhirnya sampai jugak walaupun sebenarnya tempat tu sy dah lalu pada mulanya... Cuaca hari tu cukup2 panas, jadi anda pasti tahu sesampainya disana walau makanan sesedap mana, sy akan capai minuman dulu...sambil menikmati pemandangan tasik nya yang bersebelahan dengan dewan tu..cukup indah walaupun cuaca panas terik...
Petangnya ada jugak jemputan majlis perkahwinan kawan sy tetapi di area Shah Alam, jadi memang tak berkesempatan untuk pergi kerana keadaan jalan yang agak jam teruk pada hari tu..ada beberapa kereta dan lori yang rosak...kalau satu je rosak, pasti jamnya berkilo2 meter jauhnya, tambah lagi dengan cuaca panas.. package betul. Anyway, kepada mereka semua, Selamat Pengantin Baru ye...Semuga bahagia ke anak cucu.

Thursday, March 22, 2012

BILA CINTA PERTAMA JADI KEDUA

Semalam waktu sy singgah sekejap di Seven E untuk membeli top up, adalah 2 orang perempuan warga Indonesia yang jugak sedang nak beli barang di sana. Oleh kerana diorang sampai dulu di kaunter, maka sy beraturlah belakang diorang..entah macam mana tiba2 ada pulak barang yang agaknya diorang terlupa nak beli, jadi salah seorang daripada mereka terus mengambil barang yang diorang terlupa nak ambil sambil sempat menoleh ke arah sy, dan terus meletak kannya ke kaunter..Lepas diorang bayar, sy pun memesanlah kat cashier top up Digi sebab line broadband sy tu bila2 masa je akan habis...Bila sy keluar daripada Seven E tu rupa-rupanya 2 orang perempuan tadi masih menunggu di luar. Salah seorang daripada mereka menegur sy....
"Abang ni yang duduknya di rumah pagar warna putih tu ye?" ... sy pun jawab ye lah sbb soalan direct macam tu takkan sy nak cakap tidak...sy pun bertanya kenapa. Seorang perempuan lagi menjawab..
"Abang mahu pakai bibik tak?".... Ahakssss. Sy dengan pantas terus cakap tak ada. Diorang pun terus pergi berjalan kaki ke taman perumahan yang berdekatan. Tertanya jugak sy, kenapa diorang tanya sy dan bila masa pulak diorang ni nampak sy tinggal di situ....
Opssss lupa. Entry ni tak ada kaitan pun dengan tajuk di atas...ahaksss. Tajuk di atas adalah entry akan datang sy...

PERNAH SEKALI AKU DI.....

Pernah dulu...
Pernah sekali...
Pernah satu ketika hati ini dilukai. Cukup terhiris. Cukup dalam rasanya hingga tiada lagi airmata untuk ku membasahi bumi. Tak pernah ku duga semua itu akan berlaku dalam kemesraan dan keindahan kasih sayang yang kita lalui bersama. Dalam bercinta mengapa selalu ada orang ke tiga? Mengapa selalu ada saja dia? Di antara beribu bintang, hanya dirimu yang paling terang... tapi semakin lama dirimu semakin jauh.
Teringat lagi dimana kita selalu bercakap pasal kehidupan kita di masa depan, impian itu ini yang nampak cukup sempurna setiap kali kita bersama. Belaian dan kerinduan tak pernah lekang, kata2 cinta tidak pernah hilang dari bibir kita... tapi semua itu tinggal kenangan. Dirimu benar2 telah berubah. Tiada lagi kemesraan, tiada lagi masa untuk ku, tiada lagi kata2 cinta....semuanya hanya kerana dia? 
Ye tuan-tuan dan puan-puan, sebuah luahan rasa daripada En Semail Tukiman daripada Kg Cempaka untuk kita renung-renungkan pada pagi ini....ahaksssss.

Tuesday, March 20, 2012

MAKIN MENJADI JADI PULAK

Baru beberapa hari lepas, masa sy balik rumah daripada bercuti, sy dapati gunting pemotong rumput sy hilang. Masa mula2 sy pindah dulu, besi kat depan rumah sy yang pemaju letak kat longkang hilang, ini pemotong rumput pulak...aduhsss. Sekarang ni, asal apa saja nampak, diorang sapu. Pendek kata semua barang kena simpan dalam rumah. Ada pengawal keselamatan pun ( bukan pengawal peribadi..ahaksss ) masih boleh terjadi jugak kejadian curi dan samun. Agaknya kena buat rukun tetangga macam dulu2 kot...tapi siapalah yang nak join kalau masing2 sibuk dengan aktiviti harian diorang? 
Lagi satu hal, sejak kebelakangan ni, makin banyak pulak cerita2 pasal anak hilang...kita tak payah cakap pasal jumpa atau tidak tetapi persoalan nya kenapa? Nak2 budak2 kecil yang tak tahu apa2 dan masih belum cukup masa untuk diorang merasakan apa yang ada di dunia ni...Nak mendapatkan seorang anak bukannya senang, bila dah dapat, hilang macam tu aje.... 

BELAYAR DIPANTAI LIDO

Cruise di Danga Bay
Sambung sikit pasal sy bercuti sambil menguruskan majlis perkahwinan adik sy tempohari di Johor Bahru. Ada sy beritahu pada anda yang sy sempat singgah di Danga Bay. Tempat tu memang meriah tetapi oleh kerana harga tiket terutama di tempat permainan yang bagi sy terlalu mahal menyebabkan pengunjung mula berkurangan, kecuali untuk berjalan2 saja. Berdekatan dengan Danga Bay ada satu pelabuhan kecil yang digunakan untuk kapal melancung atau travelling cruise yang memang khas untuk para pengunjung menikmati keindahan pantai lido daripada sudut pemandangan dari sungai sambil dihiburkan dengan pelbagai band muzik di dalamnya. Untuk yang berhoney moon pun rasanya cukup romantik jika ada belayar dengan cruise. Biasanya ianya belayar waktu malam je kot...sy tak pasti sebab bila malam kita nampak lampu2 berwarna warni bergemerlapan indah memecah kegelapan malam....Di tepi Danga Bay jugak banyak restoran2 yang menyajikan pelbagai makanan termasuk satay, masakan thailand, western dan macam2 lagi termasuk jugak kedai2 permainan yang menarik pelancung yang datang disitu buat pertama kali... ahakkssss. 

JEJAK JEJAK LONGLAI

kucing kak ct.. ahakss
Rasa kemalasan mula melanda setiap pagi isnin... Mata kelat betul nak bukak, badan berat betul nak bangun, tapi terpaksa jugak dengan kudrat yang ada melangkah longlai...ahaksss..merepek sekejap pagi isnin ni.
So pagi-pagi ni sebab idea tak berapa nak jelas lagi, masih samar2...maka biar saja sy cerita pasal apa sarapan sy pagi ni.. ahaksss. Pagi ni sy makan nasi goreng dengan sambal ikan bilis bersama dengan teh tarik ( kurang manis ) walaupun rasanya masih manis...tapi sorry tak sempat nak ambil gambar sebab busy menjawab email2. So apa sarapan pagi anda? Tekak sy pun tak berapa elok pagi ni sebab selsema masih belum baik lagi tapi makan tetap telan jugak. Sana sini memang ada je yang demam dan selsema. Bila musim dia datang, memang penuh klinik...harap2 beberapa hari ni elok sikit keadaannya. Salam santai untuk anda semua.

Monday, March 19, 2012

CINTA YANG TERSIRAT 2

Bagi cintazulaikha dan dill...dan bagi mereka yang ada membaca entry Cinta yang tersirat sebelum ini, sambungan ceritanya begini.....
Setelah bertahun berpisah, akhirnya kawan sy yang sy beri nama Daniel (bukan nama sebenar ) dan jugak kawan sepermainannya dulu yang sy panggil Atiqah berjumpa juga akhirnya dalam suasana yang tidak mereka duga...terjumpa sewaktu berada dilapangan terbang subang dimana Daniel hendak berlepas ke Penang dan Atiqah hendak balik ke Johor Bahru...Kerana kesuntukan masa, mereka hanya dapat bertukar nombor handphone dan bila berbalas sms, maka dari situlah rupa2nya masing2 sebenarnya mempunyai perasaan yang sama...sayang antara satu sama lain sejak dulu lagi...sejak mereka masih duduk berjiran dan dalam satu taman perumahan yang sama...Malangnya, cinta yang mereka rasakan, yang mereka ingin luahkan seperti satu cinta yang terlarang...bukan pada masa dan tempat yang sesuai kerana masing2 sekarang sudah pun berkahwin...Mengikut pada cerita, disaat Atiqah ingin berkahwin pun dia masih menunggu untuk bersua dengan Daniel dan begitu jugak Daniel tetapi dah namanya tiada jodoh, tak terjumpa jugak mereka sehingga masing2 berkahwin.... 
Beberapa bulan yang lepas sy ada menalipon Daniel kerana ingin menjemput dia ke majlis perkahwinan adik sy sambil bertanyakan jika dia masih mempunyai nombor talipon kawan2 sy yang lain dan sempat jugak sy bertanyakan tentang hubungan dia dengan Atiqah. Dia hanya menjawab..... " Biarlah apa yang kami ada ini menjadi suatu cinta yang tersirat, mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi"......

Saturday, March 17, 2012

MAKAN-MAKAN DI MUAR

Satay perut sy order di Muar
Hari tu ada sy cakap pasal sy singgah di Muar sekejap sebelum bertolak balik ke KL. Tujuannya adalah untuk memenuhi hajat perut sy yang ingin makan satay perut pada waktu sarapan pagi dan jugak pekena asam pedas tengaharinya. Memang sedap satay perutnya walaupun ada jugak satay daging, ayam, hati dan limpa tapi bagi sy satay perut memang the best. Di Muar memang satay menjadi hidangan sarapan pagi selain daripada mee jawa, mee rebus dan lontong. Kalau tengahari pulak, makanan yang paling popular adalah asam pedas dan mee bandungnya...perghhh memang ternaik sedapnya. 
Asam pedas ikan mayong
Ada banyak tempat restoran yang menjual asam pedas yang sedap2 di Muar. Selalunya sy pergi di bahagian tepi Tanjung Muar atau dikenali Tanjung Emas dan juga di jalan Joned. Tengahari tu sy makan di kedai makan yang terletak di jalan joned. sy order asam pedas ikan mayong.. dapat pulak bahagian kepala ikan, memang menyelerakan. Ada jugak beberapa kedai di tanjung agas yang sy lihat ramai yang makan disana. Anyway, bagi anda yang ada kesempatan singgah di Muar pada waktu pagi atau tengahari, jom pekena satay dan asam pedas diorang...
Satu lagi makanan yang selalu orang buat kunyah2 kalau bersantai di tepi sungai Muar adalah mee siputnya. Memang garing dan sedap. Cuma sekarang harganya dah mahal sikit, kalau dulu sepeket boleh dapat dalam RM1.50 sekarang rasanya dan jadi RM1.70 atau RM1.80 kot... Selalunya orang akan beli berpeket2 bawak balik ke KL...ahaksss tu yang kadang2 bila sy nak beli diorang cakap habis sebab ada yang borong bawak balik KL...

CINTA YANG TERSIRAT

Cinta kadangkala datang pada waktu yang salah dan pada orang yang salah... kalau kot bahasa inggerisnya, wrong time wrong person. Adakala, cinta hanya dapat di lafazkan hanya setelah ketiadaan seseorang atau selepas seseorang itu pergi jauh, barulah kita terasa bahwa kita mempunyai perasaan terhadap seseorang .. Tapi ada jugak cinta yang tidak dapat hendak kita lafazkan kerana bukan tempat dan waktunya yang sesuai......
Pernah dulu seorang kawan sy yang tinggal berdekatan dengan rumah keluarga sy mempunyai seorang kawan perempuan yang rapat, seperti adik beradik kerana jarak umur mereka adalah dalam beberapa tahun. Pada waktu itu belum ada terasa apa2 perhubungan yang istimewa selain daripada hubungan suci kawan dan jiran seperti orang2 lain jugak... Entah macam mana, keluarga perempuan itu telah mendapat rumah baru dan terpaksa berpindah daripada situ. Lama kelamaan, akibat perpisahan itu, mereka menjadi rindu dan barulah mereka sedar bahwa antara mereka ada mempunyai perasaan tetapi malangnya mereka terputus hubungan kerana kawan sy itu jugak tidak lama selepas itu berpindah ke tempat lain... Hampir beberapa belas tahun mereka terpisah akhirnya mereka bertemu tetapi dalam keadaan yang berbeza. Kedua2nya sudah pun berkahwin... ahakssss. Apa terjadi kepada mereka sekarang? Nanti sy beritahu anda next entry...

Friday, March 16, 2012

DE'MEISES - DENGARLAH BINTANG HATIKU

Kumpulan De'meises
Untuk lagu pilihan bulan ini daripada Jomsantaisekejap adalah lagu daripada kumpulan De'meises yang bertajuk Dengarlah Bintang Hatiku. Cukup simple lagu ni tapi memang syahdu bila mendengarnya. Anda boleh layari di youtube untuk melihat video clip....

Dengarlah Bintang Hatiku
Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang kutuju

Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan tepati

Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu
dan ku takkan mengeluh
kerana bagiku engkaulah nyawaku

TERSENTUH DAN DISENTUH

ehsan goggle 
Bila kita sendirian, bila kita terdengar lagu nostalgia dulu2, bila kita melihat barang2 yang pernah kita terima atau beri, bila kita singgah atau sampai ke tempat2 yang banyak memberikan kita kenangan, pasti kita akan teringat cerita dulu2 tidak kira cerita pahit manis, kehidupan atau percintaan. Kadangkala kita masih tidak dapat nak melupakan apa yang berlaku dan se akan tidak percaya masa berlalu begitu pantas... macam baru semalam perkara itu berlaku.....
Sewaktu majlis perkahwinan adik sy tempohari, ramai rakan2 dan kawan2 arwah ayah yang datang walau dari ceruk mana mereka berada. Ada yang daripada Singapura, ada yang dari pontian, ada yang dari batu pahat dan jugak Kuala Lumpur. Walaupun sy hanyalah wakil bapa pengantin namun terasa benar akan keakraban mereka semua satu ketika dulu sewaktu mereka sama2 bekerja di sebuah kilang kain / benang. Mereka semua berpisah setelah kilang itu ditutup dan masing2 membawa haluan masing2 tapi kata orang, umur dan jarak bukan penghalang persahabatan mereka.
Apa2 pun, terimakasih kepada semua rakan2 dan kawan2 arwah ayah yang sudi datang. Untuk arwah ayah, anakmu hanya dapat menadah tangan mendoakan agar ayah sentiasa berada di kalangan orang2 yang beriman. Amin......

KENANGAN PANTAI LIDO

Pemandangan pantai lido sekarang
Cakap pasal pantai lido ni, teringat sy waktu dulu2 masa lepas saja sy grade, tgh nak cari kerja. Sy dan kawan sy yang sy panggil Nya, bercadang nak 'overnight' di pantai lido...saja2 je menghabiskan masa melihat keindahan pantai lido waktu malam sehingga menjelang pagi.. Pada mulanya semuanya berjalan lancar. Kami berjalan2 sambil melihat telatah manusia dan juga melihat pemandangan lampu2 daripada Singapura..Dalam agak2 dah pukul 12 tgh malam tu, kami pun dah keletihan daripada mengukur jalan sepanjang pantai lido tu, kami pun bercadang nak berehatlah kat tepi pantai sambil baring2 kat kerusi rehat. Tiba2 datang sebuah van yang penuh dengan orang berhenti betul2 kat belakang kami. Turunlah satu persatu orang yang tidak kami kenali, pada mulanya sy ingatkan diorang ni macam kami jugak nak overnight...bila kami perhatikan betul2, mak oiii..angkatan auww auww turun cari pelanggan... Belum sy sempat nak beredar, dah kena tarik tangan sambil di sapa " Nak kemana bang?" ... Malam tu kami putuskan untuk meneruskan overnight kami...tapi bukan di pantai lido, di rumah masing2...ahaksss.

Thursday, March 15, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU

Selamat Pengantin Baru Mynn dan Nizar
Seminggu cuti tapi bukanlah melancung atau melencung, sebaliknya sibuk dengan majlis perkahwinan adik sy yang ke 3 di Johor Bahru. Cukup meriah kerana ramai saudara mara yang jauh dan dekat, yang kenal dan tidak, sahabat handai sy yang lama2 serta kawan2 seperjuangan arwah ayah...perghh kalau nak bilang memang tak terkira..Sampai mak sy pun boleh tertidur di kerusi bila semuanya berakhir kerana kepenatan.
Bermula daripada hari akad nikah, sy terpaksa bangun pagi untuk ke masjid kerana sy menjadi wali kepada adik sy. Pertama kali menjadi wali, memang seram sejuk jugak kerana sy jugak ada waktunya bersalaman dengan tok kadi...macam terasa sy pulak yang bernikah...ahakssss. Makanan dan minuman serta semuanya hasil daripada bantuan jiran2 disitu. Masak secara gotong royong dan rewang, memang ternampak perpaduan dan kerjasama serta perihatin sikap penduduk2 disitu. Semua rumah jiran berdekatan digunakan sepenuhnya. Ada yang digunakan untuk membasuh, ada yang digunakan untuk karaoke, ada yang digunakan untuk membuat air dan memasak dan lain2. Tak payahlah sy cerita suasana majlis perkahwinan tu, yang pastinya cukup meriah dan semuanya berjalan lancar...opsss lupa, Sy dapat RM3.50 masa acara pengantin membaling gula2 dan duit..hahahaha.
Penduduk rewang masak
Dalam dok sibuk2 masa majlis perkahwinan tu, sempat jugak sy selit2 pergi jalan2 ke pantai Lido dan Danga Bay, Johor Bahru. Dah lama sangat sy tak melihat perubahan2 yang berlaku. Pantai Lido tu kira dah tinggal nama jelah sebab banyak kawasan dah ditambak dengan batu2 untuk proses pembangunan di sana terutama projek Iskandar. Kat Danga Bay tu sy cuma jalan2 jelah sebab dah tahu dah harga kat situ baik makanan mahupun tempat permainan dia tu memang terlalu mahal...tapi tempat tu pun dah tak macam dulu, tak berapa meriah. Yang best kalau ke danga bay ni adalah cruise untuk kita merehatkan minda dan berlayar ke sepanjang pantai lido. Cruise tu berlabuh sebelah danga bay dan harganya kalau tak salah sy dalam RM50 kot...dululah, sekarang sy tak pasti tapi memang puas hati kalau anda nak ambik angin sambil berlayar.
Dalam perjalanan balik ke KL, sy sempat singgah di Muar. Buat apa kat sana? Sudah pasti pada paginya sy nak pekena satay perut yang memang merupakan kegemaran sy. Kat Muar ni, satay dah menjadi makanan sarapan pagi. Memang susah nak dapat kat mana2 satay perut dia tu...hingga menjilat jari. Pada tengaharinya pulak, sy pekena asam pedas ikan mayong...perghhh bila dah kena tu rasa macam nak tinggal kat Muar je.

Friday, March 2, 2012

PET SISTER ZAMAN SEKOLAH DULU

Semalam ada masa free sikit, belek2 album yang dah berkurun tak bukak, almaklumlah sekarang mana orang simpan gambar dalam album, semua dalam handphone ke, iphone ke, ipad ke atau dalam laptop.. Bila kahwin, barulah ada album. Jadi dalam dok belek2 tu, terlihatlah gambar2 masa zaman2 sekolah menengah dan UiTM. Teringat balik kenangan2 manis dan pahit semasa belajar dulu. Sesungguhnya bagi saya zaman persekolahanlah yang paling banyak kenangan kerana masa tu banyak pengalaman bersama rakan2 sekolah...Antaranya:
Mula2 je sy masuk di sekolah menengah, ada sorang kakak senior ambik sy jadi pet brother ( kira macam adik angkatlah) ..ahaksss. Kira zaman sekolah menengah, memang dah jadi trend bila ada junior masuk je, ramai yang nak jadikan kita adik angkat...dan trend tu sy teruskan bila sy naik form 2..sy pulak ambil freshies jadi pet sister sy....hahahaha...opsss terlebih sudah. Tapi pada masa tu, tujuan selain nak kenal mengenal, sebenarnya ada jugak untungnya sebab bila dah naik form 2, kita tak payah nak beli dah buku2 sebab semua kakak/abang angkat akan beri buku diorang yang diorang tak guna pada kita... Dengan peraturan sekolah asrama yang ketat, biasanya jarang sy berjumpa dengan kakak angkat sy kecuali melalui surat ...( masa tu belum ada handphone lagi rasanya ).....sekarang kakak angkat sy tu dah jadi doktor dah...
So apa cerita anda pulak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails