Sunday, December 11, 2011

SELAMAT BERTUNANG ADIKKU

Adik sy bersama keluarga belah tunangnya
Semalam sy berada di Segamat, kampung halaman belah mak sy. Kenapa sy berada disitu? Kerana kat situlah majlis pertunangan adik sy yg ke 3. Majlis yang dibuat di rumah bapa saudara sy, iaitu adik kepada mak sy, berjalan dengan lancar dan suksess serta meriah walau dibuat secara sederhana dan ala-kadar kerana hanya saudara mara terdekat saja yg hadir. Cuaca pun ok dan tak hujan cuma masa sy on the way, jam teruk dari Nilai ke Seremban. Ikut perancangannya, adik syg dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 tahun depan...wahhh cepatnya. ahaksss. Janji diorang dah ready dan hidup aman damai, itu sudah cukup bg sy sebagai abg sulung. Apa2 pun sy ucapkan Selamat Bertunang kepada adik tersayang Amenda dan Niza.
Kalai cakap pasal Segamat ni pasti tak lekang daripada durian. Teringat sy pada Kak Ct punya kebun durian... Mungkin sy terlepas rasanya nak merasa durian Kak ct. Di Segamat rasanya belum lg musim durian tapi rata2nya yg sy lihat, banyak pokok rambutan berbuah lebat sana sini kat tepi2 jalan di Segamat tu... merah2 lagi. Tak payah nak beli2, pergi aje dan petik aje buahnya...makan kat situ...( kat rumah bapa saudara sy lah...bukan rumah orang lain )

3 comments:

  1. Aiekkk...kamu tertinggal flight lagi ke? Atau belum booking ticket atau? Bila lagi ni, adik2 dah adios amigos dgn selamatnya.

    Not to worry, next season kamu nak datang satu family pon boleh. Nnt kakCT roger bila next durian season.

    Ucap selamat kat adik kamu...tahniah!

    ReplyDelete
  2. hehehhe..selamat bertunang pada adik tuan belog..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails