JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, January 16, 2013

CINTA TAK TERUCAP..

Kadangkala cinta ini memerlukan seseorang untuk memulakannya... jika tidak, walau sedalam atau sekuat mana cinta yang ada jika tiada siapa yang meluahkannya, pasti tidak kesampaian jua cerita cinta mereka....
Baru-baru ini, ada seorang kawan sy menceritakan satu masalah 'adik angkat' nya yang sedang dalam dilema....Ceritanya lebih kurang macam ni..( semua nama bukan nama sebenar ye..ahakss)
Afiqah dah lama bekerja dibawah ketuanya bernama Roslan. Pada permulaannya, apa yang ada di antara mereka hanyalah hubungan profesional, tidak lebih daripada itu. Lama kelamaan, kemesraan mula terasa antara mereka, namun baik Afiqah mahupun Roslan tidak berani mahu mengatakannya atau takut hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak mahu hubungan yang sedia ada rosak kerana perasaan yang masing2 ada sedangkan sebenarnya mereka mempunyai perasaan yang sama... hinggalah Roslan berhenti kerana mendapat tawaran bekerja di tempat lain, mereka masih tidak meluahkan perasaan masing2. Kataorang, sewaktu kita bersama, kita tidak merasakan betapa berharga dan beertinya seseorang sehinggalah kita kehilangan atau berpisah dengan mereka.. itu jugaklah yang terjadi antara Afiqah dan Roslan. Apakah yang terjadi pada mereka....next entry ye kita sambung.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails