JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, October 11, 2012

BERSARAPAN DI MASJID BULAT, SEKSYEN 14 PJ

Sarapan di Masjid Bulat Seksyen 14 PJ
Pagi ini, sy bersarapan di dalam kawasan Masjid Bulat, Seksyen 14 Petaling Jaya. Mulanya suasana agak sunyi, ada beberapa orang yang jugak bersarapan di sana, ada nasi dagang, nasi lemak, ubi rebus, cucur udang dan macam2 lagi juadah yang menyelerakan. Masa sy datang tu adalah dalam pukul 9.15 kot.. Lepas tu, kedengaran bunyi loceng dan dalam sekelip mata, daripada tempat tu sunyi, penuh semua kerusi dan meja dek budak2 sekolah agama yang belajar disitu, siap kerusi sy pun ada yang tengah tunggu..ahaksss. Memang lucu dan kelakar tengok gelagat budak2 kecik bila diorang sama diorang makan sambil berbual dan bergurau. Ada yang makan bekalan daripada rumah, ada yang beli makan situ aje, Harganya pun memang murah sangat...kot2 yang tukang jual tu ingat sy ni ustaz mengajar disitu kot...ahakssss.
Kenapa sy bersarapan disitu? Sebenarnya sy dalam perjalanan untuk menziarah saudara sy yang pernah sy melawat pada 2 minggu lepas ( ada sy tulis dalam entry yang lepas) yang telah pulang ke rahmatullah pada malam semalam. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. Semuga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

2 comments:

  1. Memang biasa makan situ ke?....kira macam kantin sek agamalah yeh...

    ReplyDelete
  2. hainom OKje - 1st time makan kat situ, rasanya macam mmg kantin sekolah agama tapi dia open jugak pada public sebab masakan dia semua macam untuk orang dewasa..maybe sapa2 yang datang sembahyang kat masjid boleh terus makan kat situ...ahaksss.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails