JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, December 31, 2012

BERSANTAI DIBANDAR MELAKA

Menara Taming Sari pusing macam UFO
Melaka Cruise..gambar kabur sikit
Bas 2 Tingkat ala London gitu
Kat mana nak start ye? Sy cerita secara ringkaslah percutian di Melaka...Antara tempat2 yang sy kunjungi dan bersantai di Melaka sy mulakan dengan menaiki Melaka Cruise pada malam sy sampai di Melaka kerana kalau naik cruise ni seronok waktu malam, banyak lampu2 yang dipasang sepanjang sungai. Selepas tu sy berjalan kaki ke Taman Tema Permainan yang ada Ferris Wheels dan macam2 lagi permainan tapi sy tak galakkanlah sebab harganya agak mahal..RM5 untuk 2 pusingan..rasa macam tak puas. Esoknya sy pi makan di Dataran Pahlawan dan tempat tu memang padat sampai nak makan pun susah, sy cuma dapat makan kat Burger King aje..ahaksss. Kemudian ronda2 di sepanjang Dataran Pahlawan yang mempunyai banyak barang2 boleh tahanlah harganya terutama di bahagian Heritage Gallery yang menjual barangan2 antik dan sempat jugak sy singgah di Mahkota Parade.Agak2 waktu petang, sy ambil keputusan untuk menaiki beca dan ronda2 tempat2 bersejarah seperti  A Famosa, Istana Melaka, Kapal muzium Melaka,  Perigi Hang Li Po, Kapal Besar dan lain2 sambil dihiburkan dengan lagu2 'disco' di beca tersebut..Sebenarnya tempat2 tu semua berdekatan tapi kalau anda sanggup jalan, no sweat.. Pada waktu agak sudah gelap. selepas Maghrib, sy pun naiklah Menara Taming Sari yang boleh berpusing macam UFO dan boleh melihat seluruh bandar Melaka..Sy ni gayat tapi nak cuba jugak, hentam sajalah labu, tapi memang menarik. Selepas sy menaiki menara Taming Sari, sy pun menaiki pulak bas ala London tu yang 2 tingkat tapi atas tanpa bumbung..Bas tu jugak membawak kita pusing2 ke seluruh bandar Melaka tapi seronoknya dapat rasa angin malam yang dingin duduk kat atas..Agak2 dah malam pukul 10, sy pun dinner di Melaka Market berdepan dengan Menara Taming Sari. Distu jugak ada uptown yang menjual pelbagai2 barangan...Jika anda hendak berjalan2 ke Melaka, sy rasa anda cuma perlu parking berdekatan dengan Menara Taming Sari dan bermula disitu macam2 anda boleh dapat dan berjalan kerana semua tempat adalah berdekatan..Selepas dinner sy pun meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur dengan kepenatan..tapi puas...P/S - Gambar2 pada waktu malam kurang jelas sebab tu sy uplode gambar waktu siang..maklumlah pakai camera handphone je..ahaksss

EMM KASARNYA BAHASA...

Pemandangan sg melaka dari bilik hotel
Selepas bercuti di Muar minggu lepas, minggu ni pulak sy bercuti di Melaka. Pulun habis apa saja yang nampak di bandar Melaka termasuklah naik beca sekali...saja je nak merasa.Tapi sebelum sy bercerita ttg percutian sy, ada 2 incident yang agak mengecewakan sy bila berada di Melaka yang sy rasa tak patut berlaku kerana ramai orang luar yang datang untuk melawat Melaka....
Pertamanya waktu sy nak makan malam di sebuah restoran di Medan selera Sg Melaka. 
"Kat sini apa makanan yang sedap atau biasa orang makan" saya bertanya kepada seorang perempuan yang datang mengambil order.
"Kalau sy yang cakap, baik sy je yang makan" jawapan perempuan tu dengan muka masamnya...
Perghhhh dengar macam tu nak aje sy beredar tapi sebab malas nak pergi tempat lain, sy cool dalam hati dan terus je order nasi goreng ayam dan teh tarik......
Keduanya berlaku sementara sy menunggu giliran untuk naik di Menara Taming Sari, sy singgah di kedai jam yang menjual jam jenama ICE...yang ni memang tak ada percakapan tapi tak ada jugak layanan. Sy dok tanya berapa harga pun diorang buat donno je..
Walaupun tak semuanya macam tu, ada jugak tempat2 dan orang2 yang memberikan layanan yang baik..terutama penarik beca dan pemandu bas ala- London...cayalah bro.

Wednesday, December 26, 2012

BERSANTAI DI TANJUNG EMAS, MUAR

Suasana malam di Tanjung Emas, Muar
Salah satu tempat untuk bersantai pada waktu malam di Muar adalah di Tanjung Emas. Memang tempat yang nyaman dengan sepoi2 angin malam, bersebelahan dengan sungai Muar serta keadaan keliling yang meriah dengan pokok2 ala i-city, dengan ramai keluarga serta anak2 diorang bermain dan pelbagai pertunjukkan2 yang diadakah termasuk kereta2 dihiasi dengan lampu2. Padangnya yang luas membolehkan budak2 bermain dan berlari2 kesana sini. Hujung tepi sungai pulak kita boleh nampak ramai yang memancing kerana air sungai sedang naik, tidak kurang jugak pasangan2 yang menikmati kesejukan dan keindahan lampu2 bandar Muar yang boleh dilihat daripada Tanjung Emas ini. Kalau berjalan dan bersantai tanpa makan tak sedap jugak kan, so kat sini apa yang sy nampak ada beberapa gerai makanan terutamanya di hujung Tanjung dipanggil Marina Bay kot...kalau tak salah sy, kurang ingat dan jugak beberapa gerai lain yang menjual mee siput, rojak petis, mee bandung dan lain lain. Memang menyelerakan.. Hahaha dah macam promoter pelancungan pulak rasanya...Just nak share apasalahnya kan..kan kan. 
Monyet2 di Tg Ketapang
Salah satu lagi yang sy sempat bersantai adalah di Tanjung Ketapang. Macam pernah dengan nama ni, rasanya dalam cerita P Ramlee "Enam Jahanam" iaitu nama salah sorang penjahat. Tanjung Ketapang ni bersebelahan dengan Tanjung Emas tapi keistimewaan dia ialah ada monyet2 yang menghiburkan disini.. ahaksss. Makin tahun makin banyak monyet2 ni dan ada yang ok dan ada yang liar sikit, tapi kalau anda nak jadi famous dan dikelilingi peminat, letaklah apa saja makanan ditangan anda, monyet2 ni pasti akan datang.. Semua dah biasa malah air tin bergas tu pun they all pandai bukak dan togok... Tapi ada arahan daripada Majlis untuk tidak memberikan makanan kepada monyet2 ini...so sy rasa kalau bagi makanan yang biasa macam kacang dan pisang tu masih ok kot sebab masih ramai yg bagi makanan...Banyak aksi lucu yg dapat anda lihat..Masa sy pergi tu, siap ada monyet duduk atas kereta selamba je biarpun kereta tu dah berjalan jauh....

BERSANTAI DI GUNUNG LEDANG

Air yg sejuk di Gunung Ledang
Dah time cuti, so kita pun bercuti jugaklah.. Hampir seminggu sy bercuti di Muar dan salah satu tempat kunjungan percutian saya adalah di Gunung Ledang. Memang ramai orang disana tapi sebab tempat dia tu besar, jadi kita cari jelah port mana yang kita rasa sesuai. Air pergunungan ni memang teramat2 sejuk.. Menggigil jugak sy bila lama terendam kat sungai, tapi tengok budak2 yang mandi semua macam tak ada apa2 je takkan kita nak tunjuk kegigilan kita pulak..tapi memang best. Harga barang2 kat sana pun boleh tahan murah... Tapi oleh kerana banyak tempat yang berbatu2, jadi nak cari port untuk kita letak barang2 pun kenalah berhati2, senang nampak dan senang cari..ahaksss. Mana tahu puteri gunung ledang berkenan dengan barang2 kita... Apa2 pun, bagi mereka yang masih belum kemana2, tenangkan fikiran anda di sungai dan air terjun gunung ledang...Cuma dalam 2 jam setengah je dari KL.

Thursday, December 20, 2012

SEJAUH MANA KEPERCAYAAN KITA

Sejauh mana kita mempercayai seseorang? Mungkin begitu jugakkah kita mengharapkan daripada orang lain untuk mempercayai kita atau sejauh mana orang lain mempercayai kita? Tidak kisahlah kepercayaan dari sudut perhubungan, persahabatan, kerjaya, kekeluargaan dan lain-lain.....
Pernah dulu semasa sy bekerja sementara di sebuah kilang, masa tu sy bercuti semester..saja je nak cari duit poket dan hilangkan rasa boring bercuti. Oleh kerana sy ni orang baru masuk maka sudah pasti kepercayaan majikan tu agak kuranglah berbanding dengan pekerja2 terdahulu. Sy bekerja di kilang eletronik dan masa tu kira kerja memasukkan bahan2 atau cip2 kedalam satu papan..so bila dah habis sessi tu, supervisor pi lah check dan ada satu papan yang tidak diisi dgn cip2 tu ,,,pendek cerita sy dipersalahkan kerana tidak memasukkan cip2 tersebut padahal cip2 tu bukan bahagian sy...tapi entah apa pekerja2 yg senior cakap, semua salah tu ke arah sy... Oleh kerana sy ni baru masuk, tak pandailah nak lawan atau membangkang sbb niat utama nak cari duit extra je bila masuk balik belajar...jadi biar macam tujelah. 
Jadi kadang2 walaupun kepercayaan itu penting, ada jgk yang telah menyalah gunakan kepercayaan itu untuk menutup kesalahan sendiri...

Wednesday, December 19, 2012

KEMANA SIFAT KASIH SAYANG

Semalam waktu dok makan2 tengahari kat sebuah restoran, duduklah sepasang couple kat sebelah meja sy. Tengah sy menikmati makanan yang cukup2 tak menyelerakan tu..ahakss sebab lauk dia memang kureng sikit rasanya hari ni, tiba2 sy terdengar couple tu bercerita pasal penderaan anak sana sini.. Pasal cerita yang heboh di perkatakan baru2 ni..Minta maaf, diorang dok sebelah dan cakap pun terkuat sikit maka sy pun terdengar...Lebih kurang perbualan diorang macam nilah....
"You agak2 kalau kita ada anak nanti you akan buat macam tu ke kat anak kita?" tanya siperempuan.
"Takkanlah I nak buat macam tu..kan anak kita." jawab si lelaki.
"Yelah...yang kes dera tu dan kes dulu2 pun anak sendiri jugak" jelas perempuan tu lagi.
"Tak delah. Kalau I nak dera, baik I dera you je....(opsssss)" lawak si lelaki tu sambil perempuan tu memandang sy tersipu2....opssssss
"You tu kan kadang2 baran jugak, jadi takut jugak I kalau you jadi macam tu..." perempuan tu menjeling sambil meminum saki baki orange juicenya...
Emmm...Kadang-kadang susah nak kita taksirkan kenapa berlaku penderaan walaupun ianya dilakukan terhadap anak kita sendiri. Kemana rasa belas kasihan dan sifat kasih sayang kita sebagai manusia. 

Tuesday, December 18, 2012

MOVIE - PONTIANAK VS ORANG MINYAK

Semalam sempat lah sy menonton DVD cerita Pontianak vs Orang Minyak lakunan Nabil dan Johan serta Adlin Shaufki dan lain2. Secara kasarnya boleh tahanlah ceritanya.. simple dan menarik. Mengisahkan tentang dua orang yang menjadi hantu dan di ajar bagaimana cara2 menjadi hantu dan mencari mangsanya, tetapi kedua2 hantu itu terjebak pulak dengan percintaan dengan manusia. Bagi sy kelakarnya agak kurang. Ada scene2 yang lawak dan melucukan tapi sekali sekala je dia datang. Jalan cerita mmg menarik dengan barisan pelakun2 yang terkenal termasuklah jugak dengan Lana Nordin yang agak sexy sedikit..ke sexy banyak sampai di panggil hantu kopek..ahakksss.Walau apa pun, bagi yang belum menontonnya di panggung, anda boleh membeli DVDnya. 

ACARA2 MENARIK DI SUMMIT USJ

Adik2 kecil tunjuk bakat di Plaza Shah Alam
Sana sini sudah kedengaran lagu2 Krismas dan pelbagai acara2 diadakan sempena menyambut perayaan tersebut di mana2 shopping mall dan Hyper Market. Minggu lepas sy singgah ke Plaza Shah Alam dan jugak Summit dan banyak acara2 yang menarik yang dapat sy lihat. Di Plaza Shah Alam contohnya di adakan persembahan kanak2 yang bermain alat muzik seperti drum, gitar, koir dan lain2...Lagu Opaganam Style pun masuk sekali dan memang suasana hangat dengan aksi dan pertunjukan yang mengejutkan dari bakat adik2 kecil. Di Summit pulak diadakan persembahanan Snow White di gabungkan dengan silap mata..Memang menarik bila pelakun2 menukar baju berkali2 di depan penonton sekelip mata..Terpaku sekejap macam mana diorang buat silap mata tu...Dengan aksi dan lakunan yang cukup menghiburkan. Sy rasa setiap minggu ada macam2 lagi acara2 dan persembahan2 menarik di sana. Jom.

BOTOK2 DI GERAI KG MELAYU MAJIDEE

Botok2 di Gerai Kg Melayu Majidee
Minggu lepas semasa bercuti balik JB kerana nak melihat anak saudara dan adik sy yang baru melahirkan anak pertamanya 18-11-2012 yang lalu, sempat jugak sy menghilangkan rindu dengan makanan2 di JB dan antara makanan2 yang sempat sy pekena adalah botok2 yang sy makan di gerai makan Kg Melayu Majidee. Memang sedap walaupun ianya bukanlah untuk botox tubuh badan kita...ahaksss. Tapi memang menyelerakan. Sambil tu, sempat jugak sy pekena mee rebus jugak sy beli disana. Disitu kalau sebelah malam happening. Ramai orang sampaikan kadang2 susah nak dapat tempat duduk. Selain mee rebus dan botok2 tu, ada jugak yong tau foo, rojak singapore, satay perut, otak2 JB, nasi ayam dan macam2 lagi. Kalau anda ke JB, singgahlah kesana.

Friday, December 7, 2012

ADAKAH CINTA UNTUKKU..

Menamatkan pengajian dan keluar daripada UiTM merupakan satu kelegaan pada Lina,pada sangkaannya, namun rupa2nya kehidupan di luar kampus lagi mencabar apalagi kini Lina di kelilingi pula dengan orang2 dari pelbagai karakter...Lina mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat hypermarket. Pandangan orang sekeliling memberikan satu inspirasi kepada Lina untuk berubah menjadi lebih baik...atau lebih tepat mengurangkan ke'comel'annya... Pelbagai cara termasuk diet dan bersenam telah Lina cuba, namun hanya berlaku sedikit perubahan saja. Dalam masa yang sama, muncul seseorang yang bernama Yusuf mengurangkan tekanan dan kesepian Lina dan jugak memberikan motivasi untuk Lina lebih berusaha menjadi lebih sihat..Kehadiran Yusuf seolah2 memberikan harapan kepada Lina bahwa orang seperti dia juga sama seperti orang2 lain, layak untuk bercinta dan dicintai..seakan2 dunia sudah berubah buat Lina. 
Namun semua itu hanya sementara...harapan yang diberikan kepada Lina rupa2nya hanya seperti bintang2 yang berkerlipan...indah dipandang tapi tidak tercapai tangan. Cinta Yusuf beralih jua kepada mereka yang punya rupa..Kekecewaan demi kekecewaan terpaksa Lina tempuhi...dengan pandangan orang serta cintanya yang musnah...final story...malam nanti.

KISAH LINA COMEL

Percaya atau tidak, perubahan penampilan dan fizikal seseorang banyak memberi kesan kepada kehidupan mereka...bukan setakat kehidupan tapi jugak perhubungan sesama manusia.
Dulu sy mempunyai seorang kawan yang sama2 belajar di UiTM..Oleh kerana dia agak sedikit berisi dan tidak pandai menghiasi diri tidak kira samada dari segi pakaian mahupun make up maka penampilannya itu membuatkan dia tidak punya ramai kawan..kalau ada pun yang tinggal satu bilik di hostel. Setakat panggilan comel tu dah biasa sangat bagi dia...walaupun comel tu bunyinya sedap tapi hakikatnya comel yang mereka maksudkan adalah bulat dan montel... Sepanjang pengajian sehinggalah tamat seperti tiada siapa yang tau dia  wujud disitu...boleh dikira dengan jari berapa orang mengenali dia. Sy masih ingat lagi. Nama dia Lina. Orang panggil Lina comel. Pernah jugak beberapa kali sy dapat bercakap dan berbual dengan dia, itupun kebetulan ada satu subjek yang kami sama2 satu kelas. Orangnya pendiam. tak banyak cakap tidak kira dalam kelas mahupun luar kelas..Seolah2 kisah hidup dia akan sama sehingga bila2 bila dia keluar daripada UiTM nnt tapi semuanya meleset...Ada perubahan besar yang berlaku dalam hidup Lina.. Next entry sy sambung ye...

Thursday, December 6, 2012

NGENGADA...

Ngengada betul” Bentak Daniel keseorangan.
“Kenapa ni Den? Lain macam je marahnya” Tanya Fendy pada Daniel yang ternyata bengang dengan sesuatu.
“Tu hah si Lynn haaahhh sikit2 ngengada..sikit2 ngengada”
“Acuciter.. cuciter” Fendy seakan seronok ingin tahu perkara sebenar…
(Ting ting ting ting….lagu flashback)
“Hi Lynn. Tengah buat apa tu” Tanya Daniel sopan…ahakss.
“Ngengada!! Tak ada kerja lain ke?” Lynn bersuara…
“Apa yang ngengadanya? Tegur sikit pun tak boleh?” Daniel seakan tidak puas hati dengan layanan Lynn.
“Awk tulah yang ngengada..tak ada orang lain ke nak ganggu? Sorry you are wasting my time…Ngengada!” sambil Lynn berjalan perlahan2 meninggalkan Daniel.
“Ehh ehh tunggu. Siapa pulak yang nak ganggu ni? Sy cuma nak berkawan aje..” terang Daniel.
“Satu kampus dah tau perangai awk yang ngengada tu but please. Orang lain awk boleh ngengada..with me boleh belah!” Lynn dengan ketegasannya.
(Ting ting ting ting….lagu penutup flashback)
“Macam tulah ceritanya..yang aku tak faham, bila pulak aku ni suka kacau orang..setahu aku tak ramai yang aku bercakap?” Tanya Daniel seakan tidak percaya…
“Ngengada!! Kau memang dasar romeo tak nak mengaku” Fendy pulak meninggalkan Daniel yang terpinga-pinga.

TERSISIH HANYA KERANA....

Pernah tak anda merasa tersisih atau disisihkan? Terasa seperti orang memandang dengan pandangan yang kurang menyenangkan atau seperti terpaksa.. Semua ini hanya kerana sebutir jerawat yang tumbuh betul2 di tengah2 hidung anda? Nak dipicit belum masak..ahakss Nnt lagi besar pulak kawasan jajahan jerawat tu.
Anda pulak pasti akan merasa kurang selesa jika mereka seolah2 memandang tepat kearah jerawat anda walaupun anda sedang berbual2 dengan diorang tapi mata diorang  tetap kearah hidung anda..
Kadang2 jerawat ni boleh buat kita menjadi malu dan segan lebih2 lagi jika ianya tumbuh ditempat2 yang menjadi perhatian orang seperti dahi, hidung dan pipi…Kalau kecik masih boleh dimaafkan tapi kalau besar?...ahaksss.
Sy pun dulu masa belajar sekolah menengah pernah jugak kena benda macam tu. Masa tu kira tangan memang tengah gatal suka sangat picit2 hidung nak keluarkan benda yang putih2 tu..perghhh nikmatnya bila benda tu keluar.. tapi lepas tu..tu dia keluar jerawat batu sebijik kat tengah2 hidung...apa lagi kita picitlah...tu dia lagi besar. ahaksss..

Monday, December 3, 2012

LAGU PILIHAN - AJARI AKU


Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah daripada penyanyi favourite sy iaitu Anuar Zain yang bertajuk Ajari Aku. Biasalah trademark lagu Anuar memang mendayu dan syahdu, apalagi video klip lagu ini adalah bersama dengan seorang lagi pelakun favourite sy iaitu Nora Danish..dan jalan cerita dalam video klip ini memang sedih dan haru...Nak tgk, layan aje di youtube. Antara bait2 lirik lagu tersebut:

AJARI AKU
Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agarku bisa memiliki rasa
Yang luarbiasa untukku dan untukmu
Kuharap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalanku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku


ANDAI DIA BUKAN LAGI DIA...

Cinta kadangkala membuatkan seseorang itu menjadi orang yang paling bahagia di dunia dan kadangkala menjadikan seseorang itu membawa kehancuran hati sepanjang hayat. Kita hanya manusia yang merancang dan Tuhan jugak yang menentukan segalanya.....
Semasa sy bekerja di Johor dulu, pernah ada seorang kawan sepejabat sy yang bercinta dengan seorang gadis iaitu staff di syarikat bersebelahan dengan office kami. Diorang memang nampak happy couple. Pagi makan sama, tengahari makan sama. malam makan asing2...hahaha dan akhirnya mereka pun membuat perancangan untuk bertunang. Dalam waktu yang terdekat jugak, si gadis ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di salah sebuah IPTA di utara Semenanjung menyebabkan rancangan pertunangan mereka di tunda. Jarak dan waktu yang memisahkan mereka rupa2nya membawa kesan ke atas perhubungan mereka apabila sedikit demi sedikit si gadis itu tidak lagi berhubung dan akhirnya khabar berita yang di dengar oleh kawan sy, si gadis itu telah pun berkahwin dengan jejaka yang sama2 study dengannya... Betullah jugak kata setengah2 orang...kadang2 bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain..

MOVIE - RESIDENT EVIL RETRIBUTION

Semalam sambil nak cari idea2 sempat jugak sy tengok dvd cerita Resident Evil Retribution lakunan Milla Jovovich dan juga Michelle Rodrigues dan ini merupakan sequel cerita yang ke 5. Memang daripada sequel pertama sy memang minat dengan movie lakunan Milla Jovovich walaupun sy rasa sequel ke 5 ini agak complicated sikit nak faham tapi dari segi actionnya memang masih macam dulu2...Jika anda mahukan filem2 yang penuh dengan action2 yang padat...cerita ni memang tidak menghampakan. Semalam jugak sy sempat dvd cerita Fire with Fire lakunan Josh Duhamel dan Bruce Willis ( pelakun kegemaran sy ) yang tidak kurang hebatnya dari segi suspens dan thriller dimana seorang anggota bomba telah menjadi saksi kepada satu pembunuhan kejam oleh anggota kongsi gelap yang brutal dan dia telah mendapat perlindungan saksi oleh polis namun apabila identitinya mula dikesan oleh orang jahat maka satu2 anggota keluarga serta kawan2 nya menjadi mangsa pembunuhan kejam dan ini menyebabkan dia pulak mengambil keputusan untuk membalas dendam...Memang suspens cerita ni. So ada masa, layan....

Friday, November 30, 2012

CINTA KE 2..SAMAKAH DGN PERTAMA?


Kenapa setelah menggunung harapan diberi, setelah seluruh hati dan segenap rasa kasih sayang dicurahkan, lelaki boleh pergi macam tu aje tanpa alasan?”
Bunyi macam dah biasa kita dengar… Atau mungkin pernah berlaku kepada anda sendiri atau kawan2 anda. Pasti perit dan sakit bila ianya berlaku kan. Sekelip mata dunia yang dulunya terang menjadi gelap. Dunia yang penuh dengan bunga-bunga kasihsayang kini menjadi onak –onak duri. Janji manis serta ayat-ayat cinta semuanya kini hancur lebur sehancurnya hati menjadi debu…tapi masih pasrah dengan situasi yang dilalui…
Persoalannya…masihkah ada ruang untuk cinta ke 2? Adakah akan sama perasaan cinta kita bila andainya kita menemui cinta seterusnya? Dapatkah parut lama ditutup dengan orang lain yang datang membawa cinta baru? Mungkin bergantung kepada berapa dalam luka yang ada atau berapa kuatnya cinta baru agaknya…

Thursday, November 29, 2012

CINTA..UNTUNG ATAU RUGI?

Setiap kali aku DEBIT kan cintaku, selama itulah kau tetap CREDITkan hatimu kerana katamu kasihsayang ku kurang BALANCE. Rupa paras AKAUN bank jugak cuma cukup untuk diri sendiri, belum lagi berdua, bertiga nanti. Aku cuba buat ADJUSTMENT pada sikap aku namun CLOSINGnya tetap sama. Kau cakap  tak guna nak TRIAL lagi, memang nyata cinta kita pasti RUGI. Aku cuba cari SALES agar kemesraan kita mendapat UNTUNG. Namun aku POST jugak semangat cinta yang ada, aku IMBANGkan keyakinan diri dan akhirnya PENYATA sikap aku menampakkan PERUBAHAN. ASET kasihsayang aku bertambah, PERBELANJAAN dan PENGHAPUSAN sikap putus asa menampakkan UNTUNG cintaku. Akhirnya semua itu menjadi MODAL kebahagiaan aku di masa depan... 

Wednesday, November 28, 2012

KADANG-KADANG...

Kadang-kadang ada perkara yang kita tidak ingin berlaku dan cuba seberapa daya untuk mengelak, tetap berlaku jugak... Kadang-kadang ada perasaan yang tidak ingin kita rasa atau ada, tetap jugak ianya terasa.. Contohnya seperti kita tidak mahu bekerja di kampung, tetapi kerana tiada pekerjaan yang sesuai dibandar, akhirnya terpaksa jugak kita bekerja dikampung...atau kalau boleh kita tak nak berpasangan dengan orang yang handsome atau cantik tetapi dapat jugak pasangan sebegitu...ahaksss. atau cita2 kita kalau boleh bukan melibatkan perubatan tapi akhirnya menjadi doktor..atau kalau boleh kita tak nak bercinta dengan si polan tetapi akhirnya bercinta jugak....
Ada orang berkata, makin kita cuba hindari semakin dekat pulak perkara atau perasaan itu ada. Makin kita cuba mengelak, ada saja perkara2 yang mendekatkan kita. Kadang2 ada perkara yang kita benci, tapi perkara itulah yang kita buat... Orang itu yang kita benci tapi dia jugalah yang menjadi pasangan hidup kita.. 
Kadang-kadang hidup ini ada naik turun, ada kedepan dan kebelakang, ada tersurat dan tersirat dalam setiap perkara yang terjadi..Tak tercapai akal kita untuk memikirkan apakah hikmah disebalik kejadian yang tidak ingin berlaku tetapi tetap berlaku...

Friday, November 23, 2012

PERNAHKAN ANDA MERASAKANNYA?

Pernah tak satu ketika satu hari satu minit satu saat...anda merasakan anda sudah boring dengan apa yang anda lakukan selama ini? Tidak kira samada dari segi kerjaya anda, dari segi kehidupan seharian anda, dari segi sikap anda dengan masyarakat atau sesama saudara mahupun kawan2 atau pasangan anda.. anda rasa macam sudah bosan dengan rutin yang sama... Lebih2 lagi kalau bersentuhan dengan kerjaya. Bayangkan. Bangun pagi, mandi, sarapan, tempuh jam, masuk office, kerja, tengahari makan, masuk kerja balik, petang tempuh jam, makan, tengok tv, buat itu ini, tidur...esok tempuh benda yang sama lagi..dan begitulah selama bertahun2 tidak kira anda sudah berkahwin mahupun bujang...( skiplah ye bab2 sembahyang dan seumpamanya sbb tu mmg wajib, tak boleh boring....)
So bila sampai ke tahap itu, apa yang perlu kita lakukan? Jawapannya kita tunggu sekejap lagi dalam rancangan Where The Money Drop.

KERINDUAN YANG MENYAKITKAN

Ehsan Google
Buat apa berlari dalam kelam? Sedang kabut pun tidak mahu menyibak. Biarlah semuanya berlalu, mimpi pun aku tidak inginkan, meskipun rindu ini tercipta untukmu...
Walaupun hari ini kau mengukir luka dihatiku, aku akan tetap mencintai mu seperti aku mencintai mu semalam dan sebelumnya...
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai diri kita tanpa suatu pertimbangan....
Itu adalah antara bait2 ayat-ayat cinta yang pernah sy dengar...mungkin pernah jugak anda dengar. Peliknya, selalu kita akan mendengar ayat2 sebegini indah sewaktu kita bercinta. Bila cinta sudah tiada, ayat2 entah kemana perginya...tiba2 terus blank dengan kata2...

Thursday, November 22, 2012

CERITA-CERITA PASAL BANJIR

Tingkap depan yg 3 segi tu boleh masuk angin
Semalam waktu meredah hujan yang lebat...tiba2 jalan yang biasa sy jalan boleh banjir menyebabkan jalan untuk dua lorong menjadi satu lorong kerana jalan bahagian kiri banjir...jadi terpaksalah berderet2 kereta menghempet masuk ke jalan sebelah kanan. Tiba2 lagi, datang pulak sebuah kereta pacuan empat roda dengan megahnya merempuh jalan yang dipenuhi air memercikkan sejumlah air menyimbah kereta2 disebelah kanan...perghhh kurang asam betul. Nasib baik cermin semua tutup, kalau ada kereta yang cermin terbuka, tak ke luar dalam masuk air...Memang tau kereta pacuan empat roda tinggi boleh redah tapi slow2lah sikit. 
Teringat sy kereta2 dulu yang tak ada air cond. Ada yang jenis tingkap sisi boleh bukak, jadi kalau jalan akan terasa angin masuk. Ada jugak yang siap pasang kipas kecik pusing kiri pusing kanan..Sekarang ni, teksi2 masih ada jugak yg pakai style tu sebab nak save daripada pakai air cond...Sekarang, kalau tak ada air cond, mulalah mengeluh sana sini...ahaksss.

PEKENA SUP GEARBOX

Sup gearbox di Sup Ani Utara
Cuaca pulak sejuk2 nyaman...pekena sup sedap jugak kan. Lama jugak tak makan sup, jadi dengan keadaan hujan yang turun hampir setiap hari, dengan suasana sejuk pasti pekena sup mmg menyelerakan. so bila ckp pasal sup ni sy cuma teringat sup mamak dgn sup ani utara. so sy pun decide nak pi kat sup ani utara. Mula2 tu terasa nak pekena sup campur je tapi bila tgk gambar yg diorang pampang besar2 sup gearbox terus sy order sup gearbox..ahakss. mmg mmg mmg sedap walaupun mahal.tp dah tertarik dengan gambar serta supnya, so bedal ajelah... So bagi anda yg terasa nak pekena sup panas2 di waktu cuaca yang sejuk2 ni, apa lagi, jom santai di restoran sup ani utara atau mana2 kedai mamak pun boleh, janji sup....

BANYAKNYA JEMPUTAN KAHWIN..

Cuaca gelap waktu petang..santai
Beberapa hari yang lepas memang terlalu sibuk dengan aktiviti2 kerja dan jemputan kenduri kahwin, daripada awal minggu lepas sehingga ke minggu depan, masih banyak lagi jemputan kenduri kahwin.. semua dok berebut tarikh yang cantik disamping cuti sekolah serta hari yang sejuk2...ahaksss. Walau apa pun, semua saudara serta sahabat handai sy serta rakan bloggers yang baru melangsungkan perkahwinan, tahniah diucapkan semuga berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. 
Daripada majlis yang di adakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SASS Shah Alam sehinggalah ke Puchong, semua sy redah aje walaupun hidangannya hampir sama, yang penting kehadiran kita tu dikatakan dapat memeriahkan lagi majlis...dalam kad jemputan cakaplah..walau kesibukan macam manapun, sempat jugak sy bertweet daripada kempunan tak sempat nak post entry kat blog...tq kepada beberapa rakan bloggers yang sempat bertweet....

Friday, November 9, 2012

NURUL IZZAH...EMMMMM

Jarang2 sy menonton rancangan berita..ahakss. Bukan tak minat tapi tak sempat. Jadi semalam dapat jugak sy menonton dan kebetulan pulak hari tak hujan...jadi bolehlah dapat Astro..double ahaksss. Dalam dok tengok2 tu, diorang tayanglah pasal kenyataan Nurul Izzah, naib presiden PKR mengenai kebebasan memilih agama... Emmmm menyelinap jugak terasa. Bab2 politik ni memang sy selalu jarang campur atau ambil tahu sebab dah nama politik...so apa2 pun politik..ahaksss.
Sy tak naklah memberi komen apa2 pasal tu sebab siapalah kita nak beri komen gitu gini tapi yang pastinya pihak berwajib lebih tahu menangani isu ini atau ada perkara2 lain yang perlu diterangkan. Cuma pendapat sy, perkara2 yang melibatkan sensitiviti agama terutamanya tidak harus dipandang ringan dan mudah, setiap kata2 tu harus di fikirkan dulu...Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 
Tak kira dipihak kerajaan atau pembangkang, kemakmuran dan kedamaian rakyat harus diutamakan... 
MALAYSIA...PEACE YEOOHHH.

Thursday, November 8, 2012

SEMAKIN KITA KENAL SEMAKIN MENJAUH

Ada pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta...ahaksss. Sejauh mana pulak harus kita mengenali seseorang baru kita boleh bercinta? Tu yang orang dulu2 kahwin dulu, lepas tu kenal baru bercinta. Sekarang agaknya kenal dulu, bercinta kemudian baru fikir nak kahwin atau tidak..hahaha..opsss terlebih sudah...ok ok ok, nak ceritalah ni....
Minggu lepas sy ada join pre reunion untuk student UiTM yang satu kursus masa sy belajar dulu..So terjumpalah dengan salah seorang kawan sy. Dia ni memang handsome..kat UiTM dia bercouple dengan seorang student Mass Com dan diorang ni memang loving couple dan tak pernah bergaduh. Nampak ceria aje..daripada diorang belajar, kerja hinggalah kejinjang pelamin...all the way sentiasa happy. Lepas setahun kahwin barulah kawan sy ni cakap nampak perubahan pada diri isterinya...mula cepat marah, mula rasa bosan bila bergurau atau bercakap...pendek kata dah bukan macam yang dia kenal dulu...ok stop kat situ. Apa komen anda?

ASTRO - CAJ MAHAL SERVIS ???

Ehsan Google
Hahaha..Astro lagi!! Memang selagi tak puas hati selagi tu nak complaint je..Tapi kali ni sy buat research di google dan rupa2nya sy tidak keseorangan, rata2 ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan Astro.. Sy ambik point daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia sendiri iaitu saudara Zed Zaidi diantaranya:
1) Bila lambat bayar kena potong, bila nak sambung kena caj...ini bunyinya macam biasa tapi agak2 jugaklah masanya...letrik dan air pun ada jugak jaraknya sebelum diorang potong...ini selang beberapa hari lambat bayar, dah kena potong...
2) Bila hujan, tak dapat siaran..kalau sebulan hujan, sebulanlah tak dapat tengok..TAPI CAJ TETAP JALAN. Yang ni memang sy selalu sangat hadapi...sedangkan rancangan percuma Media Prima, TV1 dan TV2 pun boleh dapat siaran semasa hujan inikan pulak siaran berbayar...hishh hishh hishhh Lepas tu nak atasi siaran terganggu sebab hujan, kena upgrade pada Astro Byond...ahakkks.
3) Iklan tetap berlambak. Kita bayar nak tengok cerita tapi iklan tetap berlambak....siapa yang untung?
4) Cerita asyik cerita sama aje berulang2.. Kalau Astro guna alasan sebab pelanggan baru belum tengok, sy rasa dah basi dah alasan tu sebab kalau setakat 2,3 bulan bolehlah..ini 2,3 tahun pun masih tayang cerita tu jugak...
So tepuk dada tanya selera.

TERINGAT MENGAJI DULU2...


Cakap pasal mengaji ni… ada yang boleh, ada yang so-so, ada yang pandai dan boleh hafal, ada yang tak pandai tapi buat2 pandai, ada yg masa kecik sekolah agama, ada yang belajar sendiri dan ada yg belajar di rumah guru2 yang mengajar mengaji, ada yang ibubapa diorang ajarkan….
Ada pelbagai ragam dan gelagat serta karaktor guru mengaji..ada yg garang, ada yang bengis, ada yang selamba..pendek kata macam2 ada…
Teringat sy semasa mula2 sy mengaji. Sy mengaji dengan seorang nenek dipanggil Mek. Oleh kerana factor usia, semasa mengajar dia selalu terlelap, tapi yang bestnya telinga dia tak terlelap, kalau kita salah baca, mulut dia akan meninggikan suara sambil perbetulkan bacaan.. maknanya janganlah nak tipu walaupun dia dah terlelap.. kadang2 tu sampai tertunduk2 nenek ni, namun tetap akan tegur bila kita salah baca…ahakksss. Apa2 pun yang penting sy sempat jugak berkhatam Quran dengan dia. Terimakasih atas segala tunjuk ajar dan semuga arwah Mek sentiasa dicucuri rahmat.

Wednesday, November 7, 2012

BOLEH KE KITA SIMPAN RAHSIA?

Menurut kajian, wanita tidak dapat menyimpan rahsia terutamanya berbentuk gosip lebih daripada 47jam.. ahaksss. Tidak kiralah rahsia tersebut berkaitan dengan suami, teman lelaki, keluarga, kawan2 atau apa saja yang pastinya menarik perhatian mereka. Kajian yang dilakukan kepada 3000 wanita jugak menyentuh bahwa wanita dalam linkungan umur 18 hingga 65 tahun, 4 daripada 10 tidak dapat menyimpan rahsia walau serahsia mana sekalipun rahsia tersebut...ahaksss.
Dah jadi lumrah dalam kehidupan kita, selalunya lelaki lebih suka meluahkan rahsia kepada wanita dan wanita pulak meluahkannya kepada kawan lelakinya yang rapat atau kepada bff mereka..(jika ada).Mungkin sebab itu jugak kot ramai wanita lebih prefer meluahkan masalah mahupun rahsia kepada kawan rapat lelaki dibandingkan dengan kawan rapat perempuan mereka...kot? ahaksss...Tepuk dada tanya selera...yang penting disini adalah kepercayaan, sejauh mana kepercayaan kita kepada seseorang...Anda bagaimana?

Tuesday, November 6, 2012

ADEGAN DEPAN MATA....

Adegan yang panas dalam sejuk
Beberapa hari yang lepas, sy ada ‘singgah’ di sebuah klinik. Pemandangan dalam klinik tu tak ada bezanya dengan klinik2 yang lain..memang pemandangan sebuah klinik dengan bau ubatnya…ahaksss. Yang menarik perhatian sy adalah aquarium nya yang penuh dengan .of coz ikan. So sy pun perhatikan ikan2 tersebut berenang2 sana sini sambil2 menunggu nama dipanggil dan dengan tidak semena2..ada 2 ekor ikan yang macam romeo dan Juliet boleh dia ‘kissing2’ depan sy..ingatkan sekali dua..tapi berpuluh2 kali tanpa henti. Selagi sy tengok selagi tu they all ni kissing…perghhh memang saja je ikan ni. Sy pun buat2lah beredar daripada melihat pasangan romantic tu… peliknya they all tak pulak kissing, lepas tu bila sy mendekatkan diri ke aquarium…wahhhh terus they all melakukan lagi adegan2 tersebut…Apalagi, sy ambik gambar dan video they all…siaplah kena masuk you tube kerana melakukan adegan tak senonoh…ahaksss.

CHE LAH PENYERI MASTERCHEF MUSIM KE 2

Sy tak pastilah kalau ada diantara anda merupakan peminat rancangan Masterchef Malaysia tetapi sejak ada Masterchef selebriti tahun lepas, sy memang tertarik untuk menonton dan Masterchef Musim ke 2 yang sudah sampai ke pertengahan musim dan walaupun sy rasa semua peserta musim ke 2 ini ada turun naik, tiada yang konsisten, tetapi sy suka pada gelagat dan celoteh Che Lah atau nama sebenarnya Kasilah Bt Paeng merupakan penasihat kecantikan daripada Johor. Seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak ini mempunyai trademark nya sendiri dan antara kata2nya yang sy ingat adalah "Orang cantik pun boleh memasak"......
Walaupun bagi sy masakan dan hidangan Che Lah pun ada naik turun dan jarang mendapat juara cipta rasa dan masakan tetapi gelagatnya yang sentiasa menyerikan rancangan MasterChef itu sendiri. Ada yang meluat dengan kerenahnya dan ada yang suka..terpulang kepada pandangan individu masing2 tetapi sy rasa dia merupakan seorang yang lurus dan tak banyak mengutuk kecuali mengutuk diri sendiri dan juri..ahaksss. So apa2 pun Che Lah...Good Luck.

Monday, November 5, 2012

HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN...

Weekend lepas, awan gelap nak hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara,
berkilau bersinar berkerdipan.
Subur menghijau bumi terbentang,
dan bayu berpuput lembut
Begitulah antara bait2 lirik lagu daripada Allahyarham Sudirman yang pasti mencuit hati dan penuh perasaan nak-nak bila time musim hujan sekarang ni, pasti lagu yang bertemakan hujan atau banjir selalu dimainkan dicorong2 radio...yang pasti ada jugak time2 hujan ini membawa banyak kenangan manis dan pahit kepada kita...samada waktu tengah periksa SPM sekarang ni, waktu tengah bercinta mahupun bila sudah berkahwin....Apa2 pun keep santai dan sentiasa berhati2 dalam waktu musim hujan ini dan kenang daku dalam doamu...ahaksss.
Oh ya..untuk adik2 yang sedang menduduki peperiksaan SPM hari ni, Good Luck dan semuga tenang menjawab segala soalan2 dan do your best...!!

Friday, November 2, 2012

YABEDABEDOOOOOO

Nilah nasi lemak yg sy order...
Ye..ye..ye.. sy tahu pasti ada yang tanya kenapa hari ni sampai 4 entry sy post...ada masa sampai 4 bulan satu entry pun tak ada..ahakssss. Apa yang sy boleh jawab ialah sy tak tau. Mood nak menaip tu datang macam tu aje..walaupun sibuk dengan kerja tapi entah celah mana, entah ceruk masa mana entah, boleh jugak sy curi nak post entry...
Tengahari tadi sy makan nasi lemak dengan sambal sotong...perghh sedap sungguh dengan pulak cuaca sejuk, jadi kita tambah lemak untuk memanaskan badan kita...tu cikgu sains sy darjah 4 dulu yang cakap..ahaksss.
Waktu ini dikala ini, cuaca memang sudah kelihatan gelap gelita dan sekali lagi hujan pasti akan turun buat yang sekian kalinya pada hari ni... kalau kecik2 dulu memang dah pasti agenda masa hujan adalah main hujan atau mandi hujan...tak ada kira demam atau sakit...itu kata orang cerita belakang..ahakss.

KEMBALI - AKIM & STACY


Lagu pilihan Jomsantaisekejap bulan ini adalah lagu daripada Akim dan Stacy bertajuk "Kembali" yang agak simple tapi menyentuh perasaan terutama kepada couple2 atau pasangan2 yang menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan dalam perhubungan mereka...perghhh. Lagu macam biasa kita dengar tapi memang syahdu. Liriknya seperti dibawah:

Kembali
Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntunkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh
Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Chorus:
Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini
Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

MOVIE - MASIHKAH ADA?

Dibarisi oleh pelakun2 yang cukup tak terkenal, cerita ini mengisahkan tentang 2 orang sahabat akrab Amran dan Daniel, yang sentiasa bersama, daripada zaman kecil hingga mereka dewasa, sentiasa membantu jika salah seorang mempunyai masalah dan sama2 berkongsi apa saja demi persahabatan mereka. Walaupun begitu, kekuatan persahabatan mereka teruji jugak dengan kehadiran Linda, seorang pengurus eksekutif dan jugak anak kepada pengarah syarikat tempat mereka bekerja kerana kedua2nya mempunyai perasaan yang sama terhadap Linda namun mereka tidak menyatakannya kerana tidak mahu disebabkan itu semua, hubungan mereka menjadi renggang. Walaupun begitu, Daniel telah memberi ruang kepada Amran apabila Amran telah menyatakan dulu perasaanya walaupun dalam masa yang sama, Linda telah menyatakan perasaannya kepada Daniel...Apakah kesudahan cerita yang cukup meruntun jiwa dan penuh pengorbanan serta aksi adegan airmata
Saksikan cerita ini yang tidak ditayang dimana2 pawagam...  

DON'T TALK TO STRANGER

Entah kenapa hati tiba2 sayu...tiba2 aje terasa. Nak kata tengok cerita sedih2 semalam, tak pulak. Nak kata ada perkara2 yang menyedihkan...memang ada tapi taklah sampai ketahap sayu, meruntun jiwa...Pelik? Normal ke aku?
Aku 'flashback' beberapa hari yang lepas. Ada tak apa2 perkara yang membuatkan aku terasa sampai sesayu seperti ini, sedangkan aku memang bukan jenis perasa orangnya walaupun kalau tengok Kuch Kuch Hota Hai boleh menangis berkali2.. Oh tidak!! Baru aku teringat...baru aku teringat. Ada seseorang yang telah menegur ku, tapi aku dengan selambanya tidak menjawab sehinggakan dia seakan merajuk sakan. Tapi perlukah aku menjawab sedangkan aku tidak mengenali dia? Mak selalu berpesan.."Don't talk to stranger". Aku pegang pesan itu hingga ke hari ni..hingga dah besar panjang aku masih tidak akan menegur atau bercakap dengan orang yang tidak aku kenali....
"Heiii!! Kerjalah...." satu suara kedengaran daripada belakang sy.
Opsss sy tengah nak naik menaip dokumen kerja tadi... tak perasan pulak tersinggah dan tertaip kat blog ni...ahakss

Wednesday, October 31, 2012

TWEET! TWEET! TWEET!


Baru-baru ni sy baru mula nak memasuki era tweet bertweet…orang lain dah beribu2 tweet, kita baru mula nak 'meneweet'..ahaksss… Almaklumlah sebab kerja banyak jadi nak updatekan blog memang lambat sikit tapi naluri nak post entry selalu ada dan tangan pulak sentiasa gatal nak menaip jadi nak tak nak, bertweetlah jawabnya walaupun pendek tapi kurang2nya ada jugak entry…so kalau sapa2 nak bertweet atau follow jomsantaisekejap, cuma klik je di ruangan follow on twitter disebelah kanan blog ini...
Kalau bertweet  ni, memang laju sikit daripada blogging...bergantung kepada berapa orang yang kita follow dan orang follow kita...nak2 artis. belum sempat kita bertweet, tu dia beratus2 tweet dan masuk list...ahaksss. baca sajalah labu... apa2pun, yang penting hilang stress sekejap....

Wednesday, October 24, 2012

SEKALI OMBAK MEMUKUL PANTAI

Semalam masa tengah nak pergi bayar parking, sy terserempak dengan kawan lama semasa sama2 belajar di UiTM Shah Alam dulu. Sempatlah kami minum petang sambil cerita2 pendek pasal kawan2 lama.. Ada yang dah kahwin anak 2,3..ada yang dah berjaya jadi boss, jadi pengusaha kantin...yang tak kenal kawan pun ada...ahaksss.
Bila cakap pasal tu, memang ada jugak tempias2 diantara kawan2 sepengajian sy yang bila sudah menjadi orang berjaya dan berpangkat tinggi....bila berjumpa, dah macam tak kenal siapa kita..tegur setakat macam antara boss dengan pekerjanya padahal kita ni pernah berkawan rapat semasa belajar dulu...Teringat jugak cerita "Antara Dua Darjat"...Masa belajar, sama2 makan maggi... sama2 duduk belajar di library.. sama2 makan di kantin.. sama2 naik keretapi balik kampung....tapi itu semua kenangan masa belajar. Bak kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah... Bagi sy dan kawan2 yang mengenali, itu semua hanyalah salah satu rencah kehidupan dan sebenarnya kita tidak mengharapkan apa2 kecuali nilai sebuah persahabatan.....

Tuesday, October 23, 2012

CEPAT CEPAT CEPAT

Ani....!!! Angkat jemuran. Hujan dah turun. Asal petang aje, hujan mula turun membuatkan jalan mula banjir..tapi bukan banjir air, banjir dengan kereta yang berpusu2..bergegas2..bercepat2 untuk balik takut kalau lambat balik, jam lagi teruk tapi ianya akan jadi lagi jam dan lagi teruk kalau ada berlaku accident malah kalau kereta rosak tepi jalan pun boleh memberi kesan pada kesesakan...ahaksss. Pernah sy tempuh jam sepanjang 4 km, sesampai ke tempat punca jam, cuma kereta tayar pancit....Errrrr itu bukan punca jam, yang jadi punca jam ialah pemandunya adalah perempuan...hahaha. Semua pakay slow kereta.. nak tolong, hujan lebat...ahaksss. So tatkala sy menaip entry ni, cuaca diluar memang dah gelap gelita...tunggu masa je nak hujan... dan kalau hujan, sudah pasti rancangan astro malam ni tak dapat sy tonton kerana mangkuk ( seperti kata kak ct) astro sy jenis biasa, kalau jenis byond tu...pasti ok. Apa2 pun, kita kemas2 dulu, stand by nak balik...salam santai

Saturday, October 20, 2012

ASTRO OH ASTRO....

Bayangkan...bayangkan...bayangkan...Minggu ni sy tak dapat tgk siaran astro sebab hujan. Asal hujan aje tak dapat tgk astro. Sy dahlah ambik package RM120 sebulan...masa balik kerja ajelah waktu sy dapat tgk astro....tapi hampa, bukan itu aje, hari migggu pun bila hujan petang, sekali lagi sy tak dapat tgk astro.. Bila hujan berhenti pulak, tripple sekali lagi sy tak dapat tgk astro kerana rancangan yang ditayang semuanya ulangan.. jadi buat apa nak tgk..hampagas. Tapi kot mana pun, dapat tgk ke tak dapat tengok ke, caj tetap jalan... Kalau nak elok...beli astro byond, tapi dengan kuantiti masa yang ada, dengan caj yang dikenakan, memang tidak berbaloi... dan yang paling best, walau apa keadaan sekalipun, walau kita tak tgk astro ke, terganggu siaran ke, hujan ke, recorder rosak ke....astro tetap kena potong kalau tak bayar...ahakssss. Sekarang satu persoalan bermain di minda sy....perlukah sy berhenti melanggan ASTRO?
p/s : kawasan tempat sy ni, memang siaran tv biasa kurang jelas, itu yang sy kena pakai astro..ahaksss.

Thursday, October 18, 2012

CUKUP PERIT MENAHANNYA...

Pernah tak pada satu ketika satu masa satu hari dimana anda terperangkap dalam jam yang cukup panjang dan anda pada masa itu jugak menahan daripada nak 'throw small water'? Bagaikan seperti pepatah telur dihujung tanduk rasanya..ahaksss. Itulah yang sy rasa minggu lepas apabila terperangkap dalam jam yang panjang, di waktu hujan lebat dan cukup sejuk rasanya serta tidak kelihatan mana2 tempat mahupun petrol station untuk sy berhenti melepaskan resah dan gelisah akibat menahan siksa untuk membuang air kecil...perghhhh. Masa tulah macam2 gaya yang dibuat untuk menenangkan diri sendiri... goyang kakilah, bukak lagu tapi tak boleh menyanyi...hahaha kan dulu2 masa kecik2 kalau nak buang air kecik, orang2 tua akan menyanyi supaya senang kita ehemm ehemmm, buat donnolah,,,macam tak rasa apa2 je tapi sebenarnya dah memang tahap kritikal dah.... so apa yang terjadi? Dan akhirnya....dapat jugak sy menahan keperitan itu sehingga sy berjumpa dengan sebuah kedai makan....terus berhenti dan.... masa ni tiada pepatah fikir dulu sebelum buang... sebaliknya buang dulu sebelum fikir

Tuesday, October 16, 2012

BREAKFAST DI RESTORAN MAMAK SEKSYEN 24

Ehsan Google
Nampak gaya, kerja sy dah mula menimbun...sedikit demi sedikit incoming tray sudah mula meninggi walaupun sy cuba untuk 'merendahkannya' namun keesokkannya ianya tetap tinggi jugak...ahakss. Jadi nak tak nak, pasrah ajelah....ini memberi kesan yang mendalam kepada blogging sy. Masa yang sesuai cuma malamlah gamaknya, nak buat macam mana kan...blogging ni kita buat suka2, bukan cari makan..jadi kena buat dulu mana yang bagi kita gaji, barulah buat yang suka2...
Pagi ni sy breakfast di restoran mamak iaitu Sri Shazz yang terletak di Seksyen 24 Shah Alam. Bukan tujuan nak breajfast kat situ pun sebenarnya tapi dalam dok jalan2 nak cari tempat makan, restoran ni yang sy nampak dulu...so pekena kat sinilah. Sy order kopi o, roti bakar dan jugak telur setengah masak...macam biasalah, memang ini rutin breakfast sy....

Monday, October 15, 2012

LUNCH DEKAT SALERO NEGORI SS15

Antara lauk2 di Restoran Salero Negori SS15
Semalam on the way balik rumah, perut tengah lapar sangat2, ditambah pulak dengan hari hujan.. tercari2 kat mana ada kedai makan., so terjumpalah restoran Salero negori di Subang Jaya, SS15 kalau tak salah sy. Kalau masakan minang ni, paling sy suka ialah gulai tunjang dan bumbunya. Ada 2 lauk tu aje nak cukup menyelerakan... Kebetulan sebab hari hujan, maka tak ramailah orang kat situ, lauk pun masih banyak lagi, jadi sy order beberapa lauk lagi...tapi tak tahulah sy, ada beberapa tempat yang sy pernah makan masakan minang ni, kebanyakan harganya 'mahal'... jangan cakaplah restoran Sari Ratu, yang tu memang jika ada agenda2 tertentu je boleh makan disitu..maksudnya boleh makan disitu sekali sekalalah. Pernah sy pergi satu restoran minang di Shah Alam, makan nasi campur, kalau tak salah sy ambil 2 lauk je..Gulai tunjang dengan sayur campur dengan air teh tarik...kena caj RM14 kalau tak salah sy. Kata orang kalau dah mahal macam tu kira first and the last lah...tapi kadang2 sebab gatal, datang jugak lagi tempat tu...ahaksss. So apa aktiviti hujung minggu anda yang lalu. Ada yang menarik? story me.



Thursday, October 11, 2012

BERSARAPAN DI MASJID BULAT, SEKSYEN 14 PJ

Sarapan di Masjid Bulat Seksyen 14 PJ
Pagi ini, sy bersarapan di dalam kawasan Masjid Bulat, Seksyen 14 Petaling Jaya. Mulanya suasana agak sunyi, ada beberapa orang yang jugak bersarapan di sana, ada nasi dagang, nasi lemak, ubi rebus, cucur udang dan macam2 lagi juadah yang menyelerakan. Masa sy datang tu adalah dalam pukul 9.15 kot.. Lepas tu, kedengaran bunyi loceng dan dalam sekelip mata, daripada tempat tu sunyi, penuh semua kerusi dan meja dek budak2 sekolah agama yang belajar disitu, siap kerusi sy pun ada yang tengah tunggu..ahaksss. Memang lucu dan kelakar tengok gelagat budak2 kecik bila diorang sama diorang makan sambil berbual dan bergurau. Ada yang makan bekalan daripada rumah, ada yang beli makan situ aje, Harganya pun memang murah sangat...kot2 yang tukang jual tu ingat sy ni ustaz mengajar disitu kot...ahakssss.
Kenapa sy bersarapan disitu? Sebenarnya sy dalam perjalanan untuk menziarah saudara sy yang pernah sy melawat pada 2 minggu lepas ( ada sy tulis dalam entry yang lepas) yang telah pulang ke rahmatullah pada malam semalam. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. Semuga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Wednesday, October 10, 2012

KENAPA WANITA SUKA BERBOHONG

Entry lepas sy ada buat pasal kenapa lelaki suka berbohong...so seperti yang dijanjikan, kali ni untuk menyamakan keadaan supaya tidak berat sebelah, kita tengok pulak kenapa wanita suka berbohong..ahaksss. Sy google beberapa website dan banyak point2 yang diorang berikan tapi sy buat secara rumusan mana yang kerap dinyatakan aje ye...Antara sebab2nya adalah:
1) Menjaga hati pasangannya - Jika ada sesuatu pada diri anda yang wanita tidak suka, untuk tidak membuat anda terasa atau kecil hati, wanita akan berbohong atau akan mengatakan sesuatu yang lain dan bukan perkara sebenar.
2) Membuatkan orang suka kepadanya - Emmm...ironiknya banyak jugak keadaan ini berlaku dimana wanita sanggup berbohong supaya pasangan nya akan suka kepadanya terutama di awal2 perkenalan atau perhubungan.
3) Cuba menyembunyikan kisah lalu - Yang ini pastinya sesuatu yang agak sensitif atau sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh pasangannya kerana takut akan menjejaskan perhubungan mereka.

Banyak lagi sebab2 tapi nanti terlebih sudah pulak point daripada lelaki suka berbohong....ahaksss. Salam santai.

EXAM DULU EXAM SEKARANG

Minggu ni dah pun start exam PMR... cepat betul masa berlalu. Daripada zaman SRP hingga ke PMR dan akan datang langsung tak ada S, tak ada R, tak ada P dan M... Kalau dulu2 exam kalau orang tanya periksa pangkat berapa, kita akan jawab pangkat 1 atau 2 atau setidak2nya pangkat 3..sekarang ni berapa A's. Dalam A pun ada A plus lagi... Akan datang sudah pasti tahap dan kualiti pelajaran pun akan lebih meningkat menyebabkan mungkin kalangan ibubapa pun dah tak boleh nak ajar anak2 diorang...
Kalau zaman dulu2, tak payah pergi tuisyen. Ibubapa akan ajar mana yang diorang tahu atau abang dan kakak akan ajar adiknya dan selebihnya kita akan belajar sendiri atau setidak2nya tanya kawan2. Sekarang ni, tuisyen dah jadi macam kemestian pulak. Terlalu banyak faktor2 luaran dan dalaman yang menyebabkan kalau tak pergi tusiyen, susah budak2 sekolah nak belajar...Akan datang? Wallahualam...Apa2 pun, untuk adik2 yang menduduki peperiksaan PMR, Good Luck and do your very best.

Tuesday, October 9, 2012

SHAE - SAYANG

Dah lama tak buat entry lagu pilihan..so lagu pilihan bulan ini dari Jomsantaisekejap adalah lagu daripada Shae bertajuk sayang. Lagu yang cukup simple tapi sedap di dengar. Hayati liriknya sambil dengar lagunya daripada blog ini ye..


Sayang
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails