Saturday, December 17, 2011

JUALAN DI JUSCO

Year End Sales di Jusco
Jusco sales lagi! Sebenarnya dah lama dah pun diorang mengadakan sales iatu daripada 19 Nov 2011 hingga 1 Jan 2012 tapi sy baru berkesempatan untuk pergi kesana, tu pun secara kebetulan kerana tujuan asalnya nak pergi dinner kat salah sebuah restoran di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Potongan sehingga 70% terutama di bahagian perfume, kasut dan handbag. Bahagian alat2 dan barangan persekolahan jugak tidak kurang hebatnya diskaun2 serta potongan2...Jadi jangan ketinggalan ye. Dapat gaji bulan ni, kita serbu Jusco.. ahakss.
Sy tak pastilah apa pendapat anda tapi bg sy, kalau di Jusco ni, kalau masa sales, barangan 'branded' dia memang murah...maksud sy barangan seperti perfume, kasut2 berjenama dan lain2 tapi kalau barangan2 harian seperti barangan basah dan kering, agak mahal sikit di bandingkan dengan yang terjual di Giant, Tesco dan Carrefour. Yang penting barang apa yang ingin anda beli dan buat kajian serta bandingkan harga2 mereka bila mendapat risalah2 jualan yang selalu diedarkan di rumah2 kita...wah macam iklan kat tv pulak. anyway, selamat berhujung minggu dan semuga anda semua ceria serta santai selalu.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails