Cakap pasal mengaji ni… ada yang
boleh, ada yang so-so, ada yang pandai dan boleh hafal, ada yang tak pandai
tapi buat2 pandai, ada yg masa kecik sekolah agama, ada yang belajar sendiri
dan ada yg belajar di rumah guru2 yang mengajar mengaji, ada yang ibubapa
diorang ajarkan….
Ada pelbagai ragam dan gelagat
serta karaktor guru mengaji..ada yg garang, ada yang bengis, ada yang selamba..pendek
kata macam2 ada…
Teringat sy semasa mula2 sy
mengaji. Sy mengaji dengan seorang nenek dipanggil Mek. Oleh kerana factor usia,
semasa mengajar dia selalu terlelap, tapi yang bestnya telinga dia tak
terlelap, kalau kita salah baca, mulut dia akan meninggikan suara sambil
perbetulkan bacaan.. maknanya janganlah nak tipu walaupun dia dah terlelap..
kadang2 tu sampai tertunduk2 nenek ni, namun tetap akan tegur bila kita salah
baca…ahakksss. Apa2 pun yang penting sy sempat jugak berkhatam Quran dengan dia.
Terimakasih atas segala tunjuk ajar dan semuga arwah Mek sentiasa dicucuri
rahmat.
teringat jugak guru mengaji saya... kene ketuk dengan rotan sebab bermain semasa ngaji.. huhuhu...
ReplyDeletedia dengar dengan matahati tu. kakCT mengaji dengan mak sendiri...garangnya masyaAllah. tapi ramai yg khatam dgn dia...alhamdulillah.
ReplyDeletesampai sekarang masih mengajar budak mengaji lagi. salute ar kat dia.
@YUNID@TI - Selalunya kalau rotan dia ketuk kat lantai je tapi gerunnya sampai kejantung...hahaha
ReplyDeleteKak Ct - Bestnya dapat mengaji dengan mak sendiri...