JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, November 26, 2013

RESEPI AYAM MASAK COKE ALA SANTAI

Ayam Masak Coke Ala Santai
Lama jugak sy tak berkongsi resepi...apa ketidaknya, asyik makan luar je..tak sempat nak masak. Minggu lepas sy berkesempatan masak 2 masakan dan salah satunya adalah Ayam Masak Coke Ala Santai..ahakks. Ok, tanpa membuang masa, kita mulakan dengan bahan2nya..kali ni sy buat sehabis simple yg boleh supaya siapa yang malas masak, org bujang2 nak masak lain selain telur goreng pun boleh masak... Bahan2nya adalah :
4 ketul ayam bahagian peha atau kepak atau mana2 bahagian yg anda suka.(Ayam digaul dgn sedikit garam)
4 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu kecil kicap masin
1 tin coke
3 batang cili padi atau cili merah
sedikit garam dan secawan air.

Cara memasaknya memang mudah. Panaskan sedikit minyak, dan masukkan semua bahan tumis tadi. Bila dan agak naik bau masukkan ayam dan gaul hingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan air coke 1 tin ,sedikit garam, kicap dan air secawan. Biarkan untuk seketika sehingga air mula menjadi pekat dan .....yupp itu aje. dah boleh dihidang. Hias dengan lada merah jika anda nak nampak macam hidangan Masterchef..ahakss. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails