Wednesday, November 20, 2013

PERLU KE MENUKAR KERETA?

Ehsan Google
Sana sini heboh memperkatakan tentang cadangan kereta lama yang melebihi 12 tahun tidak boleh di pakai lagi. Ada yang sokong dan sudah pastinya majoritinya tidak menyokong... Pelbagai alasan dan sebab diberikan kenapa perlunya perlaksanaan cadangan tersebut dan salah satunya adalah kereta lama boleh menjadi punca kepada kemalangan kerana kondisi kereta tersebut....
Pendapat sy secara peribadi...sy tidak menyokong cadangan tersebut. Secara teorinya ada betulnya kereta lama boleh mengundang kepada faktor kemalangan tapi kalau di lihat kebanyakan kemalangan melibatkan kereta yang baru dan berusia kurang dari 12 tahun...Mungkin disitu isu pemandu dan pemanduan yang harus di titik beratkan..bukan semuanya terletak kepada usia kereta.
Sy hanya melihat dari kehidupan keliling sy.. ada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini pastinya akan menanggung beban kerana kalau sy lihat ada antara mereka yang masih menggunakan kereta yang sudah menjangkau 12 tahun..dan ada yang melebihi 12 tahun... Mungkin ada diantara mereka mempunyai perancangan untuk menukar kereta tapi bukan sekarang, bukan setelah kereta usia kereta mereka 12 tahun...tapi bila mereka berkemampuan untuk menukarnya...bila ekonomi keluarga mereka stabil.. Kalau dulu kereta boleh kita ibarat sebagai asset selain daripada rumah, namun sekarang tidak lagi.. ( jika cadangan itu dilaksanakan) Maybe rakan bloggers mempunyai banyak lagi sebab dan alasan... Kerajaan menggalakkan rakyat untuk herbelanja dengan berhemah, mengalakkan rakyat untuk mengurangkan beban hutang keluarga..termasuklah mengurangkan pinjaman lebih2 lagi jika ramai yang terpaksa memohon pinjaman untuk membeli kereta....apa pendapat anda?

2 comments:

  1. Saya tak setuju lansung usul mansuhkan penggunaan kereta berusia 12 & keatas.
    Mula lah keluar lagi undang2 tak berasas kerajaan. ..haihhh semuanya mcm menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  2. X setuju langsung. HUHUHU non-sence kot reazon ni sebab dengan kadar inflasi yang makin tinggi, kadar belanja isi rumah mangkin tinggi, maybe tukar kereta tu adalah pilihan terakhir kot. Mereka2 yang bercakap tu memanglah x rasa ape...sebab depa semua tu FREE hidup ditaja.
    Kalau tengok rata3 yang terlibat dapat accident pon kereta2 baru, kereta mewah... kereta lama ni mana nak lajunyer...kalau laju pon semput napas kereta tu nak berlari...biasanya kereta lama ni jalanyer pon slow je...xder nak lelaju heh, ini semua back to faktor cara pemanduan itu sendiri... moga2 kite semua lebih beringat ye =)
    Eh, nak tambah...faktor jalan tu pon perlu diambil kira gak kan???jalan berlubang,jalan x rata..berlopak...emm macam2lah.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails