Wednesday, November 23, 2016

CINTA SURGA - AUREL DAN RASYA

Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah daripada Aurel dan Rasya bertajuk Cinta Surga..

Setetes embun pagi Menghapus perihku
Yang dulu terluka kini tlah membaik
Kembalikan cinta dari surga
Hangatnya sentuhan cintamu Meluluhkan hati
Yang dulu membeku kini telah mencair
Selamanya kan tetap begitu
Kau yang terbaik untukku
Seluruh nafasku untukmu
Ku tak bisa bila harus tanpa kamu
Cinta kita cinta surga sampai mati tetap bersama
Kau dan aku kau dan aku selamanya
Hangatnya sentuhan cintamu Meluluhkan hati
Yang dulu membeku kini telah mencair
Selamanya kan tetap begitu
Kau yang terbaik untukku
Seluruh nafasku untukmu
Ku tak bisa bila harus tanpa kamu
Cinta kita cinta surga sampai mati tetap bersama
Kau dan aku kau dan aku selamanya
Cinta kita cinta surga sampai mati kan bersama
Kau dan aku yang terbaik
Kau dan aku selamanya
Kau yang terbaik untukku
Seluruh nafasku untukmu
Ku tak bisa bila harus tanpa kamu
Cinta kita cinta surga sampai mati tetap bersama
Kau dan aku kau dan aku selamanya 

Wednesday, October 12, 2016

BEREHAT SEBENTAR...

Lama benar sy tak menjenguk dan update blog ni...berehat sebentar sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja semasa... InsyaAllah, ada ruang dan peluang akan saya cuba update. Terimakasih atas sokongan anda semua rakan bloggers.

Thursday, August 11, 2016

AGAK SIBUK SEDIKIT DENGAN TONEEXCEL

Lately ni saya agak kesibukan sedikit dengan program WOW Toneexcel. Prepaid that pays.... Sy baru je join dalam 2 bulan dan ianya memang benar2 berbaloi walaupun sy ni sebenarnya pengguna tegar Digi tapi kalau baru 2 bulan saja kita dapat income 3 angka, memang tak mustahilah seperti testimoni-testimoni yang dinyatakan dalam setahun saja dah boleh dapat income 4 angka..dan pendapatan tersebut adalah pasif...Bermaksud anda tak buat apa pun, tetap dapat pendapatan yang sama...Perghhh.
Prepaid That Pays
Okay...macam mana boleh sy terjoin? Klik kat sini kalau nak tahu cerita.
Prepaid biasa kita cuma boleh call, sms dan langgan internet tapi dengan Toneexcel anda dapat lebih daripada itu. Memang banyaklah...Nak tahu apa yang keistimewaannya..Klik lagi kat sini..ahaksss
Part paling best adalah,
Anda top up, anda akan dibayar.
Anda ajak keluarga, rakan, saudara mara, sesiapa saja join...pun anda dibayar.
Lepas tu keluarga, rakan, saudara mara dan sesiapa saja yang anda ajak join tadi top up, lagi sekali anda dibayar infiniti selagi diorang top up... boleh nampak macam mana mudahnya anda mendapat income... So apalagi, nak tahu lebih detail boleh aje tengok di website ini.

Monday, July 25, 2016

MASA UNTUK RUMAH TERBUKA

Ehsan Google - Antara juadah rumah terbuka
2 minggu terakhir bulan raya ni sudah pastinya akan dipenuhi dengan jemputan2 ke rumah terbuka samada daripada sahabat handai, sedara mara mahupun masjid2. Dekat kawasan rumah sy tu ada 3 surau yang mengadakan jamuan terbuka hariraya.. Memang meriah dan pelbagai juadah yang ada, kambing golek pun ada..perghhh. Minggu lepas je dekat 4 rumah yang sy kena 'attend' jamuan rumah terbuka Hariraya... Orang dah ajak, takkan lah nak menolak pulak kan..lagipun rumah diorang tak adalah jauh sangat, jadi bolehlah sy singgah biarpun terpaksa berbagi masa untuk singgah ke rumah lain. Minggu ni pulak ada lagi 3 rumah kawan yang sy kena datang..semua kawan rapat tu..zaman-zaman sekolah dulu, sambil beraya sambil bercerita-cerita kisah lama.. Ada jugak yang buat majlis kahwin dalam bulan raya ni. 2 in 1 lah.. lagi meriah.. Anyway, raya-raya jugak, makan tetap kena jaga, jangan dok masuk je sampai perut dah hilang kawalan putus semua zip..ahakssss. 

Wednesday, July 20, 2016

BIASALAHKAN...

Ketika dan saat ini memang selalu sangat sy lalui..memang tiap2 tahun berlaku.. Memang susah nak hindari, susah nak elak..buat macam mana pun tetap jugak jadi. Apa dia? Ahakkssss... Saat kemalasan bila dah bercuti panjang...terutamanya selepas cuti raya...hahaha. Memang lembik betul tangan ni nak menaip entry2 baru walaupun dalam kepala tu banyak je idea nak menaip tapi malasnya tu... tahap gaban.
So biasalahkan..kan..kan. Raya tahun ni sy banyak berjalan-jalan. Macam tahun lepas jugak tapi kali ni sy pergi jauh sampai ke Segamat, balik kampung belah Mak. Masih ramai jugak sedara mara kat sana walaupun ada yang sy tak kenal, maklumlah diorang tu dah generasi ke berapa pun sy kurang pasti tapi yang sy tahu kitaorang bersaudara... Bila roll balik tanya siapa atok ke nenek ke..baru tahu diorang ni sedara belah mana... Yelah nak2 dengan zaman handphone ni, mana nak tahu kan seudara yang jauh2... setakat tahu daripada mulut mak aje..itu sedara tu..anak si itu anak si ini. Sepupu itu sepupu ini...  Anyway, memang seronok bila berkumpul ramai2... Apa citer u all?

Wednesday, July 13, 2016

RETRO - ALAHAI BUNGA ROS JEPUN

Antara warna2 yang menyerikan rumah..
Antara tanaman pokok bunga yang menjadi kegemaran sy adalah pokok bunga ros jepun. Disamping senang nak menanamnya, bila berbunga dengan warna-warninya membuatkan rumah kita nampak berseri. Walaupun bunganya hanya tahan sehari saja namun bila berbunga pastinya dengan kuantiti yang banyak..  Sy rasa dah generasi keberapa entah sy tanam pokok bunga ros jepun kat rumah sy..daripada asal nya sy beli 4 warna, kini dah ada 8 warna. Kadang2 bila ternampak pokok bunga ros jepun ni kat mana2, jika ada warnanya yang tiada dalam koleksi tanaman kat rumah, sy akan petik beberapa batang dan semai sehingga menjadi banyak... 
Antara warna-warna pokok bunga ros jepun yang sudah sy tanam adalah kuning, orange, merah, pink, pink belang putih, kuning belang putih, purple, putih. Cara menanamnya cukup mudah namun untuk menjaganya sebelum dia membesar kena tengok2 jugak sbb ulat pokok kadang2 sentiasa ada....tapi bila ianya dah membesar,maka tunggu ajelah semuanya akan semakin banyak dan bila berbunga...lagilah nampak cantik dan berseri apa lagi jika kesemua warna keluar serentak...

Tuesday, June 28, 2016

YEAAYYY TAHUN NI TAK ADA BONUS

Walaupun anak bulan raya masih belum lagi kelihatan, tapi anak bulan bonus sudah pun hilang dari pandangan dan diumumkan bahwa tahun ini memang tiada bonus....hik hik hik. Hilang semua semangat raya. Hilang semua plan nak sambut raya... Hilang keceriaan nak berjumpa sahabat handai.. Hilang seri muka kita yang bolehlah dikatakan manis...orang katalah. Rupa-rupanya boss belanja berbuka puasa kat hotel hari tu ada makna yang tersirat rupanya. Nak bagi kita happy2 lepas tu bagi tau tahun ni tak ada bonus... duit raya dalam ang pow pun tak ada..tinggal sampul aje yang ada..huhu.
Emmmm jadi nampak gaya nya... kenalah sy tukar plan. Kalau tak nanti lepas raya sudah pasti terpaksa ikat perut sebab gaji dah habis sambut raya. Cakap pasal tu, teringat sy cerita kat tv baru2 ni cerita pasal mamat ni yang terlalu kedekut nak berbelanja...semua nak save sampai peti surat pun di buat daripada tong plastik. Minyak motor siap isi cukup2 untuk pergi kemana yang dia nak pergi.. apa tajuk nya lupa pulak sy.... Emmm apa2 pun masih ada masa untuk buat perancangan.. Yeaaayyy
Tahun ini tak ada bonus!!

Friday, June 24, 2016

BERBUKA DI HOTEL THE MAJESTIC, KL

Semalam dapat jugaklah akhirnya berbuka puasa di hotel...ahaksss. Bukan sendirian berhad ye.. tapi company yang buat majlis berbuka puasa di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, berdekatan dengan stesen KTM tu... Ingatkan tahun ni tak buat..tapi ada jugak rupanya. Terimakasih boss. Boss lah boss terbaik...hahaha. Lupa pulak nak ambik gambar almaklumlah kelam kabut dengan orang yang kesana kesini mengambil makanan ....
Secara kasarnya makanannya boleh tahanlah. Ada yang sedap dan ada yang biasa2 saja tapi overall ok. Pelbagai variasi makanan dan minuman. Tempatnya tidaklah terlalu crowded seperti masa sy berbuka di Hotel Singgahsana PJ beberapa tahun yang lepas. Juadah yang paling sy suka? Emmm kejap nak flashback apa yang sy makan ekkk? Arrrrr sy suka air juice dia..memang fresh dan betul2 fruit blended.. ada juice guava, juice kurma, soyabean dan limau citrus. So you all ada berbuka kat mana2 hotel tak tahun ni? Ke tiap2 hari berbuka kat hotel..ahaksss...Yelah sebab kerja kat hotel..haha. Cuciter cuciter.....

Thursday, June 23, 2016

MALAM YANG DINANTI2KAN...

Diam tak diam kita sudah pun sampai ke hari 18 berpuasa. Terasa singkat pulak... sudah semakin hampir ke suku terakhir bulan Ramadhan yang mana pasti ramai antara kita yang tak sabar untuk mendapat ganjaran2 dan keberkatan apalagi bila ianya dikatkan dengan malam Lailatul Qadar.
Apalagi perkara ini telah dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).
Teringat sy masa belajar dulu2 di sekolah asrama... masa tu semua berlumba2 sembahyang terawikh. Memang menyeronokkan... Emmmm terkenang terkenang. Anyway, untuk semua pembaca Jomsantaisekejap, semuga anda semua mendapat keberkatan dan ganjaran di bulan yang mulia ini. Aamin. 

Thursday, June 16, 2016

BAZAAR OH BAZAAR 2016

Entah kenapa sejak 2,3 tahun kebelakangan ni sy semakin kurang ke Bazaar Ramadhan. Terasa lebih senang masak sendiri kat rumah walaupun lauk yang simple mimple. Dulu2 memang nak kata tiap2 hari ke bazaar kecuali hari minggu... ada saja yang nak dibeli, kuih itulah kuih inilah..lauk itulah lauk inilah.. air apa lagi.. apa jenis warna air yang di jual kat bazaar tu semua nak try..ahaksss. Tapi itu duluuuuuu.
Sekarang ni macam dah malas dah. Mungkin sebab harga makanan dan minuman pun kebanyakan dah naik, makanan pun kadang2 ada yg ok dan ada yang tak sesedap mata memandang. Mungkin jugak sebab dah selalu sangat ke bazaar, jadi boring pulak sebab asyik tengok benda yang sama siap dah tahu semua jenis makanan dan minuman yang dijual kat bazaar tu.
Apa-apa pun sekali sekala kalau agaknya sy dah boring nak masak, mungkin jugak akan menjejaki ke bazaar tapi entah2 masa tu semua peniaga dah tak meniaga..dah start nak balik kampung sebab dah penghujung Ramadhan...ahaksss.

Monday, June 13, 2016

LAGU RAYA PALING DIMINATI

Rasa-rasanya kejap lagi mulalah berkumandang lagu2 raya kat corong2 radio... Tapi bagi sy lah, lagu2 yang lama2 masih lagi sedap didengar dan terasa sangat rasa rayanya bila didengar terutama macam lagu "Dendang Perantau" nyanyian Tan Sri P Ramlee dan jugak "Balik Kampung" nyanyian Datuk Sudirman Hj Arshad... Bila dengar je mulalah feeling sekejap.
Teringat zaman sekolah asrama dulu, bila time puasa..bila terdengar lagu "Dendang Perantau" mulalah mata ni berair2 sebab terkenangkan mak ayah kat kampung... Bila dekat2 nak cuti raya, terdengar pulak lagu "Balik Kampung"..hilang terus sedih2 dulu tu..punya happy nak balik kampung beraya... Itulah kesannya lagu2 raya setiap kali datangnya musim raya ni. So, apa lagu raya favourite you all....?
Apa-apa pun, puasa baru hari ke 8, masih panjang namun jika kita tidak mengambil segala ganjaran2 yang ada pada bulan Ramadhan ni pun tak guna jugak... Semuga rakan bloggers semua sentiasa mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan puasa ini... santai selalu.

Wednesday, June 8, 2016

MIMPI DALAM MIMPI DALAM MIMPI...

Orang kata mimpi ni mainan tidur. Ada jugak yang kata sebab otak kita asyik stress fikir itu ini, so bila kita tidur otak kita masih belum shut down..tu yang terbawak2 sampai ke mimpi.. ahaksss. Pernah tak dalam banyak2 mimpi tu ada mimpi yang langsung tak ada jalan cerita atau kalau ada ceritanya pun memang tak masuk akal.
Sy pernah jugak dulu ada beberapa mimpi yang macam tu. Antaranya macam ada satu mimpi ni, sy berjogging kat satu taman, tiba-tiba tau2 sy dah dalam kapalterbang..bukan sebagai penumpang tapi pilot..haha. Lepas tu bila sy tengok belakang ada padang bola besar tapi orang tak ada, cuma padang bola aje... bila sy pandang balik kedepan, ada anak jiran sebelah rumah dengan kawan sy tengah bersanding. Masa tu macam ada rasa frustlah kenapa diorang berkahwin... padahal dua-dua orang tu, anak jiran dan kawan sy, dua-dua dah pun berkahwin dengan pasangan masing2lah... Last-lastnya, mimpi sy habis macam tu aje...ahaksss.
So you all pernah ke bermimpi macam tu? Cuciter cuciter....

Friday, June 3, 2016

HARGA BARANG DAH MULA NAIK DAH..

Ehsan Google.
Belum pun kita start berpuasa, harga barang dah mula naik..kecuali barang yang terkawal lah sebab yang tu memang dikawal harganya...ahaksss. Semalam bila sy singgah ke salah sebuah hypermarket, rata-rata sy lihat banyak harga-harga barangan sudah mula naik antara 10 sen ke 20 sen. Ada jugak yang sampai naik 40 sen terutamanya barang makanan seperti keropok2...yang ni memang selalu sy beli jadi bila harga naik tu memanglah sy tahu sangat...ahaksss
Kalau barang-barang untuk buat kuih-kuh raya tu sy tak pasti..Kena tanya pulak pada mereka2 yang selalu buat kuih sebab sy cuma buat kuih untuk makan je tapi untuk kuih2 Hariraya ni jaranglah..selalu tunjuk itu tunjuk ini je dah dapat kuih raya 2,3 balang.
Apa-apa pun di harap pihak penjual terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di hypermarket tidaklah menaikkan harga barangan terlalu tinggi semata-mata untuk mengaut keuntungan.. ni belum lagi bila barangan tersebut tiba2 tak ada stock. Memang selalu berlaku. Nanti pihak itu salahkan pembekal lah, nanti ada yang kata ada yang sorokkan barangan tersebutlah..tapi harga tetap dinaikkan... so siapa yang kena? Pengguna jugak...ahaksss 

Tuesday, May 24, 2016

ULASAN MOVIE - CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR

Dah lama jugak sy tak buat filem review... memang dah lama jugak sy tak ke panggung. Tak ada masa pun ye.... Jadi minggu lepas baru berkesempatan menonton cerita "Captain America-Civil War" lakunan antaranya Chris Evans (Captain America

), Robert Downey Jr.(Iron Man) Scarlett Johansson (Black Widow) dan lain-lain. Banyak adegan-adegan aksi terutamanya bila super hero ni berlawan sesama sendiri antara team Iron Man dengan team Captain America kerana masing2 mempunyai alasan tersendiri dalam menegakkan keadilan dan jugak perselisihan dan konflik yang ditanamkan oleh pihak penjahat dalam menghuru-harakan super hero. Dalam masa yang sama jugak Captain America cuba mempertahankan Winter Soldier lakunan Sebastian Stan daripada dibunuh oleh Iron Man kerana Winter Soldier telah membunuh keluarga Iron Man walaupun sebenarnya pada masa itu Winter Soldier dipaksa untuk membunuh kerana dia di kawal oleh satu kuasa lain.
Well, memang banyak aksi2 menarik serta konflik siapa kawan siapa, siapa lawan siapa. Ramai super hero yang terlibat. Nasib baik Superman, Batman, Hulk, Thor, Fantastic 4, Ultraman, dan yang lain tak masuk. Kalau tak pecah panggung dengan aksi2 diorang..ahaksss

Friday, May 20, 2016

SIAPAKAH YANG BERSALAH?

Ini semalam punya cerita....
Cuaca macam ok. Kebiasaannya petang2 pasti hujan tapi semalam cuaca memang redup dengan angin sepoi dan sempoi memanjang, so sy decide untuk keluar minum dengan girlfriend sy.. yelah dah lama sangat tak minum bersama...so kitaorang set pergi minum kat sebuah kedai kopitiam. Tengah syok-syok layan roti bakar dengan teh tarik tiba-tiba.....
"You... siapa dia ni? Patutlah lama I call you tak jawab..Dah ada orang baru rupanya.." suara seorang perempuan tiba2 muncul didepan meja kitaorang...
"Errrr... you ni siapa ye? I kenal you ke?" Sy pun tertanya2 jugak. Rasanya macam tak kenal, tapi manalah tahu sy pelupa..ahaksss
"You tak ingat? Ke you pura2 tak ingat? I kan girlfriend you.. I Shila. You ni biar betul.. casanova betul. Ni sapa? Girlfriend baru u?" Marah betul nampak perempuan tu...
"Sayang... siapa dia ni? Betul ke you tak kenal dia" Tiba-tiba girlfriend sy pulak bersuara. Emmm memang havoc lah macam ni...
"Betul I tak kenal.. You salah orang kot. Pelanduk dua serupa. Serius memang I tak kenal you.." Terang sy pada perempuan tu sambil dia merenung2 muka sy macam tak percaya..
"I tak percaya... Takkan ada muka yang sebijik macam u... Nama you JSS kan?" Sy tergamam. Girlfriend sy pun tergamam. Sy pasti anda semua pun tergamam......
Kejap..kejap..kejap. Bila masa pulak sy ada girlfriend? Aduhaiiiii mimpi lagilah.......

Tuesday, May 17, 2016

HAI...BOLEH BERKENALAN?

"Hai...boleh berkenalan?" 
Ini adalah ayat paling kerap dan popular waktu dulu-dulu bila kita nak berkenalan. Straight forward, tak ada segan silu tapi ada kejujuran. Jawapan pun kita dapat masa tu jugak. Kalau orang yang ditanya tu sudi berkenalan terus dia jawab boleh atau ok, kalau tak, terus dia tak layan...ahaksss.
Teringat sy bila menonton cerita lama2... Bila nak berkenalan, kena ada ayat2 yang berkias siap dengan pantunnya sekali. Memang kalau siapa yang dengar pasti terasa. Antara contoh pantun adalah seperti :
Coba-coba menanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa,
Coba-coba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta
Tapi rasanya kalau zaman sekarang ni, memang dah susah dah nak jumpa orang nak berkenalan atau mengorat menggunakan pantun. Sekali kita keluar pantun, ada pulak yang kata buang tebiat.. Dua tiga kali kita berpantun nanti dikata "Dia dah mai dah.." ahaksss, padahal pantun tu pun salah satu budaya khazanah negara kita. Apa-apapun, memang zaman telah banyak berubah... terlalu banyak.

Monday, May 16, 2016

JOMSANTAISEKEJAP - THE SHOP

Jomsantaisekejap - The Shop
Beberapa minggu lepas, terjumpalah kawan lama sy ni. Sambil sembang2 tu ada terkeluar satu soalan yang bertanyakan kepada sy tak nak ke buat entry pasal pakaian2 sempena nak Hariraya.. ahakss. Puasa belum lagi. Sy cakaplah kalau nak buat entry pasal produk2 macam tu sampai Raya pun tak habis sebab terlalu banyak. Lalu dia bagi idea agar sy buat satu blog khas untuk produk2 sebegitu memandangkan sy mempunyai kenalan yang terlibat dalam bidang pakaian dan fesyen samada secara langsung mahupun perniagaan. Emmm satu idea yang baik… dan fikir punya fikir, buat punya buat maka terhasillah Jomsantaisekejap– The Shop tapi tidaklah dalam bentuk blog sebaliknya sy link kan dengan facebook Jomsantaisekejap.
So bagi mereka yang ingin melihat pelbagai koleksi pakaian moden mahupun jubah, handbag serta perfumes dengan harga yang cukup murah dan berkualiti, silalah ke Jomsantaisekejap – The Shop. Apalagi musim Hariraya dah nak dekat dan ada pelbagai diskaun menarik yang ditawarkan.


Thursday, April 28, 2016

I CAN SEE YOUR VOICE

Sekarang ni banyak dah rancangan-rancangan Korea yang ditayangkan..kalau dulu cuma Running Man je tapi sekarang drama-drama jangan cakap lah. Dalam banyak2 rancangan Korea yang ditayangkan, sy suka sangat tengok rancangan hiburan "I Can See Your Voice" yang di hadiri dengan pengacara2 seperti Leeteuk, Yoo Se-yoon dan Kim Bum-soo yang ditayangkan di TV9 pada jam 11.30 malam hari Khamis.
Memang sangat terhibur apabila tetamu jemputan yang selalunya adalah dari penyanyi2 terkenal Korea dan jugak penggiat seni akan cuba meneka mereka2 yang berada di atas pentas samada mereka boleh menyanyi atau tidak dengan melihat kepada gaya, mimik mereka menyanyi dan gambar2. Kadang2 ramai jugak mereka yang boleh menyanyi tersingkir awal kerana mungkin penampilan mereka di sengajakan nampak seperti tak boleh menyanyi..ahaksss. Tipah tertipu Bang... Ada jugak juara nya adalah orang yang tidak boleh menyanyi.. Banyak kali dah sy tengok terjadi. Semua ni atas pilihan keputusan tetamu jemputan tulah.. Salah pilih maka dapatlah penyanyi sumbang mambang menjadi juara..tak campur hadiah wang tunai lagi tu..ahaksss. So nak rancangan yang menghiburkan..jom tengok " I Can See Your Voice".......

Tuesday, April 26, 2016

BILA TERLEPAS CAKAP JADI KENYATAAN

Kadang-kadang kita selalu dengar orang berkata "Jangan cakap nanti masin mulut kau".. gitulah bunyinya. Maksudnya jangan cakap benda yang bukan-bukan atau tidak berkaitan takut nanti jadi kenyataan. Yelah kata-kata tu pun merupakan satu doa jugak.. Jadi sebab tulah kita kena berhati2 apabila berkata-kata....kan.
So story pasal tajuk ni adalah dulu masa sy belajar kat UiTM.. huhu. really miss that time. Ada kawan sy ni memang suka sangat sakat sorang junior tapi bukanlah sakat mengejek atau seumpamanya tapi macam suka tegur.. kalau jumpa je ada je yang benda atau modal dia nak tegur. Nak kata dia nak tackle tak jugak sebab kawan sy ni jenis tak suka couple.. Katanya menyusahkan... ahaksss katanyalah. So lama-lama bila asyik kena kacau aje, si junior ni pun pun berkawan jugaklah dengan kawan sy ni tapi kawan2 gitulah kira kalau diorang cakap pun memang jenis gurau kasar punya..
So dipendekkan cerita pada satu hari bila diorang ni berjumpa kat kafeteria untuk minum petang, adalah ternampak 'sepasang' student tengah study kat situ, so apalagi mulalah diorang jadi CNN. Perbualan diorang lebihkurang lah macam ni.....
"Ko tengok tu? Boleh masuk ke study macam tu?" kata kawan sy.
"Emmm masuk kiri keluar kanan lah tu...  Tu bukan satu batch hang ke?" tanya student junior tu.
"Aaaahhh tapi aku bukan kenal sangat.. x sama course. Kalau aku memang tak kan nya ambik budak tu jadi bf" kawan sy confident je.
"Apasal pulak... ok lah tu. Janji setia beb... Harap muka separuh handsome macam hang tapi tak setia nak buat apo ehhh" gurau student junior tu sambil kawan sy mula nampak bengkek...
"Ko jangan cakap..Nak tahu setia tak setia aku ni...ko tunggu nanti satu hari aku kahwin dengan ko.. baru ko tahu apa jenis setianya aku ni.."
"Cehhhhh tak ingin aku kahwin dengan hang..." .......
Dan kata-kata itu.....akhirnnya membawa diorang kejinjang pelamin.

Friday, April 22, 2016

SAMBIL BLOGGING JOIN 8SHARE

8Share - Jana Pendapatan Sambil Berblogging
Memang jarang sy buat entry yang melibatkan tentang macam mana cara untuk mendapat pendapatan sampingan...kira macam cerita P Ramlee dalam Nujum Pak Belalang..."kadang-kadang" tapi sebab malam ni memang kering idea, so biarlah sy share sikit tentang program yang dapat memberikan kita sumber pendapatan selain Nuffnang iaitu 8Share. Berbeza sedikit daripada Nuffnang dimana 8Share lebih banyak kepada mempromosikan website2 yang menarik dan menampilkan promosi2 serta diskaun2 dari pengiklan2 mereka. Infact dalam masa 2,3 hari saja sy dapat mengumpul jumlah pendapatan yang sy kumpul 2,3 bulan dengan Nuffnang...ahaksss. Sorry Nuffnang. So bagi anda yang inginkan alternatif lain untuk menjana pendapatan sampingan sambil berblogging.. cubalah 8Share. Pendaftaran semua percuma dan anda cuma perlu promote website2 yang bukan calang2 jugak syarikat yang join.. So, apalagi, KLIK DISINI dan join. Semuanya percuma...ahakss. 
8Share memang sudah terkenal bukan saja di Malaysia tapi serantau Asia.... yang penting sambil blogging, sambil bersantai, sambil dapat jana pendapatan... kita enjoy!! 

Thursday, April 21, 2016

BILA ULAR PUN KEPANASAN....

Beberapa hari ni sejak situasi panas elnino melanda, banyak pulak dengar cerita ular2 mula keluar mencari tempat yang lebih sejuk, tak kira lah mana tempat, janji sejuk.. dalam kereta, tepi rumah, tepi sekolah, pondok buruk sampaikan ada seorang murid menjadi mangsa patukan ular. Sedih jugak bila sy dengar.. yelah susah jugak nak memantau dari mana datangnya ular2 ni, lebih2 lagi yang jenis berbisa. Apa-apa pun sy cuma berharap pihak2 tertentu dapat memantau dan menjaga keselamatan bukan saja disekolah tapi mana2 tempat yang dikira boleh mengundang keadaan sebegini dan diharap keadaan panas elnino pun akan berkurangan.. katanya menjelang bulan Jun nanti...

Wednesday, April 13, 2016

RESEPI CHAR KUEY TEOW KERANG ALA SANTAI

Lama jugak tak berkongs resepi. Kebetulan semalam pulak sy masak char kuey teow.. So hari ni jom kita kongsi2 resepi Char Kuey Teow Kerang ala santai2 gitu. Bahan-bahan nya pun agak mudah, apa yang ada je kat dapur tu kita boleh guna ikut kepada citarasa masing2.. janji sedap dimakan...ahakss
Bahan-bahan:
Satu peket Kuey Teow
Segenggam Kerang ( yang dah direbus dan dikopek)
Tauge ikut citarasa anda..sy guna dalam segenggam jugak
Seikat daun kucai dipotong kasar
1 biji telur
Minyak, garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 @ 5 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap 
Orite. Panaskan minyak dalam beberapa sudu dalam api yang kecil dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian tambah sedikit air jika anda nak kuey teow berkuah sedikit.Kemudian masukkan kuey teow, kerang, tauge dan daun kucai dan gaul sehingga sebati tapi tak perlu lama. Kemudian masukkan telur dan gaul. Tambah garam dan gula ikut citarasa anda dan siap.

Thursday, April 7, 2016

PANTASNYA DIRIMU BERUBAH ( PART 2)

Ahakssss... Mintak maaf. Lambat pulak nak sambung penyudah nya cite Daniel dan Seri ni.
Lazimnya kalau orang dah sayang sakan, bila tak dapat sms, tak dapat call dari pasangan kita pasti muka kita akan muncung memanjang.. Macam tulah muka si Daniel ni. Kalau berjalan dengan dia pasti setiap saat dia akan melihat handphone menunggu kalau2 ada message masuk dari Seri.
Pada satu mlm, kami bertiga merancang nak tengok wayang cite 'The 5th Wave'.. so oleh kerana masa tu masih awal lagi, jadi kami pun lepak2 lah kat kedai Old Town White Coffee. Si Kawan sy ni dah lama 'usha'2 sy supaya bagi tau Daniel tentang Seri tapi sy bagi signal sabar dulu... Last2 agaknya sebab tak tahan, dia pun terus bukak cerita pasal Seri dan apa yang dia nampak. Mula2 Daniel menunduk... lepas tu macam seakan nak menangis, kami pun dah mula cuak... lepas tu tiba2 terus dia memarahi kawan sy sambil macam2 lah keluar sampai cakap kawan sy cuba nak tackle Seri...ahakss. Sy pun cuba lah nak slow down kemarahan dia tapi dalam masa yang sama sy bagi tau jugaklah apa yang dikatakan kawan sy tu mungkin betul lebih2 lagi Seri sekarang dah tak macam dulu.. Ingatkan dia slow down, kali ni dengan sy jugak kena sumpah seranah...Sy pun kena tuduh jugak cuba nak tackle Seri...ahaksss. Last2 kawan sy terus beredar. Daniel pun terus pergi dengan kemarahan...tapi bukan pada Seri..pada kami berdua..ahakss. Sy... emmm sy tak pergi mana2 sebab sy terus jugak tunggu dan meneruskan niat untuk melihat 'The 5th Wave'.....
Dipendekkan cerita, akhirnya Daniel dapat tahu dari mulut Seri sendiri yang dia mempunyai orang lain, pilihan keluarganya tapi disebabkan tidak mahu Daniel terlalu kecewa, dia cuba menghindari diri... Tulah, kadang2 bila kita terlalu cintakan seseorang, terlalu percayakan seseorang... susah untuk kita menerima perkara2 yang tidak betul tentang pasangan kita.
Apa jadi pada kami bertiga? Kami tidak lagi serapat dulu... Masing2 dengan hal masing2.


Thursday, March 24, 2016

PANTASNYA DIRIMU BERUBAH...

Cerita ni memang kisah benar yang berlaku pada kawan sy tapi sebab cerita dia tersangatlah kelam kabut, maka sy olahlah sedikit, kurang tambah itu ini bagi you all faham...ahaksssss.
Kadangkala terlalu percaya kepada seseorang yang kita sayang jugak boleh memakan diri kita sendiri dan kesannya boleh meninggalkan parut yang pedih dalam kehidupan kita sehingga kita sukar untuk menerima kenyataan... Perghhh mukadimmah.
Hubungan Daniel dan Seri sudah terjalin hampir 4 tahun. Cinta pandang pertama. Diorang ni bertemu masa nak pergi tengok wayang. Masing2 memang kaki wayang, jadi masa pergi tu masing2 pergi sorang2. Jadi semasa nak menunggu masuk panggung tu diorang berkenalan lah sambil cerita pasal cerita2 filem...dan seterusnya... pendek cerita dari situ lah diorang mula berkawan dan bercinta.
Hubungan mereka berjalan dengan baik..sentiasa mesra dan bahagia. Tak pernah pulak sy dengar mereka bergaduh walau sekecil perkara pun, mungkin sebab kedua2nya jenis happy go lucky....... sampailah satu masa salah seorang kawan sy yang jugak mengenali Daniel ternampak Seri sedang berjalan dengan seseorang di KL berpegangan tangan. Serba salahlah kawan sy ni nak bagi tau pada Daniel kerana dia tahu Daniel memang sayang sangat pada Seri dan pastinya Daniel tidak akan percaya dengan ceritanya... jadi sylah yang menjadi sasaran beliau untuk menjadi pemberitahu..ahaksss...
Pada mulanya sy pun memang tak berniat pun nak bagi tau Daniel tapi ada satu hari apabila kami 'ngeteh' kat kedai mamak selepas balik kerja, dia tiba2 ter'cakap' pasal Seri yag sekarang sibuk dan susah untuk di ajak keluar. Time tulah sy pun dengan cara berhemah memberitahu dia yang mungkin Seri sibuk dengan kerja-kerjanya.... ahaksss. ( langsung tak cakap pasal yang kawan sy tu pernah nampak Seri dengan orang lain...)
Errrrr... kita sambung ye next entry... Boss tiba2 panggil pulak. Alahaiiii.....




KATA ORANG TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Ahakkssss... yang ni memang tak ada orang kata pun..tapi sebab seronok mengikuti siri cerita tersebut, maka keluarlah tajuk spontan tu..huhu. Ungkapan playboy ni adalah di'beri'kan kepada lelaki yang suka berpoya-poya dan sentiasa bertukar teman wanitanya... Playgirl memang tak pernah dengarlah tapi mungkin gelaran nya berbunyi lain lah. 
Kadangkala bila dah jadi playboy ni, bila sampai masanya kita benar2 jatuh cinta dengan seseorang atau berubah kerana seseorang..susah untuk rakan2 dan orang lain percaya. 
"Aku betul2 berubah kerana dia"
"Kerana dia aku sanggup tinggalkan dunia playboy aku"...... antara ungkapan2 yang selalu kita dengar samada dalam drama mahupun didunia realiti... yelah memang kita akui manusia boleh berubah tapi untuk berubah dan ketepikan ego kita sebagai lelaki.. adalah satu lagi perkara yang sukar untuk kita percaya bahwa seorang playboy sudah berubah dan ditundukkan....
So...pernahkan anda bertemu dengan seorang playboy yang sudah berubah? Atau anda sendiri seorang playboy..... ahakssss.

Wednesday, March 23, 2016

PANAS OH PANAS

Dalam beberapa minggu ni tahap kepanasan memang betul2 panas... gelombang panas el nino memang membuatkan kadang2 kala kita menjadi pening, dihidrat dan sesak nafas. Memang patutlah disarankan kita untuk membanyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luaran terutama semasa panas sedang memuncak... Tapi panas ni bukan saja waktu siang, kadangkala sampai ke malam pun boleh terasa panasnya. Nak mandi air panas, mandilah waktu tengahari..tak payah pakai heater... ahaksss. 
Rasanya air dalam peti sejuk selalu jarang habis..sekarang ni bukan setakat habis tapi bertambah lagi beberapa bekas air. Emm baru bahang panas el nino yang mencapai suhu ke tahap 38-39 darjah celcius... belum lagi di alam 'sana' nanti bila matahari berada tepat di atas kepala.. bayangkanlah.. jadi perbanyakkan lah amalan ye.
Apa2 pun, sama-sama lah kita semua menjaga kesihatan diri mental dan fizikal dalam menghadapi apa saja dugaan yang mendatang...kan kan kan.

Thursday, March 17, 2016

KISAH TENTANG KITA

Kisah kita bermula tujuh tahun yang lepas. Masa tu hujan lebat.. lebat sangat. Awak basah kuyup kerana terkena hujan sewaktu menyeberang jalan dari office awk ke 7 Eleven. Sy pulak bernasib baik kerana office sy berada sebaris dengan 7 Eleven ... memang kat sini tempat orang menunggu bas. Waktu tu pun sudah mencecah hampir ke pukul tujuh. Hari dah kelihatan gelap sedikit. Bas yang awak tunggu masih tidak datang. Nampak sedikit keresahan di wajah awak. Dalam fikiran sy, pasti risau kerana suami atau anak2 sedang menunggu awak dirumah. Akhirnya bas sy yang menghala ke Puchong U70 sampai...Dalam hati berkata, tak dapatlah sy nak melihat bas apa yang awak naik, tapi tanpa disangka, rupa2nya awak jugak menaiki bas yang sama. Bas agak sesak. Kita berdiri agak jauh jugak..dalam tujuh baris kerusi namun sekali sekala nampak jugak sy akan kelibat awak.. Manis senyuman awak walaupun dalam keadaan bas yang penuh. Semakin lama semakin sesak bas tersebut dan sekali sekali risau jugak sy kalau2 awak turun tanpa sy sedari..yelah nak tahu jugak kat mana awak tinggal. Dalam tunggu punya tunggu, bas pun sudah masuk ke kewasan Puchong Batu 7, semakin hampir ke kawasan rumah sy.. Emm nampaknya sy lah yang turun dulu. Tapi sekurang2 nya sy tahu awak tinggal di Puchong. Sesampai saja di kawasan rumah sy, sy pun menekan loceng bas.. Sekali lagi tak disangka, awak pun turun... Emm musykil jugak sy, takkan awak tinggal berdekatan dengan rumah sy.. dalam 7 langkah sy berjalan tiba2 satu suara kedengaran...
"Abang..abang...boleh tanya tak?" Berderau darah sy..tak sangka dia menegur sy.
"Ye sedari... nak tanya apa ye"
"Emmm dalam cerita yang abang tulis ni, berapa banyak angka tujuh ye yang ada?" ..... Emmm soalan tu sy rasa you all ajelah yang jawab.

AKHIRNYA DAPAT JUGA PENGGANTI

Rasanya dah lama jugak sy menyepi... sunyi aje rasanya bila tak ada dia. Dekat setahun lebih jugak terpaksa  opsss dipaksa berpisah dek satu kejadian. Namun akhirnya setelah digagahi dan dikumpul sedikit demi sedikit akhirnya dapat jugak sy berjumpa dengan penggantinya... Dapat jugak sy membeli sebuah laptop... Kalau tak memang sunyi rasanya tanpa laptop kesayangan sy dulu yang hilang di curi orang.. Jodoh tak panjang dengan laptop tu walaupun sebenarnya dengan laptop tulah sy mulah berblogging..huhu...panjang tak panjang dekat 5 tahun jugak sy bersama 'nya'.
Anyway, barang yang lama jangan dikenang, kelak hanya menyiksa diri...ahaksss. So apalagi, kita test power penggantinya dan harap2 jodoh kali ini lebih lama... 

Thursday, March 10, 2016

CEPAT BETUL MASA BERLALU

Rasanya tahun 2016 ni bukanlah tahun untuk sy berblogging... Masa yang ada terlalu suntuk, kerja pulak menimbun2, laptop pulak hilang, kerja keluar sebelum matahari kelihatan dan balik selepas matahari hilang.. sampai rumah dah pasti terus tersadai keletihan. Bilalah ada ruang untuk berkarya dan berblogging. Paling yang dapat sy buat cuma...cuma..cuma..   memang tak ada pun..ahaksss.
Jadi persoalannya, bilakah entry ini dibuat dalam ketiadaan masa yang sy war-warkan di atas?
Jawapan nya adalah entry ini dibuat semasa sy sedang menggunakan pc di cyber cafe atas tujuan untuk membuat research yang 'urgent' pada masa tu ( masa sy tengah menaip nilah) dan lepas sy mendapat apa yang sy perlu...tiba2 tergerak nak jenguk blog...alahaiiii ada jugak perasaan rindu nak jenguk blog yang dah lama bersawang. Bukan setakat bersawang, pastinya ramai yang sudah tidak lagi menyinggah dek kerana menyangka tuan blog sudah meninggalkan blognya sendiri...ahaksss.
Apa2 pun... bak kata orang, kita hanya manusia biasa..hanya bisa merancang tapi Tuhan saja yang dapat menentukannya. To all...santai selalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails