Baru beberapa hari lepas, masa sy balik rumah daripada bercuti, sy dapati gunting pemotong rumput sy hilang. Masa mula2 sy pindah dulu, besi kat depan rumah sy yang pemaju letak kat longkang hilang, ini pemotong rumput pulak...aduhsss. Sekarang ni, asal apa saja nampak, diorang sapu. Pendek kata semua barang kena simpan dalam rumah. Ada pengawal keselamatan pun ( bukan pengawal peribadi..ahaksss ) masih boleh terjadi jugak kejadian curi dan samun. Agaknya kena buat rukun tetangga macam dulu2 kot...tapi siapalah yang nak join kalau masing2 sibuk dengan aktiviti harian diorang?
Lagi satu hal, sejak kebelakangan ni, makin banyak pulak cerita2 pasal anak hilang...kita tak payah cakap pasal jumpa atau tidak tetapi persoalan nya kenapa? Nak2 budak2 kecil yang tak tahu apa2 dan masih belum cukup masa untuk diorang merasakan apa yang ada di dunia ni...Nak mendapatkan seorang anak bukannya senang, bila dah dapat, hilang macam tu aje....
sangat sedih dgn kes culik terbaru tu.Mmg manusia berhati syaitan betul la penculik2 tu.Elok hukum mati je kalau dpt tgkap
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.
ReplyDeletekekadang, dengar budak hilang, mengucap panjang kakCT jadinya. ntah! sudah sampai masanya kita jadi jiran yang lebih sikit busybody.
jangan terlebih-lebih pulak.
awak, biar hilang barang. jangan awak yang hilang. hati2
ReplyDeletedill.