JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, September 12, 2012

RENDANG KARI AYAM ALA SANTAI

Rendang Kari Ayam hampir siap 
Hari minggu yang lepas sempat jugak sy memasak dalam keadaan dok boring tak tahu apa nak buat, akhirnya sy pun memasak, itupun sebab ada kawan sy nak datang beraya. Kali ni sy masak rendang kari ayam. Belasah jelah namanya, tapi memang sedap...dan sebab sy masak nak cepat, minta maaflah rempahnya sy guna yang segera ye..
Ok, bahan-bahannya adalah:

8 - 10 bahagian ayam mengikut selera anda
Rempah Rendang 1 peket
Rempah Kari 1 peket
Beberapa helai daun pandan
Santan 1 kotak kecil
Garam secukup rasa.
Kerisik 1/2 peket, kalau nak pekat, masuklah 1 peket
Kentang 2 biji dibelah 8 ( sebenarnya tak perlu, tapi sy suka kalau ada kentang..)
Serai 2 batang
Beberapa helai daun kari dan lada hijau
Sedikit minyak.

Cara masaknya. Masuk sedikit minyak dan tumis rempah2 sehingga naik bau, masukkan kesemua bahan termasuk santan kecuali kerisik, kentang dan lada hijau. Sentiasa gaul dan bila kuahnya sudah agak pekat, masukkan kentang, lada hijau dan kerisik dan kacau hingga betul2 pekat atau mengikut kepekatan yang anda mahu... Senang tapi sedap..ahakssss.


1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails